Justin Bieber Diserang Sindrom Ramsay Hunt - Perkara Perlu Tahu

Rodiah Amir
0

Baru lepas tengok video Justine Bieber (JB) yang berkongsi tentang diri dia diserang penyakit sindrom Ramsay Hunt. Sepanjang umur aku hidup, ini kali pertama aku dengar tentang sindrom Ramsay Hunt. 

Jadi ada hikmahnya apabila selebriti atau orang terkenal dijangkiti penyakit macam ni. sekurang-kurangnya ujian untuk mereka dan beri kesedaran untuk yang lain. 

Disebabkan kesihatan JB yang tak stabil dan entah bila akan sembuh maka konsert dia menjelajah dunia termasuk Malaysia terpaksa ditangguhkan. 


Justin Bieber Diserang Sindrom Ramsay Hunt - Perkara Perlu Tahu 

Katanya sindrom Ramsay Hunt menyebabkan sebelah muka JB lumpuh, mata tak berkedip, hidung dan mulut juga tidak dapat digerakkan. 

Teringat kisah penyanyi dan pelakon Malaysia, Adibah Nor yang terkena serangan Bells Palsy. Aku ingatkan penyakit yang sama, tapi rupanya berbeza ya. 


Sindrom-Ramsay-Hunt-Perkara-Perlu-Tahu


Apa Itu Sindrom Ramsay Hunt Perkara Perlu Tahu? 

Menurut perkongsian Dr. Nimelesh Balanthiren yang banyak berkongsi ilmu perubatan di media sosial, sindrom Ramsay Hunt berpunca dari virus bernama Herpes Zoster. 

Jadi macamana virus Herpes Zoster wujud? Ianya terhasil apabila seseorang terkena virus chicken pox atau Varicella Zoster. 

Virus tersebut boleh terus hidup dalam saraf kita walaupun kita sembuh dari penyakit chicken pox. Virus ni degil ya dan akan muncul semula sebagai Herpes Zoster.

Apabila usia semakin tua atau apabila menghidapi menghidapi penyakit kronik yang menyebabkan imuniti kita rendah, waktu inilah Herpes Zoster akan menyerang tubuh badan kita. 

Selain sindrom Ramsay Hunt, Herpes zoster juga boleh menyebabkan penyakit kayap atau shingles. Komplikasi sindrom Ramsay Hunt Syndrome melibatkan paralysis saraf muka dan ruam / biji air di telinga atau mulut.

Manakala Bell Palsy pula adalah kelumpuhan sebelah muka akibat saraf kranium VII (CNVII) terjejas. Saraf ini melibatkan otot mimik muka, sebahagian deria lidah, kelenjar air mata dan air liur.

Antara punca berlaku Bell Palsy adalah tekanan kerja dan kurang rehat serta jangkitan virus pada CNVII lalu ia mengalami alami keradangan dan membengkak menyebabkan ia tersepit.


Justin-Bieber-Diserang -Sindrom-Ramsay-Hunt


Gejala Sindrom Ramsay Hunt 

Sindrom Ramsay Hunt kelihatan yang hampir serupa dengan Bell's palsy, tetapi gejalanya lebih banyak, iaitu:

▪️ sakit telinga

▪️ pendengaran terjejas

▪️ kelumpuhan sebelah muka

▪️ ruam berlepuh (seperti kayap)

▪️ vertigo (pening berpusing)

▪️ kering mata dan mulut


Tanda-serangan- Sindrom-Ramsay-Hunt


Kena faham yang Simptom Ramsay Hunt hampir sama dengan Bell’s palsy. Kena perhatikan fungsi pendengaran supaya berfungsi dengan baik. 

Doktor tekankan yang pemeriksaan telinga amat penting untuk mengesan Ramsay Hunt Syndrome ini sebab kadang kala ruam hanya muncul dalam telinga.

Rawatan untuk sindrom ini adalah sama seperti rawatan untuk cacar air dan kayap:

▪️ ubat antiviral

▪️ ubat kortikosteroid

▪️ analgesic (tahan sakit)

▪️ terapi (fisioterapi dan carakerja)


Sekiranya pesakit mendapatkan rawatan dengan cepat iaitu dalam masa 72 jam selepas simptom muncul, kebarangkalian lebih tinggi peluang untuk pulih. 

Apa yang menyeramkan ialah, proses pemulihan boleh memakan masa berbulan-bulan. 

Sebahagian besar pesakit pulih sepenuhnya, manakala selebihnya lagi mengalami kelumpuhan muka dan masalah pendengaran yang kekal.

Jadi jangan ambil remeh tentang penyakit ini. 


Kesimpulan 

Semoga dengan perkongsian artikel tentang apa perlu korang tahu berkenaan Sindrom Ramsay Hunt bermanfaat buat semua. Cepat-cepat dapatkan rawatan dan semoga cepat sembuh. 



Sumber:

Dr. Nimelesh Balanthiren (KKM)

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (KKM)


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)