5 Jenis Diet Untuk Kurus Dengan Cepat

Kalau sebelum ni aku pernah kupas tentang isu dah diet tapi masih tak kurus pun, jadi dalam entri kali ni aku nak kongsi tentang jenis-jenis diet yang ada. Nak Kurus cepat? 

Inilah lima jenis diet yang anda perlu tahu!

Jom kenali jenis-jenis diet dan pilih sendiri mana satu diet korang suka. Aku? semestinya yang last sekali lah.


5 Jenis Diet Untuk Kurus Dengan Cepat

BACA  DULU ~ Tip Yang Betul Untuk Diet dan kira dulu BMI korang okay tak? Guna kalkulator BMI online ni

Inilah 5 jenis diet yang anda perlu tahu!


Diet Keto


Diet Ketogenik adalah khas untuk merawat epilepsi refraktori yang sukar dikawal di kalangan kanak-kanak. 

Permakanan ini meniru aspek kebuluran dengan memaksa badan bagi membakar lemak lebih pantas berbanding karbohidrat.

Biasanya, karbohidrat yang terkandung dalam makanan ditukar kepada glukosa, yang kemudiannya diangkut ke seluruh badan terutamanya penting bagi fungsi otak. 

Bagaimanapun, jika hanya sedikit karbohidrat terdapat dalam permakanan, hati akan menukarkan lemak kepada asid lemak dan zat keton.

Zat keton memasuki otak dan menggantikan glukosa sebagai sumber tenaga. Peningkatan aras badan keton dalam darah, keadaan yang dikenali sebagai ketosis, mendorong kepada pengurangan kekerapan serangan epilepsi.

Diet ketogenik klasik mengandungi nisbah 4:1 ratio berat lemak dengan gabungan protein dan karbohidrat. 

Diet Keto mengecualikan makanan berkarbohidrat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran berkanji, roti, pasta, bijian dan gula, sambil melebihkan pengambilan makanan berlemak tinggi seperti krim dan mentega. Elok sangat sebab dapat kurangkan makanan tinggi gula.

Pada 1990-an, seorang penerbit Hollywood, Jim Abrahams mempunyai seorang anak lelaki yang mengalami penyakit sawan serius tetapi dikawal oleh diet ini, maka beliau mengasaskan Yayasan Charlie untuk mempromosikan diet ketogenik.

Diet Paleolitik

Diet paleolitik, diet Paleo, diet ravioli, atau diet zaman batu adalah diet moden yang memerlukan makanan tunggal atau makanan utama yang dianggap tersedia pada manusia semasa era Paleolitik.

Walau bagaimanapun, keupayaan pencernaan manusia moden secara anatomis adalah berbeza dari manusia pra-Homo sapiens, yang telah digunakan untuk mengkritik premis teras diet.

Walaupun terdapat variasi yang berbeza dalam cara diet paleo diinterpretasikan, diet biasanya termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, kacang, akar, dan daging dan menghindari makanan yang diproses dan makanan seperti produk tenusu, gula, kekacang, minyak olahan, garam, alkohol, dan kopi.

Tidak ada bukti yang baik bahawa diet ini membantu dengan penurunan berat badan, diet paleo boleh menyebabkan kekurangan pemakanan seperti pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, dan kesan sampingan termasuk kelemahan, cirit-birit, dan sakit kepala.



Diet Atkins

Diet Atkins ialah program penurunan berat badan yang dicipta oleh Robert Atkins. Diet Atkins diklasifikasikan sebagai diet rendah karbohidrat. 

Atkins membantu seseorang individu utnuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.

Menghadkan makanan seperti nasi, mi, kentang dan gula badan akan mula membakar lemak dan seterusnya berat badan akan menyusut. 

Tidak ada bukti keberkesanan diet untuk mencapai penurunan berat badan tahan lama dan dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.


Diet Mediterranean

Diet Mediterranean adalah diet yang diilhami oleh kebiasaan makan Yunani dan Itali pada tahun 1960-an. 

