Kebenaran Keluar Berdua PKP Fasa 4

Masuk PKP fasa 4 akhirnya kerajaan beri kebenaran 2 orang keluar dalam satu kereta namun ia perlu dari rumah yang sama atau keluarga terdekat sahaja

Sebelum ini hanya wakil atau ketua rumah sahaja yang dibenarkan keluar atas urusan penting. 

Mungkin PM kita prihatin dengan keluh kesah para suami yang mengalami kesukaran membeli barangan keperluan yang diminta isteri dan gagal mencari barang yang diminta. Lol.

PKP fasa 4 secara rasminya telah bermula pada 29 April sehingga 12 Mei 2020. Harapnya janganlah ada lagi sambungan PKP, biarlah ini jadi yang terakhir. 


PKP Fasa 4 Boleh Keluar Berdua

Tetapi jauh di sudut hati dah terasa PKP ni bakal diteruskan sehingga Raya. Korang rasa?

Bagusnya usaha kerajaan dalam menyampaikan maklumat dan beri kesedaran, Majlis Keselamatan Negara (MKN) selalu hantar mesej peringatan berkaitan COVID19 kepada rakyat Malaysia. 

Rasa disayangi bila dapat mesej ingatan macam tu. Kerajaan menekankan 4 pelan tindakan utama dalam membendung penularan COVID19 dalam negara iaitu Kawalan Pergerakan, Kawalan Sempadan, Penjarakan Sosial dan Menjaga Kebersihan.





Ketua Keluarga Boleh Tarik Nafas Lega

Ketua Keluarga mesti gembira sebab urusan membeli makanan dan keperluan harian akan jadi lebih mudah selepas ini, tapi kesan dia semakin ramai keluar semakin lama lah kena beratur bila di pasaraya. 
Kalau masing-masing ikut peraturan, jaga kebersihan dan jaga penjarakan sosial in sha Allah jadi mudah.

Menurut berita, kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa mulai 29 April hingga 12 Mei depan.





Arahan-Arahan Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Terdapat enam (6) arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu.
  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
  3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
  4. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
  5. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services)

Kebenaran Perjalanan Semasa PKP

Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.

Individu yang keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan pula, dibenarkan untuk disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah, selaras Seksyen 4(1)(b)(ii) peraturan sama.


Walaupun kerajaan benarkan untuk keluar berdua, tetapi peraturan hanya dibenarkan bergerak tidak melebihi 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing masih dikekalkan. 

Namun, orang ramai diberi kelonggaran bergerak melebihi 10km jika keperluan itu tiada dalam lingkungan jarak berkenaan dari rumah masing-masing.

Seksyen 5 pula memperuntukkan orang ramai perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari balai polis berhampiran kediaman masing-masing, jika mahu melakukan pergerakan jarak jauh atau bagi sebab selain keperluan harian dan perubatan.

Mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu boleh didenda maksimum RM1,000 atau dipenjarakan sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.


Kesimpulan

Semoga dengan kemudahan kebenaran keluar berdua yang kerajaan beri kepada rakyat dapat memudahkan serta meringankan tekanan orang ramai. 

Ketua keluarga boleh tarik nafas lega dan sentiasalah mematuhi arahan-Arahan Dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Denda wang ringgit dan hukuman penjara menanti pesalah-pesalah PKP. 

Resepi Kek Marble Gebu Azlina Ina

Cara buat kek Marble Gebu Azlina Ina. Rasanya ramai kenal Cikgu Azlina Ina yang agak popular di Facebook kerana kepakaran dia buat kuih muih dan juga kek. 

Beliau juga sangat suka berkongsi resepi yang viral dan semestinya aku antara peminat tegar resepi Azlina Ina sebab kebanyakkan resepi dia yang aku cuba menjadi. Alhamdulillah. 

Kek Marble Gebu Azlina Ina

Aku suka cara penyampaian dia dalam berkongsi resepi. Dia memang guna bahasa rakyat marhaen dan boleh tahan kelakar juga gaya penulisan dia. 

Almaklumlah nak melayan perangai netizen Malaysia yang boleh tahan karenahnya. Kelakar bila dia jawab soalan-soalan tak tercapai dek akal dari netizen.




Kek Coklat Sukatan Cawan aku pernah kongsi dekat Facebook yang ramai orang share ~ rujuk SINI

Baru-baru ni ada yang berkongsi resepi Kek Marble jadi teringin nak cuba. dekat rumah anak kedua aku, Raudah Sakinah yang suka makan kek. 

