Back To School 2018 | SALE BRAND CANGGIH

Back To School 2018 Canggih


Dah masuk bulan December bulan terakhir untuk tahun 2017, golongan ibu bapa yang ada anak bersekolah mesti dah start shopping barang keperluan untuk sekolah tahun depan kan? Sebenarnya aku dah start awal lagi, sekarang adalah masa untuk semak semula dan tambah apa yang belum cukup je.

Macam hari tu memang sengaja tunggu promosi untuk beg sekolah. Harga beg sekolah sekarang semuanya urut dada. Terkejut mak tengok harga. Kalau dulu RM40 dah macam paling mahal kot sekarang RM40/50 adalah harga paling rendah.

Memang ada yang boleh dapat dengan RM30 tapi kualiti dia agak sadis. Untuk anak-anak yang cukup matang sesuai la sebab pandai jaga. Untuk anak yang baru nak masuk darjah satu mahu seminggu je lepas tu koyak agaknya.



Back To School

Dah survey harga di Aeon Big, Aeon Keramat, dan Pusat Pakaian Hari-Hari. Memang range harga adalah RM60 ke atas. Oh ye aku cari beg beroda ya, sebab nak elak anak angkat beg berat. Dulu satu roda je kan? Sekarang dah jadi beg 3 roda. Untuk ketahanan dan lasak pun ye jugak.

Untuk jenama Swan yang memang tahu kualiti dia, harga bermula RM99 kalau tak silap. Memang berbaloi untuk beli selepas mendapat nasihat kawan-kawan yang dah ada pengalaman. Masih belum membeli sebab masih terperanjat tengok harga. Nanti la tengok mood suami baru pergi beli.

Selagi tak setel bab sekolah selagi tu la akan berfikir pasal hal ni. Just standby duit jela. Lepas ni kena uruskan pendaftaran KAFA etc. Oh mai. How time flies. Dah masuk sekolah rendah anak aku. My big baby boy.




Ada kawan share yang Brand Canggih ada buat Sale sempena Back To School. Kalau dulu aku pakai Baju Brand Canggih ni sebab dapat bantuan murid miskin ya. Suka dengan kualiti dia. Ada jugak kawan-kawan yang kurang berkenan jenis kain Canggih ni. 

Apa pun di Zaman Pak Jib yang mencabar ni kena bijak rebut peluang cari discount dan pastikan berbaloi. Jangan harga sebelum discount dengan after sama je. Jadi pengguna bijak ya. 

Persiapan Umrah & Sambutan Birthday Mak

Assalamualaikum. Tanggal 26 November lepas, Hari Ahad lepas, kami seisi keluarga telah selamat mengadakan majlis bacan Yasin di kampung. 

Sempena mendoakan keberangkatan emak dan kakak sulong ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah pada 8 December 2017 ini. In Sha Allah.

Persiapan Umrah & Sambutan Birthday Mak

Mak jemput ahli blok perempuan dan lebih kurang 30 orang juga yang hadir. Alhamdulillah. Menu hari tu adalah Pulut Kuning, Nasi Impit Kuah lodeh, Kari Ayam, rendang ayam, buah tembikai, kuih Talam dan kuih tepung pelita. 

Pulut adalah makanan panas dan paling awal sold out. Air pula adalah Teh dan Kopi O, selain air oren dan air masak.




Semua mak cik yang hadir kagum melihat kami mengandung secara berjemaah (EDD - ani bulan 12, aku bulan 1 dan kiah bulan 4). 

Kami seperti biasa reaksi melihat perut aku yang super besar semua kata aku dah sarat sangat. Ok buat muka annoyed.

Sehari selepas itu pula adalah tarikh hari ulang tahun mak yang ke 66 Tahun. Semoga mak dipanjangkan umur, diberkati segala amalan dan diberi usia dan kesihatan untuk melakukan amal ibadah. 

