Pengalaman Baby Prolonged Jaundice

Semalam seharian di luar uruskan Baby Airis yang sepatutnya pergi ke Paed HKL untuk ambil sampel darah untuk kes Prolong Jaundice. 

Untuk bayi yang Kuning, biasanya bacaan haruslah di bawah 100 untuk umur bayi 15 hari dan ke atas.
Sudah rezeki Airis dia disahkan oleh doctor Prolong Jaundice. 

Sampel darah harus di ambil untuk memastikan yang Airis bebas penyakit berbahaya yang melibatkan Hati, Thyroid dan lain-lain. 

Pengalaman Baby Prolonged Jaundice

Lengkap doctor tu explain semalam dan minta kami tidak terus panik. 

Oh bukan setakat darah je yang di ambil, sampel air kencing juga turut di uji. Kelakar bila fikirkan cara nak ‘tangkap’ kencing anak sendiri. Masih segar pengalaman melahirkan dia.

Ujian akan di ketahui selepas dua minggu dan seterusnya tunggu tarikh untuk follow up. Di doakan semoga semuanya baik sahaja. 

Semalam ada beberapa kejadian kelakar sebelum kami betul-betul sampai di bangunan Pediatrik HKL. Check-up di KKGS semasa baby Airis berusia 15 hari, dan ke esokkan harinya baru kami refer ke HKL.



ini KKKL tempat kami salah pergi

Pergi Salah Klinik 

Masa doctor KK Gombak Setia explain suruh refer Paed HKL, masa tu dah confirmkan dengan doktor, tidak perlu ke KKKL (Klinik Kesihatan Kuala Lumpur) yang terletak di belakang Istana Budaya, tapi doktor ada sebut Jabatan Pesakit Luar. 

Yang aku faham, HKL dah tak ada Jabatan Pesakit Luar so any case refer to KKKL. Setelah tanya beberapa kenalan pun ramai suggest ke KKKL.

Pagi tu pun masa tanya bahagian registration pun dia kata ini lah tempatnya. Atau dia tak dengar aku ada cakap pasal surat rujukan dari KKGS agaknya. 

Proses berjalan lancar, dengan ambil darah, hantar ke lab dan berjumpa doctor. Masa ni la baru tahu kebenarannya. KAMI TERSALAH TEMPAT. Betul lah kena pergi ke HKL bangunan Pediatrik.

Masa ni dah hentak-hentak kaki menyesal, geram dan sedih on behalf baby Airis. Kesiannya baby tadi dah melalak kena ambil darah kat tumit sekarang kat tangan pula. 

Doctor baik sangat dan dia sempat minta maaf. Dalam hati cuba bersabar sebanyak mungkin. Hikmahnya kami dapat tahu bacaan darah pada pagi tu. turun dari 212 ke 177. 

Alhamdulillah. Boleh rujuk perkongsian aku tentang cara merawat anak prolong jaundice


Pendaftaran Di Pediatrik HKL

Oleh sebab waktu dah hampir ke lunch hour jadi kami terus ke HKL dan ambil no giliran awal sebab registration bermula pada pukul 1.30 petang. 

Alhamdulillah walau pening cari bangunan Pediatrik ni tapi urusan pendaftaran, timbang baby dan dipanggil doctor berjalan lancar. 

Berat semasa adalah 3.9kg. baby tak perlu buka pampers dan baju masa di timbang. I like. Orang super ramai tapi semua under control. Staff pun semua friendly. Free stress agaknya.

Masa Doktor check Baby Airis, dia picit satu badan, pegang kepala dan cuba lepaskan. Tak reti nak explain tapi tak bahaya la cuma nak check baby response atau tak dan aku pun tak tahu nak explain detail.

Doctor tahu la kan buat kerja dia. Doktor explain kuning akan start dari kepala, dada, perut ke hujung kaki (paling kritikal), lepas tu bila nak recover dia akan naik ke dada, muka dan last kat mata putih. 

Kami angguk tanda paham.

Doctor ada explain yang Prolonged ni ada dua sebab; Breastmilk Jaundice atau masalah serius berkaitan Hati, buah pinggang,  Thyroid dan lain-lain. 

Breastmilk Jaundice pula adalah tindakbalas hormone baby (tak tahu nama specific) terhadap susu ibu dan akan hilang kuning after one or two months. Normal sahaja. 

Untuk sebab yang ke dua la sampel darah di ambil untuk memastikan baby bebas penyakit bahaya tu.

SAMPEL DARAH DAN AIR KENCING

Lepas tu ke bilik rawatan lain pula untuk cucuk ambil sampel darah. Dalam 3 tabung uji suami kata. Tak terlalu banyak dan tak terlalu sikit. 

