Masalah Thumbnail Post Tidak Keluar Di Recent Post

Baru-baru ini sekali lagi aku menghadapi masalah gambar tidak keluar di recent post blog. Aku menggunakan platform blogspot ya. 

Jadi tak seronok bila tekan publish new post, update artikel beserta gambar tapi gambar tak keluar pun. 
Sakit mata sakit hati.

Pernah jadi juga sebelum ini, masa tu blogspot dalam tempoh untuk migrate dashboard lama ke dashboard baru. 

Cara Atasi Masalah Thumbnail Post Tidak Keluar Di Recent Post

Tapi waktu itu ada penyelesaian sementara iaitu boleh pilih untuk tidak menggunakan template dashboard baru.

Memandangkan blogspot ‘paksa’ user guna dashboard baru memang wajiblah untuk biasakan diri. Kawan-kawan blogger lain juga pernah menghadapi masalah gambar di recent post blogspot tidak keluar, macam blogger Melaka; CX



Gigih lah aku cari artikel yang dapat membantu selesaikan masalah tapi tiada. Nak harapkan aku untuk betulkan setting di HTML memang aku tak berani kacau. 

Aku pernah secara tak sengaja jahanamkan coding template blog aku sebab terlupa nak buat back up template sebelum edit. Menangis lah nak betulkan semula.

Tapi aku tidaklah putus asa, apa yang aku tahu selain major edit HTML dekat setting Theme Blogspot, salah satu cara lain ialah untuk check setting spesifik post yang ada masalah.

Jadi dalam kes ini awalnya aku cuba juga baiki HTML mengikut tutorial yang aku jumpa dan tak berkesan pun. Dalam setting layout ‘Featured Post’ untuk template blog aku pun tiada masalah. 




Cara Baiki Masalah Thumbnail Post Tidak Keluar Di Recent Post

Selepas banyak kali mencuba akhirnya aku berjaya selesaikan misteri gambar tak keluar. Bangga dengan diri sendiri. Awalnya aku dah panik dan hampir nak give up je. 

Rupa-rupanya kecil je kesalahan yang aku lakukan. Meh aku kongsikan apa yang berlaku.

Perkara pertama kau orang perlu buat ialah buka entri post yang bermasalah itu. Kalau diperhatikan dalam gambar di bawah; pop up message ni akan keluar bila kita upload gambar. 

Di setting size, pastikan kau orang pilih Original Size dan save seperti biasa. 

Kalau pilih saiz selain original, gambar tidak akan keluar di recent post. Ha simple je kan penyelesaian dia. Lepas ni kau orang check semula setting gambar masing-masing.




Tara..

Kan dah keluar gambar di recent post. Diharap perkongsian ini dapat membantu selesaikan masalah blog kau orang.



Harapnya perkongsian aku ni membantu kau orang yang ada masalah thumbnail tak keluar ya. Lain orang lain template guna, tapi harapnya berkesan la tip ni. 

Shopee 12.12 Birthday Sale Perlu Tahu

Secara rasminya lagu Shopee 12.12 yang dinyanyikan oleh Shopee Ambassador, Phua Chu Kang dah melekat dalam kepala. 

Adoi. Bukan setakat tu je, aku jadi seronok main game dekat aplikasi Shopee sambil kumpul point. Sesekali siram pokok. Ahaks.

Untuk pengetahuan kau orang, jualan Shopee 12.12 pun dah bermula (23 Nov sehingga 14 Dec). Untuk yang terlepas sale bulan lepas, pastikan kali ni dapat grab barang yang kau orang dah aim ok. 


Shopee 12.12 Birthday Sale Perlu Tahu

Macam biasa, waktu sale macam ni aku suka beli sebab nak dapatkan shipping free.

Untuk elak belanja yang bukan-bukan aku dah siapkan list barang perlu beli. Nak top up barang rumah, nak beli PetPet dan barang-barang untuk business aku. Moga aku tak membazir bulan ni. aamiin.


Shopee-12.12-Birthday-Sale-Perlu-Tahu


Perkara Menarik Tentang Shopee 12.12

Aku terlebih rajin dan study perkara menarik yang Shopee offer sepanjang 12.12 birthday sale dan aku nak berkongsi juga dengan kau orang. 

Moga bermanfaat okeh. Jom tengok apa perlu kau orang consider kalau nak shopping.


12.12 Shopee Shopping Calendar

Macam aku kongsi dekat bawah ni, sepanjang sale berlangsung setiap hari adalah hari yang istimewa sebab Shopee akan promote benda-benda terpilih yang menarik. Jadi siap sedia untuk grab diskaun dan juga voucher yang ada.

Pre Hype Sale (23 Nov – 11 Dec) & D Day Sale (12 Dec)

Ada juga RM12 Free Shipping dan please guna voucher code khas untuk pelanggan baru dan coins cashback untuk pelanggan Shopee yang sedia ada. 