Sehari sebelum tu kami sambut dengan belikan mak kek, dan mak ada cakap yang kami dah lupa tarikh ulang tahun mak sebab mak cakap birthday mak 22hb. Lepas tu mak buat muka merajuk. Comel aje.

Alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirancang. Walau penat memasak dari malam hingga ke tengahari esoknya tapi semua under control. 

Hanya abang sulong yang tak dapat balik sebab ada majlis merisik adik Ipar di Terengganu tapi masih munculkan diri malam selepas majlis Yasin.  

Minta di doakan dipermudahkan segala urusan dan perjalanan pergi dan balik untuk semua Jemaah ke Tanah Suci khususnya mak dan kakak aku. Aamin. 



Majlis Graduasi Taski Abim Huffaz

Alhamdulillah tamat sudah Majlis Graduasi Taski ABIM Huffaz anak sulong yang bertempat di Auditorium Aras 5, Menara MPAJ, Pandan Indah Ampang Selangor pada hari Ahad, 12 November 2017.

Majlis graduasi berjalan lancar dan anak-anak sangat behave. Anak-anak Yang buat persembahan pun sangat enjoy dengan persembahan masing-masing. 

Tuan punya badan gembira tak terkata sebab kali ni dapat naik pentas untuk terima hadiah kecemerlangan sebab dapat nombor dua dalam kelas Tahun 6. 

Majlis Graduasi Taski Abim Huffaz 2017

Tahun lepas dapat no 3. Dah banyak kali ingatkan dia masa exam, kalau nak naik pentas dapat hadiah kena study smart dan jangan main-main.

Alhamdulillah no pressure cuma beri galakan, nak hadiah dia kena la berusaha. 



Persembahan Pelajar Sempena Graduasi

Setiap tahun semua Taski diwajibkan buat persembahan. Macam tahun lepas nampak la Ikhwan sibuk menghafal dan berlatih. Tapi tahun ni dia relax je. Siap cakap mama, cikgu asyik suruh abang je. Abang nak cakap kat cikgu tak nak lah. 

Baca Juga ~ Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah - Tahun Satu

Kami sebagai parent tak nak la push anak sangat. Tapi yang kuat suara dan berkeyakinan tinggi kat Taski ABIM tu selalu Ikhwan je. Baca doa pun suara kemain lantang. 

Itu kalau kat sekolah ye. Kalau di rumah, drama air mata banyak sangat. Raudah pun Alhamdullillah behave hari tu. Tidur di tengah-tengah persembahan. Tak banyak ragam.  



Ikhwan Masuk Persembahan

Ada 5 persembahan dan kebanyakkan sekolah menyanyi dan menari. Sekolah Ikhwan buat persembahan sketsa Solat. Rupa-rupanya dia jadi watak utama hari tu. 

Gugur jantung mak nak oi. Diam-diam je dia tak bagitahu pun yang sebenarnya dialog dia banyak. 

 Alhamdulillah dia ingat setiap dialog dan bahagian dia. Dan nampaknya dia memang enjoy to be on stage. Tak sangka juga kadang-kadang kebolehan anak-anak ni. 

Kisah kehidupan ibu bapa suruh anak solat dan last sekali nyanyi lagu solat ikut melodi lagu Aisyah. Alahai comel je anak-anak berlakon.   

Yang kelakarnya, ada satu scene Ikhwan kena tidur then kena bangun bila jam loceng berbunyi. Tapi microfon rosak pula, tu yang jadi lambat bangun. 




Semua orang dah start gelak sebab scene tidur je dah berapa minit sambil cikgu jerit nama dia dari belakang stage risau dia lupa dialog. 

Keluar air mata gelak kat anak sendiri. Ada kawan dia yang tak sure skrip pun ye jugak. aduhai anak-anak. Yang bagusnya semua yakin nak berdiri dan buat persembahan. 