Aspek utama diet ini termasuk penggunaan minyak zaitun, kekacang, bijirin, buah-buahan, dan sayur-sayuran yang tidak ditapis, penggunaan sederhana hingga tinggi ikan, penggunaan sederhana produk tenusu (kebanyakannya sebagai keju dan yogurt), dan penggunaan rendah produk daging bukan ikan.

Diet Mediterranean, seperti yang ditakrifkan oleh ahli nutrisi, adalah berkaitan dengan amalan budaya yang UNESCO disenaraikan pada tahun 2010 di bawah tajuk "diet Mediterania" pada Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tanpa Kemanusiaan yang tidak ketara: 

"satu set kemahiran, pengetahuan, ritual, simbol dan tradisi mengenai tanaman, penuaian, penangkapan ikan, penternakan, pemuliharaan, pemprosesan, memasak, dan khususnya perkongsian dan penggunaan makanan ", bukan sebagai satu set makanan tertentu.


Diet Suku, Suku, Separuh (SSS) – Kementerian Kesihatan Malaysia

Kita dekat Malaysia ni sangat beruntung sebab Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan garis panduan lengkap untuk kita menjaga pemakanan supaya sihat. 

Kalau perasan, banyak iklan suku,suku,separuh lepas tu keluar gambar pinggan sihat Malaysia kan?
Ha melalui diet SSS ni, rakyat Malaysia di sarankan untuk makan secara berhemah. 

Kena seimbang. Suku yang dicadangkan ialah, Suku karbohidrat, Suku protein dan Separuh sayur dan buah - 3 jenis sayur, 2 jenis buah sehari.

Inilah 5 jenis diet yang anda perlu tahu untuk kurus


Lebih elok kita amalkan DSSS ni sebab ianya memang dicadangkan oleh KKM atas hasil kajian berdasarkan jenis makanan dan juga corak pemakanan kita di Malaysia. 

Kena ingat cara pemakanan tu adalah gaya hidup kita. Nak kekal lama dan sihat kena cari diet yang tak menyusahkan diri dalam masa jangka panjang.

Akhir kata, tak salah nak mencuba diet yang aku sebutkan dekat atas, tapi kena ikut kemampuan poket dan diri. Ada diet yang bagus, suruh makan makanan yang boleh tahan harganya. 

Sebulan dua mampu lah, lama kelamaan parah juga. Apa pun bersederhanalah. Islam pun galakan kita untuk sederhana.

Maklumat lanjut tentang pemakanan boleh rujuk:

http://nutrition.moh.gov.my 
http://www.moh.gov.my/


Sumber KKM, Wikipedia, Facebook Dr Rusyainie

Bayangkan! Jika Pasangan Anda Meninggal Dunia?

Pernah tak korang bayangkan, jika pasangan korang meninggalkan korang dan keluarga. Tak kisah atas apa jua alasan, sama ada bercerai mahupun pergi menghadap Ilahi selamanya. 

Bagaimana nasib korang dan ahli keluarga korang?

Banyak berita yang kita dengar setiap hari, isteri kehilangan suami kerana sakit atau kemalangan dan terpaksa meneruskan kehidupan bersama anak-anak yang masih kecil. 

Perit, sungguh tak terbayang kalau benda tu jadi dekat diri aku. Nauzubillah.

Bayangkan! Jika Pasangan Anda Meninggal Dunia?

Aku kongsikan topik kali ni bukan aku nak promote apa-apa produk Takaful /  jualan, cuma nak sebarkan kesedaran supaya bersedia menghadapi kemungkinan andai kita di uji dengan ujian kehilangan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.




Jika Pasangan Anda Meninggal Dunia?


Hidup Hanya Sementara

Aku selalu ingatkan diri yang nyawa kita ni bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik. Hidup Hanya Sementara. Sesungguhnya benar, apa yang kita ada ni semuanya pinjaman dari Allah. 

