JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA KUALA LUMPUR & SELANGOR 2021

Zon 1 : Kuala Lumpur & Putrajaya




Zon 1 : Selangor - Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat & Sepang




Zon 2 : Selangor - Kuala Selangor & Sabak Bernam



Zon 3 : Selangor - Klang & Kuala Langat




Eskayvie Phytax Membantu Mencegah Gejala Diabetes

Sejak emak disahkan sebagai pesakit Diabetes beberapa tahun yang lepas, aku dapat lihat perubahan fizikal dan juga emosi emak yang turun naik macam Roller Coster. 

Beratus kali mak suarakan yang dia dah penat asyik bergantung dengan ubat klinik. Banyak kali juga emak merajuk dan tak mahu makan ubat, tapi kami pujuk supaya kesihatan emak tak jadi semakin teruk.

Eskayvie Phytax Membantu Mencegah Gejala Diabetes

Emak disahkan doktor menghidap Diabetes pada usia mencecah 50 an. Kalau ikut sejarah keluarga, Datuk dan nenek bebas penyakit Diabetes, tapi begitulah kehidupan kan. 

Tiada yang pelik sebab Diabetes boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja.



“Seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes” - Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.

Sebelum disahkan menghidap diabetes, emak selalu mengadu tangan dan kakinya kebas. Sangkaan kami itu perkara biasa kerana faktor umur dan mak hanya sapu dengan minyak panas untuk hilangkan rasa kebas.




Awas Petanda Awal Gejala Kencing Manis

Selepas tengok video Puan Paulizah di Youtube yang berkongsi tentang gejala kencing manis yang dia alami seperti kebas dan mudah penat aku boleh relate dengan keadaan emak. 

Beliau banyak berkongsi tentang gejala dan kesukaran yang dilalui sebelum mengamalkan Eskayvie Phytax.

Paling terkesan bagi ialah bagaimana kesukaran yang dihadapi membuatkan Puan Paulizah hilang keyakinan diri untuk bergaul dengan masyarakat. 

Korang boleh dengar pengalaman beliau dalam video dibawah ni:

Selain rasa penat melampau, PuanPaulizah juga menghadapi masalah ketika solat seperti tidak boleh rukuk dan sukar sangat untuk khusyuk serta hanya mampu bersolat dengan duduk di bangku. 

Selain berjumpa doktor dan makan ubat tahan sakit beliau juga telah mencuba rawatan tradisional herba akar kayu tetapi malangnya penyakitnya menjadi semakin teruk.

Menurut Puan Paulizah, dia tertarik untuk mencuba selepas mendengar perkongsian kawan beliau tentang manfaat dan kebaikan Eskayvie Phytax, dan menganggap percubaan itu sebagai ikhtiar terakhir bagi mengatasi masalah yang dialaminya.

Selepas 2 minggu pengambilan Eskayvie Phytax, Puan Paulizah perasan ada perubahan yang ketara terutama badan terasa semakin segar dan bertenaga. 

Beliau juga sudah boleh menunggang motosikal dan tangannya tidak lagi berasa sakit seperti sebelumnya.

Beliau mulai seronok untuk bersenam berdasarkan saranan doktor. Serik dengan pengalaman menanggung derita kebas dan sakit bisa badan, 

Puan Paulizah bertekad untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan bersenam.

Jangan pandang remeh dengan kebas dan rasa penat yang berpanjangan. Ia adalah salah satu simptom kencing manis yang jika tidak dirawat serta dikawal secara proaktif. 

Anda mungkin menghidap kencing manis dan berisiko kehilangan anggota kaki serta penyakit kritikal lain seperti buta dan komplikasi buah pinggang yang perlukan dialisis.


Isi Kandungan Eskayvie Phytax

Kajian mendapati bahawa khasiat Punicalagin banyak terdapat di dalam buah delima yang dikaji mempunyai kapasiti antioksidan yang tinggi dan dapat membantu meningkatkan aliran darah. 

Ia sangat membantu untuk mengatasi masalah kebas atau penyakit berkaitan dengan aliran darah yang tersumbat.




Eskayvie Phytax merupakan campuran sinergi 12 ekstrak bahan fitonutrisi daripada Biji Anggur, Teh Hijau, Kulit Pokok Pain, Buah Delima, Durian Belanda, Kranberi, Beri Biru, Roselle, Tomato, Acai Beri, Algae Hijau dan Manggis.

Ianya merupakan revolusi terkini bagi sumber antioksidan daripada alam semula jadi dengan teknologi nano mampu memudahkan penyerapan dalaman.




