Ramadhan 6 Yang Akhir & Ucapan Raya

Assalamulaikum.

Enam hari menuju Syawal in sha Allah. Cepat betul Ramadhan nak tinggalkan kita. Rasa sedih. Amalan tak seberapa. 

Badan penat jiwa meracau. Tekak pahit. Semalam marathon masak untuk berbuka terus buat kuih requested by anak lelaki, popia crab. 

Mujur mintak yang senang. Cuma leceh. Nak hiris sayur dan balut. Demi anak. Kerana Allah Taala. Semalam berapa kali urut dada, nak marah. 

Bila penat benda kecil jadi hal besar. Berapa kali otak suh istigfar dan fikir mahal harga tiket ke syurga. Pernah baca, jangan harapkan suami untuk bahagia kan kita. 

Ramadhan 6 Yang Akhir & Ucapan Raya

Untuk cari syurga. Tapi letak pengharapan pada Allah. Allah la yang paling berhak. Kebahagiaan milik Allah. Jadi aku motivasikan buat kerja kerana Allah. 

Aku masak, aku mengemas, aku berkorban tenaga kerana aku mahu ia jadi tiket aku mendapat bahagia. Tiket ke syurga mudah-mudahan. Aamiin.

Tadi berbincang adik beradik plan untuk raya. Rancang nak buat semula activity yang biasa kami buat tahun-tahun sudah. 

Bila berkumpul ramai-ramai mesti ada je game aku buat untuk hiburkan hati. Raya la peluang kami. Berkumpul semua. Tapi. Kali ni mungkin terpaksa batalkan. 

Ada antara kami yang diduga kehidupannya. Tak elok bergembira sedangkan mereka bersedih atau game tu buat mereka bahagia? Entah.

Raya tanpa abah. Bila sebut pasal abah. Lidah aku kelu. Harus bagaimana mahu aku simpulkan perasaan rindu yang teramat. 

Ya Allah, tempatkan lah ayah ku di kalangan orang yang beriman. Orang yang mendapat Shafaat Nabi Muhammad S.A.W. Moga kita sekelurga bertemu di sana kelak. 

Selamat menyambut Syawal yang bakal tiba. Mohon ampun kemaafan di atas segala keterlanjuran.

kali ke lima raya tanpa arwah abah

Semak Penyata Pinjaman PTPTN Selepas Ujrah

Selamat petang. Ramadhan ke 15 aku terima email penghargaan dari PTPTN yang sudi [dengan izin Allah] memberi aku pinjaman masa belajar dulu. 

Pengajian Diploma dan juga ijazah Sarjana Muda. 


Kali ni nak kongsi tentang apa yang jadi selepas aku berjaya bertukar dari conventional ke Ujrah. 

Oleh sebab macam rasa panjang sangat so aku akan buat lebih dari satu entry tentang apa berlaku selepas aku tanda tangan setuju memilih Ujrah. 


Semak Penyata Pinjaman PTPTN Selepas Ujrah


 



Recall balik apa berlaku:

Apply Ujrah hujung December 2014 di cawangan KL Sentral.
Ikut jadual bayaran balik aku kena start bayar January 2015 tapi aku lambat bayar, aku terlupa so aku bayar dua kali masa bulan February.

Dari aku mohon Ujrah sampaila saat aku terima email dari PTPTN ni barulah aku tergerak hati nak semak dan study apa berlaku pada pinjaman aku.

Semak baki bayaran.

Aku semak dan buat perbandingan untuk dua penyata. Conventional dan Ujrah.

Untuk conventional system akan mintak no pinjaman dan ic kita. Untuk Ujrah pulak kena ada kata laluan. 

Aku ingat-ingat lupa bila aku daftar so aku just reset password. PTPTN akan hantar email new password. 

Ha yang ni pening sikit sebab system diaorg email aku sampai 3 kali dan ketiga-tiganya adalah password yang berbeza. 

Jadi guna password paling last dia bagi. Tak pun ikut nasib la yang mana boleh. Ihihihi.  Lepas dapat log in korang tukar la password yang korang nak.


Korang refer gambar bawah ni untuk lagi clear k. 



melalui email tadi dia bagi link..korang click je




masukkan kad pengenalan then nanti appear dua link..

yang ni page kalau click penyata pembiayaan Ujrah..
yg penting kena ada kata laluan



yang ni page kalau click penyata pembiayaan  Konventional..
yg penting korang hafal no pinjaman..


Untuk kata laluan dan sebagainya aku dah setel awal-awal dulu. aku tak suka call PTPTN so aku walk in sahaja ke kaunter KL Sentral. 

Senang nak tanya.  yang tak ada masa boleh la cuba call hotline diaorg. 

 

Cara Mohon Ujrah PTPTN

Dapat Soalan pasal Ujrah dari reader yang tanya tentang macamana nak apply Ujrah? Nak tahu tentang detail serta kenaikan bunga jika lambat bayar pinjaman. 

Seperti yang aku gembar gemburkan pada entry lepas hujah pasal Ujrah dan pasal kenapa aku pilih ujrah akhirnya dengan tekad hati aku memilih untuk proceed apply ujrah.








Cara Mohon Ujrah 


Penawaran Ujrah adalah terbuka kepada semua peminjam pinjaman konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam) termasuk peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Bagi mana-mana peminjam yang mempunyai lebih dari satu (1) pinjaman konvensional [ macam kes aku diploma dan Ijazah]. 

Penggabungan data pinjaman akan dilakukan bagi melayakkan peminjam memohon pertukaran Ujrah. WAJIB.  



Kalau tak puas hati dengan tempoh bayaran balik boleh buat rayuan dan kemukakan salinan slip gaji terkini atau penyata KWSP atau penyata pendapatan (bagi yang bekerja sendiri).

Boleh lanjutkan tempoh bayaran had umur sehingga 60 tahun tertakluk kepada rundingan dan persetujuan.


Cara Permohonan 

Untuk mohon boleh buat dengan dua cara;

1.      Mohon online
Memohon melalui online dan kena masuk website  PTPTN  dan isi la apa yang diminta. Seharusnya bersetuju dengan syarat-syarat yang di tawarkan:    

* UJRAH adalah upah 1% setahun pada kadar rata bagi menggantikan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan.

* Mulai 1 Oktober 2014, peminjam yang mempunyai lebih dari 1 pinjaman diwajibkan untuk menggabungkan kesemua pinjaman untuk melayakkan pertukaran UJRAH.

So tunggula PTPTN reply status layak ke tidak then akan ada email PTPTN akan tandatangan agreement. Agreement akan state segala info tawaran Ujrah dan document yang harus di kembalikan kepada PTPTN. 
Agrement valid untuk 14 hari sahaja. Kalau dapat terus buat dan hantar ke kaunter secepat mungkin.

2.      Walk in terus ke kaunter terdekat.

Macam kes aku, aku refer to KL Sentral  punya kaunter. Aku buat online dulu sebab nak taw berapa monthly amount then aku sempat la buat research nak accept or tolak. 

Kalau korang jenis yang nak amik masa study dulu mampu bayar etc eloklah buat macam aku. So far aku berkenan. 

So aku pun teruskan niat apply kat kaunter saja. Paling penting pergi sana bawak setem hasil RM 10 dua keping. 

Nanti boleh siap terus agreement. Bagitahu siap-siap kat staff tu kata nak siapkan hari tu jugak. Tak sampai dua jam boleh setel. 

Kau orang juga boleh  minta dokumen tawaran di kaunter PTPTN di cawangan PTPTN seluruh negara.

Perjanjian yang lengkap di isi beserta setem hasil (RM 10 – 2 keping) hendaklah segera dipulangkan di kaunter atau melalui pos kepada mana-mana Pejabat PTPTN Negeri. 

Selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh surat tawaran. Lepas 14 hari dah tak valid dan kena isi borang baru.

Urusan permohonan in sha Allah boleh siap dalam masa satu hari dengan syarat dokumen lengkap dan ada stem hasil. 

* Nota Tambahan: "Bagi PENERIMA BIAYA yang lewat membayar mana-mana ansuran bulanan sebagaimana yang ditetapkan oleh PERBADANAN, PENERIMA BIAYA adalah bertanggungjawab untuk membayar ta'wid (pampasan) kepada PERBADANAN dikira pada kadar 1% setahun atas baki bulanan di atas amaun yang lewat dibayar. 

Amaun ta'wid (pampasan) terhadap kelewatan membayar adalah dikira dari tarikh ansuran kena dibayar sehingga bayaran diterima oleh PERBADANAN". 

Itu sahaja rasanya yang korang perlu tahu. Harap membantu.



Semoga Emak Sihat Selalu

Bersyukur masih diberi nikmat meneruskan kehidupan. Diberi kesempatan hidup tanpa ada pergaduhan dengan orang sekeliling. Masih senyum dan boleh bergurau senda dengan suami. 

Anak masih dibawah kawalan. Syukur. Sabtu ahad lepas turn aku balik Pahang. Dah jadi amalan setiap kali berpuasa selepas berkahwin akan pastikan sekali berbuka dengan mak dan mertua. 

Nak balik banyak kali masih belum ada rezeki. Balik kali ni mak kurang sihat. Gout mak menyerang.  Masih ingat Ramadhan lepas mak tak sihat jugak. 

Semoga Emak Sihat Selalu

Mak seorang yang kental. Tegas. Bila minta mak tak puasa mak akan tolak dengan seribu satu alasan. 
Paham mak nak merasai nikmat berpuasa tapi kesihatan mak tak mengizinkan. 

Syukur diberi peluang jaga mak semasa sakit walau sekejap. Dapat mandikan mak. Tolong papah mak ke tandas. Itu semua rezeki. Lubuk pahala. Kalau dulu mak mandikan kami. Sekarang giliran kami berbakti pada mak.

Kalau boleh setiap apa mak nak aku cuba untuk tunaikan. Semua keinginan dan minat mak. Selagi masih ada masa. 

Aku tahu kita semua ni pinjaman Allah. Bukan hak kita. Maka aku aja diri aku bersedia. Kehilangan sementara kat dunia.

Kehilangan arwah abah ajar aku menghargai orang depan mata. Dan aku masih belajar. Tak akan pernah tamat sehingga aku dipanggil oleh Pencipta. 

Rindunya pada arwah abah. Kalau arwah masih ada… tak mampu aku nak ulang semula. Terlalu sebak. Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang beriman. 

Allah jangan seksa abah. Tak terbalas budi abah membesarkan kami adik beradik. Ramadhan kali ni paling biasa-biasa sambutan kami sekeluarga. 

Sekatan ekonomi dengan harga yang merepek jadi macam sangat berkira. Beli benda yang perlu sahaja. Ini lah hikmah Allah izinkan apa yang berlaku sekarang. Hikmah pembaziran. 

Surprise Birthday Suami Ulang Tahun Ke 32

Hari ini ulang tahun kelahiran suami yang ke 32. Tahun kelima bergelar suami isteri dan kami akan celebrate sama-sama. Kalau tahun-tahun sebelum ni aku kami akan keluar makan dan berseronok.

Cuma tahun ni lain sikit bila aku berjaya buat surprise birthday untuk suami sempena ulang tahun yang ke 32.

Memang gila punya plan la. Tak pernah terfikir seumur hidup aku akan buat semua ni. Ketahuilah bahawa aku memang orang yang keras berhati batu.


Surprise Birthday Suami Ulang Tahun Ke 32

Tak ada makna aku nak buat surprise sebab aku jenis cepat panik dan kurang sabar. Kisahnya, berjaya come out dengan plan nak buat surprise suami lepas fikir panjang dan kebetulan suami mesej dia balik lambat pada hari tersebut. 

Kiranya aku akan sampai rumah dahulu sebelum dia.




Plan Surprise Birthday Suami


Oleh sebab plan nak surprise kan suami maka aku balik kerja awal sikit dari biasa. Plan nak singgah Jaya Jusco Alpha Angel untuk cari bahan decoration, kek dan lain-lain. 

Aku berjaya sampai wangsamaju 30 minit sebelum pukul 7 malam. Kebetulan aku puasa ganti jadi dah plan nak beli juadah berbuka dan balik makan dirumah. Berdoa agar plan aku berjalan lancar.

Dalam otak dah imagine apa perlu beli tapi hampa. Semua barang yang aku survey, satu pon tak berkenan di hati. Memang aku sejenis susah nak buat pilihan dan susah dipengaruhi untuk beli.

Lepas lama berjalan dalam Jaya Jusco akhirnya aku beli kek secret recipe dua slice (Turkish Delight dan Chocolate Cheese Berries). 

Beli banyak pun membazir. Suami tak suka sangat kek. Semestinya kek yang dibeli beli perisa kegemaran aku sebab nanti aku dan Ikhwan yang akan habiskan.

Lepas beli kek aku pergi beli buang ros merah. Aku beli satu kuntum je. Sila muntah sebab aku sendiri tak percaya apa yang aku buat. 

eli bunga dan hadiahkan untuk pasangan sesuatu yang menggelikan hati bagi aku. Memang dah pesan pada suami sejak bercinta lagi, jangan bazir duit hadiahkan aku bunga. Kalau coklat aku suka.  

Lepas tu aku beli sekeping kad ucapan birthday. Tulis ucapan pun simple sangat. aku bukan jenis orang yang meluahkan perasaan atas kertas. 

Kekok habis weh. Ni semua pengaruh drama dekat televisyen. Aku tiru je.


 

Pertama Kali Surprise Suami


Ini kali pertama kali aku beli bunga woi. Rasa nak gelak sorang-sorang. Puas aku fikir macamana aku nak buat surprise. Nak jerit ucap selamat hari jadi kuat-kuat? 

Nak tutup lampu ke? atau buat-buat tak tahu kemudian surprise kan suami dengan kek bila dia tengah berehat?

Akhirnya pada 9:30 malam baru suami sampai di rumah. Memang sempat la aku hiaskan serba sedikit rumah. 

Setelah habis fikir, aku buat kejutan waktu suami ketuk pintu rumah dan masa tu aku padam lampu dan nyalakan lilin. Kira sambut dalam gelap dan cuma disinari cahaya lampu lilin sahaja.

Lilin yang aku guna bukan lilin kek hari jadi, aku guna lilin putih untuk kegunaan bila elektrik tak ada. Punya la buruk perangai pakai apa yang ada je, sebab masa beli kek aku tak rasa nak tiup lilin. Lilin sekadar jadi prop dan hanya nak timbulkan mood surprise je.

Reaksi suami: dia senyum gembira tapi tak adalah sampai melompat terperanjat. Dia tak sangka je. Yelah sepanjang kenal aku mana pernah sangka aku akan buat macam tu. 

Baru je nak feeling lebih-lebih, Ikhwan menyampuk dia nak masuk rumah cepat. Dia cakap takut sebab gelap. Maka berakhirla surprise yang hanya seminit dua tu. Mama dan abah baru nak feeling lah anak oi. Lol.


Kesimpulan

Tak kisah apa sahaja cara nak surprise kan suami sempena birthday dia asalkan ikhlas dan buat dia happy dah cukup. 

Menjadi atau tidak paling penting adalah usaha yang kita letak dalam sesuatu perkara. Alhamdulillah suami nampak usaha aku nak meriahkan hubungan kami. Siapa tak sayang suami kan.

Aku terfikir juga kenapa aku buat semua ni? Kiranya aku betul-betul keluar dari zon selesa aku la. Aku buat semua ni untuk kembalikan kemeriahan perkahwinan kami. 

Maklumlah dah nak masuk lima tahun usia perkahwinan kami. Orang kata, lima tahun pertama adalah tahun untuk melihat sesuatu hubungan tu boleh terus maju atau tidak. 

Itu orang kata la. Semoga hubungan kami terus diberkati, dipanjangkan jodoh sehingga ke syurga dan mendapat rahmat Allah.

Semua ni untuk kenangan. Pos dalam blog ni pon untuk ingatan jangka panjang. Jauh sekali nak riak tunjuk kat orang. [Motif: ingat kau sorang je ada suami sambut birthday 14haribulan] Wakakkaka. 

Cara Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi

Sejak accident aritu then lutut koyak sikit memang terus tak boleh bengkokkan lutut. Rasa macam kulit terkoyak. Nak duduk macam biasa pon macam terkangkang. 

Payah benar nak buat. ngilu tak usah cakap la. Aku macam biasa tak pergi klinik pun sebab rasa sikit je pun luka.

Oleh sebab sakit tu berlarutan dan mengganggu aktiviti harian serta risau bab solat terus google bagaimana cara solat ketika sakit. 

Cara Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi  

Cara solat duduk di atas kerusi. Alhamdulillah, aku masih lagi mampu berdiri dan ruku’ cuma aku tak mampu nak sujud macam biasa.

Sebab aku mudah paham penerangan Ustaz Azhar Idrus (UAI) jadi memang terus tengok video ceramah beliau. 

Selain UAI, aku juga baca penerangan dari JAKIM. Sekarang mudah kan? Semua maklumat ada di internet. Caria tau tidak sahaja.



Syarat Solat Duduk Di Atas Kerusi

Mengikut pembacaa aku tentang syarat solat duduk adalah apabila kita tidak mampu untuk berdiri. Ada yang mampu berjalan tapi tak mampu berdiri tegak. 

Maksudnya tidak tumbang pengsan dan perlu berpaut. Jadi diberi kemudahan untuk boleh solat duduk.
Kalau mampu, sebaiknya berdiri tegak, niat dan takbirratur Ihram dalam keadaan berdiri. 

UAI juga pesan, Solat akan terbatal sekiranya seseorang mendirikan solat fardhu secara duduk sedangkan dia mampu melakukannya secara berdiri.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:” Diriwayatkan bahawa Imran Bin Husain RA telah mengalami penyakit buasir. 

Beliau bertanya kepada Nabi SAW lalu baginda menjawab;” Solatlah kamu secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk (qa’idan) dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring.”

Seterusnya, boleh ruku’ macam biasa cuma untuk sujud perlu bengkokan lutut akan mendatangkan kesukaran, jadi dibolehkan duduk di atas kerusi dan tundukkan sedikit kepala sebagai syarat sujud.

Boleh baca lanjut di laman web JAKIM tentang Solat Duduk Hukum Solat Cara Duduk Di Atas Kerusi Bagi Orang Yang Uzur

Kesimpulan

Solat merupakan tiang agama yang perlu dijaga sehingga nafas yang terakhir. Begitu penting solat itu sehingga dalam apa jua keadaan, Islam mewajibkan umatnya untuk menunaikan solat termasuk ketika keuzuran. 

Islam juga agama yang mudah dan sentiasa ada jalan penyelesaian. Tak mampu solat seperti boleh berdiri, duduk, mengiring dan banyak lagi. Sesungguhnya kelak usaha kita menjaga agama Islam diberi ganjaran yang besar di akhirat.

Makan Di Aroma Ikan Bakar Jeram

Merasa juga makan di Aroma Ikan Bakar Jeram. Oleh sebab aku ni memang penggemar makanan laut, udang terutamanya so memang kemaruk nak pergi makan tempat sedap tapi tak mau jauh-jauh. 

Pastu sibuk google banyak la good review pasal Aroma Ikan Bakar Jeram Selangor.  Aku dari Kuala Lumpur, jadi nak datang ke sini kami akan melalui Highway LATAR. 

Makan Di Aroma Ikan Bakar Jeram 

Akan lalu la cendol bakar Kuala Selangor tapi tak singgah sebab semangat nak makan seafood lagi tinggi.

Sebelum ni dah pernah makan seafood & ikan bakar Umbai Melaka. So expectation aku haruslah Aroma Ikan Bakar Jeram at same par atau lagi sedap. 

Bertolak pukul 4 petang dari rumah, jalan agak jem then sampai sana dalam pukul 5:45 petang. 

Sebelum pergi dua hari sebelum aku dah call untuk booking. Kawan office bagi tips kalau nak book, sila call petang. So far aku book ada je orang jawab.



Bestnya sampai awal kita boleh rebut tempat duduk kat pondok buloh. Betul-betul dekat dengan pantai. Ada dua size, satu kecik sesuai untuk 6 orang kebawah and satu lagi yg more than 12 people la. 

Rezeki aku dapat duduk tapi kena charge RM10 sebab duduk situ. Meja tempat duduk memang luas. Ada banyak seksyen. 

So siapa yang walk in kalau tak kisah duduk kat mana saja so boleh la cuba nasib. Datang terus. Perasan jugak ada la dalam lima keluarga bermuka hampa sebab nak duduk tepi pantai tapi satu section tu telah di reserved untuk event dinner.

Tempat solat agak kecik and bilik air super luas. Nak solat maghrib la agak mencabar. Tapi overall bersih. Kitchen and tempat basuhan pinggan mangkuk bersih. If bawak anak kecil pon selesa la.


Overall:

Food: sedap kena tekak aku.food yang tak habis boleh bungkus bawak balik boleh amik plastic bungkus yang disediakan. Tapi layan diri la.

Menu malam tu:

Siakap stim – Rm 42.24 (yg ni aku rasa mahal, ikan agak besar so sedapkan hati ok la kot)
Ketam masak cili – RM 30.38 (untuk tiga ekor gemuk2).. baru sedar ketam 10 inggit sekor.. oh mai
Udang size A (butter prawn – RM 18.90 (5 ekor)
Kerang bakar – (kerang gemuk – RM 6)
1 jug jus tembikai – (jug kecik – RM 15.. pekat tapi mahal woi)
Cendawan goreng – (cendawan masak tiram – RM 4)
Nasi puteh – (2 pinggan – RM 2.40)

Kebersihan: tak terserempak dengan kejadian atau benda-benda yang kotor so aku cukup puas hati.

Harga: bila compare dengan Melaka. Melaka lagi murah and puas hati.















ermm tanya diri sendiri mahal ke tidak? ni campur duduk kat saung

Manjakan Diri Di GossipRoom7 Wangsamaju

Mari aku nak cerita tempat best yang boleh melegakan stress dan manjakan diri. Masa cuti umum, hari Sultan Selangor lepas, aku ambil keputusan nak me time dengan niat nak memanjakan diri dengan berurut. 

Dah lama follow satu instagram ni yang betul-betul dekat dengan area rumah aku. Dekat Dataran wangsa Melawati KL. Nama dia GossipRoom. 


 


Dia offer banyak service macam ManiPedi, Facial, Waxing, Boutique, Cafe, Makeup & Massage. 
Yang aku baru cuba which is massage la. Sebab dia buat offer 15% discount so lagi bersemangat nak cuba. 

Macam aku, sebagai new customer aku lebih suka cuba produk yang ada discount dulu.. then satisfied baru la kurang kisahnya nak bayar harga penuh untuk servis lain.

If tak best tak ada lah rasa rugi teringat-ingat sampai masuk dalam mimpi. Lol. So teruskan niat suci murni buat neck, back and shoulder massage for 1 hour.

Manjakan Diri Di GossipRoom7 Wangsamaju

Memang dasar aku tak suka lambat untuk appointment so masa datang memang dia baru bukak. Kira first customer. Since staff yang nak urut aku tu pukul 11.30 baru nak start urut so dia makan la dulu. Kang nak urut kena ada energy.

So bermula la urut mengurut. Yang urut aku namanya anis. Muda lagi orangnya. Cara urut pon not bad. Serasi dengan aku. 




Nak tahu serasi tak serasi bila lepas urut patutnya ada perubahan la rasa dekat badan. Macam sebelum ni pernah urut kat tempat lain. Segar tu segar badan tapi macam tak lama sangat la. 

Alhamdulillah badan tak ada lebam yang teruk. Sakit badan amat minimum.

Overall sangat puas hati, start dari nak buat appointment, layanan staff dan lain-lain amat berbaloi nak manjakan diri. Nanti boleh datang lagi.





Pasal Anak - Ikhwan Hafeez

Assalamualaikum. Sibuk sekarang dengan cuti dan aktiviti akhir tahun. Patutnya akhir tahun lagi slow la activity ni lagi banyak aku kena ready sebab activity tahun hadapan macam tak menyempat nak buat. 

Itu semangat namanya. Setelah sekian lama aku jarang-jarang update pasal anak kat blog. Tak ada sebab khusus cuma aku memang dah setkan dalam minda hal anak suami aku lagi prefer menulis email dan send to them. 

Aku memang create email untuk suami dan anak. Bila tiba masa nanti aku bagi la. Sweet tak? Ok puji angkat bakul.

Untuk perkembangan Ikhwan yang dah masuk tiga tahun. Rasanya banyak benda dia dah belajar. Dulu suka warna hijau sekarang suka warna biru. 

Semua nak warna biru. Tak nak ben10 sebab kartun tu warna hijau. Oh anak. Dia dah pandai menstructure kan ayat. Ayat lebih dari 4 perkataan dia boleh construct atau lebih tepat dia kuat bebel. Macam aku.

Pasal Anak - Ikhwan Hafeez 

Peel setiap pagi, addicted nak makan makanan tambahan yang aku bagi setiap hari. Celik mata mintak ‘ubat’. Makanan Sunnah Qaseh Junior. 

Alhamdulillah membesar dengan bijaknya anak aku. In sha Allah. Sekarang melatih dia untuk bebas pampers. Mencabar ya. 

Cuba elak bersikap bandingkan anak. Kelak binasa perasaan sendiri. masih bersabar. Cuba jadi mama terbaik untuk anak sendiri.







Hari Pernikahan Adik

Nak menaip tapi tak nak buat entry sampah. Jadi aku update sekadar kongsi apa berlaku di sekeliling untuk memori masa hadapan bila dizinkan tuhan untuk pandang belakang semula.

Selesai sudah adik aku wani, melangsungkan akad nikah dengan pasangan sendiri setelah bercinta bagai nak rak. Setelah pelbagai dugaan, onak dan duri mereka mencapai kata sepakat.

Bagi aku yang nak masuk tahun ke empat ulang tahun perkahwinan semestinya sangat throwback masa aku menikah dulu la. Masa sendiri nikah tak ada nangis masa adik nikah ni air mata nak tertumpah.

Beza sekarang abah tiada bersama untuk jadi wali. Ganti dengan abang sulung. Untuk nikah kami buat di rumah kakak di klang. Kenduri akan menyusul di kampung 29 November nanti.

Hari Pernikahan Adik

Bila abah tiada maka semuanya mak akan harapkan adik beradik. Makanya bulan ini bulan travel dan bergotong royong. Ani nikah, meeting orang kampung untuk pembahagian tugas semasa kenduri, dan kenduri hujung bulan. Tiga minggu yang memang meruntun komitmen dan tenaga.

Alhamdulillah suami memahami dan banyak membantu.

Sebut perkahwinan.. aku tengah belajar pasal perkahwinan. Masih banyak perlu dibelajar. masih cuba memahami bagaimana rasa kasih sayang berkurang, perasaan bosan terhadap pasangan dan kegagalan kesepakatan dalam rumahtangga.

Ilmu.. aku masih menuntut dengan pengalaman dan orang sekeliling. Mereka adalah guru. 

semua yang terbaik utk awak adik..ani

tulang belakang rombongan
selamat datang ahli baru.. 

Bercuti di Bukit Gambang Resort City

As salam ini adalah entry tertangguh selepas beberapa ketika balik bercuti mingguan ke Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang Darul Makmur. 

Kenapa pilih bercuti di Gambang? Tujuan utama adalah kerana nak melawat Safari. Then dah tahu bila berjalan ke safari atau zoo mesti akan libatkan penggunaan tenaga yang banyak. 

Sebab nak layan Ikhwan Hafeez yang tengah membesar perlukan ketenangan dan kawalan yang tinggi. Keselamatan, kebersihan, ketenangan jiwa keluarga yang bercuti. 

Bercuti di Bukit Gambang Resort City 



Bercuti di Gambang


Kenapa pilih Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang Darul Makmur?

Dari segi kos, Jarak yang bolehla dikatakan dekat. Kl ke Gambang. Dengan minyak dan tol. Agak berbaloi jika difikirkan bila check in pagi sabtu dan balik petang ahad.

Untuk penginapan aku survey kat Groupon dan nampak pakej yang menarik hati terus beli dengan harga RM 225 + 50 bayar bila check in disana. Overall penjimatan hampir 60%.



Studio suite ni dia bagi bilik ala apartment yang ada dua katil queen size, peti ais mini, tv, and bilik air yang ada  macam gambar aku ambil dari website Bukit Gambang Resort City. 

Tengok bilik macam ni teringat A Famosa Melaka




Untuk urusan sebelum bercuti untuk check availability dengan pihak hotel feedback yang diterima amatlah pantas, tepat dan jitu. So after confirm bilik dengan hotel dan available terus beli pakej groupon. 

Sampai lunch dulu dekat kedai depan hotel then baru check in. Alhamdulillah dapat masuk awal sikit. Masa check in staff dia advice pergi safari dulu since masih sempat masuk safari siang punya. 

Untuk kesenangan sila ambil dan baca template waktu operasi safari dan waterpark. So rancang dengan bijak.

Kami pergi safari siang nya tengok semua haiwan yang memang nampak kat tv naik tramp. Cute tramp dia. Nak cerita semua binatang yang ada memang tak dapat digambarkan keseronokkan. 

Harus pergi. Kami sekeluarga pencinta binatang so amatlah enjoy. Apa yang tak bagus ialah tramp ni sangatlah lasak keadaannya. Amat tak sesuai bawak baby.

Pendek kata setahun kebawah tidak digalakkan sebab keadaaan muka bumi akan terhentak-hentak. Bayangkan masa pergi satu tramp dengan kami ialah baby yang tak sampai setahun dan masa balik kebetulan jumpa warga emas menaiki kerusi roda. 

Dengan keadaan persekitaran dan kemudahan yang kurang untuk baby and warga emas friendly ni kena fikir banyak kali.

Ikut pengalaman aku, nak dibandingkan lagi seronok ke Zoo Melaka.   




Ok safari ni ada siang and malam. Pukul enam petang dah start night safari. Pendekkan cerita aku sempat tengok elephant feeding sambal makan kat cafeteria, pastu tengok white tiger and binatang lain kat wild nursery. 

Pastu sambung tarzan show pada pukul 8 malam then continue lagi show orang main api. Memang terbaik. 