Oleh sebab mak hati tisu suami yang masuk dalam bilik, mak pergi kaunter ambil tabung untuk tadah kencing.

Tapi nurse kat kaunter pula insist kena tunjuk baby dahulu baru dapat bekas. Keluar je bilik, basah mata baby Airis melalak. 

Terus pujuk bagi susu dan tukar pampers dan bermula lah episode suruh dia kencing. Lama weh aku tunggu dalam setengah jam juga.

Aku cakap-cakap dengan dia then aku gosok-gosok perut nak bagi geli. Secara logik kalau dia sejuk biasanya baby akan terkencing. 

Lepas aku bercakap-cakap dengan dia baru kencing nak keluar. Itu pun mak hegeh-hegeh nak ambil bekas tadah. Mak terkesima nak. Dapat la sikit dan nurse tu puas hati. Kira ok la. Sakit perut mak gelak nak.

Ramai juga anak yang Prolong Jaundice. Rezeki kita dapat siapkan awal. Tapi nurse and doctor ada advise, andai tak dapat air kencing hari tu boleh balik dan cuba di rumah dalam masa 14 hari. 

Dengan syarat, sampel harus di hantar dalam masa 1 jam (doctor cakap) atau 4 jam (nurse cakap). Or else nanti air kencing akan tercemar dan kena ambil semula.

Alhamdulillah semua selesai pukul 3 petang. Kami balik dengan muka bersinar-sinar dengan harapan Baby Airis sihat sejahtera. Mak masih sedih nak kau di cucuk. 




Update: Syukur Alhamdulillah Airis bebas jaundice. Hasil report semua negatif untuk penyakit yang berbahaya. 

Lepas ambil darah dan air kecing tu aku cuma buat rawatan susulan di Klinik Kesihatan sahaja. Pemeriksaan bulanan yang biasa kena hadap tu.

Resepi Kek Butter Simple

Hari tu sebelum berpantang sempat la buat Kek Butter sebab memang teringin nak makan kek yang boleh cicah dengan Teh O panas. 

Nak makan tapi tak mahu kek yang sarat sangat. Terus google resepi kat Group Masak Memasak di FB, akhirnya jumpa resepi ringkas yang memang berbaloi nak buat.

Resepi Kek Butter Simple 


Nanti ada rezeki nak beli oven besar boleh buat kek ni untuk birthday anak pula. Untuk yang teringin nak buat boleh cuba resepi ni.



Cara-Cara Membuat Kek Butter Simple 

Ikut je instruction atas tu bulat-bulat. kek aku hitam sikit di bahagian atas sebab guna oven kecik. kek ni pula dapat adunan yang agak besar portion dia. 

Selamat mencuba. 

Sedikit tips: kena pastikan pukul butter dan gula sehingga gebu. Aku buat high speed dalam 15 minit juga dan bergantung kepada mixer anda ok. 

Walaupun rupa dia tak cantik tapi rasa dia mengagumkan. chewah. 


Aku pernah share resepi Kek Butter Simple tapi Sedap versi lain sikit dekat sini:

Baca SINI ~ Kek Butter Simple tapi Sedap

Baca SINI ~ Guna Mixer Singer super duper Best

Pengalaman Bersalin Anak Ketiga

Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi selamat melahirkan anak ketiga iaitu seorang Puteri ke dunia dengan selamat pada Hari Isnin, 22 January 2018 pada pukul 11; 21 malam di Rampai Puteri Medical Centre. 

Pengalaman melahirkan anak ketiga pada usia 33 tahun yang mana aku rasa dah terlalu tua nak melayan morning sickness dan sakit bersalin. Ahaks. 

Pengalaman Bersalin Anak Ketiga

Baby seberat 3.8kg dan bersalin Normal seperti yang di idamkan. Alhamdulillah makbul. Untuk anak ketiga bersalin di sambut oleh Doctor pilihan hati; Doctor Zana Zalinda Bt Ghazali

Doctor yang sama sambut kakak dia, Raudah Sakinah di Gombak Medical Centre dulu. Kita ikut ke mana doktor Zana bertugas ya. 



Tanda-Tanda Nak Bersalin 


Tidak banyak drama dan tanda nak bersalin untuk kali ke tiga ni. Kali ni sedikit berbeza sebab lahir pada waktu malam, dan tidak pecah air ketuban. 

Kali ni hanya keluar brown spot. Darah cair/ lendir yang aku perasan masa pukul 9 malam. Dan keluar lagi pada pukul 10 malam.


Anak pertama – cirit birit, loya dan muntah-muntah. Pecah air ketuban pukul 1 pagi dan bersalin pukul 7 pagi.

Anak kedua – pecah air ketuban pukul 3 pagi, cirit birit, loya dan muntah-muntah. Lahir pagi pukul 10.00 pagi.