Dah beberapa hari dia asyik tanya bila aku nak buat kek untuk dia. Alang-alang tu kita buat terus kek Marble gebu guna resepi Azlina Ina.




Bahan-Bahan:

Telur 4biji
Marjerin 1 cawan
Susu pekat 1 cawan
Tepung gandum 2 cawan
Baking Powder 1 sudu kecil
Esen vanilla 1 sudu kecil
Serbuk koko 2 sudu besar

Kalau nak cuba buat Kek Pandan Gula Melaka ~ cuba guna resepi mudah ni 

Ini bahan-bahannya ye. Sukat guna cawan, tak kisah cawan besor ke kecik asalkan guna cawan yang sama untuk sukat. 

Kalau taknak guna susu pekat secawan, boleh tambah gula. Pandai-pandai adjust. Kacau semua adunan guna whisk je, tak leceh tapi lepas tu macam lenguh muscle kau. Lol.


  • Mula-mula sekali ambil marjerin gaul bersama susu pekat (dan gula kalau ada guna gula).
  • Dah sebati marjerin and susu pekat tadi masukkan telur sebijik demi sebijik. Kacau dan kacau lagi.
  • Seterusnya, masukan esen vanilla dn kacau lagi.
  • Selepas itu, masukkan tepung gandum dan baking powder. Teruskan kacau.
  • Bila dah sebati, asingkan adunan ini kepada dua bahagian.
  • Satu bahagian digaulkan dengan serbuk koko, aku guna milo jadi warna kek tak berapa cantik.
  • Ambil loyang dan sapukan dengan marjerin supaya kek tidak melekat.
  • Masukkan adunan coklat dan original dan cedok berselang seli. Mulakan dari tengah. Tindih selang-seli sampai abes.
  • Lepas tu hentakkan loyang bagi sekata adunan tu semua.
  • Bakar kek pada suhu 170 degree, selama 35 minit guna api atas bawah. (Mungkin berbeza mengikut oven masing-masing)

 Siap. 

Resepi Apam Balik Mudah Dan Gebu

Tak pernah aku bayangkan seumur hidup aku akan buat apam balik. Wehuuu satu kejayaan untuk diri sendiri. 

Betul la cakap jiran aku semalam, antara hikmah PKP ni semua orang akan explore bakat terpendam masing-masing. 

Jadi haruslah gunakan masa yang ada untuk tingkatkan skill dan juga pengetahuan kita okeh. Sebelum puasa lagi resepi Apam Balik ni banyak lalu lalang di timeline Facebook. 

Kalau ikutkan resepi memang mudah sangat, bahan-bahan dia pun tak mahal. Masa tu keinginan nak cuba buat tu ada tapi masih malas, dan akhirnya aku buat sebagai juadah buka puasa hari pertama.

Jom Buat Apam Balik Mudah Dan Gebu

Usaha membuahkan hasil bila Apam Balik yang aku buat diterima mata dan anak tekak suami dan anak-anak. Siap bagi jiran lagi untuk bertukar juadah. Kemain level confident bukan biasa-biasa ni. lol. 

Bagi sesetengah orang pencapaian macam ni biasa je, Apam Balik je kot. Hahahha. Aku seronok macam menang pingat emas dekat Sukan SEA okeh.



Tips Dapatkan Apam Balik Gebu

Jom aku kongsikan resepi dan cara-cara untuk menghasilkan Apam Balik yang gebu dan sesungguhnya cara membuatnya teramatlah mudah. Macam kau buat Pancake, lebih kurang la. 

Kalau guna resepi aku kongsi ni korang boleh dapat 5 ke 6 Apam Balik bersaiz sederhana. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:




Bahan-Bahan
  • 1 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula (Boleh kurangkan jika tak mahu terlalu manis)
  • 1 ½ cawan air
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • Marjerin


Inti
  • Jagung dalam tin (Guna jagung manis ala krim bukan kernel jagung manis – suami aku salah beli jadi aku blend jagung tu sehingga halus)
  • Kacang tanah yang ditumbuk kasar
  • Gula
  • Boleh tambah inti lain seperti Nestum, Horlick, Milo, Keju mengikut kesukaan masing-masing.




Cara-cara membuatnya ialah:
  • Satukan semua bahan di dalam blender dan blend sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan dan masak menggunakan non-stick pan, anggaran satu senduk. Kalau nak tebal letak lebih banyak.
  • Biarkan seketika dan sementara masak taburkan gula, kacang tanah dan isi jagung.
  • Agak-agak dah kuning keperangan boleh lipat kan menjadi separuh. Oleskan dengan marjerin ketika panas. Siap.

