Zon 1 : Selangor - Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat & Sepang
Zon 2 : Selangor - Kuala Selangor & Sabak Bernam
Zon 3 : Selangor - Klang & Kuala Langat
Selamat datang ke blog Rodiah Amir. Aku bukan pakar, cuma seorang emak yang suka menulis tentang kehidupan, anak-anak dan pengalaman harian. Kalau ada cerita yang boleh beri manfaat, aku kongsikan di sini.
Zon 3 : Selangor - Klang & Kuala Langat
Emak disahkan doktor menghidap Diabetes pada usia mencecah 50 an. Kalau ikut sejarah keluarga, Datuk dan nenek bebas penyakit Diabetes, tapi begitulah kehidupan kan.
Tiada yang pelik sebab Diabetes boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja.
“Seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes” - Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.
Sebelum disahkan menghidap diabetes, emak selalu mengadu tangan dan kakinya kebas. Sangkaan kami itu perkara biasa kerana faktor umur dan mak hanya sapu dengan minyak panas untuk hilangkan rasa kebas.
Selepas tengok video Puan Paulizah di Youtube yang berkongsi tentang gejala kencing manis yang dia alami seperti kebas dan mudah penat aku boleh relate dengan keadaan emak.
Beliau banyak berkongsi tentang gejala dan kesukaran yang dilalui sebelum
mengamalkan Eskayvie Phytax.
Paling terkesan bagi ialah bagaimana kesukaran yang dihadapi membuatkan Puan Paulizah hilang keyakinan diri untuk bergaul dengan masyarakat.
Korang boleh dengar pengalaman beliau dalam video dibawah ni:
Selain rasa penat melampau, PuanPaulizah juga menghadapi masalah ketika solat seperti tidak boleh rukuk dan sukar sangat untuk khusyuk serta hanya mampu bersolat dengan duduk di bangku.
Selain
berjumpa doktor dan makan ubat tahan sakit beliau juga telah mencuba rawatan
tradisional herba akar kayu tetapi malangnya penyakitnya menjadi semakin teruk.
Menurut Puan Paulizah, dia
tertarik untuk mencuba selepas mendengar perkongsian kawan beliau tentang
manfaat dan kebaikan Eskayvie Phytax, dan menganggap percubaan itu sebagai
ikhtiar terakhir bagi mengatasi masalah yang dialaminya.
Selepas 2 minggu pengambilan Eskayvie Phytax, Puan Paulizah perasan ada perubahan yang ketara terutama badan terasa semakin segar dan bertenaga.
Beliau juga sudah boleh menunggang
motosikal dan tangannya tidak lagi berasa sakit seperti sebelumnya.
Beliau mulai seronok untuk bersenam berdasarkan saranan doktor. Serik dengan pengalaman menanggung derita kebas dan sakit bisa badan,
Puan Paulizah bertekad untuk mengamalkan gaya hidup
sihat dengan menjaga pemakanan dan bersenam.
Jangan pandang remeh dengan kebas dan rasa penat yang berpanjangan. Ia adalah salah satu simptom kencing manis yang jika tidak dirawat serta dikawal secara proaktif.
Anda mungkin menghidap
kencing manis dan berisiko kehilangan anggota kaki serta penyakit kritikal lain
seperti buta dan komplikasi buah pinggang yang perlukan dialisis.
Kajian mendapati bahawa khasiat Punicalagin banyak terdapat di dalam buah delima yang dikaji mempunyai kapasiti antioksidan yang tinggi dan dapat membantu meningkatkan aliran darah.
Ia sangat
membantu untuk mengatasi masalah kebas atau penyakit berkaitan dengan aliran
darah yang tersumbat.
Eskayvie Phytax merupakan
campuran sinergi 12 ekstrak bahan fitonutrisi daripada Biji Anggur, Teh Hijau,
Kulit Pokok Pain, Buah Delima, Durian Belanda, Kranberi, Beri Biru, Roselle,
Tomato, Acai Beri, Algae Hijau dan Manggis.
Ianya merupakan revolusi terkini
bagi sumber antioksidan daripada alam semula jadi dengan teknologi nano mampu
memudahkan penyerapan dalaman.
Sesungguhnya setiap mereka yang diuji dengan kesusahan, musibah dan penyakit adalah merupakan tanda Allah SWT sayang dan ingat kepada hamba-Nya. Selagi dipinjamkan nyawa, janganlah kita berputus asa dengan nikmat yang Allah beri.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
"Berubatlah, sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? (penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)”.
Hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie Phytax
Info
lanjut, layari :
Untuk
info lanjut tentang Phytax, korang boleh layari :
FACEBOOK | INSTAGRAM | WEBSITE ( Kawal kencing manis)
Aku bukanlah tak minat tapi oleh
disebabkan sate ni dikategorikan sebagai makanan kayangan waktu aku kecil, jadi
peluang nak makan sate tu memang jarang berlaku.
Dengan bilangan ahli keluarga
yang ramai, sate akan dibeli pada hari istimewa sahaja atau kami akan dapat makan
bila beraya rumah saudara mara.
Lah cerita sedih pulak kan. Tapi
pengalaman hidup yang susah menjadikan aku menghargai setiap kesenangan yang
aku dapat sekarang. Alhamdulillah.
En Suami la yang ajak ke Willy
Satay. Rupa-rupanya Willy Satay ni sebahagian daripada Ramal Junction Food
Court. Pertama kali juga jejakkan kaki ke sini jadi aku rambang mata sebab
banyak sangat gerai yang sedap-sedap.
Suami tetap dengan pendirian dia nak mencuba Willy Satay jadi aku beli Nasi Goreng Kambing dari gerai Air Buah Gelas Besar. Woi sedap Nasi Goreng Kambing dia.