Anak ketiga – keluar lendir/darah coklat start pukul 9 malam. Kurang loya dan muntah. Lahir pukul 11:21 malam.


Malam tu macam biasa suami sampai rumah dalam pukul 8 malam, siang tu tak kuat mana pun contraction tapi berjaga-jaga sebab dah masuk 39 minggu 5 hari. 

Memang ikut sejarah anak aku semua keluar pada minggu ke 39. Jadi bersedia sajalah. Contraction tak kuat mana dan aku masih berjaya kawal sakit dengan teknik pernafasan. 

Tarik pendek ikut hidung dan lepas ikut mulut secara panjang sambil zikir Doa Nabi Yunus. Itu je aku ulang dan Alhamdulillah aku tenang hadap sakit.

Masa keluar darah pukul 9 malam terus whatsapp Doc Zana tanya perlu ke hospital atau tidak. Sempat aku suggest datang hospital pagi esok jela. Sebab malas nak bermalam dekat wad dengan budak-budak ni. 

Doctor insist aku datang hospital dan check. Maka bersiapla tapi memang lembap la aku buat sebab contraction selang 5/10 minit sekali. 

Pukul 10malam masuk tandas keluar lagi brown spot tu. terus ke hospital. 


Proses Melahirkan Anak Ke Tiga

Check CTG, check bukaan oleh bidan sementara tunggu doctor Zana sampai sebab dia masa tu on the way balik rumah baru habis shift. Masa check ni dalam pukul 10.40 malam ke atas bukaan dah 8cm. 

Amboi terus panic nak bawa aku ke labor room. Suruh ready salin baju etc. Sementara tunggu doctor sampai dan aku kena tahan la jangan push lagi takut baby keluar.

Elok je dengar suara doctor terus aku readykan mental nak meneran baby. Suami kata tak lama pun proses tapi bagi aku yang meneran ni rasa hazab la juga. 

Aku perasan ada 4 kali (sesi) aku teran. Dua kali aku teran keluar isi perut dan najis, kali ketiga teran pecah air ketuban dan kali ke empat teran baru keluar baby. Setiap sesi ada la dalam 4/5 kali meneran sekuat tenaga. 

Sesi ke empat paling genting sekali. Paling perit bila doctor macam tolong koyakkan bawah reality tak pun dia pegang bantu kepala baby keluar. 

Yang aku dengar suara bidan masa tu, ha ok dah nak keluar sikit lagi lepas je teran tu, jerit je baru la keluar baby. 

Ya Allah seram nak ulang semula.

Masa selang sesi ke dua doctor suggest aku bersalin kedudukan squad based on baby aku pernah sosngsang dan baby selesa dengan kedudukan dia dalam perut. 

Masa tu aku tak dapat fikir pon sebab sakit nak gerak pon tak boleh. 

Then doc suggest aku bersalin dengan kedudukan mengiring ke kiri. Dia lipatkan/tegakkan kaki kanan aku jadi segi tiga. Ok tak reti nak explain. 

Untuk setiap sesi meneran aku memang minta bidan and doctor tolong tolakkan perut aku ke bawah. 
Entah aku rasa selesa dan berkesan aku rasa.

Apa pun yang doctor buat adalah berdasarkan tahap kesihatan pesakit dan kebolehan/ kemampuan pesakit. 

Yang berbahaya memang doctor tak izinkan. Lepas bertarung nyawa, lahirlah Puteri dengan suara yang nyaring. 

Doctor letak dia dada aku dalam beberapa minit macam tu untuk bonding. Lebat rambut dia. Suara nyaring jugak. Lepas tu minta doctor sunatkan dan bersihkan baby.

Untuk aku belum habis di situ, masih kena meneran untuk keluarkan uri dan darah. Lepas tu kena seluk lagi untuk make sure semua keluar. Abah dia guntingkan tali pusat dan iqamahkan. 

Baby terus berak so bersyukur sangat. Sempat aku pesan kat doctor nak bius untuk jahit tapi doctor kata tak luka pun. 

Cuma melecet sedikit sahaja so dia suggest sapu cream yang hospital akan bagi. Alhamdulillah. Bersyukur sangat.

Selesai semua pembersihan dan check terus di bawa ke wad 103. Berehat di bilik sementara nurse check baby. 

Sempat pump susu sebab risau air susu tak keluar macam anak kedua dulu. Alhamdulillah keluar walau tak banyak mana. Baby pun baru pandai nak sedut.

Petang esoknya dah dibenarkan discharge. Setelkan bil dan antara syarat boleh discharge adalah parents kena sediakan car seat untuk baby. 

Nurse akan check kalau tak ada boleh pinjam/sewa percuma dengan pihak hospital. 

