Percuma RM500 Bila Buka Akaun SSPN1M-i Plus

Assalamualaikum,

Tahu kan antara salah satu perkara best yang di umumkan oleh PM kita tahun lepas adalah tentang Geran Sepadan RM500 (GS500). Ibu bapa yang ada anak berumur  7 sehingga 12 tahun pasti gembira bila tahu akan dapat tambahan simpanan RM500 secara percuma tapi tertakluk pada terma dan syarat seperti di bawah.

Syarat Utama dia adalah kena ada akaun SSPN1M-i. Bagi yang masih belum ada akaun SSPN1M-I boleh buka secara online ok.

~  Click sini untuk buka akaun SSPN1M-I secara ONLINE


Hanya ikut arahan di laman website.


Jadi, untuk ibu bapa yang ada anak berumur 7 sehingga 12 tahun kena rebut setiap peluang yang ada. zaman sekarang kena laju, pantas dan bijak ambil peluang. Nak pulak semakin menghampiri pilihanraya. Mesti banyak bantuan yang kerajaan akan offer.

*RINGKASAN MENGENAI GERAN SEPADAN RM500 (GS500)*

•       Mempunyai akaun SSPN1M yang dibuka untuk penerima manfaat;
•       Penerima manfaat (pada tahun 2018) mestilah berumur tujuh (7) hingga dua belas (12) tahun atau sedang belajar di sekolah rendah
•       Pendeposit perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500.00
dalam produk yang sama di dalam tahun 2018 (tidak termasuk jumlah takaful
bagi SSPN1M-i Plus).
•       Insentif GS500 ini akan diberikan pada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).
•       Pemberian insentif GS500 hanya diberikan sekali sahaja untuk setiap penerima manfaat.
•       Insentif GS500 boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun.
•       Jika penerima manfaat belum mencecah umur 18 tahun, pengeluaran simpanan boleh dibuat dengan syarat baki minimum mestilah sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk insentif GS500.
•       Jika menutup akaun sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun, insentif GS500 akan ditarik balik.
•       Sekiranya pendeposit atau penerima manfaat meninggal sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun, akaun akan ditutup dan layak menerima Insentif GS500.
•       Insentif GS500 tidak layak mendapat pengecualian cukai.


Jom rebut peluang. 
Percuma RM500 Bila Buka Akaun SSPN1M-i Plus Percuma RM500 Bila Buka Akaun SSPN1M-i Plus Reviewed by Rodiah Amir on January 14, 2018 Rating: 5

4 comments:

  1. Seronoknya. Banyak tu kalau dapat RM500 tue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni salah satu cara gomen nak ambil hati rakyat hihihi

      Delete
    2. Geran sepadan atau dalam bahasa rojaknya disebut “matching grant” merupakan, dana yang akan diluluskan sekiranya sasaran yang ditetapkan telah berjaya dipenuhi.

      Dalam hal SSPN1M, setelah simpanan berjaya mencapai sasaran RM500, maka dana geran RM500 akan diberikan.

      Jika anda memilih untuk menabung dengan jumlah yang kecil untuk suatu jangka masa (Contoh: RM100 sebulan, RM500 memerlukan komitemen 5 bulan), apabila tercapai amaun yang ditetapkan, anda telah berjaya mempraktikkan budaya menabung setiap bulan.

      Oleh itu tercapailah hasrat murni kerajaan (penyedia geran) yang mahu memupuk budaya menabung.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Contact


Powered by Blogger.