RM1 Deals

Sesuai untuk yang suka cuci mata sambil grab barang RM1 stay tune sebab shocking sale dibuat 10 sesi sehari. Pukul 12AM, 1AM, 2AM, 9AM, 12PM, 1PM, 2PM, 4PM, 8PM, & 10PM. 

Ramai grab wet tissue, casing telefon, Maggi Cup eh banyak lagi lah.


Shopee-12.12-Birthday-Sale


12.12 Featured Collection

Dalam featured collection, Shopee akan rekemen kedai-kedai terpilih untuk setiap kategori macam dekat bawah: Boleh shopping di Shopee

  • One Stop Grocery Store
  • Health & Beauty Picks
  • Fashion Favourite
  • Tech Must Have
  • Home & Living
  • Lifestyle Top Selection
  • Shop Malaysia
  • Shop Global


Improtant-Shopee-12.12-Birthday-Sale



Selamat membeli belah. 



Resepi Korean Cream Cheese Garlic Bread Guna Roti Burger

Oleh sebab craving nak makan Korean Garlic Bread maka gigih lah cari resepi dan beli bahan-bahan untuk buat sendiri. 

Pernah beli dekat Aeon Big seketul untuk di cuba, tapi kurang kena tekak sebab roti dia keras dan cheese dia asal ada je. Harga seketul RM 5.50.

Bila jumpa resepi Korean Garlic Bread memang excited nak buat. Dalam rumah ni hanya aku dan anak sulong je yang makan, suami memang sejenis tak suka cheese.


Korean Cream Cheese Garlic Bread Guna Roti Burger 

Berlawanan sangat dengan selera aku yang suka bau bawang putih dan aku penggemar cheese. Aku jumpa resepi Garlic Bread tapi hanya menggunakan roti burger. 

Lagi mudah hidup aku sebab sejenis tak reti buat roti. Roti burger ni yang licin tu tau bukan yang ada bijan atas dia tu. Rasa dia tak lari jauh dengan apa yang aku makan beli dekat Aeon Big tu.


Resepi-Korean-Cream-Cheese-Garlic-Bread-Guna-Roti-Burger


Cara Buat Korean Garlic Bread Guna Roti Burger

Aku jumpa resepi yang berbeza di internet jadi aku suka hati olah dan buat cara sendiri. Nak buat senang je tak sampai setengah jam. 

Sesuai buat dan makan masa tea time. Oh mai masa taip ni aku terbayang dan teringin nak buat lagi sekali.

Cara nak buat mudah je, kena sediakan inti dan sapukan garlic butter dekat bun. Sebelum tu roti burger tu dibelah 6 tapi jangan sampai terputus ya. 

Belah manja-manja je. Letak tepi. Siapkan inti dan butter garlic dulu.


Bahan-bahan perlu ada:

Inti Cream Cheese

250 gram Cream Cheese (Aku guna jenama Tatura)

3 sudu besar susu pekat

2 sudu Whipping Cream / Susu Cair

Pastikan semua bahan berada pada suhu bilik dan satukan kesemua bahan di atas. Gaul sebati kemudian masukkan ke dalam pipping beg. Ketepikan.


Korean-Cream-Cheese-Garlic-Bread-Guna-Roti-Burger


Butter Garlic Untuk Roti

250 gram butter yang di cairkan

7 biji Bawang putih yang dicincang halus

1 Sudu Susu pekat

1 Biji Telur

3 sudu madu

Daun parsley kering

 

Korean-Cream-Cheese-Garlic-Bread



Cairkan butter dan masukkan bawang putih, madu dan susu pekat kemudian kacau sebati. Masukkan telur bila adunan sedikit sejuk. Jangan lupa daun parsley campak ikut suka banyak mana.

Daun Parsley kering aku gantikan dengan Oregano sebab resepi awal aku jumpa suruh guna serbuk oregano. Aku dah beli baru aku tahu kalau namanya Korean Garlic Bread kena ada Parsley.

Ada resepi tak letak pun madu, tapi gunanya madu ialah untuk jadikan roti tu rangup. Memang terbukti weh, rangup di luar, lembut di dalam.

Last sekali, apa perlu dibuat ialah, pipe kan inti cream cheese ke dalam roti. Makin banyak makin sedap lah.

Kemudian celup / sapu bancuhan butter garlic. Celupkan bahagian atas sahaja. Biarkan terendam beberapa minit supaya meresap ke dalam roti.

Panaskan oven dan bakar roti pada suhu 170celcius selama 15 minit.

Selamat mencuba.