Dah jadi prinsip aku akan ingatkan diri supaya hidup sehabis baik, biar bila dipanggil nanti mudah-mudahan tak dihukum kerana gagal laksanakan amanah Allah.

Sama juga tentang suami dan anak-anak. Anak-anak dan kehidupan masih perlu diteruskan jika salah seorang dari kami meninggal. Apa yang penting, apakah kami bersedia? 

Apa plan untuk teruskan kehidupan. Jadi aku fikir amat-amat perlu untuk kita yang masih hidup ni sentiasa tahu apa yang perlu dibuat, apa rancangan jika ada kecemasan dalam hidup.


Bayangkan Pasangan mati


Apa perlu buat?

  • Sebagai wanita, amat penting untuk kita ada kesedaran tinggi. Lagi besar tanggungjawab jika anak-anak masih kecil.
  • Jangan terlalu manjakan diri dan belajar berdikari.
  • Kalau selalunya kita bergantung hidup pada suami semata-mata dah tiba masa kita perlu cari pendapatan sampingan sebagai back up.
  • Belajar berniaga dan pegang duit sendiri. Mana tahu kelak jadi perniagaan keluarga yang boleh kita wariskan pada anak-anak pula.
  • Mulakan seawal mungkin tabung pendidikan untuk kemudahan anak-anak.
  • Sediakan plan takaful untuk keluarga. Paling aku risaukan, ahli keluarga sakit dan kita perlukan duit untuk menjalani rawatan tapi kita gagal nak sediakan. 
  • Kongsi password bank dan urusan kewangan dengan pasangan. Bayangkan kita ada duit tapi kita mampu tengok je dalam bank.
  • Sentiasa berkomunikasi dan berbincang tentang plan kecemasan dengan pasangan. Masa ini lah kita kongsikan segala ikhtiar hidup dan tip survival supaya pasangan boleh teruskan kehidupan walaupun tanpa kita.
  • Bersedia dengan apa jua perubahan dalam hidup. Berlapang dada dan sentiasa positif. Sentiasa fikir kita adalah harapan dan juga pelindung masa depan anak-anak. Jadi cuba buat yang terbaik.


Setiap saat masa menulis entri kali ni, aku letakkan diri di tempat mereka yang kehilangan orang tersayang. 

Mana mungkin akan sama meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak berseorangan.

Aku doakan mereka yang diuji dengan kehilangan pasangan semoga sentiasa kuat, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki, dikurniakan tubuh badan yang sihat, dan dilapangkan kesulitan menjalani kehidupan.

Semoga doa yang sama melantun kembali pada aku.


Korang Dah Cuba Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat?

Korang Dah Cuba Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat?

Pertama kali makan Marrybrown masa umur aku 12 tahun waktu ikut rombongan sekolah rendah ke Menara Kuala Lumpur. Dekat Pahang tak ada weh. Datang ke Kuala Lumpur baru jumpa Marrybrown. 

Nama pun budak-budak, memang excited la memandangkan kali pertama cuba. Seingat aku makan nasi lemak Marrybrown.

Lepas tamat pengajian aku kerja dekat Kuala Lumpur. Banyak lagi pilihan fast food yang ada jadi memang jarang la aku singgah Marrybrown. Dan faktor utama ialah Marrybwon tak buka banyak cawangan padahal makanan dia not bad dari segi rasa dan harga.



Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat

Aku mula makan Marrybrown semula bila ada branch dia buka dekat sangat dengan rumah tak lain tak bukan Marrybrown dalam Melawati Mall. Yes. Anak aku paling excited nak makan sebab dia nampak promosi Korean Chicken.

Kalau ikut suami dia akan ikut je selera anak isteri. Selalu pilihan dia kurang kena selera kami dan memandangkan aku food blogger tersohor maka dia kena ambil kira pandangan aku. Nasib la suami eh. Untung tau kahwin dengan aku. eh!

