Cerita Hari Pertama Puasa 2021

Alhamdulillah bertemu lagi bulan Ramadan bulan mulia pada tahun ini. Bersyukur masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menyambut Ramadan bersama keluarga. 

Tahun ke 36 mengenal erti puasa. Syukur hari pertama puasa tiada drama yang teruk dari anak bujang. Tahun ni dia berumur 10 tahun jadi expectation aku agak tinggi supaya dia tak minta berbuka puasa. 

Almaklumlah cuaca yang sekejap terik sekejap hujan agak mencabar bagi anak-anak yang baru mula serius nak berpuasa.

Cerita Hari Pertama Puasa 2021

Sesi persekolahan diteruskan macam biasa. Gembira sebab walaupun Ikhwan bangun sahur dan kemudian kena bersiap ke sekolah, dia nampaknya okey je. 

Cukup rehat dan tenaga. Berbanding tahun sebelumnya yang agak sukar nak kejut ke sekolah.




Menu Sahur Dan Berbuka Hari Pertama

Sehari sebelum puasa aku ada beli sambal tempoyak petai jadi sahur pertama tu aku masak Tempoyak Petai Ikan Patin. Kebetulan ada ikan Pantin adik aku belikan masa dia balik kampung bulan lepas.

Balik kampung atas urusan kerja jadi dah alang-alang tu aku kirim Ikan Patin Sangkar Temerloh. Kami hanya boleh telan Ikan Patin Temerloh.

Pernah beli Ikan Patin Sangkar katanya dari Perak di Pasar Tani Taman Melawati, malangnya berbau tanah. Nasib beli sekor je. memang tak boleh telan langsung.

Menu berbuka hari pertama pula aku sediakan Ayam Masak Merah Kenduri macam aku plan sebelum ni, Nasi Minyak versi aku dan ikan Bawal goreng untuk budak kecik dekat rumah.

Sahur hari kedua pula, aku panaskan Ayam Masak Merah dan aku goreng telur dadar. Menu sahur kami memang tak berat sangat. Semua tiada selera nak makan banyak.




Diserang Anjing Liar Di hadapan Rumah

Aku terima berita sedih dari kawan sekampung yang anak ketiga dia lingkungan usia 5 tahun telah diserang dua ekor anjing liar ketika bermain di hadapan rumah pada pagi Ahad lepas.

Luluh hati bila dia maklumkan anak dia kini berada di ICU HKL.

Alhamdulillah sehingga saat ini, anak dia memberikan respon yang positif terhadap rawatan. Telah menjalani dua kali pembedahan disebabkan kecederaan yang dialami.

Terbaru kawan aku maklumkan yang doktor nak tunggu luka disaluran pernafasan bercantum secara semulajadi atau perlukan pembedahan ke tiga.

Kemungkinan besar luka besar bukan disebabkan gigitan anjing tetapi kesan dari jatuh terhentak. Sekarang anaknya, Muhammad Dayyan bin Mohamad Razif diberi ubat tidur dan bantuan oksigen untuk menghadkan pergerakkan dia supaya tak ganggu luka.

Mohon kawan-kawan doakan yang terbaik untuk adik Dayyan ya. Moga cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

Puasa Semasa Pandemik

Tahun kedua puasa dan tak dapat balik berbuka bersama emak. Perasaan sedih tu tak tahu nak ungkap macamana. Beruntunglah anak-anak yang berada dekat dengan ibu bapa. Ada peluang boleh jenguk mak ayah.

Harapan nak sambut Raya tahun ini masih samar-samar. Di hari puasa ke tiga dah kedengaran berita tidak dibenarkan rentas negeri semasa Aidilfitri.

Kes bilangan Covid macam makin menaik je. Sejujurnya aku penat berharap. Doa tak tinggal, cuma itulah. Entah bila.

Untuk kau orang yang senasib dengan aku yang masih ada ibu bapa di kampung tetapi kita terhalang untuk bertemu jom kita panjatkan doa semoga tercapai hendaknya jumpa mak ayah.

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoag kita dapat menggunakan setiap detik saat di bulan Ramadan sebanyak-banyaknya.



JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA KUALA LUMPUR & SELANGOR 2021

Zon 1 : Kuala Lumpur & Putrajaya




Zon 1 : Selangor - Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat & Sepang




Zon 2 : Selangor - Kuala Selangor & Sabak Bernam



Zon 3 : Selangor - Klang & Kuala Langat




Food Hunting – Makan Willy Satay Di Taman Sri Ramal Kajang

Pertama kali cuba Sate Willy dan aku jatuh cinta. Hah kau over. Ahaks. Aku jadi peminat sate selepas berkahwin dengan suami. Aku terjebak suka makan sate disebabkan sate tu makanan kegemaran beliau.

Aku bukanlah tak minat tapi oleh disebabkan sate ni dikategorikan sebagai makanan kayangan waktu aku kecil, jadi peluang nak makan sate tu memang jarang berlaku.

Dengan bilangan ahli keluarga yang ramai, sate akan dibeli pada hari istimewa sahaja atau kami akan dapat makan bila beraya rumah saudara mara.


Food Review – Makan Willy Satay Di Taman Sri Ramal Kajang

Lah cerita sedih pulak kan. Tapi pengalaman hidup yang susah menjadikan aku menghargai setiap kesenangan yang aku dapat sekarang. Alhamdulillah.



Ceritanya aku terlajak ke Sri Ramal Kajang atas urusan Seri Paduka Baginda dan kemudian urusan habis lewat petang. 

Perut pula minta di isi jadi terus Google makanan sedap ada sekitar Taman Sri Ramal Kajang ni.

Sate Willy Ramal Junction Food Court Taman Sri Ramal Kajang

En Suami la yang ajak ke Willy Satay. Rupa-rupanya Willy Satay ni sebahagian daripada Ramal Junction Food Court. Pertama kali juga jejakkan kaki ke sini jadi aku rambang mata sebab banyak sangat gerai yang sedap-sedap.




Suami tetap dengan pendirian dia nak mencuba Willy Satay jadi aku beli Nasi Goreng Kambing dari gerai Air Buah Gelas Besar. Woi sedap Nasi Goreng Kambing dia. 

Kalau sampai ke Ramal Junction Food Court Taman Sri Ramal Kajang boleh buat bergaduh tau. Konsep dekat sana, pilih makanan apa yang korang nak, buat pesanan dan buat bayaran. Lepas tu jangan lupa beri no meja korang. Siap makanan nanti dia hantar ke meja. 

Aku order nasi goreng kambing yang dalam dia ada ketulan daging kambing. Besar-besar pula tu tak kedekut. Harga sepinggan ni RM8. Ok la berbaloi. 



Terlalu banyak makanan untuk dicuba tapi perut ada satu. Ahaks. Next time plan nak repeat bawa anak-anak pula. Meriah ya orang kajang makan. Beruntung betul boleh makan macam-macam dekat situ.


Sate Samuri VS Willy Satay

Ini ikut kesedapan tekak aku ya, jangan kata aku berat sebelah pula. Restoran Sate Samuri paling dekat dengan rumah aku adalah di cawangan Taman Melati jadi boleh dikatakan agak kerap aku makan Sate Samuri.

Sate Ramly Burger pun boleh tahan rasa dia. 

Dulu punya cerita, Sate Samuri aku dapat rasa kesedapan dia. Tapi sekarang sedih la. Sate dia besar penuh isi, kuah kacang dia pun not bad tapi dia ada kekurangan. Langsung tak rasa air tangan manusia tu.

Bila makan rasa sate tu kejung je. Camne eh nak describe. Mungkin penggunaan peralatan, pekerja yang handle tu yang jadi kureng tu.

Berbeza bila aku makan Satay Willy. Masih terasa air tangan tu, kau faham bila kau makan terasa ikhlasnya penjual tu dalam menyediakan makanan.




Aku part emosi memang terlebih. Maklumlah orang Feeling beginilah kalau suruh explain part emosi. Boleh mengalir air mata bercerita tentang sedapnya sate tu. ahaks.

Resepi Kuah Kacang 4 Bahan boleh cuba dekat sini. 

Jadi ikut selera tekak aku, semestinya Satay Willy menjadi pemenang. Entah bila boleh repeat memandangkan dah puasa, lepas tu nak sambut Raya. Moga ada rezeki, dipanjangkan umur la hendaknya.




