Parodi Penuh Sindiran Dalam Muzik Video Terbaru Drama Band

Parodi Penuh Sindiran Dalam Muzik Video Terbaru Drama Band | Hai korang. Dah tengok muzik terbaru Drama Band yang bertajuk ‘Drama’? Kalau belum anda boleh tengok sendiri dekat YouTube Drama Band - DRAMA (Official Music Video). Perasan tak masa awal-awal video dah buat kenyataan bahawa muzik video tu hanya rekaan semata-mata dan tidak kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Untuk yang memang ikuti berita panas dunia hiburan rasanya senang je nak teka siapa yang Drama band ni parodikan. 

Muzik video bertajuk Drama itu telah memparodikan beberapa artis seperti Nabila Razali, Haqiem Rusli dan juga kontroversi bintang Dewi Remaja 2018. Memang sengaja tunggu dikecam kot oleh mereka yang telah diparodikan. Tergamam juga masa pertama kali tengok, dan bertambah terkejut dengan komen-komen netizen. Lagu dia best, ok je. Cuma muzik video je too much for me. Diah tak benci Drama Band ya. 

Parodi Drama band Drama
amaran Awal muzik video
Respon Netizen 

Terperanjat tengok respon netizen yang rata-rata ‘membenarkan’ parodi yang Drama band ni buat. Berderet komen dekat youtube official music video mereka. Setuju je buat muzik video macam tu dan sibuk bandingkan yang negara barat dah lama buat. 
Untuk yang belum tengok atau tak berselera nak tengok mari Diah ceritakan sedikit kenapa Diah terperanjat sangat dengan respon netizen. Apa pun ni sekadar pendapat Diah. Ada yang tak bersetuju pun tiada masalah. 

mangsa parodi drama
sumber Beautifulnara

Lelaki Pakai Tudung Dan Bra

I feel like what the h***. Yes, memang parodi tapi ia nya langsung tak menghalalkan apa sahaja niat yang Drama Band cuba sampaikan. Niat nak suruh insaf atau apa terpulang lah. But this more to berlawan siapa lagi najis dari najis. Bagai ibu ketam mengajar anak ketam berjalan. Geli kot nampak jantan pakai bra. Malu lah. 

Pupuk Budaya Tidak Sihat

Sedihnya la budaya macam ni. Bidang hiburan ni sah-sah lah paling ramai peminat datangnya dari golongan anak muda. Generasi yang baru nak up, yang masih belum boleh berfikir panjang nak tentukan baik buruk. Apa yang mereka tengok itu yang mereka akan ikut. Bila artis/orang yang ada pengaruh buat macam ni macam sampaikan mesej yang sarkastik / perlian / buli / sindir itu tak JADI MASALAH at all. Rasanya masih ada jalan lain untuk nasihat, if niat muzik video ni nak nasihat la. 

Entahlah Diah menulis ni pun sambil fikir apa akan jadi kepada nasib anak-anak sendiri pada masa hadapan. Risau. Memang sedaya upaya pupuk, asuh, didik mereka dengan ajaran yang betul cuba beri didikan agama secukup mungkin. Risau nanti bila dah dewasa mereka terpengaruh dengan benda-benda yang buruk macam ni. 

Mungkin Diah tak cukup berdarah seni. Kurang faham mesej yang cuba Drama Band ni sampaikan. Paling penting Diah tak la minat sangat artis-artis yang diparodi kan ni. Nak back up mereka jauh sekali. Tatkala orang lain berhempas pulas mengubah nasib, bersusah payah nak menolong orang dalam kesusahan sedihnya ada segelintir manusia-manusia yang agamanya sama bergaduh benda yang langsung tak bawa faedah. Sedih lah. 

Vokalis Drama Band
Epul - Vokalis Drama Band
Tak dapat bayangkan juga kalau diri sendiri, anak, kaum keluarga, yang menjadi ‘mangsa buli’ dalam muzik video tu. Bayangkan benda yang tersebar di internet, menjadi tontonan dan bahan gelak semua orang. Tontonan satu dunia. Memang satu masa dahulu mereka ni pernah melakukan kesalahan dan mungkin betul mereka dan berjanji tak mahu ulangi. Siapa kita orang biasa ni yang mahu terus menghukum mereka? 

Untung aib mereka yang Allah masih simpan rapi. 

Drama Band

Biodata Drama Band

Dianggotai oleh:
  1. Aepul Roza - Vocal
  2. Ammar Habir - Guitar
  3. Adib Zuraik - 2nd Guitar
  4. Daus SRK - Bass
  5. Faeez Halim - Drum

Genre

Pop Rock - Rock Ballads

Lagu-lagu Drama Band:

- Babak Pertama
- Cerita Dia
- Bebaskan Aku (Babak Kedua)
- Jiwa
- Biarkanlah

Awards
Tempat Kedua - Twisties Bingit HotFM

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris 

Teruja sungguh Diah bila dapat mencuba gel mandian wangian ENCHANTEUR Paris yang baharu ni. Produk ENCHANTEUR memang dah lama berada dipasaran dan menjadi pilihan ramai sebab bau wangi yang disukai ramai. 

