Menang Electronic Steam Sterilizer Lunavie

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di blog entryPermulaan yang baik untuk tahun 2018. Rezeki baby dalam perut. 

Dapat hadiah dari Butik Ibu Manja Gombak. Terima kasih atas hadiah ni. Dapat Electronic Steam Sterilizer ~ Lunavie & Baby Swaddle yang cute.

Dah tak ingat bila kami ke sini tapi ikutkan memang agak banyak kami belanjakan untuk sambut kedatangan orang baru. 

Senang sekali harung beli barang. 


Menang Electronic Steam Sterilizer Lunavie

Khas untuk mereka yang mencari barang keperluan ibu semasa berpantang dan baby boleh datang ke Butik Ibu Manja Gombak. 

Semua lengkap kat situ, harga pun berpatutan. Puas hati. Macam-macam ada. berbaloi-baloi. Dengan keadaan sarat tak larat nak berjalan jadi kami pilih cara mudah. 






Diah ada kongsikan juga persediaan sebelum bersalin untuk bakal ibu memandangkan dah ada pengalaman bersalin dua kali sebelum ni. 



Pemenang Electronic Steam Sterilizer - Butik Ibu Manja Gombak


Mulanya agak terperanjat admin Butik whatsapp yang aku terpilih jadi pemenang yang di pilih oleh Owner butik tu sendiri. dalam tak percaya tu gagahkan diri pergi collect hadiah. Alhamdulillah. 

Rezeki mengandung anak ketiga. Kami memang suka butik Ibu Manja ni sebab lengkap dnegan keperluan untuk bayi dan ibu berpantang. 




Ini lah rupa steam sterillizer yang aku menang tu. Senanglah nak sterilize semua botol susu lepas ni. 



Update: Alhamdulillah aku selamat melahirkan anak ketiga disambut oleh Doktor Favorite aku, Doctor Zana Zalinda Bt Ghazali. 

Ibu Berkerjaya atau Suri Rumah Sepenuh Masa

Ibu Berkerjaya atau Suri Rumah Sepenuh Masa

Tahun 2018 aku rasa tahun yang agak perit untuk kerjaya aku. bermula pencarian kerja selepas graduate dari UiTM pada tahun 2008, dan kemudian sertai Training organized by Bank Negara Malaysia selama setahun (FSTEP) selepas tu baru kembangkan sayap mencari kerjaya sesuai yang sesuai di hati.

Walaupun graduate dalam bidang Perbankkan Islam tapi hati tak pernah nak redha bekerja di Bank. Kenapa? Aku tak suka life as a banker.  Nampak bagus tapi aku sengsara. Sempat timba pengalaman itu pun tak lama masa internship so nekad nak pilih kerjaya yang bukan dalam bank. Ikut hati muda masa tu.

Minggu Orentasi Darjah Satu Anak Sulong

Minggu Orentasi Darjah Satu Anak Sulong 

Betul lah orang kata, setiap perkara setiap kenangan yang kita cipta bersama orang tersayang terutama keluarga memang wajib kita catat, simpan elok-elok supaya di masa hadapan kita boleh kenang dan tersenyum bangga. 

Bila tengok balik hari pertama Ikhwan ke sekolah, secara rasminya menjadi pelajar sekolah rendah di usia tujuh tahun yang saiz fizikalnya agak kecil berbanding rakan-rakan seusia dia. Seronok, bangga dan rindu waktu tu. 

Pengalaman aku dan suami, pada usia aku menginjak 33 tahun dan sedang mengandung anak kedua (6 bulan) dalam perut dan suami, 37 tahun menghantar anak kesekolah. 

Sama seperti ibu bapa lain yang teruja anak mula bersekolah semestinya bersyukur anak-anak sangat positif dan gembira. 

Hari pertama orentasi Ikhwan bangun dengan bersemangat. Alhamdulillah memang sejak dia mula bersekolah pada usia lima tahun pun dia tiada masalah untuk bangun pagi sebab selalu dia teruja nak ke sekolah. 