Jom cuba resepi: 

10 Pengajaran Yang Aku Belajar Dari Kisah Penghijrahan Neelofa

Sebut je nama Neelofa aku rasa ramai yang kenal terutama golongan muda. Bagi aku Neelofa berjaya mencuit setiap hati yang kenal dia sebab sikap dia. 

Aku menulis tentang Neelofa bukan sebab aku obsess tapi aku menghargai kewujudan dia di muka bumi Tuhan. Aku pernah kongsi tentang perkahwinan Neelofa juga. 

Dulu, satu masa dulu aku pernah ada perasaan tak suka pada dia. Salah satu sebab, dia bawa watak perempuan penggoda dalam drama. Buat dosa kering je walhal dia tak pernah buat salah pun dengan aku.


Pengajaran yang aku belajar dari Kisah Penghijrahan Neelofa

Tapi slowly aku perasan tiap hari ada je berita tentang Neelofa yang buat aku berubah fikiran tentang dia. Nak sebut satu persatu hai banyaklah. 

Overall kisah penghijrahan dia banyak beri aura positif kepada aku.


Kisah- Penghijrahan-Neelofa


Kisah Penghijrahan Neelofa

#1 - Bermula dari dia mula pakai tudung, kemudian perubahan dia pakai stokin dan perlahan cuba sempurnakan untuk tutup aurat dan akhirnya dia ambil keputusan untuk pakai Niqab. 

A huge decision yang aku rasa bukan semua orang mampu buat dan dia berani.

#2 - Apa aku perhatikan ialah dia berubah, dia ambil keputusan untuk jadi lebih baik dan pilih Tuhan sebab dia belajar dan gali ilmu Tuhan. 

Semakin banyak dia tahu semakin dia takut dan berserah pada Tuhan. Sebab tu dia sanggup kembali pada Tuhan.

#4 - Ayat yang aku terkesan bila dia ambil keputusan untuk berniqab, “saya korbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikkan”. 

Neelofa faham dan mahu ganjaran yang Tuhan beri bila dia ikhlas dan buat kerana Allah. Ikhlas atau tidak itu urusan dia dengan Tuhan. 

#5 – Aku ter paling salute dengan sikap dia yang tak mudah melatah. Tahu sajalah kalau ada dalam industri seni, segala kisah lampau akan dikorek sehingga lubang cacing. 

Selalunya dia tenang dan matang handle isu yang sensitif.


Kisah-Manis-Penghijrahan-Neelofa


#6 – Tuhan jaga dia. Itu je mampu aku tulis. Bayangkan, ada orang sengaja buka aib dia di media sosial, kongsi gambar masa dia seksi. Bukan sikit benda tu di share, tersebar merata. 

Biasa kalau berlaku pada artis lain, memang kecoh. Silap boleh jahanam kerjaya. Tapi kisah aib dia habis macam tu je, sebab apa..sebab dia selalu doa, selalu minta Allah jaga/ tutup aib dia.

#7 – Dia sangat sukakan ilmu, dia suka membaca, suka mendengar ceramah/motivasi, dan suka buku. Amalan cintakan, hormati ilmu yang buat dia cergas, sihat dan sentiasa bertenaga. 

Dia juga tak kedekut ilmu malah suka berkongsi doa, amalan harian dengan peminat.

#8 – Great support system. Sesungguhnya dia dilahirkan dan dikelilingi insan hebat dan sangat menyokong antara satu sama lain. Neelofa sangat pentingkan keluarga. 

Tengok saja dia layan ibu ayah, adik beradik bahkan kawan-kawan.

#9 – Bila dia ambil keputusan untuk pakai Niqab dan kemudian bertunang dengan PU Riz, aku teringat kisah penyanyi Waheeda yang terkenal dengan lagu Wassini yang berkahwin dengan penceramah bebas tu. 

Lepas kahwin dia pakai purdah dan menyepikan diri. Harapnya Neelofa tak terus senyap.

#10 – Bakal lancarkan Aplikasi Islamik, thenoor.app Kagum lagi. Sebelum ni dia aktif buat kerja amal melalui Pertubuhan Kasih Neelofa. 

Dia bergerak satu langkah ke depan lagi bila dapat buat satu platform yang bakal menjana pahala berterusan untuk dia dan keluarga.


Aku doakan hati dia, hati kita semua tidak dibolak balik kan, sentiasa ingat dan tetap pilih Allah.  Aku selalu tanamkan dalam diri, setiap kewujudan makhluk yang lintas dalam hidup seseorang semuanya mesti ada sebab. 

Ada hikmah Tuhan nak tunjuk dan ada benda kita perlu belajar. Apa pun ini hanya pendapat peribadi aku. Bukan Neelofa tiada yang buruk atau sisi negatif, tapi aku lebih prefer untuk jadi mata lebah berbanding mata si lalat.

*credit pic Neelofa IG