Selamat mencuba korang. Sesungguhnya perasaan berjaya buat apa yang kita suka itu sangat menyeronokkan.

Ragam Hari Pertama Berpuasa

Alhamdulillah berjaya lepas satu hari puasa tanpa sebarang drama air mata dan ragam hari pertama berpuasa anak bujang. Tidak la dia menitis air mata minta nak buka puasa. 

Hari pertama berpuasa tahun ni sedikit berbeza berbanding tahun lepas, yelah dengan keadaan PKP ni memang agak sedikit lain rutin harian.

Maksud aku berbeza dari segi penyediaan dan beli barang dapur. Kalau tahun lepas agak-agak tak cukup bahan last minute boleh je suruh suami keluar beli barang, tapi tahun ni memang kena beli awal dan redha je barang tak cukup. 

Ragam Hari Pertama Berpuasa

Kena jadi lebih kreatif dari biasa. Banyak juga barang aku nak beli tak cukup stok dekat pasaraya. Nak beli buah koktel dari hari tu tak jumpa.

Sesungguhnya memang sangat penting merancang menu dari awal. Setakat ni aku dah readykan senarai menu berbuka untuk seminggu. 

Alhamdulillah walau sedikit lari dari plan asal tapi sangat membantu otak aku bekerja. Tak lah penat berfikir. Buang masa.

Koleksi 30 Resepi Berbuka Puasa




Menu Berbuka Hari Pertama

Memang jadi kebiasaan hari pertama berbuka aku cuba untuk sediakan ayam bakar. Bagi aku menu Ayam bakar ni mengimbau semangat bazar Ramadan. 

Tahun lepas aku buat ayam golek, tahun ni malas nak cucuk ayam dengan besi jadi masak dalam bekas kaca je senang. Menu paling senang bagi aku.

Oleh sebab bazar Ramadan dah tiada baca dengan nada sedih dan malas nak beli di bazar Ramadan online jadi aku rajinkan diri buat kuih. Sekadar meriahkan meja di samping gembirakan hati suami dan anak-anak.

Tak Larat Masak, beli je Juadah berbuka Online ~ Senarai Bazar Ramadan Online 2020

Pertama kali aku buat Apam Balik dan menjadi. Perasaan gembira tu tak terkata. Rupanya senang je nak buat. cis. 

Modal pon murah je aku rasa tapi apesal harga Apam balik semakin mahal orang jual eh. Suami pun puji kata macam dekat pasar malam. Bangga sekejap. Lol.





Cabaran Ramadan Tahun 2020

Kalau difikirkan dari sudut kesusahan dan cabaran yang datang memang sedih tapi cepat-cepat aku fikir dari sudut yang positif. 

Kalau tiada COVID-19 pasti bulan puasa aku tak meriah sebab suami akan bekerja dan anak bujang habiskan masa puasa di sekolah. 

Bersyukur sangat masa kami satu keluarga lebih banyak, memang meriah dengan adegan gaduh-gaduh anak-anak. Sesekali keluar juga perangai Singa aku tu.

Cabaran lain adalah kawalan emosi dan rasa bosan terperap duduk rumah. Macam tak percaya aku tak keluar ke pasaraya lebih dari sebulan. Syabas diri sendiri. 

Kalau ikut hati memberontak boleh je aku ingkar ikut suami beli barang sebab suami kata semakin ramai ingkar arahan PKP keluar suami isteri. 

Tapi, kena la jujur. Memang polis tak tangkap tapi dosa tu, untuk yang keluar tu aku husnuzon lah ada urusan yang penting korang nak buat.

Rindu suasana nak berbuka dekat kampung dengan mak, tapi terpaksa rela terpaksa la konsepnya untuk tahun ni. Seronok tengok muka mak ceria bila buat video call. Meriah sebab ada cucu-cucu teman puasa. 

Kebetulan akak aku balik bercuti masa cuti sekolah yang lepas, tak lama tu PKP dilaksanakan. Sampai sekarang lah tak boleh balik.  


Ucapan Ramadan

Di kesempatan ini, aku ambil peluang untuk ucapkan selamat berpuasa kepada semua, pembaca-pembaca blog, kawan-kawan di alam maya, saudara mara dan umat Islam yang sama-sama puasa dan berjuang melawan COVID dan juga diri sendiri. 

Apa yang berlaku ada hikmahnya. Esok lusa boleh ulang kembali kenangan dan bercerita dengan anak cucu apa yang jadi. Salam sayang dari aku. jaga diri dan selamat berbuka.