Resepi Unbaked Strawberry Cheese Cake Mudah

Sempena Hari Raya Haji yang bakal menjelma ni aku nak share satu resepi dessert yang senang dan berbaloi dibuat. 

Siapa suka cheese dan memang selalu gagal bakar kek, sila cuba buat. Mudah sebab tak perlu dibakar.  Tak payah guna oven ya. 

Resepi Unbaked Strawberry Cheese Cake Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan:

6 keping digestive biscuit or biskut merry or oreo
2 sudu Butter
Whipping cream kotak kecil
Cream cheese 250gram
3 sudu Gelatin
5 sudu air panas
Yogurt strawberry
Buah strawberry
1 cawan Gula


Cara - Cara Membuat Unbaked Strawberry Cheese Cake Mudah


Hancurkan biskut sampai agak halus. Aku guna blender je.
Cairkan butter dan gaul dengan biskut hancur dan masukkan dalam Loyang.
Tekap bagi padat dan masukkan dalam fridge dalam 10 minit.

*guna loose Loyang base tin
*aku campur terlalu banyak butter jadi keras kematu biskut tu bila disejukkan.
*guna kertas minyak.

Blend whipping cream sampai kembang, kemudian masukkan cream cheese, yogurt,gula dan akhir sekali masukkan gelatin yang telah dikacau dengan air panas. Tuang adunan ke dalam Loyang. Untuk cantik susun hirisan strawberry di sekeliling Loyang.

Racik strawberry kecik2 dan campak ke dalam adunan. Dalam dua bijik kecik cukup.

*aku tersalah beli cooking cream. Masih sedap tapi kurang best la tekstur dia.
*jangan letak strawberry banyak sgt dan racik biar kecik sebab dia akan pecah belahkan kek kau. Buruk jadinya. Strawberry hiasan sila hiris senipis mungkin baru cantik.



titiskan dan sebelum lorek
hentam jela jadi corak apa pon

Untuk hiasan atas kek (refer gambar atas)

Racik strawbery, masukkan sedikit gula dan sedikit air. Masak sampai pekat. Titiskan di atas adunan dan lorekkan dengan pisau, lidi, chopstick atau apa-apa je alatan kau ada. 

Ikut creativity. Masuk dalam fridge semalaman. In sha Allah menjadi.


Selamat mencuba. 

Sambutan Hari Lahir 5 Tahun Ikhwan Hafeez

Peristiwa sambutan hari lahir ini adalah throwback masa cuti merdeka kami sekeluarga yang lepas. Oleh sebab hari ulang tahun anak sulung jatuh pada 1 September maka ambil peluang 31 Ogos untuk celebrate. 

Selalu orang buat late celebration, yang kami ni nak mengejar cuti umum jadi kita sambut sehari awal la ye nak. Kisah pulak dia kan? Lol.

Sambutan Hari Lahir 5 Tahun Ikhwan Hafeez

Sambutan hari lahir dia pun buat kecil je dan paling penting untuk keluarga kecil kami sahaja. Tak belikan hadiah apa pun sebab berlambak dah mainan dan buku-buku aku bagi. 

Nanti kalau ada keperluan kita beli lagi ye nak.




Lepas bincang dengan suami akhirnya sepakat beli makanan kegemaran kami satu keluarga. Kami beli set nasi KFC, kemudian beli belon helium, lilin yang macam bunga api tu dan aku buatkan dia kek. 

Gigih mak kau buat kek untuk kau nak. Kerajinan mana merasuk mama tak tahu. By the way, promosi dessert KFC Lemon Tiramisu amat tak kena dengan tekak aku. spoil.

Kejutan Untuk Anak Bujang


Semestinya kejutan yang tak seberapa ni amatlah menggembirakan anak. Bila aku hidupkan bunga api dan nyanyi untuk dia lagi bertambah teruja. 

Senyum lebar sampai ke pipi kau. Tak cukup dengan dessert yang kecewakan hati aku, sehari lepas tu aku buat strawberry cheese cake, untuk Ikhwan tapi ikut selera aku. hahahhaha. 

Betul la orang cakap, bila jadi mak ni segala benda yang tak reti akan mak usahakan untuk jadi reti.

Terlebih rajin maka terhasil lah strawberry cheese cake ituh. Resepi unbake Cheese Strawberry cake ada aku kongsi dalam blog.  Simple sangat kalau nak buat.

Mama and abah and raudah doakan Ikhwan jadi anak soleh. Cergas fikiran sihat tubuh badan. Terhindar hasad dengki, sihir dan dimurahkan rezeki. Moga Allah panjangkan jodoh kita sekeluarga. Aamiin.

Panjang lagi perjalanan kamu nak, ni baru lima tahun. Mama harap Allah panjangkan umur kita sekeluarga. Rasa macam baru semalam lahirkan awak. 





Bila Waktu Sesuai Mohon Cuti Sebelum Bersalin?

Aku dah la gunakan pengangkutan awam pergi kerja plus aku memang kena banyak berjalan dari train ke rumah pengasuh. Buatnya aku bersalin kat tengah jalan kan naya. 

Kalau ikut tarikh jangkaan bersalin adalah pada 20 May 2016. Memang aku pon pening bila la patut aku mula bercuti. 

Aku dah la gunakan pengangkutan awam pergi kerja plus aku memang kena banyak berjalan dari train ke rumah pengasuh. Buatnya aku bersalin kat tengah jalan kan naya. 

Kang keluar nama siti jalan or mat jalan kang hahahhaha.
Kalau ikut pengalaman anak pertama, aku bersalin lepas masuk minggu ke 39. Anak kedua ni tak boleh nak jangka pulak, sebab tanda-tanda nak bersalin pon agak lain.

Bila Waktu Sesuai Mohon Cuti Sebelum Bersalin?

Fikir punya fikir, dan setelah mendapat nasihat daripada doctor maka aku decided nak bercuti 3 minggu awal. 

Memang kebetulan cuti umum banyak kalau tolak-tolak dalam 2 minggu kerja je. 
Masuk je 36 minggu aku jumpa Doc Zana. Since anak kedua. Doc kata jalan tu dah mudah so kebarangkalian bersalin awal tu tinggi. 

Tak elok bahayakan kesihatan ibu dan anak aku dapat surat pengesahan doctor.
Jadi nasihat aku untuk siapa yang masih buntu tu, selain dari dengar pendapat doctor, factor macam; kesenangan nak pergi ke hospital dari office/ tahap kesihatan/ dan toleransi kerja di pejabat perlu la di ambil kira. 

Kalau boleh kerja dari rumah lagi bagus. Tapi dalam keadaan sarat rasanya selera bekerja tu merudum dah kot.

Bila dah bercuti mula la bosan sebab anak tak bagi tanda pon nak keluar. Sehari bagai setahun hahahhaha.

Dan akhirnya anak aku selamat keluar ke dunia selepas 39 minggu di dalam perut. 
Alhamdulillah. 

Kalau ikut tarikh jangkaan bersalin adalah pada 20 May 2016. Memang aku pon pening bila la patut aku mula bercuti. 

Anak Tanya Apa Itu Kiamat?

Malam semalam sebelum Ikhwan Hafeez terlelap dia sempat cakap kat aku, kawan dia nama Qaseh umur 6 tahun cakap Kiamat berlaku pada hari Jumaat. 

Terpegun sekejap. Aku tanya Ikhwan tahu ke kiamat tu apa? Dia geleng. Lepas tidurkan Raudah Sakinah, aku bercerita sikit pasal kiamat. Kang cerita yang heavy panjang pulak sudahnya tak paham.

Aku cakap kiamat ni bila Allah suruh Malaikat letupkan bumi, matikan semua manusia, binatang dan semua yang ada atas bumi. Mama mati, abah mati, adik, semua akan mati.

Allah tak bagitahu bila akan berlaku tapi Kiamat berlaku pada hari Jumaat. Lepas semua mati Allah akan panggil semua makhluk. 

Yang buat baik, tolong ibu bapa, solat semua duduk sebelah kanan. Yang jahat, tak dengar kata-kata, tak solat akan duduk sebelah kiri.

Anak Tanya Apa Itu Kiamat?

Nanti Allah panggil, wahai yang kanan marilah masuk ke syurga. Wahai yang kiri masukla ke dalam neraka.

Terus Ikhwan menangis, sedu sedan. Aku tanya kenapa? Dia takut. Bila sebut semua akan mati dan pasal Syurga Neraka. Aku mula explain hal syurga neraka dari dulu lagi. Pasal aurat. Dia paham agaknya.


Maha Suci Allah, kecil je teguran Allah bagi tapi kesan mendalam kat diri sendiri. Malu. 

Google image

Pengalaman Anak Terkena Penyakit Berjangkit HFMD

Minggu lepas kami suami isteri terpaksa ambil giliran cuti untuk jaga anak sakit. First time anak kena penyakit berjangkit hand foot & mouth disease (HFMD). 

Sebelum ni aku tahu penyakit ni hinggap dekat lembu je. Hahhaha. Risiko penyakit ni untuk kena adalah tinggi kalau anak tinggal di taska. Anak aku tinggal di rumah pengasuh pun boleh kena. Isk isk isk.

Tapi sekarang penyakit dah tak kenal tempat dan siapa mangsanya. Silap sikit je rasakanlah. Oh anak aku berusia 5 tahun ya. Termasuk dalam golongan berisiko tinggi. 

Pengalaman Anak Terkena Penyakit Berjangkit HFMD

Aku ingat lagi, last anak aku berhubungan dengan dunia luar ialah masa kami shopping groceries dekat Aeon Wangsamaju. Memang ramai gila orang masa tu.

Seperti biasa kalau shopping akan suruh dia duduk dalam troli. Untuk mudahkan nak jaga dia bila dekat luar. Tapi dah rezeki nak terkena kan? 

Dah perasan dia dah lembik badan tak larat jalan. Malam tu dia start demam dan merengek. Aku lap badan dengan kain basah. Suhu masih terkawal. Pagi esoknya terus bawak jumpa doctor. Sah kena HFMD.


Pengalaman-Anak-Terkena-Penyakit-Berjangkit-HFMD


Tips Penjagaan Anak Terkena Penyakit Berjangkit HFMD


Doctor punya explanation macam sudah tiada peluang untuk hari esok. Buat cuak aje. Menjaga anak yang kena HFMD memang mencabar jiwa dan raga. Puas la aku google do & don’t.

Punca : virus yang cetuskan penyakit ini biasanya ialah Coxsackie A16, dan virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71. [hanya penyakit yang disebabkan oleh bacteria sahaja yang diberikan antibiotic tetapi virus adalah tidak].

Tempoh sakit: virus akan stay dlm dua hingga enam hari, ulser hingga hari ke tujuh, dan blister/ lepuh sampai ke 10.

Tanda: demam panas [39c], blister/lepuh, ulser, sakit tekak dan kepala.


Penyakit-Berjangkit-HFMD



Tips penjagaan; jaga kebersihan, sentiasa cuci tangan, asingkan pakaian dan tempat tidur. Kuarantin.
Apa aku buat sepanjang jaga Ikhwan adalah utamakan kebersihan dan memang aku paksa makan dan minum. 

Risau jangkit ke adik dia yang baru 2 bulan tu. Alhamdulillah dah sihat after seminggu. Siang aku focus kepada Ikhwan dan malam aku jaga baby. Suami jaga Ikhwan.

Tips lain: sakit ni kena monitor demam/selesema/batuk. Berpotensi demam dengan suhu tinggi secara mengejut. Kalau demam tinggi bahaya boleh lead to sawan. Selesema pulak boleh bahayakan paru-paru.

Tips pujuk minum/makan: bagi anak minum guna straw. Untuk ulser aku beri ubat jel dibekalkan oleh klinik. Setiap kali nak telan setiap kali tu suruh sapu. 

Aku ada beli spray sebagai tambahan tapi Ikhwan lebih prefer gel picit. Sebelum letak kasi demo kat anak supaya anak tak boleh kelentong kita kata sakit or tak sedap.


Anak-Terkena-Penyakit-Berjangkit-HFMD



Letak air sejuk [kurangkan pedih] dalam bekas dan kena ada target untuk habiskan. Bercerita dengan anak or berlumba siapa habiskan air dahulu dapat hadiah. Trick ni berkesan.

Buat agar-agar or jeli yang lembut dan bagi makan bubur. Ikhwan bosan minum air kosong so aku buat air sirap kurang manis so baru dapat tarik minat dia.

Apa-apa pun make sure anak aktif, makan dan minum. Gembirakan la hati dia supaya cepat sembuh. Alhamdulillah blister Ikhwan tak teruk mana so aku hanya focus pada demam dan ulser sahaja. 


Review Philips Steam Generator Iron

Assalamualaikum. Sejak aku kecik memang selalu aku berangan nanti dah besar nak rumah besar, TV besar, peti ais besar. 

Pendek kata semua besar. Pastu alat-alat elektrik dengan perabot semua canggih dan mahal.  Begitu sekali impian tapi tak pernah terfikir pon mampu ke nak dapat? 

Dah besar, berkahwin dan menjadi mak orang ni aku slow-slow cuba penuhi impian tu.

Review Philips Steam Generator Iron

Baru-baru ni setelah sekian lama aku pendam dan baca je status kat FB orang beli iron Philips kegilaan wanita-wanita seluruh dunia (over) akhirnya dapat juga aku hadiahkan Philips Steam Generator Iron GC9622 + Free Iron Board (400g Steam Boost) untuk diri sendiri. 

Alhamdulillah.



Aku tak yakin nak join kutu kat FB beli iron ni so kumpul la duit sendiri. dengan prinsip, sikit-sikit akhirnya cukup jua tabung.

Sebelum aku ni aku dah pernah beli steam iron yang sangkut tinggi tu, pakai dua tahun pastu kecundang siap tangan kena wap panas. 

Pernah guna Iron biasa mak-mak kita dulu pastu pernah terpengaruh beli iron yang orang promote kat shopping mall tu. macam travelling iron.  Tapi tak practical langsung dan mahal.


ni la iron yang aku terpengaruh tu.


Sepanjang 5 tahun kahwin, suami iron sendiri baju and seluar kerja sebab aku tak suka iron kemeja. Boleh buat aku stress. Migraine ok. tapi sekarang dengan rela hati aku ironkan. Suami juga tersenyum gembira. Hahhahah.

Iron Philips ni ringan, board besar gedabak senang nak iron, pastu tak yah nak beria gosok. Cepat je hilang kedut. Shawl dua muka pon kacang aje nak iron. Semua jenis kain amatlah senang digosok tanpa risau terbakar.  

Aku memang sangat-sangat setuju kalau korang beli iron Philips ni. Memudahkan kerja, jimat tenaga dan happy je bila iron baju anak dan suami. 

Seminggu punya baju untuk aku dan suami tak sampai sejam nak kena berdiri. Jimat tenaga, jimat elektrik, sihat tubuh badan dan berganda pahala tolong iron baju suami.

Lepas ni menabung untuk penapis air beralkali. Dah aim brand yang aku suka. So jom start menabung.









Hokkaido Baked Cheese Tart Yang Sedap

Tadi ada urusan di KLCC, masa nak touch card ke arah train ternampak satu booth kecik tengah jual tart.

Nama tart tu ialah Hokkaido Baked Cheese Tart. Nak tahu lebih lanjut sejarah semua boleh baca kat website dia.  

Cantik je susunan tart tu seolah-olah memanggil suruh dibeli. Hiihihih. Aku memang suka makan tart. Kalau pergi bakery mesti cari Portugese Egg Tart. Rasa lemak-lemak dia yang buat termimpi-mimpi.


Hokkaido Baked Cheese Tart Yang Sedap

Amboi over explain pasal tart hahahhah. Sesuai sangat untuk siapa gilakan cheese sebab dia letak 3 jenis cheese dalam tu.

Memang lemak berkrim. Boleh dimakan ketika hot, frozen [rasa macam ice cream], chilled or room temperature.

So far aku suka masa dia warm2 gitu..cheese cair. Meleleh.

Kedai dia di Malaysia ni ada kat Avenue K, Berjaya Time Square, Sungei Wang Plaza and later dia nak buka kat Sunway Pyramid.

Untuk satu tart dia jual rm5.80. beli 6 dapat lagi murah. Jadi boleh cuba beli dan rasa. Pasti puas hati.







Bahaya Penyakit Was-Was

Aku rasa aku dah kena satu penyakit. Penyakit hati. Penyakit was-was. Ragu-ragu dan ingat-ingat lupa. Kalau dulu selalu syaitan kacau aku jadi was-was masa dalam solat.

Lupa rakaat keberapa, baca tahiyat awal ke tidak dan soalan-soalan seangkatan dengannya. Dan bila usia meniti ke 31 tahun ni pulak penyakit was-was kategori lain pulak muncul.

Paling teruk aku was-was aku masa ambil wudu’ tadi aku basuh kaki ke tak? Puncanya ada satu ketika lama dulu aku terlupa basuh kaki masa amik wudu’.

Lihat betapa tidak kusyuknya aku.

Bahaya Penyakit Was-Was

Aku sedar masa aku nak angkat takbir. Dan memang sah aku terlupa sebab kaki aku kering je.
Start tu la aku mengesyaki diriku yang lalai.

Ya atau tidak.

Kebiasaanya aku akan mula syak wasangka bila dah selesai solat. Eh..tadi wudu’ basuh kaki ke tak??? hahahhhahah Sekali lagi syaitan bijak mainkan peranan dia.

Kuang ajar syaitan eh.

Aku tak tahu orang lain tapi aku rasa syaitan nak lemahkan aku part tu. Untuk elak lupa rakaat keberapa solat tu aku amalkan tip aku rancang nak baca surah apa pada rakaat solat.

Plan sebelum solat lagi. Contoh rakaat pertama aku baca Al Fatihah dengan surah Al Baqarah.
Dan seterusnya.

Lama-lama penyakit tu hilang sebab aku jadi lebih kusyuk. Alhamdulillah.
Tu syaitan sakat bab lain pulak tuh.

Kan syaitan dah janji nak goda manusia suh ikut sekali masuk neraka.
Moga kita tergolong dalam golongan yang dijemout jadi tetamu syurga.
Aamiin.

Doa Mengubati Penyakit Was-Was

credit google image: anugerahquran fb

Cuti Bersalin Dan Kembali Bekerja

Ermm sekarang Raudah Sakinah dah nak masuk 2 bulan. Perangai boleh tahan. Kuat menjerit. nak menangis lepas sekuat hati.

Dia tak peduli apa dah. Tak boleh berpeluh, tak boleh panas, tak boleh lambat. Eh macam perangai aku je..hahahhaha.

So far we managed nak handle Raudah in public dalam masa 1 hour sahaja. Lepas 1 hour rasa seram sejuk nak balik rumah. takut dia meragam. Cabaran tuh.

Macam hari tu ada urusan rasmi di kaunter KWSP. Bayangkan kesusahan tu. Kami je yang bawa anak kecil. Maaf. Tak ada pengasuh available  on that day. Alhamdulillah urusan berjalan lancar. Tapi fobia kot. 

Cuti Bersalin Dan Kembali Bekerja

Macam semalam, keluar beli barang-barang baby. Memang 3 kali aku ulang alik ke kereta. Suami jaga Raudah dalam kereta. Dia menangis keras.

I is cannot tapi kena bertahan jugak sebab barang-barang memang kena beli. List dah buat. But u know, shopping memang kena compare harga, quality semua. Memang macam lipas kudung pilih semua.

So apa yang aku belajar after anak kedua is.. management.. time management, kerja rumah, masak etc. Once I failed follow scheduled, memang tunggang langgang. Ibarat peluang datang hanya sekali and no turning back.

Macamana la mak aku boleh jaga aku adik beradik yang sepuluh orang ni dengan jarak umur yang tak jauh. Berderet oi. Mau gila kalau tak tabah.

Dan kemanisan bercuti dan sampai ke penghujung. Dah tak boleh bersuka ria duduk rumah gomol Raudah. Esok dah masuk kerja semula. Kena hadap rutin harian pergi balik bekerja.

Cuba yang terbaik. Walau hati tak rela. Ni la dilema mak-mak bekerjaya. 

Walhal rasa sekejap je cuti bersalin ni. Yelah kalau kerja kerajaan merasa lah cuti tiga bulan. Dah rezeki kerja di sektor swasta dapatlah bersenang lenang selama dua bulan. 

Tips Hilangkan Masalah Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung

Setiap kali mengandung memang akan selalu jadi asalah  pedih uluhati. Aku tak pasti apa penyebab dia, kalau nak kata lambat makan, tidak juga. 

Aku kuat makan semasa mengandung jadi mulut asyik mengunyah setiap jam. 

Dah mengandung anak kedua selepas lima tahun pun aku masih alami perkara yang sama. Tapi sekarang dah ready nak tackle masalah tu. Belajar dari pengalaman lalu. Chewah.

Selain daripada tips legakan pedih ulu hati  yang dah lama aku buat, aku juga amalkan tips-tips di bawah untuk hilangkan masalah pedih ulu hati. Seksa weh kalau kena. Minum or telan Jus Delima. 

Tips Hilangkan Masalah Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung

Paling serasi dengan aku ialah jenama Gulsan. Pekat dan masam. Dah cuba jenama lain tapi agak cair. Harga kat Cold Storage KLCC dalam RM16. Kat kedai lain boleh dapat semurah RM12.

Apa aku buat bila terasa pedih je terus aku telan sesudu besar jus delima. Alhamdulillah sembuh. Dan memang sepanjang mengandung aku memang amalkan dua sudu jus delima setiap hari.

Hasilnya; kulit baby jadi cantik dan bersih.



Setiap dua jam atau lebih pendek masa lebih bagus mesti kunyah sesuatu. Pilih makanan yang sihat dan simple macam kurma. Makan sebiji dan minum air masak. 

Selain coffee,tea, nescaffe ada caffeine dan memang la kena elak sangat-sangat (derita untuk coffee addict mcm aku) MILO adalah penyumbang kepada caffeine juga. So a big NO for me. Minum milo automatik akan sakit.

Semua tak boleh minum jadi pilihan aku hanyalah nestum, susu segar etc. tapi itu pun kena berpada-pada.

Supplement untuk Ibu Mengandung juga jangan tinggalkan. Semua ni nurse dari KK yang pesan untuk makan sebab waktu mengandung aku bacaan HB aku tak cantik sangat. 

Apa aku share ni berdasarkan pelbagai eksperimen aku buat kat badan sendiri. apa yang sesuai makan dan apa patut aku elak. Bagusnya belajar la tentang tahap kesihatan diri masing-masing. Lagi mujarab.

Paling PENTING segala kesembuhan datangnya dari ALLAH. Allah izinkan maka sembuhla. Kita ikhtiar ok. Harap membantu. 

Selamat Hari Raya 2016, Raya Kan Sebulan

Tahun ni turn beraya di Bera. #TeamRayaBera Tema family aku kali ni warna merah. Anak teruna kesayangan yang pilih. Raya ketiga baru balik ke Melaka.

Diberi kesempatan menyambut Syawal dengan orang-orang kesayangan. Walau Raya kali ni tak semua adik beradik dapat berkumpul tapi sambutan Syawal tu tetap meriah. 

Raya kali ni pakat duduk rumah je. Kesihatan mak tak mengizinkan dan ditambah pulak aku yang baru habis berpantang. Lagi pulak risau Raudah meragam.

Malam raya melepak kat beranda tengok jiran tetangga main mercun. Siapa kata orang Malaysia miskin? Banyak je jiran tetangga aku bakar duit. Kaya-kaya semua. 

Selamat Hari Raya 2016, Raya Kan Sebulan


Selepas kaum adam selesai Solat Hari Raya Maka aktiviti  Pagi Raya bermula dengan sesi bermaafan, bagi duit Raya ke anak-anak  saudara dan sesi bergambar.

Makan sampai kenyang dan tunggu tetamu datang rumah. Menu Raya seperti biasa ketupat palas, nasi impit, kuah kacang, lemang kukus dan sate.

Tahun ni kami malas berpenat. Beli sate siap cucuk. Tinggal bakar je. Itu jela cerita Raya kami. Apa paling penting dapat berkumpul dan buat mak gembira. Alhamdulillah.

Dikesempatan ni, aku sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Mohon maaf andai terkasar Bahasa penulisan.




Bersalin di Hospital Swasta atau Hospital Kerajaan?

Sebelum aku menaip lebih panjang, tujuan entri ni adalah bukan berniat untuk memburukkan atau menjatuhkan mana-mana pihak yang disebut. 

Keputusan untuk Bersalin di Hospital Swasta atau Hospital Kerajaan terpulang kepada individu. Diharap entri ni dapat membantu orang-orang terlibat buat keputusan dekat mana nak bersalin. 

Bersalin di Hospital Swasta atau Hospital Kerajaan? 

Aku dulu memang dalam dilema masa nak pilih bersalin di Hospital Swasta atau Hospital Kerajaan. Banyak khabar angin baik mahupun buruk aku dengar. 

Kena banyak bertanya, membaca pengalaman orang kat blog-blog dan lagi bagus kalau pergi sendiri hospital tu untuk dapatkan info.


bersalin di hospital swasta atau hospital kerajaan


Anak pertama aku bersalin di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Masa tu tahun 2011, September. Pengalaman pertama kali bersalin 

Untuk anak kedua aku berpeluang bersalin di Gombak Medical Centre pada May, 2016. review GMC 

Kalau nak bandingkan antara dua hospital ni tak kisah dari segi apa pun memang macam langit dan bumi.

Kebetulan anak pertama aku dijangka bersalin lepas Raya, so memang bulat-bulat la keputusan aku bersalin di Hospital kerajaan je. 

Sebab dah alang-alang balik beraya. Untuk anak kedua aku lebih teliti. Dah tahu rasa bersalin di Hospital kerajaan so nak merasa lah pulak bersalin di swasta.

Perbezaan Kos Bersalin 


Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh – bersalin NORMAL. aku tak pasti wad kelas berapa (bilik 6 katil 1 bilik – kalau tak silap aku) dan aku hanya stay 2 hari 1 malam sahaja.

Makan tiga kali sehari, katil dan bilik air bersih, ada aircond, dibekalkan ubat luka (ubat basic). Bayaran masa check out adalah RM3. Ok murah sangat

Gombak Medical Centre – total Rm2,236. bersalin NORMAL. Single room untuk 2 hari 1 malam. Ada Tv, makan tiga kali sehari, attached bilik air, ada aircond, dibekalkan macam-macam ubat (sembelit, tahan sakit, ubat cuci pusat baby), dapat goodie back (newborn) dalam tu ada dua kotak kecik susu, segala sample barangan penjagaan baby. Kos cover sunat baby dan ubat tahan sakit masa contraction.

Proses bersalin 

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh – sampai hospital dan buat CTG pada pukul 2 pagi dan bersalin dalam pukul 7.25 pagi. 

Disambut oleh bidan perempuan (tak tahu pangkat) sebab doctor semua busy. Masuk bilik khas sebab bilik bersalin pun penuh.

Masa contraction tanggung sorang-sorang dan suami hanya dibenarkan masuk ketika betul-betul masa nak meneran sahaja. Doktor lelaki yang check bukaan dan terasa sakit.

Tiada kata-kata peransang semasa nak meneran yang aku hanya dengar, kalau rasa sakit masa tu awak kena push sekuat hati, jangan angkat punggung nanti koyak besar, dan bengkokkan kaki awak dan pegang betis awak. 

Hampir putus asa nak meneran. Dalam setengah jam bertarung meneran. Rezeki bersalin disambut jururawat perempuan.

Lepas bersalin terbaring kat katil dan diletakkan sementara dalam bilik bersalin (agaknya) dan memang orang lalu lalang tepi aku. 

yang pasti ada katil ditutupi langsir dan aku boleh dengar orang merintih sakit dan suara doctor bagi arahan. Terbaring sepi dengan uri kat tepi. Sejuk woi.. tunggu pulak wad kosong.


Gombak Medical Centre – sampai pada pukul 4.30 pagi dan buat CTG dan bersalin dalam pukul 10.40 pagi. Bacaan Al Quran dipasang. Suami memang berada di sisi dari awal sampai semuanya selamat.

Lepas CTG masuk bilik menahan contraction bersama suami sementara tunggu waktu bersalin. Selesa dan bebas mengeluarkan suara kesakitan. Jururawat explain pakej bersalin dan kos tambahan jika perlu di ambil.

Segala pertanyaan dan permintaan dijawab dan dilayan baik oleh jururawat dan doctor. Check bukaan tak rasa sakit. 

Doctor Zana layan terbaik, perbuatan dimulai dengan Bismillah dan guide cara bersalin yang betul. Walau sakit tapi tak panik. Tak perlu push cukup sekadar batuk. Kurang dari 20 minit baby selamat keluar.

Aku rasa itu sahaja kot point utama yang perlu diambil kira. Kalau korang jenis hati keras, tahan sakit rasanya bersalin kat mana-mana tak kisah. Cuma berdoa la aurat kita terjaga setiap masa.

Bezanya kalau swasta kita bayar dan perhatian sepenuhnya pada kita. Kalau kerajaan kan ramai pesakit dan tak kan dia hadap kita sorang sahaja. 

Ini penting ya, sebab perasaan takut, tak tahan sakit, cuak, dan perasaan ingin tahu tu berlegar-legar tanpa henti sampai la discharge.

Apa perlu buat?


Niat dan meminta pada Allah.

Ini perkara utama. Tanamkan dalam hati dan lafazkan dalam doa supaya dipermudahkan dan dimakbulkan niat nak bersalin di tempat pilihan dan bayi disambut oleh doctor pilihan.

Bagi diri aku, dari sebelum mengandung aku berhasrat nak bersalin dan bayi disambut oleh doctor wanita. 

Banyak sangat aku baca mengenai isu aurat dan darurat bersalin di sambut oleh doctor lelaki. dapat atau tak belakang kira tapi niat dan doa mintak kat Allah memang kena mula sejak awal.


Kemampuan kewangan diri dan pasangan.

Bila dah ada niat, mesti diri dah ready nak mulakan tabungan. Buat tabung khas untuk cover cost bersalin. Simpan sebanyak mungkin. 

Kena ada anggaran cost bayaran bersalin andai kata berlaku sesuatu yang tak di ingini ketika proses bersalin. Bersalin normal, ceaser, epidural dan lain-lain.

Ukurlah baju di badan sendiri. Lepas bersalin akan guna banyak lagi duit. Nak besarkan anak bukan tempoh sekejap. 

Banyakkan doa, dimurahkan rezeki. Semua itu Allah yang berikan. 

Aku doakan semua bakal-bakal ibu dipermudahkan segala urusan dan enjoy every moment. Jangan stress sebab apa yang berlaku tak boleh ulang semula. 

Mintala pada Allah. Kita merancang dan Allah yang menentukan sebab Allah sebaik-baik perancang.


Idea Dessert Untuk Open House Yang Simple Dan Sedap

Aku tertarik nak cuba kek ni masa cari menu untuk aku jamu tetamu. Maka muncul lah Idea dessert untuk open house yang simple dan sedap iaitu Kek Puding Buah Nenas. 

Hidangan pencuci mulut ni boleh dijadikan hidangan masa Hari Raya nanti atau nak buat makan-makan kat rumah.

Simple je bahan-bahan dan jimat masa. Dalam masa 10 minit In sha Allah siap. Aku jarang sangat buat benda yang akan susahkan diri. Aku rujukresepi ni dari Facebook user; Izra Ismail – Kek Puding Buah Peach. 

Idea Dessert Untuk Open House Yang Simple Dan Sedap

Oleh sebab tak berapa minat dengan Buah Pic so aku tukar dengan buah nenas. Nak tukar buah lain pon boleh Cuma tak taw la sedap ke tidak. Kena try & error ok. 

Resepi Kek Puding Buah Nenas


Apa yang diperlukan;

1 biji Kek Marble
1 tin Buah Nenas
1 tin Susu Cair
3 sudu Tepung Custard
1 sudu Gula

Semua bahan kat atas aku main agak-agak je. Resepi aku manis ala kadar so tambahlah gula kalau nak manis lagi.



Potong kek dan susun dalam bekas. Potong kek dengan ketebalan yang sekata dan bekas cari yang bersegi baru cantik kalau nak potong nanti.


Masukkan susu cair, gula dan tepung custard. Masak di atas api yang sederhana. Kacau custard sampai masak.




Tuang air buah nenas ke atas kek tapi jangan terlalu banyak nanti kek jadi lembik. Itu jadi kat kek aku. hihiih. Kalau nak elok je kek dengan custard bercantum simpan dalam fridge semalaman. 

Dah masak custard boleh la curah atas kek tadi. Susun buah atas custard dan sila sejukkan dalam peti ais.


Makan sejuk-sejuk amatla nikmat. Selamat mencuba.