Program Orentasi Sekolah


Perjalanan program orentasi yang sekolah anjurkan berjalan lancar. Pendaftaran dibuka pada jam 8.30 pagi dan ibu bapa dan murid diberi taklimat tentang Program Transisi dan juga taklimat disiplin, sebelum tu ada ucapan aluan dari Guru Besar dan YDP PIBG. 

Selepas itu baru murid diarahkan berkumpul sebab cikgu nak bawa tawaf sekolah. Penting sebab memudahkan urusan murid bila mula bersekolah kelak. Murid akan disuruh beratur dan cikgu akan guide sebiji macam tour ke tempat bersejarah. 

"Ini tandas, ini kantin, ini tangga yang perlu kamu naiki bila mahu ke kelas" 





Ibu bapa duduk tepi perhati gelagat anak-anak. Selepas tu kami selesaikan beberapa urusan bersama guru kelas di dalam kelas Ikhwan. 

Selesai semua urusan cikgu mohon kami tinggalkan anak-anak supaya aktiviti pembelajaran dapat diteruskan. 

Bukan belajar pun cuma cikgu nak biasakan anak murid dengan persekitaran sekolah. Pukul 12.30 tengahari kami datang semula untuk jemput Ikhwan balik sekolah. 

Gembiranya Ikhwan tak tahu nak describe macamana. Dia teruja ke sekolah, teruja jumpa cikgu dan kawan-kawan baru. Jumpa kawan-kawan dia di sekolah KAFA tapi tak ramai. 





Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Apa kami bayangkan untuk Ikhwan berjalan seperti yang dirancang. Urusan transit sebelum ke KAFA akan diteruskan seperti sebelumnya. Harapnya Ikhwan belajar bersungguh-sungguh. 

Awalnya risau juga dengan jadual belajar yang baru, sesi pagi ke sekolah rendah dan petang ke sekolah KAFA pula. Agak ragu-ragu masa buat keputusan tu tapi Allah mudahkan. Syukur Ikhwan survive. 

Pengalaman Ikhwan - First Day Sekolah Darjah 1

Percuma RM500 Bila Buka Akaun SSPN1M-i Plus

Assalamualaikum, tahu kan antara salah satu perkara best yang di umumkan oleh PM kita tahun lepas adalah tentang Geran Sepadan RM500 (GS500). 

Ibu bapa yang ada anak berumur  7 sehingga 12 tahun pasti gembira bila tahu akan dapat tambahan simpanan RM500 secara percuma tapi tertakluk pada terma dan syarat seperti di bawah.


Percuma RM500 Bila Buka Akaun SSPN1M-i Plus


Syarat Utama dia adalah kena ada akaun SSPN1M-i. Bagi yang masih belum ada akaun SSPN1M-I boleh buka secara online ok.





Hanya ikut arahan di laman website.


Jadi, untuk ibu bapa yang ada anak berumur 7 sehingga 12 tahun kena rebut setiap peluang yang ada. zaman sekarang kena laju, pantas dan bijak ambil peluang. Nak pulak semakin menghampiri pilihanraya. Mesti banyak bantuan yang kerajaan akan offer.



*RINGKASAN MENGENAI GERAN SEPADAN RM500 (GS500)*



•       Mempunyai akaun SSPN1M yang dibuka untuk penerima manfaat;
•       Penerima manfaat (pada tahun 2018) mestilah berumur tujuh (7) hingga dua belas (12) tahun atau sedang belajar di sekolah rendah
•       Pendeposit perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500.00
dalam produk yang sama di dalam tahun 2018 (tidak termasuk jumlah takaful
bagi SSPN1M-i Plus).
•       Insentif GS500 ini akan diberikan pada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).
•       Pemberian insentif GS500 hanya diberikan sekali sahaja untuk setiap penerima manfaat.
•       Insentif GS500 boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun.
•       Jika penerima manfaat belum mencecah umur 18 tahun, pengeluaran simpanan boleh dibuat dengan syarat baki minimum mestilah sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk insentif GS500.
•       Jika menutup akaun sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun, insentif GS500 akan ditarik balik.
•       Sekiranya pendeposit atau penerima manfaat meninggal sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun, akaun akan ditutup dan layak menerima Insentif GS500.
•       Insentif GS500 tidak layak mendapat pengecualian cukai.




Jom rebut peluang.