Minuman Beras Perang Mayang Untuk Seisi Keluarga

Khasiat beras perang memang diketahui ramai terutama mereka yang menjaga kesihatan dan sangat bagus dalam mengawal berat badan. Kalau ikut kajian beras perang merupakan pilihan lebih baik berbanding beras putih kerana khasiatnya yang banyak kepada tubuh badan.

Ha sebab tu harga beras perang lebih mahal berbanding beras putih yang biasa kita makan tu. Aku pernah cuba untuk disiplinkan diri untuk makan beras perang, tapi usaha nak amalkan tu terhenti di tengah jalan. Eh banyak sebab lah, cara nak masak beras perang pun berlainan dari nasi putih tu. 

Cara masak beras perang pula mengambil masa lebih lama untuk disediakan. Dengan aktiviti harian yang padat, dan kena melayan 3 orang anak yang sedang membesar bukan perkara mudah. Tapi nak sihat. Nak kurus. Menangislah di bucu meja. Sebab tu aku suka sangat bila Pengusaha Minuman Kopi Beras Perang yang menawarkan Minuman Beras Perang Mayang khas untuk seisi keluarga.


Minuman Beras Perang Jenama Mayang

Minuman Beras Perang Mayang telah lama ada di pasaran dan diedarkan oleh Era D Mansion Sdn Bhd sejak tahun 2018 lagi. Pengusahanya, iaitu Puan Zainab Binti Sidek yang merupakan seorang ibu  tunggal  yang  cekal  dan  berhati  waja, berhasrat untuk menjadi pelopor pengeluar produk minuman berasaskan beras perang.

Sedar akan manfaat yang diperoleh setelah mengamalkan beras peras dalam pemakanan, Puan Zainab teruja untuk berkongsi dengan masyarakat dan terhasil lah Minuman Kopi Beras Perang jenama Mayang yang sesuai untuk seisi keluarga.

Terdapat dua perisa Minuman Beras Perang Mayang, iaitu, Kopi Perang dan juga My Berry Drink yang diformulasikan bersama beras perang, sesuai diminum panas atau pun sejuk pada bila-bila masa.



Kebaikkan Beras Perang Untuk Kesihatan Perlu Tahu!

Selain dapat membantu memberi tenaga selepas penat bekerja di rumah dan dipejabat seharian, minuman Beras Perang ini juga amat sesuai membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Kajian menunjukkan bahawa  individu  yang  makan  lebih  banyak  bijirin penuh seperti beras perang mempunyai kurang berat badan berbanding daripada mereka yang makan bijirin penuh dengan kuantiti yang sedikit.

Manfaat kesihatan beras perang sebahagian besarnya disebabkan ianya adalah bijirin penuh. Serat beras perang membantu merendahkan paras kolestrol, menggerakkan sisa melalui saluran penghadaman, menggalakkan kekenyangan dan boleh membantu mencegah pembentukan gumpalan darah.

Dan antara lain faedah kesihatan umum untuk tubuh badan adalah mengawal diabetes, antioksidan, mencegah obesiti, mengelakkan Alzheimer, serta meningkatkan kesihatan jantung. Minuman Beras Perang juga bebas gluten yang mana Gluten adalah protein yang terdapat dalam bijirin seperti gandum, barli dan rai (rye).

Minuman Kopie Perang Mayang

Sesuai untuk penggemar kopi, minuman Kopie perang diformulasi bersama beras perang, Habatussauda dan juga ginseng yang sangat baik untuk kesihatan secara keseluruhan. Cara penyediaan sangat mudah, hanya campurkan satu paket kopi ke dalam 1 cawan air (150ml) ke dalam air panas.

Minuman Kopie Perang hanya berharga RM 25.00.



My Berry Drink Mayang

Kalau anda tidak minum kopi, boleh cuba My Berry Drink iaitu campuran susu, beras perang, buah Berry & juga serat Oat. Sangat sesuai untuk ibu-ibu hamil dan ibu- ibu yang sedang menyusukan anak. Aku suka rasa dan bau Berry yang wangi tu.  Sesetengah orang tak suka sebab bau hamis susu, tapi My Berry Drink ni tak bau susu pun.

Minuman My Berry Drink hanya berharga RM 27.50.


Feedback Daripada Rodiah Amir

Walaupun aku penggemar kopi tapi Minuman My Berry Drink Mayang berjaya menambat hati aku kerana rasa dia yang sedap, wangi dan memang betul ianya mengenyangkan. Bau Berry yang masam-masam manis tu menjadikan ianya lebih sedap diminum.

Untuk Kopie perang pula, rasa kopi dia tidak terlalu kuat jadi bolehlah cuba. Sesetengah orang tidak gemar kopi kerana rasa dan bau kopi yang kuat. Dari segi rasa beras perang tu sendiri, tidaklah terlalu aneh ya rasa dia jika dibandingkan dengan rasa beras perang yang dimasak. Minuman Beras Perang Mayang ni sedap diminum bagi aku.


Mana Nak Dapatkan Minuman Beras Perang?

Produk Minuman Beras Perang jenama Mayang boleh dibeli terus melalui rakaniaga Mayang diseluruh Negara. Juga boleh terus dibeli diatas talian melalui kedai atas talian Facebook, Lazada, Shopee atau boleh berhubung terus dengan ibu pejabat Minuman Beras Perang Mayang.

Rebut harga promosi yang ditawarkan dan hidangkan keluarga anda dengan minuman berkhasiat Beras Perang Mayang yang lazat yang pastinya akan disukai oleh semua. Jika anda berminat untuk sihat dan menambahkan pendapatan sampingan, hubungi ibu pejabat sekarang dan mereka ada menyediakan pelan perniagaan yang dapat membantu ekonomi keluarga anda disamping kekal sihat setiap masa.

Hotline : + 6014 6604247

Email: infomayangbp@gmail.com

Whatsapp Link

Telegram Group

Instagram 

Facebook



#Mayang

#Preferredfamilychoice

#Sayangmayang

#Kopieperang

#Myberrydrink

#minumankesihatan

#pinggangrampingdengankopiesihatberasperang

#berasperang

#sekalicubapastitaklupa

#sihatdirisihatkeluarga

#kitajagakita

#jauhkandiridankeluargadaripenyakit

#sihatdirisihatkeluarga

#sayasayangkeluargasaya

#sayangidirianda

2 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. pertama kali rasa kopi berasaskan beras perang, minuman beri pun sama...mmg pelik tapi sedapppp!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama..masa nak cuba tu risau juga tak tertelan..hihi

      Padam

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama