Ya ampun cuaca sekarang memang
panas tak boleh bincang ya. Terasa macam panas luar biasa. Dekat rumah waktu
memasak dah macam masak dalam sauna. Memang peluh mengalir tanpa henti. Rasa
macam mandi pula.
Sabtu lepas ke sekolah Ikhwan,
menghadiri mesyuarat PIBG. Dapat duduk dalam dewan bertutup dengan kipas, rasa
bersyukur sangat. Tapi memang tak boleh lama duduk dekat luar waktu sekarang.
Boleh menguji iman. Ahaks.
Hikmahnya bila cuaca panas ni,
kami jadi kuat minum air. Kalau sebelum ni minum bila teringat je. Walhal pentingnya
kena minum air yang cukup.
Sekarang, air masak memang tak
tinggal. Aku pula sejenis kalau minum air masak / mineral mesti nak yang sejuk
jadi memang angkut tumbler tahan sejuk kemana-mana. Nasib tumbler jenis ada
pemegang, jadi tak susah nak pegang.
Nak tumbler tahan sejuk boleh beli sini - Jenama Sundayeroo
Cuaca Panas & Kering Luar Biasa
Kalau ikut tinjauan cuaca jangka
panjang oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), cuaca panas dan kering
serta tak menentu ni sehingga Oktober 2025. Weh lama lagi. Memang terasa sangat
bila waktu petang memang langit gelap, mendung. Hujan turun tapi tak lebat mana
pun.
Jadi sekarang kalau keluar rumah,
buat aktiviti luar memang kena cari tempat teduh dan berbumbung. Memang dalam
beg dah standby kipas angin dan minyak angin juga. Ini dah dikira benda wajib
ada. Dah macam mak-mak, aku punya perangai.
Tips Kekal Sihat Waktu Cuaca Panas
1. Minum air banyak, jangan tunggu
haus.
Menjadi cabaran pada aku yang suka minum kopi. Minuman berkafein kan buat kita kerap buang air. Jadi kena lebihkan kopi lebihkan air masak. Angkut la botol air kemana saja pergi.
2. Pakai pakaian sesuai dan ringan
Elak pakai baju warna gelap, cari material yang sejuk macam cotton. Tudung pun cari warna cerah-cerah ya. Standby juga payung atau malas sangat pakai topi.
3. Guna krim pelindung matahari
Kalau tak mahu kulit muka terbakar macam udang bakar, memang setiap kali keluar rumah kena pakai krim pelindung matahari (SPF 30 ke atas). Sayangi kulit muka korang kalau tidak cepatlah naik bintik hitam dan jeragat.
4. Kurangkan aktiviti luar waktu
tengah hari
Cuba elak keluar antara jam 11 pagi hingga 4 petang, waktu paling terik. Kalau perlu sangat, jangan lupa rehat dan minum air.
5. Pantau kesihatan ahli keluarga
Warga emas dan kanak-kanak paling mudah terjejas. Kalau nampak mereka lesu, pening, atau tak aktif, cepat beri air, rehatkan mereka di tempat teduh.
6. Simpan bekalan kecemasan ringkas
Sediakan Termometer digital, air
mineral, garam rehidrasi (ORS) dekat rumah. Semua ni berguna kalau ada
tanda-tanda awal strok haba.
Apa pun tolong jaga kesihatan. Cakna
juga dengan orang sekeliling. Cuaca yang panas jangan pandang remeh. Ada kes strok
haba yang membawa kematian. Menakutkan bukan?
3 Ulasan
Dekat area kami ni kalau panas tu mmg membahang tapi selang seli juga dgn hujan. Hari ni awal pagi hujan, t/hari panas, mai petang hujan semula. Sejuk alhamdulillah.
BalasPadamPH pun asal keluar rumah mmg bawa botol air, tak kira hari hujan ke panas 😄
Kat sini masih ada hujan selalu
BalasPadamTaklah panas sangat.
Sekarang musim panas terlampau. Better elakkan dlu sebarang aktiviti luar. Risau terkena strok haba
BalasPadamKata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.