Willy Satay Delivery

Beruntunglah orang MAKAN WILLY SATAY DI TAMAN SRI RAMAL KAJANG sekitar Bangi, Cyberjaya, Kajang dan KL, Willy Satay ada buat promo PKP dan delivery. 

Eh bukan setakat delivery je, kalau nak cepat untuk Take Away boleh call dulu mereka dan buat tempahan.  Klik link http://www.wasap.my/60173742821/WillySatayBS7

Kalau lah Willy Satay ni sekangkang kera je memang setiap bulan jadi port aku makan reward diri. Kalau korang pernah makan sate yang sedap cuba share dengan aku dekat comment.

Mana tahu ada rezeki nak cuba. Next aku nak buat Sate Tulang hunting. Entah apa yang sedap sate tulang sebab dulu pernah masuk TV jadi aku teruja nak cuba.

 

Kumpul Piring Batik Safi Raya Kau Hijau Limited Edition

Baru-baru ni aku terima PR Kit Safi Gift Box sempena kempen Safi Raya Kau Hijau untuk tahun 2021. 

Jenama Safi ni memang dah lama ada di pasaran dan terkenal dengan kepelbagaian produk penjagaan diri lengkap untuk seisi keluarga dan semestinya halal.

Aku memang pengguna produk Safi tegar sejak anak dara lagi sebab harga produk dia yang mesra poket dan berkesan untuk kulit aku. 


Kumpul Piring Batik Safi Raya Kau Hijau Limited Edition 

Lagi satu, produk Safi ni memang senang sangat nak cari dekat mana-mana jadi mudah tak risau kalau habis stok.




Alhamdulillah dah banyak kali juga aku cerita tentang kolaborasi bersama Safi dalam blog ni. 

  1. Review SAFI Expert Solution
  2. Review Losyen Pencerah Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
  3. Review SAFI Hydra Glow
  4. Review Syampu SAFI Shayla

Mana-mana produk yang aku terima, aku cuba dan sedaya upaya untuk sampaikan maklumat dengan berikan review yang mudah pembaca nak faham.

Cuma aku juga nak ingatkan, antara salah satu perkara penting bila memilih produk penjagaan wajah mahupun badan kena tahu isi kandungan dan kena faham jenis kulit kita. Bila tak kenal kulit sendiri, sebab tu wujudnya produk tak serasi atau produk tak beri kesan yang di inginkan.

Kena pilih produk yang betul.


Raya Kau Hijau bersama SAFI

Dah tak lama kan kita nak puasa kan? Perasaan teruja nak berpuasa & sambut raya tu membuak-buak sebab keadaan rasanya dah semakin baik hari demi hari. Syukur kes Covid semakin terkawal. 

Moga tahun ni kita berpeluang untuk pulang ke kampung berhari raya. Jom lah doa. 

Apa pun kesihatan perlu sentiasa dijaga, rangkaian penjagaan diri Safi jangan dilupa ya. PR Kit Safi Gift Box yang aku terima ni mengandungi Safi Shower, Safi Handwash, Safi Micellar Water dan juga Safi Rania Gold Day Cream.



Set lengkap untuk aku guna untuk sambut raya tahun ni. 

Safi Shower & Safi Handwash untuk membersihkan & melindungi diri, Safi Micellar Water pula untuk menghilangkan solekan dari muka & Safi Rania Gold Day Cream untuk pastikan kulit muka sentiasa lembap dan terjaga.

Kumpul Piring Batik Sempena Kempen Safi Raya Kau Hijau

Berbalik kepada kempen Safi Raya Kau Hijau, bermula sekarang Safi menawarkan hadiah piring batik Safi edisi terhad dengan setiap pembelian RM40 & ke atas mana-mana produk Safi. Ada tiga corak batik yang cantik untuk dimiliki.




Korang boleh dapatkan di kedai yang mengambil bahagian dan kumpulkan ketiga-tiga reka bentuk hari ini juga.

Tak sangka aku suka pinggan corak batik tu. Cantik pula bila diletakkan makanan dan dihidangkan untuk tetamu. Okey sangat kalau kumpul ke tiga-tiga corak. Jadi jangan lepaskan peluang ya.

Untuk keterangan lanjut boleh rujuk Instagram SAFI Malaysia