Waktu zaman persekolahan dulu, kawan sekelas siap letak bedak serbuk ENCHANTEUR dalam surat untuk cinta untuk kekasih dia. Ala cinta monyet. Macam tak pernah buat kan? Hahahhaha. 

Kita semua tahu yang wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. 

Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.



Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. 

Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran.

Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. 

Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.

Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, ENCHANTEUR, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris. 

Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah.

Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.

Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.

Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel:

1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)
Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan. 
ENCHANTEUR Paris , Gel Mandian Wangian Baharu, Belaian Romantis Mandianmu
Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)

2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)
Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual.
ENCHANTEUR Paris , Gel Mandian Wangian Baharu, Belaian Romantis Mandianmu
Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)

3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)
Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.
ENCHANTEUR Paris , Gel Mandian Wangian Baharu, Belaian Romantis Mandianmu
Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)

Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari.

Review Diah Tentang Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool 


Memang jatuh cinta habis dengan mandian wangian Mon Amie ni. Produk ENCHANTEUR memang terkenal dengan bau wangi yang berinspirasikan kota Paris yang sinonim dengan kota romantis.  Wangi dan menyegarkan. Mengembalikan mood selepas seharian penat bekerja. 

Sangat sesuai dengan cuaca panas sekarang ni badan asyik berpeluh. Tak perlu risau lagi sebab bau gel mandian ni memang menjadikan badan kekal harum. Kulit pun terasa lembut. Harga gel ni juga berpatutan dengan saiz dan boleh tahan lama. 

Wangian ENCHANTEUR Paris





Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.

Review Salted Egg Wings di Restoren IKEA Cheras

Assalamualaikum. Setelah sekian lama tak jejakkan kaki ke IKEA Cheras akhirnya sempena cuti Chinese New Year yang sudah kami berjalan-jalan ke sana. 

Tujuan utama adalah bertemu dengan rakan-rakan blogger dari Negeri Pantai Timur yang datang bercuti ke Kuala Lumpur. 

Kalau dah datang ke sini, mestilah tak lepaskan peluang makan di restoren IKEA. Macam biasa, pilihan anak semestinya meatball IKEA dan kali ni Diah teringin nak cuba Salted Egg Wings. 

Oleh sebab serik makanan yang dibeli tak habis jadi memang dah ingatkan diri supaya beli makanan cukup-cukup je. No dessert! Kalau ada dessert mesti tak habis. 


Review Salted Egg Wings di Restoren IKEA Cheras 

Untuk kami sekeluarga, Diah beli Salted Egg Wings lima ketul yang berharga RM17.50, seketul besar Croissant berharga RM3.70, kids’ meatball berharga RM6.50, ada lima ketul meatball, mashed potato, brokoli dan juga air refillable. 


Salted Egg Wings

Apa Kami Makan Bila Datang IKEA? 

Nak ambil mushroom soup tapi dah habis dan staff dia belum sempat nak refill. Malas nak tunggu jadi makan apa yang ada sahaja. Termakbul doa, masa tengah beratur asyik ulang tak mahu membazir. 

Kalau beli mushroom soup mungkin akan membazir. Allah tahu yang terbaik. IKEA juga sediakan bekas Tupperware kalau nak tapau ya. 
Masa pilih makanan beritahu siap-siap nak letak dalam bekas. Kemudian, bayar je dekat kaunter.

Satu set Salted Egg Wings ada lima ketul kepak ayam. Ayam dia digoreng dan kemudian disaluti/dicurah dengan sos Salted Egg. 

Setelah mencuba Salted Egg Wings ni terbukti Diah memang bertekak Melayu. Rasa sos salted egg ni berlemak dan ada sedikit rasa pedas.

Sesuai untuk anak-anak. Kena sangat makan dengan crossaint sebagai pencicah. Bila makan ayam yang kedua, terasa macam makan ayam masak lemak cili padi. Lol. 

Rasa seakan-akan la, tak jauh beza. Cuma kuah dia agak pekat berbanding kuah ayam masak lemak.


Review Salted Egg Wings di Restoren IKEA Cheras

Pendapat Aku Bila Dah Rasa Salted Egg Wings

Berbaloi untuk dicuba? Semestinya kalau anda memang seorang suka makan dan mencuba makanan baru, apa salahnya. Masih sedap cuma kurang rasa wow. 

Itu ikut tekak Diah. Lain orang lain taste bud. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Eh ada kaitan ke?
Aku pernah makan  Smoked Beef BBQ rib dia power

Paling penting sesi borak sambil makan di IKEA berjalan lancar. Tiada adegan anak melalak, berlari ke sana kemari. Air dan gelas semua selamat tak tumpah mahupun pecah. Paling seronok semua berborak tak ingat dunia. 

Bagi yang dah rasa Salted Egg Wings IKEA apa pendapat anda? Yay or Nay?