Set Korean Sensasi Ayam Terhangat

Dalam set Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat ni ada enam ketul ayam goreng, kentang goreng dan juga minuman ringan. Apa yang sedapnya, ayam goreng ni diselaputi sos melekit Korean yang manis dan pedas dan ditabur dengan bijan.

Untuk yang tahan pedas, level kepedasan kepak ayam ni sedang-sedang aje. Bagi aku yang tak tahan pedas, skala pedas adalah 2.5/5. Lidah aku agak manja tapi aku suka la makan. Rasa sos dia agak terlalu manis bagi aku dan melekit.

BACA JUGA ~ Ayam Korea Chicken Plus


Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat


Anak aku suka sangat makan sambil kesat air mata lepas tu selang seli dengan air manis. Walaupun pedas dia teruja nak habiskan. 

Kena la tu dengan tekak dia. Kalau ikutkan tekak aku yang biasa juga makan makanan Korea, sos dia lebih kepada selera orang Malaysia.

Kalau makan Set Korean Sensasi Ayam Terhangat ni waktu lunch semestinya aku perlukan nasi sebagai sampingan. Lebih sesuai makan waktu tea time sekadar alas perut. 

Kalau tanya berbaloi atau tidak untuk di cuba, semestinya harus la cuba kalau korang peminat makanan Korea dan open untuk cuba benda baru.

Masa makan tu juga kami cuba Nasi Ayam Marrybrown, Mee Kari dan dessert Pisang Goreng Aiskrim. Nasi ayam tu sesuai untuk anak-anak tak makan pedas dan mee kari tu kuah pekat tapi kurang masin bagi tekak aku. Tapi habis je aku makan. 

Sedikit kecewa dengan dessert Pisang Goreng Aiskrim. Rasa dia pelik. Korang nak cuba silakan, mana tahu sedap kat tekak korang. 



Acson Anti VOC Spray Pertama Di Malaysia

Semalam aku sempat memenuhi jemputan dari Acson Malaysia, jenama penghawa dingin tempatan yang melancarkan spray Anti VOC pertama di Malaysia. Apa tu VOC? 

Ha VOC merujuk kepada Volatile Organic Compound. Meh aku terangkan lebih lanjut tentang Acson Anti VOC Spray ni.

Kalau majoriti sana sini dengan kempen pencemaran udara dekat luar sana (outdoor) yang disebabkan oleh kebakaran dan asap kenderaan, Acson Malaysia dalam kempen meningkatkan kualiti hidup terus menerus menyebarkan kesedaran tentang bahaya pencemaran di dalam rumah (indoor).

Pelancaran Acson Anti VOC Spray Pertama Di Malaysia

Ok jangan pelik dan panik, duduk dalam rumah pun terdedah kepada pencemaran udara tau. VOC inilah merupakan ancaman dalam diam dan tersembunyi yang ada dalam kediaman kita. 

VOC yang sudah sebati dengan udara dalaman, mungkin berbau dan tidak berbau. Dalam jangka masa panjang, boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan yang lebih serius.

“Persekitaran dalaman adalah dua sehingga lima kali lebih tercemar daripada persekitaran luar” – Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat


Pelancaran Acson Anti VOC Spray Pertama Di Malaysia


VOC merupakan bahan kimia yang terdapat dalam produk rumah seperti:
  • Cat
  • Varnis
  • Karpet
  • Lantai Vinil
  • Produk Kayu Komposit
  • Penyegar Udara
  • Produk Pembersihan
  • Rokok
Menurut Kod Amalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010, VOC boleh menyebabkan kerengsaan mata, hidung, tekak, sakit kepala, pening, gangguan visual, gangguan ingatan dan lebih parah lagi kanser.

Spray Anti VOC direka khas bagi mengekalkan kualiti udara dalaman dan penting kerana kebanyakan orang banyak menghabiskan masa berada di rumah. 

Korang juga tak perlu risau sebab Acson Anti VOC Spray ni tidak bertoksik serta tidak berbahaya kepada kesihatan kita.