Kalau sampai ke Ramal Junction Food Court Taman Sri Ramal Kajang boleh buat bergaduh tau. Konsep dekat sana, pilih makanan apa yang korang nak, buat pesanan dan buat bayaran. Lepas tu jangan lupa beri no meja korang. Siap makanan nanti dia hantar ke meja.
Aku order nasi goreng kambing yang dalam dia ada ketulan daging kambing. Besar-besar pula tu tak kedekut. Harga sepinggan ni RM8. Ok la berbaloi.
Terlalu banyak makanan untuk dicuba tapi perut ada satu. Ahaks. Next time plan nak repeat bawa anak-anak pula. Meriah ya orang kajang makan. Beruntung betul boleh makan macam-macam dekat situ.
Ini ikut kesedapan tekak aku ya,
jangan kata aku berat sebelah pula. Restoran Sate Samuri paling dekat dengan
rumah aku adalah di cawangan Taman Melati jadi boleh dikatakan agak kerap aku
makan Sate Samuri.
Sate Ramly Burger pun boleh tahan rasa dia.
Dulu punya cerita, Sate Samuri
aku dapat rasa kesedapan dia. Tapi sekarang sedih la. Sate dia besar penuh isi,
kuah kacang dia pun not bad tapi dia ada kekurangan. Langsung tak rasa air
tangan manusia tu.
Bila makan rasa sate tu kejung
je. Camne eh nak describe. Mungkin penggunaan peralatan, pekerja yang handle tu
yang jadi kureng tu.
Berbeza bila aku makan Satay
Willy. Masih terasa air tangan tu, kau faham bila kau makan terasa ikhlasnya
penjual tu dalam menyediakan makanan.
Aku part emosi memang terlebih.
Maklumlah orang Feeling beginilah kalau suruh explain part emosi. Boleh
mengalir air mata bercerita tentang sedapnya sate tu. ahaks.
Resepi Kuah Kacang 4 Bahan boleh cuba dekat sini.
Jadi ikut selera tekak aku,
semestinya Satay Willy menjadi pemenang. Entah bila boleh repeat memandangkan
dah puasa, lepas tu nak sambut Raya. Moga ada rezeki, dipanjangkan umur la
hendaknya.
Beruntunglah orang MAKAN WILLY SATAY DI TAMAN SRI RAMAL KAJANG sekitar Bangi, Cyberjaya, Kajang dan KL, Willy Satay ada buat promo PKP dan delivery.
Eh bukan setakat delivery je, kalau nak cepat untuk Take Away boleh call dulu mereka dan buat tempahan. Klik link http://www.wasap.my/60173742821/WillySatayBS7
Kalau lah Willy Satay ni
sekangkang kera je memang setiap bulan jadi port aku makan reward diri. Kalau
korang pernah makan sate yang sedap cuba share dengan aku dekat comment.
Mana tahu ada rezeki nak cuba.
Next aku nak buat Sate Tulang hunting. Entah apa yang sedap sate tulang sebab
dulu pernah masuk TV jadi aku teruja nak cuba.
Aku memang pengguna produk Safi tegar sejak anak dara lagi sebab harga produk dia yang mesra poket dan berkesan untuk kulit aku.
Lagi satu, produk Safi ni memang
senang sangat nak cari dekat mana-mana jadi mudah tak risau kalau habis stok.
Alhamdulillah dah banyak kali juga aku cerita tentang kolaborasi bersama Safi dalam blog ni.
Mana-mana produk yang aku terima, aku cuba dan sedaya upaya untuk sampaikan
maklumat dengan berikan review yang mudah pembaca nak faham.
Cuma aku juga
nak ingatkan, antara salah satu perkara penting bila memilih produk penjagaan
wajah mahupun badan kena tahu isi kandungan dan kena faham jenis kulit kita. Bila
tak kenal kulit sendiri, sebab tu wujudnya produk tak serasi atau produk tak beri
kesan yang di inginkan.
Kena pilih
produk yang betul.
Dah tak lama kan kita nak puasa kan? Perasaan teruja nak berpuasa & sambut raya tu membuak-buak sebab keadaan rasanya dah semakin baik hari demi hari. Syukur kes Covid semakin terkawal.
Moga tahun ni kita berpeluang untuk pulang ke kampung berhari raya. Jom lah doa.
Apa pun kesihatan perlu sentiasa dijaga, rangkaian penjagaan diri Safi jangan dilupa ya. PR Kit Safi Gift Box yang aku terima ni mengandungi Safi Shower, Safi Handwash, Safi Micellar Water dan juga Safi Rania Gold Day Cream.
Set lengkap
untuk aku guna untuk sambut raya tahun ni.
Safi Shower
& Safi Handwash untuk membersihkan & melindungi diri, Safi Micellar
Water pula untuk menghilangkan solekan dari muka & Safi Rania Gold Day
Cream untuk pastikan kulit muka sentiasa lembap dan terjaga.
Berbalik kepada
kempen Safi Raya Kau Hijau, bermula sekarang Safi menawarkan hadiah piring batik
Safi edisi terhad dengan setiap pembelian RM40 & ke atas mana-mana produk
Safi. Ada tiga corak batik yang cantik untuk dimiliki.
Korang boleh
dapatkan di kedai yang mengambil bahagian dan kumpulkan ketiga-tiga reka bentuk
hari ini juga.
Tak sangka aku
suka pinggan corak batik tu. Cantik pula bila diletakkan makanan dan
dihidangkan untuk tetamu. Okey sangat kalau kumpul ke tiga-tiga corak. Jadi jangan
lepaskan peluang ya.
Untuk keterangan lanjut boleh rujuk Instagram SAFI Malaysia