4 Cara Mudah Siapkan Bekal Makanan Anak Ke Sekolah

4 Cara Mudah Siapkan Bekal Makanan Anak Ke Sekolah 

Antara rutin harian bila dah jadi seorang ibu adalah nak siapkan bekal anak ke sekolah. Untuk pastikan anak dapat makanan yang terjamin kebersihan dan juga khasiat yang diperlukan memang perlu bangun awal pagi untuk memasak. Kadang-kadang kalau keadaan tak mengizinkan atau tidak sihat baru lah Diah benarkan anak untuk beli di kantin sekolah.

Kebiasaan Diah akan bangun pada pukul 6 pagi dan mula memasak. Segala persiapan akan disiapkan dahulu pada malam sebelumnya sebab pergerakkan pada awal pagi amatlah perlahan. Kalah siput. Jadi bila bahan-bahan semuanya dah di potong dan dibasuh, hanya tinggal perlu memasak sahaja.

Anak Bawa Bekal Makanan Ke Sekolah

Promosi Cendol Durian King Baik Punya Di Café Cacamerba

Cendol antara menu dessert yang paling digemari oleh orang Malaysia terutama ketika cuaca panas. Masa kecik-kecik dulu selalu makan dekat gerai di kampung. 

Dah duduk di Kuala Lumpur memang rindu saat-saat macam tu. Tapi baru-baru ni keinginan nak makan cendol sedap akhirnya tertunai juga. Kami sempat mencuba cendol durian di Café Cacamerba Wangsa Maju.

Promosi Cendol Durian King Baik Punya Di Café Cacamerba

Café Cacamerba ni terletak di Jalan Wangsa Metro, Wangsa Maju Kuala Lumpur. Café mula dibuka pada pukul 7 pagi dan menjual menu sarapan pagi di ikuti menu tengahari dan disambung dengan masakan panas pada sebelah petang.


CAFÉ CACAMERBA WANGSA MAJU TELAGA KAYU


Makan Cendol Durian Sedap

Kebetulan hari tu, kami dah makan sarapan pagi yang agak berat jadi kami mencuba cendol durian sahaja. 

Memang tepat pilihan kami bila kami dihidangkan dengan cendol di dalam mangkuk yang agak besar. Satu mangkuk cukup untuk dikongsi dua orang, tapi kalau kuat makan makan sila order sorang satu. Lol.

Paling Diah suka cendol yang mereka hidangkan tidak menggunakan santan kelapa yang biasa tu tapi mereka menggantikan dengan santan kelapa sawit tau. 

Untuk mereka yang belum pernah mencuba rasa santan kelapa sawit, korang jangan takut sebab rasa santan kelapa sawit lebih ‘ringan’ tapi masih lagi terasa lemak. Rasa dia seakan-akan rasa susu cair. Pasti korang suka punya.

Memang teruja bila cendol yang menggunung tinggi dengan kekacang, jagung, dan durian dihidangkan depan mata. Kesedapan durian tak perlu dicerita la kan. 

Memang terbaik gandingan cendol dan durian. Puas hati sangat dengan harga yang dibayar. Korang kena pergi sebab sekarang tengah ada promosi Cendol Durian King. 

Paling utama, kedai ni bersih, selesa dan kami boleh makan dengan tenang sebab anak-anak selesa.
Tempat favourite kami makan Cendol Durian semestinya di Cendol Durian Runtuh Di Starparc Point.

Serius padu!


makan cendol sedap CAFÉ CACAMERBA WANGSA MAJU


Selain cendol korang boleh cuba menu Char Kuey Teow mereka yang popular iaitu Char Kuey Teow Ketam Nipah dan Char Kuey Teow Udang Galah. 

Menu Char Kuey Teow mula dijual pada pukul 4 petang ya. In sha Allah kalau ada kesempatan kami nak cuba menu ni pula.

Untuk korang yang nak cuba cendol durian baik punya boleh la datang ke Café Cacamerba seperti alamat di bawah. Mereka juga aktif di laman Facebook, jadi apa-apa pertanyaan boleh terus tanya di sana ok.




Café Cacamerba

No15-G, Jalan Metro Wangsa, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-6731 8421




Kisah Qayyum Aliffsyah anak angkat Datuk Alif Syukri Dipulangkan Semula

Assalamualaikum. Hai semua. Sayu hati baca posting di Instgram Datuk Aliff Syukri Dan Datin Shahida tentang kisah anak angkatnya yang telah dipulangkan semula kepada ibu kandungnya. 

Anak angkatnya yang diberi nama Qayyum Aliffsyah telah pun dijaga oleh Datuk Aliff Syukri semenjak lahir sehingga berusia setahun. 

Kerana video tunjal kepala yang pernah viral sebelum ni akhirnya Datuk dan keluarga terpaksa pulangkan semula Qayyum. 