Kena letak deposit RM100 dan mesti pulangkan dalam masa seminggu dan deposit akan dikembalikan. Bagus kan policy dia. 

Alhamdulillah untuk kesenangan proses bersalin kali ni, tak kena jahit dan semuanya baik sahaja.

Selamat datang untuk ahli keluarga baru: AIRIS. Abah, mama, abang dan kakak gembira dengan kehadiran awak ke dunia ni. Moga jadi Anak Solehah.


Review Pakej Urutan Bersalin dari Comfort Zone Spa

Artikel kali ini nak kongsi pengalaman selepas mencuba Pakej Urutan semasa Berpantang dari Comfort Zone Spa, Prima Sri Gombak. 

Alhamdulillah mudah sangat segala urusan baik dari segi tempahan dan juga perkhidmatan sehingga semuanya selesai. 

Untuk korang bakal ibu yang nak menggunakan khidmat urutan selepas bersalin terutama yang menetap di Lembah Klang boleh baca perkongsian ni sampai habis. 


Pakej Urutan Bersalin dari Comfort Zone Spa

Selepas buat beberapa perbandingan harga dan baca review aku nekad memilih Comfort Zone atas beberapa faktor:
  • Confinement Lady (CL) adalah warganegara Malaysia dan ada sijil kelayakan & di iktiraf.
  • Pakej yang berpatutan dan mampu bayar.
  • Pakej CL tidak perlu stay di rumah.
  • Background Spa yang di kenali dan berpengalaman.
  • CL dan Service yang mesra pelanggan.

Cerewet kan aku? tapi itu adalah PERLU ya. Untuk keselesaan aku juga. Sebab kita dah bayar kan? Oleh sebab aku berpantang sendiri untuk anak ketiga so memang kena cari sendiri orang untuk berurut.





Bila perlu booking Pakej?

Seeloknya book sebulan sebelum tarikh bersalin, lagi awal lagi bagus. macam aku book 2 bulan sebelum tarikh bersalin. Whatsapp sahaja detail ke 013 - 6857412 (owner – Puan Nurul Wahidah). 

Kena nyatakan tarikh jangkaan bersalin dan alamat berpantang. Kalau rezeki dapatlah kak Wahidah yang urut kalau tak staff dia pun ada. 

Untuk kawasan Kuala Lumpur Kak Wahidah yang akan urut sendiri, dan untuk kawasan lain macam Shah Alam dan lain-lain ada staff Comfort Zone yang akan cover.

Kena bayar deposit RM200 sebagai tanda kita book.

Pakej apa yang ada?

Aku ambil pakej basic - Ibu iaitu urut selama 3 hari. Penjagaan untuk aku dan tak termasuk baby. Boleh check pakej dekat sini.



Caj lain yang dikenakan adalah caj pengangkutan. RM25 untuk 3 hari. Kalau nak hanya urut dan tiada tangas/ param/pilis/ bertungku etc tu 3 Hari urut berharga RM360.

Waktu Bermula Urutan?

Untuk yang bersalin Normal, boleh mula seawal hari ke 4 selepas bersalin dan untuk bersalin secara pembedahan urutan boleh dilakukan selepas 10 hari selepas bersalin.


Review Aku Tentang Pakej Urutan Bersalin dari Comfort Zone Spa

Sejujurnya aku sangat suka Kak Nurul urut dan berpuas hati dengan layanan dia. orangnya pun ramah so tidak la aku segan. Dia akan tanya sakit atau tak dan tahap dia urut pun bergantung kepada ketahanan kita. 

Macam aku ni jenis tak tahan urut. Kena medium aje urutan tu. Tiga hari berurut rasa lega sangat. 

Alhamdulillah aku tak demam lepas urut, sebab pernah aku kurang sihat sebab badan sakit-sakit kena urut.

Hari pertama aku berurut termasuk la urutan bengkak susu. Lega sangat-sangat bila dah dibetulkan urut-urut yang tersimpul. 

Maklumlah bertahan sampai 9 bulan asyik tidur mengiring sebelah kiri memang sedap sangat lepas berurut. 

Hari ketiga aku bertangas selama 20 minum. Perghh memang segar.

Secara keseluruhan berbaloi kalau ambil pakej dengan Comfort Zone Spa. Ni bukan review berbayar ye. 

Aku berkongsi untuk mereka yang berada di sekitar KL dan mencari orang yang berpengalaman dalam urut mengurut ni. 

Aku pun ambil pakej yang basic jadi lepas ni kalau nak mengurut boleh contact Kak Wahidah atau boleh pergi ke Spa di:

Comfort Zone
1-56, Jalan Prima SG 3/1
Prima Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 - 67344548

Boleh terus whatsapp
www.wasap.my/+60136857412

Boleh follow page di FB untuk keterangan lanjut