Masih panjang perjalanan kehidupan Ikhwan in sha Allah. Mama dan abah doakan Ikhwan sentiasa berada di jalan yang diberkati dan pandai menyusun kehidupan. Pilih sahabat yang baik dan jadi harta keluarga dunia akhirat. 

Idea Menarik Jamuan Akhir Tahun Sekolah Anak

Semenjak anak dah memasuki alam persekolah wapaupun hanya taski/tadika maka kami sebagai parent dah merasai la segala jenis panic attack. 

Nak sediakan barang yang diminta cikgu untuk aktiviti sekolah (kiranya mintak malam ni, esok kena bawak ke sekolah) urut dada mama macam ni. 

Jamuan kelas akhir tahun, jamuan birthday, hari sukan, hari kecemerlangan dan banyak lagi.

Semua aktiviti yang aku sebut atas tu perlukan idea dan masa yang mencukupi ye. Kalau tahun lepas first time nak hadap semua tu memang kami sediakan yang termampu la. 


Idea Menarik Jamuan Akhir Tahun Sekolah Anak

Macam jamuan agak last minit tahu sudahnya buatkan sandwhich kalau tak silap.

Jadi tahun ni memang bersiap sedia supaya anak bangga dengan mama sendiri. Anak akan excited dan tersenyum bangga ya walau bawa apa sekalipun. 

Jadi mak bapak kena tunjukkan effort nak prepare sambil bersedekah. Jamuan akhir tahun & Jamuan Raya. 



Idea Menarik Jamuan Akhir Tahun Sekolah Anak



7 Idea Menarik Jamuan Sekolah 

Dekat sini aku kongsikan, idea menarik sempena majlis jamuan sekolah. 

Ok memandangkan aku memang kurang berkenan kalau anak balik bawak makanan ringan dan segala jenis coklat sudah semestinya aku cuba elak kalau nak sedekah makanan ringan dan segala gula-gula. 

Memang cantik dan budak-budak gembira kalau dapat tapi lepas tu confirm anak-anak akan bertukar jadi hyper. Kasihan pula cikgu nak layan.

Kalau boleh elak, sila la elak kan. Macam aku; hujung minggu je aku izinkan anak-anak makan makanan ringan sebab senang aku nak kawal. 

Aku ada terbaca cikgu sekolah bagi cadangan apa yang digalakan  sedekah pada hari jamuan:

Angpow/duit
Alat tulis
Buah-buahan
Susu kotak

Yang atas ni memang dia beri galakkan untuk sedekah. Kalau makanan berat macam mee dan nasi  memang banayk orang sedekah. Dan sudah semestinya dia tak galakan makanan ringan. 

Dan aku pulak kali ni bercadang nak sedekah makanan tapi yang ringan-ringan macam pencuci mulut. Kalau jadi in sha Allah nak sedekah:


Air / Susu kotak
Dadih
Muffin coklat

Oleh sebab mak buyong masih dalam mood rajin dadih dan muffin coklat akan dimasak malam ni. Kalau sempat bawa la kalau tak kau bawa air kotak je la nak ye. 

Dah ingat kan Ikhwan suruh tolong. Seboleh mungkin nak libatkan dia dalam semua hal. Biar dia berdikari.

Ini je yang dapat aku sediakan masa hari Jamuan tu, aku ada buat muffin-chocolate tapi sikit pulak dapatnya. 

Sudahnya Muffin hanya untuk kami sekeluarga makan dan dadih yang teramat laku di pasaran di bawa ke sekolah. Balik dari jamuan Ikhwan kata dia tak dapat satu pun. hahhaha. 


7 Idea Menarik Jamuan Akhir Tahun Sekolah Anak

Bila ingat pukul 3.30pagi baru dapat tidur memang rasa berbaloi sangat walau lepas tu badan penat nak gila. 

Untuk ibu bapa yang masih mencari idea; ingatlah sedekah itu amat tinggi nilainya. Tak kisah kuantiti asalkan ikhlas. Nak sedekah mee/bihun goreng pon ok. Asal kau bahagia.