Mungkin ada sebab lain wallahualam. 


Kisah Qayyum Aliffsyah anak angkat Datuk Alif Syukri Dipulangkan Semula 


Bila tengok video saat-saat terakhir sebelum dipulangkan tu mengalir juga air mata. Biarlah apa orang nak kata, taktik pemasaran atau apa sahaja tapi bila melibatkan kasih sayang susah mata nak menipu.

Kalau ya menipu itu urusan dia dengan Tuhan. Netizen seperti biasa dah mula kecoh beri pendapat yang boleh tahan hebatnya tentang Yom, cercaan dan hinaan kepada ibu kandung dia, dan tak kurang sokongan dan cadangan kepada Datuk Alif Syukri dan Datin Shahida.

Sebelum ni Diah memang tak follow Instagram datuk dan datin sebab isu transgender tapi now follow semula sebab nak tahu kisah anak angkat dia. 


Anak Angkat


Betul Ke Datin Shahida Tak Sedih?

Bila baca status Datin Shahida yang dia tak sedih dan pura-pura sedih tu rasa macam memahami sangat. Hati ibu. 

Bila libatkan anak-anak walaupun bukan anak sendiri memang tipu lah kalau hati tu tak sedih. Jaga dari kecil dan dan banyak lalui saat sukar bersama macamana nak lupakan sahaja semua tu. 

Kasih sayang tu bukan di buat-buat. 

Tabik spring dengan jawapan Datin bila dia terangkan kenapa dia tak sedih. Memang betul, orang luar (netizen) yang banyak beri tekanan dan menjadi punca semua ni jadi.  

Dan ini lah natijahnya jika kita sendiri yang suka berkongsi hal kehidupan kita di laman sosial. Mudah je konsep dia, kau kongsi, orang tengok dan orang akan beri pendapat. Baik atau buruk kena berani tanggung. 

Datuk Terlajak Laris
Suci je muka dia

"Netizen yg start compare Qayyum Ameena dan Yusoff,dari start saya mengandung dah mcm2 komen keluar,dah mengandung nanti pilih kasih,lepas tu dah beranak komen pula kenapa yusoff beranak kat hospital ni kenapa mak qayyum n ameena bg beranak kat hospital lain,dah lahir compare pula majlis cukur jambul,lepas tu compare pula apa yg hadiah yusoff dapat dgn yg ameena qayyum dapat,compare strollers,baju,kasut,bercuti,hari jadi semua lah selagi boleh pakai jari2 tu selagi tu la mcm2 menulis....korang ingat mak dia x baca ke,pastu komen pula kata qayyum lembab la,x sihat la,terencat la.... ameena tak,itu lah inilah.....dan inilah apa yg berlaku sekarang....Belum lagi isu tunjal kepala la....apa lagi nak jadikan isu lepas ni...kadang2 doktor yg suntik pun korang bawangkan sebab kononnya bezakan2 anak yusoff doktor lain ni doktor lain.....dah dia beranak hospital tu...situ lah dia pergi.

Jangan pandai2 nk salahkan mak dia lebih2 sangat sebab jari jemari kita ligat mengutuk... so x perlu nak sedih2 sangat sebab puncanya dari kita semua"


Selawat Dodoi Anakku Lagu untuk Qayyum Aliffsyah

Sempena perpisahan mereka Datuk Aliff Syukri sempat menghadiahkan lagu Selawat Dodoi Anakku Lagu untuk Qayyum Aliffsyah ciptaan Hafiz Hamidun sebagai kenang-kenangan. 

Dalam kesedihan dari sudut lainnya ini lah pemikiran orang business. Tapi bagus juga kan ada lagu untuk keluarga. Nak tengok boleh la ke Youtube Channel Datuk Terlajak Laris ni ya. 


Selawat Dodoi Anakku


Dalam kebanyakkan status yang Datuk Aliff Syukri ni muat naik banyak dia highlight pasal netizen yang kecam dia mengungkit pasal kos dan tak ikhlas menjaga Qayyum. 

Ada juga rungutan Datuk tentang mak kandung Qayyum. Kalau ikut perkembangan Qayyum, kesihatan dia tak berapa bagus dan sistem imun dia tak kuat. 

Cepat jatuh sakit dan sering masuk hospital. Alhamdulillah rezeki dia dijaga orang kaya tapi lepas ni harapnya rezeki dia masih murah dan sihat selalu. 

Luluh hati tengok gambar dan video Datuk kongsi bila Qayyum dimasukkan ke hospital. Tak berani nak beri pendapat sebab kita bukan berada di tempat mereka. 

Apa yang terjadi bukan sekadar ujian untuk mereka sebenarnya tapi sebagai tauladan untuk orang sekeliling. Kenapa Allah pilih Datuk dan Datin dan di uji dalam hubungan kasih sayang seperti ini? 