Even tak larat tapi masih ada hati aku nak jalan-jalan sekeliling lagi. Memikirkan mak yang semakin berusia kami balik ke bilik.

Esok pagi breakfast yang not bad then terus pergi waterpark. Kami check out terus sebab nak berlamaan didalam waterpark. 

Tengahari at 1.00 berjaya keluar lepas layan karenah Ikhwan nak mandi. Singgah hantar mak ke kampung dan berehat sekejap sebelum teruskan perjalanan balik KL. Indahnya dunia.




Btw banyak lagi gambar tapi guna hp gambar macam tak best nak upload. So sila pergi baru rasai kegembiraan ini. 

Mudahnya Menjemput Rezeki 0.1

Tadi baca buku mudahnya menjemput rezeki. Baru start selepas habiskan buku motivasi Irma Hasmie (SMILE). Seronok membaca. 

Dapat ilmu. Ilmu tu satu rezeki. Bila baca tadi ada ayat yang kata, Segala benda yang membawa manfaat kepada seseorang baik positif atau negatif adalah rezeki. Ilmu juga kategori rezeki. 

Rezeki telah Allah tetapkan secukupnya untuk seseorang sehingga hari kiamat. Indah sungguh caturan Allah. Yang Maha Menguasai. 



Mudahnya Menjemput Rezeki 0.1

Sesuatu yang milik kita, yang ada pada kita macam gaji, wang simpanan, makanan, dan lain-lain belumlah sepenuhnya rezeki kita selagi kita belum gunakannya. 

buku mudahnya menjemput rezeki



Dalam wang gaji kita ada sebahagian untuk orang lain. Bila kita sedekah, bila kita tergerak hati nak bagi dan tolong orang. Allah yang menggerakkan rasa itu. Sebab memang bukan rezeki kita. Tapi rezeki orang. 

Buku ni dah ada buku yang kedua tau. Boleh dapatkan dekat sini

Pernah ada kejadian berlaku lama dahulu, sama macam contoh dalam buku aku baca sekarang. Kisahnya bila ke masjid selipar hilang, maka syaitan buat hasutan supaya ambil selipar masjid dan pulangkan kemudian. 

Dan akhirnya bila ambil terlalu selesa dan lupa pulangkan. Itu rezeki haram. Nikmat haram.. Mujur aku lama dahulu aku sempat pulangkan. 

Walaupun rezeki Allah sudah tetapkan tetapi kita harus berusaha mencarinya. Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan dia berusaha. 

Jangan berusaha sampai meletakkan Allah menjadi no 2. Ini dugaan selalu berlaku pada aku. Mencari dan memberi keutamaan kepada dunia sebab nak siapkan kerja. 

Solat di akhir waktu konon mahu kusyuk dalam solat selepas kerja siap. Berdosa.

Macam kisah sahabat nabi. Sedang menyiapkan kerja menyusun batu bata. Tinggal batu bata yang terakhir untuk diletakkan. 

Tapi azan berkumandang. Segera dia tinggalkan kerja dan solat dahulu. Kuatnya iman sahabat nabi. Mendahulukan Allah dari segalanya. Nampak kecil saja tapi kesannya luar biasa. 

Tafsiran Kawan Dan Sahabat

Maksud Sebenar Kawan Dan Sahabat

Sahabat adalah orang yang senang kita nak bertegur sapa dan berborak. Orang yang tak perlu kita risau penerimaan terhadap diri kita bila kita kurang keyakinan. 

Orang yang kita perlu bila kita sedih. 

Orang yang selalu ada bila kita nak dengar pendapat ketiga sesudah pasangan dan keluarga kita. Orang yang tak akan lupakan dan selalu libatkan kita dalam kehidupan mereka. 





Itu tafsiran sahabat bagi aku. 

Kawan lebih usia pernah nasihat aku. Untuk jadi sahabat baik, hati kena bersih. Kena bebas dari rasa cemburu. Kena bebas dari iri hati dan buruk sangka. Kena selalu positif dan memaafkan. 

Aku mahu jadi sebegitu. Aku mahu jadi sahabat baik kepada orang yang layak. Orang yang menghargai. Aku tak kecewa apa Allah takdirkan untuk aku. 

Rezeki aku setakat mana yang Allah izinkan. Buruk kata Allah maka buruklah bagi aku. Sesungguhnya pelajaran tentang Redha dan sabar amatlah berepisod lamanya.