Assalamualaikum,
Tanggal 26
December lepas, Hari Ahad lepas, kami seisi keluarga telah selamat mengadakan
majlis bacan Yasin sempena mendoakan pemergian mak dan kakak sulong ke Tanah
Suci untuk menunaikan Umrah pada 8 December 2017 ini. In Sha Allah.
Mak jemput
ahli blok perempuan dan lebih kurang 30 orang juga yang hadir. Alhamdulillah.
Menu hari tu adalah Pulut Kuning, Nasi Impit Kuah lodeh, Kari Ayam, rendang ayam,
buah tembikai, kuih Talam dan kuih tepung pelita. Pulut adalah makanan panas
dan paling awal sold out. Air pula adalah Teh dan Kopi O, selain air oren dan
air masak.
Semua mak cik yang hadir kagum melihat kami mengandung secara berjemaah (EDD - ani bulan 12, aku bulan 1 dan kiah bulan 4), dan seperti biasa reaksi melihat perut aku yang super besar semua kata aku dah sarat sangat.
Sehari
selepas itu pula adalah tarikh hari ulang tahun mak yang ke 66 Tahun. Semoga
mak dipanjangkan umur, diberkati segala amalan dan diberi usia dan kesihatan
untuk melakukan amal ibadah. Sehari sebelum tu kami sambut dengan belikan mak
kek, dan mak ada cakap yang kami dah lupa tarikh ulang tahun mak sebab mak
cakap birthday mak 22hb. Lepas tu mak buat muka merajuk. Comel aje.
Alhamdulillah
semua berjalan seperti yang dirancang. Walau penat memasak dari malam hingga ke
tengahari esoknya tapi semua under control. Hanya abang sulongyang tak dapat
balik sebab ada majlis risik adik Ipar di Terengganu tapi masih munculkan diri
malam selepas majlis Yasin.