IKEA Cheras

8 Cabaran Ibu Sepanjang Dua Tahun Penyusuan

Assalamualaikum. Diah terbaca tentang cabaran-cabaran yang perlu dilalui oleh ibu-ibu sepanjang proses penyusuan. 

Tak kisah lah berapa lama tempoh penyusuan tu tapi cabaran untuk setiap orang lebih kurang sama je. Amaran awal, bukan semua orang faham perit jerih, pahit manis perjalanan melengkapkan prosess dua tahun penyusuan tu. 

Ada yang ambil berat dan rasa penting kena susukan dua tahun, ada yang rasa 6 bulan cukuplah. Terpulang pilihan di tangan masing-masing. 

8 Cabaran Ibu Sepanjang Dua Tahun Penyusuan 

Ada macam-macam situasi pernah Diah jumpa, itu pun berdasarkan perkongsian dan cerita kawan-kawan. 

Ada ibu yang mahu menyusukan tapi kasihan rezeki tak banyak. pernah juga jumpa yang tak larat nak susukan anak-anak. Sedih kan? 

Apa pun doa banyak-banyak dekat Allah moga urusan penyusuan dipermudahkan Allah. 


Ibu Menyusu Mencabar



Firman Allah SWT:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. (Surah al-Baqarah, 2:233)

Cabaran-cabaran yang perlu dilalui oleh ibu menyusu dan juga keadaan yang orang sekeliling perlu tahu. 

Bukan apa, kalau orang faham dan ambil peduli sekurang-kurangnya ibu tak la rasa stres dan sentiasa positif. Perkongsian ni Diah dapat dari group Whatsapp. Diah rasa releven untuk dikongsi. 

Cabaran ibu perlu tahu


Cabaran-Cabaran Ibu Sepanjang Proses Penyusuan

1. Menyusu ini meletihkan. SANGAT MELETIHKAN. 

Hormon prolaktin yang terhasil semasa penyusuan dah boleh buat ibu terlelap, inikan pula kalau anak itu menyusu lama. Memang bukan setakat lena tapi rasa letih juga. 

Dengan postur badan yang salah juga boleh sebabkan ibu jadi penat. Semua kena ambil kira. 


2. Ibu menyusu perlu ambil pemakanan yang tinggi nutrien lebih dari ibu mengandung. 

Bak kata jururawat KKIA yang pesan pada saya, kalau ibu mengandung makan sekor ikan, ibu menyusu kena makan 2 ekor ikan. itulah perumpamaannya.


3. Stres dan keletihan menjadi punca production susu ibu drop. 

Sebab itu pasangan dan ahli keluarga kena cakna dan jaga hati ibu menyusu. Bila ibu menyusu keletihan berilah peluang untuk ibu berehat. Kalau orang tak faham memang akan kata ibu menyusu ni pemalas, tapi hakikatnya adalah sebaliknya. 


4. Ibu yang bekerja memang kena allocate masa untuk sesi perahan susu. Biasanya setiap proses ambil masa 30 min-1jam. 

Bukan semua akan faham terutama majikan, dan bukan semua ibu selesa untuk pam susu di work station. Ada yang terpaksa sembunyi tempat tersorok demi keselesaan.


5. Fahamilah yang bukan ibu mengandung je craving nak makan itu ini, ibu menyusu pun sama dan lebih lagi. 

Selalu orang sekeliling kesiankan pada ibu mengandung mengidam je. ibu menyusu pun mengidam juga. 


6. Ibu menyusu banyak cabarannya. Luka nipple, crack, saluran tersumbat dan macam-macam masalah lagi. Semua itu cabaran untuk ibu menjayakan sesi penyusuan. 

Berilah sokongan pada ibu. Diah sendiri pernah alami bengkak susu. Memang boleh akibatkan demam. Allahuakbar seksa. Boleh cuba CARA URUTAN BENGKAK SUSU


7. Jangan sesekali bagi cadangan susu formula pada ibu yang memang kental nak susukan anak dengan susu ibu. Boleh jatuh sedih hati ibu tau, sepatutnya bagilah kata sokongan. Itu lebih bagus. 

8. Walaupun ada yang kata anak yang breastfeeding ni nampak mudah tak menyusahkan ibu untuk bangun malam dan bancuh susu, tapi kekerapan ibu terjaga nak sua breast pada baby kadang-kadang mengganggu kualiti tidur ibu. 

Sama ada ibu jadi sangat mengantuk atau ibu jadi terlalu lena dan terbangun lewat. Bahagian ni pasangan memang harus faham. 


Menyusu dan waktu tidur berkualiti

Sokonglah para ibu yang mengambil keputusan untuk menyusukan anak-anak. Bukan satu tugas mudah dan bukanlah mustahil untuk dilaksanakan. 

Dengan sokongan yang kuat dari keluarga dan masyarakat in sha Allah apa sahaja cabaran yang datang akan dapat di atasi dengan mudah.