Spray Anti VOC Pulihkan Kualiti Udara Dalaman

Disamping perlindungan yang tahan lama VOV dan bakteria, Acson Anti VOC Spray juga berkesan menghilangkan bau yang terhasil daripada lukisan dinding, perabot dalaman dan persekitaran dalaman yang baru diubahsuai.

Acson Anti VOC Spray


Cara Guna Acson Anti VOC Spray

Mudah je nak guna spray Anti VOC ni dan lebih menguntungkan semburan Acson Anti VOC Spray boleh kekal sehingga 2 tahun lamanya. Acson Anti VOC Spray digunakan untuk meminimumkan pendedahan kepada ancaman VOC.

#1 Acson Anti VOC Spray boleh digunakan di seluruh dinding, perabot, lantai, karpet dan banyak lagi. Bersihkan dan pastikan permukaan kering sebelum spray Anti VOC.

#2 Goncang dahulu Acson Anti VOC Spray dan sembur dalam jarak 30 ke 40 cm untuk mendapatkan semburan yang rata.

#3 Elakan dari menggosok atau menyentuh bahagian yang di spray kerana lapisan salutan akan terbentuk dalam masa 24 jam selepas semburan.

#4 Melalui teknologi Nano Titanium Dioxide Technology, Nano Titanium Dioksida yang bertindak sebagai fotokatalis yang kemudiannya akan menguraikan bahan serta bakteria berbahaya ke dalam air dan karbon dioksida, dengan kehadiran cahaya matahari atau cahaya lampu.

#5 Pastikan pintu dan tingkap dibuka selepas semburan untuk memberikan pengudaraan yang bagus dan memberi kesan yang lebih baik.

* Tidak boleh digunakan untuk peralatan rumah, soket suis, lukisan, perkakas makanan, produk logam, sutera dan kulit bermutu tinggi.
* Tanpa gosokan yang kuat dipermukaan, lapisan fotokatalis mampu bertahan sehingga dua tahun.

Bagi meraikan pelancaran Anti VOC Spray, Acson bermurah hati menawarkan harga promosi dan boleh mendapatkan Acson Anti VOC Spray secara eksklusif di PrestoMall dengan diskaun istimewa bermula dari 23 Oktober 2019 sehingga 29 Oktober 2019.

Harga Promosi RM159
Harga Asal RM209


Aroma Diffuser Acson

Dalam majlis yang sama juga Acson memperkenalkan Aroma Diffuser yang telah dilancarkan sempena meraikan ulang tahun ke-35 Acson Malaysia. Aroma diffuser adalah untuk individu yang mengutamakan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Acson Malaysia mengeluarkan dua jenis model Aroma Diffuser:

Aroma Diffuser: Dilengkapi dengan tangki air 130ml dan menggunakan USB untuk mengaktifkannya. Mudah dibawa kemana-mana dan cuma sambungkan ke power bank atau laptop. Boleh juga di pasang di dalam kereta.

Aroma Diffuser Speaker: Didatangkan dengan tangka 200ml dan boleh diaktifkan dengan pin 3-palam. Ia juga mempunyai fungsi tambahan seperti pembesar suara Bluetooth dan pemasa yang boleh diubahsuai.

Uniknya, kedua-dua Aroma Diffuser bersaiz kecil dan mudah alih, sesuai digunakan oleh mereka yang suka travel terutama pelancong.
Aroma Diffuser
Harga Promosi RM129
Harga Asal RM169

Aroma Diffuser Speaker
Harga Promosi RM189
Harga Asal RM229

Set Minyak Aromaterapi Lavendar, Eucalyptus dan Lemongrass dijual secara berasingan.

Harga Promosi RM49
Harga Asal RM87

Pembeli boleh membuat tempahan awal dan menikmati harga promosi di PrestoMall. Produk-produk ini juga akan mula dijual pada 29 Oktober di Acson online store. Untuk keterangan lanjut, sila lawati, https://acson.com.my