Sebab mereka orang yang berpengaruh. Harapnya pengajaran sampai kepada semua. Banyak pengajaran kita boleh belajar. 

Semoga apa yang berlaku tidak menghalang orang lain untuk meneruskan niat mengambil anak angkat. Harapnya orang ramai faham dan tidak takut untuk membantu anak-anak yang memang memerlukan bantuan. 

Ikut saluran yang betul dalam mengambil anak angkat dan dapatkan kebenaran undang-undang supaya hak ibu bapa angkat dan anak-anak itu terpelihara. 

Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik kerana Allah itu Maha Mengetahui. 

*gambar credit Instagram Datuk Aliff Syukri

Ulangtahun Pertama Airis Safiya & Setahun Menjadi Suri Rumah

Assalamualaikum. Hai semua. Selasa lepas, 22 Januari genap Airis Safiya berusia setahun. Cepat betul waktu berlalu. Kalau ikut perkiraan, setahun jugalah Diah menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Macam tak percaya berjaya juga biasakan diri dengan gelaran suri yang duduk di rumah. lepas setahun baru faham erti kepayahan menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Tabik spring ibu-ibu dekat luar sana. Tapi tak bermaksud Diah rendahkan kebolehan ibu bekerjaya. Masing-masing ada kekuatan tersendiri.

Macam baru sangat lahirkan kamu. 

Ulangtahun Pertama Airis Safiya & Setahun Menjadi Suri Rumah 

Macam biasa, untuk bayi berumur setahun perlu mendapatkan suntikan imunisasi tak kira dari Klinik Kesihatan Malaysia mahupun Klinik-klinik swasta yang berdaftar. 

Bezanya dekat klinik Kesihatan Malaysia suntikan diberikan secara percuma. Jadi hari tu Airis telah diberikan suntikan vaksin MMR.

Ulang tahun pertama

Penilaian Tumbesaran Dan Perkembangan Kanak-Kanak Satu Tahun

Menjadi rutin pemeriksaan, Airis akan diperiksa ketinggian, ukur lilit kepala, dan berat badan. Semua tu kena tahu sebelum dia di cucuk. Hasil pemeriksaan, berat Airis statik dan sama je sewaktu dia berusia 9 bulan. 

6.9kilogram tak berganjak. Hanya ukur lilit kepala yang meningkat. Ikut perkiraan BMI dia masih lagi baik. 

Cuma jururawat tekankan yang berat badan dia dah masuk dalam graf putih dan mendapat amaran pertama. Kalau berlarutan perlu berjumpa dengan pakar nutrisi.

Jururawat terangkan yang waktu umur setahun adalah waktu kritikal untuk ibu bapa pantau perkembangan tumbesaran anak. 

Kena bekalkan nutrisi yang cukup supaya otak dia boleh berkembang. Boleh perkenalkan dia dengan pelbagai jenis makanan. 

Dalam kes Airis jururawat cadangkan lebihkan Karbohidrat dan kurangkan buah-buahan. Memang Airis lebih tertarik dengan manis buah instead of karbohidrat. 

Jadi lepas ni nak pelbagai karbo macam mee, roti, pasta dan lain-lain. 


Senarai semak Tumbesaran Dan Perkembangan Kanak-Kanak Satu Tahun

Senarai yang Diah kongsi ni adalah panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dijadikan rujukan. 

Perlu di ingat setiap kanak-kanak melalui perkembangan yang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat bergantung kepada persekitaran dan didikan.

Untuk usia kanak-kanak satu tahun sepatutnya dah boleh berdiri tanpa bantuan. Kanak-kanak juga boleh memandang benda-benda yang bergerak cepat, boleh menyebut dada/mama, mengetuk dua objek satu sama lain dan melambai bye-bye

Alhamdulillah Airis lulus semua senarai semak. Dia kalau melambai mesti diakhiri dengan flying kiss.

Ucapan untuk Airis Safiya Dari Mama

Khas untuk anak mama, Airis Safiya binti Zamri. Perjalanan mengandung dan melahirkan kamu setiap saat penuh kejutan. 

Waktu mama kuat di uji baik dari segi kerjaya dan perasaan. Saat kamu dari dalam perut lagi kamu dah di uji. Tapi kita sama-sama kuat. Doktor sahkan kandungan mama songsang.

Masih segar dalam ingatan, di waktu kandungan 34 minggu kamu disuntik ubat matangkan paru-paru. 


Mujur kamu kuat bertahan sehingga tiba waktu. Salah mama tak tahan tekanan barangkali. Apa pun kita berjaya harungi setahun bersama. 

Semoga saat selepas ni kamu semakin kuat, berjaya dunia akhirat. Jadi anak solehah harta kebanggaan keluarga kita ya nak. Mama dan lap air mata, sebelum banjir mama stop dulu. I love you so much anak.