Setiap Penyakit Ada Ubatnya Kecuali Mati

Sesungguhnya setiap mereka yang diuji dengan kesusahan, musibah dan penyakit adalah merupakan tanda Allah SWT sayang dan ingat kepada hamba-Nya. Selagi dipinjamkan nyawa, janganlah kita berputus asa dengan nikmat yang Allah beri.




Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

"Berubatlah, sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? (penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)”.


Hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie Phytax 


BONUS: Konsultasi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian di program Kawal Kencing Manis.

Info lanjut, layari :

www.phytax.com.my

Untuk info lanjut tentang Phytax, korang boleh layari :

FACEBOOK | INSTAGRAM | WEBSITE ( Kawal kencing manis)


Food Hunting – Makan Willy Satay Di Taman Sri Ramal Kajang

Pertama kali cuba Sate Willy dan aku jatuh cinta. Hah kau over. Ahaks. Aku jadi peminat sate selepas berkahwin dengan suami. Aku terjebak suka makan sate disebabkan sate tu makanan kegemaran beliau.

Aku bukanlah tak minat tapi oleh disebabkan sate ni dikategorikan sebagai makanan kayangan waktu aku kecil, jadi peluang nak makan sate tu memang jarang berlaku.

Dengan bilangan ahli keluarga yang ramai, sate akan dibeli pada hari istimewa sahaja atau kami akan dapat makan bila beraya rumah saudara mara.


Food Review – Makan Willy Satay Di Taman Sri Ramal Kajang

Lah cerita sedih pulak kan. Tapi pengalaman hidup yang susah menjadikan aku menghargai setiap kesenangan yang aku dapat sekarang. Alhamdulillah.



Ceritanya aku terlajak ke Sri Ramal Kajang atas urusan Seri Paduka Baginda dan kemudian urusan habis lewat petang. 

Perut pula minta di isi jadi terus Google makanan sedap ada sekitar Taman Sri Ramal Kajang ni.

Sate Willy Ramal Junction Food Court Taman Sri Ramal Kajang

En Suami la yang ajak ke Willy Satay. Rupa-rupanya Willy Satay ni sebahagian daripada Ramal Junction Food Court. Pertama kali juga jejakkan kaki ke sini jadi aku rambang mata sebab banyak sangat gerai yang sedap-sedap.




Suami tetap dengan pendirian dia nak mencuba Willy Satay jadi aku beli Nasi Goreng Kambing dari gerai Air Buah Gelas Besar. Woi sedap Nasi Goreng Kambing dia. 

Kalau sampai ke Ramal Junction Food Court Taman Sri Ramal Kajang boleh buat bergaduh tau. Konsep dekat sana, pilih makanan apa yang korang nak, buat pesanan dan buat bayaran. Lepas tu jangan lupa beri no meja korang. Siap makanan nanti dia hantar ke meja. 

Aku order nasi goreng kambing yang dalam dia ada ketulan daging kambing. Besar-besar pula tu tak kedekut. Harga sepinggan ni RM8. Ok la berbaloi. 



Terlalu banyak makanan untuk dicuba tapi perut ada satu. Ahaks. Next time plan nak repeat bawa anak-anak pula. Meriah ya orang kajang makan. Beruntung betul boleh makan macam-macam dekat situ.


Sate Samuri VS Willy Satay

Ini ikut kesedapan tekak aku ya, jangan kata aku berat sebelah pula. Restoran Sate Samuri paling dekat dengan rumah aku adalah di cawangan Taman Melati jadi boleh dikatakan agak kerap aku makan Sate Samuri.

Sate Ramly Burger pun boleh tahan rasa dia. 

Dulu punya cerita, Sate Samuri aku dapat rasa kesedapan dia. Tapi sekarang sedih la. Sate dia besar penuh isi, kuah kacang dia pun not bad tapi dia ada kekurangan. Langsung tak rasa air tangan manusia tu.

Bila makan rasa sate tu kejung je. Camne eh nak describe. Mungkin penggunaan peralatan, pekerja yang handle tu yang jadi kureng tu.

Berbeza bila aku makan Satay Willy. Masih terasa air tangan tu, kau faham bila kau makan terasa ikhlasnya penjual tu dalam menyediakan makanan.




Aku part emosi memang terlebih. Maklumlah orang Feeling beginilah kalau suruh explain part emosi. Boleh mengalir air mata bercerita tentang sedapnya sate tu. ahaks.

Resepi Kuah Kacang 4 Bahan boleh cuba dekat sini. 

Jadi ikut selera tekak aku, semestinya Satay Willy menjadi pemenang. Entah bila boleh repeat memandangkan dah puasa, lepas tu nak sambut Raya. Moga ada rezeki, dipanjangkan umur la hendaknya.




Willy Satay Delivery

Beruntunglah orang MAKAN WILLY SATAY DI TAMAN SRI RAMAL KAJANG sekitar Bangi, Cyberjaya, Kajang dan KL, Willy Satay ada buat promo PKP dan delivery. 

Eh bukan setakat delivery je, kalau nak cepat untuk Take Away boleh call dulu mereka dan buat tempahan.  Klik link http://www.wasap.my/60173742821/WillySatayBS7

Kalau lah Willy Satay ni sekangkang kera je memang setiap bulan jadi port aku makan reward diri. Kalau korang pernah makan sate yang sedap cuba share dengan aku dekat comment.

Mana tahu ada rezeki nak cuba. Next aku nak buat Sate Tulang hunting. Entah apa yang sedap sate tulang sebab dulu pernah masuk TV jadi aku teruja nak cuba.

 

Kumpul Piring Batik Safi Raya Kau Hijau Limited Edition

Baru-baru ni aku terima PR Kit Safi Gift Box sempena kempen Safi Raya Kau Hijau untuk tahun 2021. 

Jenama Safi ni memang dah lama ada di pasaran dan terkenal dengan kepelbagaian produk penjagaan diri lengkap untuk seisi keluarga dan semestinya halal.

Aku memang pengguna produk Safi tegar sejak anak dara lagi sebab harga produk dia yang mesra poket dan berkesan untuk kulit aku. 


Kumpul Piring Batik Safi Raya Kau Hijau Limited Edition 

Lagi satu, produk Safi ni memang senang sangat nak cari dekat mana-mana jadi mudah tak risau kalau habis stok.




Alhamdulillah dah banyak kali juga aku cerita tentang kolaborasi bersama Safi dalam blog ni. 

  1. Review SAFI Expert Solution
  2. Review Losyen Pencerah Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
  3. Review SAFI Hydra Glow
  4. Review Syampu SAFI Shayla

Mana-mana produk yang aku terima, aku cuba dan sedaya upaya untuk sampaikan maklumat dengan berikan review yang mudah pembaca nak faham.

Cuma aku juga nak ingatkan, antara salah satu perkara penting bila memilih produk penjagaan wajah mahupun badan kena tahu isi kandungan dan kena faham jenis kulit kita. Bila tak kenal kulit sendiri, sebab tu wujudnya produk tak serasi atau produk tak beri kesan yang di inginkan.

Kena pilih produk yang betul.


Raya Kau Hijau bersama SAFI

Dah tak lama kan kita nak puasa kan? Perasaan teruja nak berpuasa & sambut raya tu membuak-buak sebab keadaan rasanya dah semakin baik hari demi hari. Syukur kes Covid semakin terkawal. 

Moga tahun ni kita berpeluang untuk pulang ke kampung berhari raya. Jom lah doa. 

Apa pun kesihatan perlu sentiasa dijaga, rangkaian penjagaan diri Safi jangan dilupa ya. PR Kit Safi Gift Box yang aku terima ni mengandungi Safi Shower, Safi Handwash, Safi Micellar Water dan juga Safi Rania Gold Day Cream.



Set lengkap untuk aku guna untuk sambut raya tahun ni. 

Safi Shower & Safi Handwash untuk membersihkan & melindungi diri, Safi Micellar Water pula untuk menghilangkan solekan dari muka & Safi Rania Gold Day Cream untuk pastikan kulit muka sentiasa lembap dan terjaga.

Kumpul Piring Batik Sempena Kempen Safi Raya Kau Hijau

Berbalik kepada kempen Safi Raya Kau Hijau, bermula sekarang Safi menawarkan hadiah piring batik Safi edisi terhad dengan setiap pembelian RM40 & ke atas mana-mana produk Safi. Ada tiga corak batik yang cantik untuk dimiliki.




Korang boleh dapatkan di kedai yang mengambil bahagian dan kumpulkan ketiga-tiga reka bentuk hari ini juga.

Tak sangka aku suka pinggan corak batik tu. Cantik pula bila diletakkan makanan dan dihidangkan untuk tetamu. Okey sangat kalau kumpul ke tiga-tiga corak. Jadi jangan lepaskan peluang ya.

Untuk keterangan lanjut boleh rujuk Instagram SAFI Malaysia