Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi Di Hospital

Kecoh kan sekarang tentang kejadian tertukar bayi di hospital yang berlaku kepada Puan Siti Jamumall dan Puan Diana. Ingatkan perkara tertukar anak ni berlaku dalam drama sahaja.

Itu apa yang selalu aku fikir dulu, tak mungkin kecuaian macam tu boleh berlaku. Tapi bila kejadian sama berlaku pada diri sendiri lima tahun lepas, aku boleh relate apa ibu-ibu terlibat ni rasa.


Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi Di Hospital

Puan Siti Jamumall ni aku kenal sewaktu aku tulis artikel mengenai adik beliau pada tahun 2019. Menariknya adik beliau merupakan orang kelainan upaya tetapi dikenali sebagai usahawan berjaya.

Boleh google tentang ‘Nizam tiga jari’.  Boleh baca kisah inspirasi dekat sini Kisah Usahawan OKU Berjaya




Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi

Berbalik kepada tajuk di atas, aku sempat merasa pengalaman tertukar anak sendiri waktu melahirkan anak kedua di sebuah hospital swasta.

Mujurlah aku bukan artis atau golongan yang dikenali, kalau tak mesti netizen kecam aku sibuk nak buat live sampai anak sendiri tak cam, sama macam apa yang berlaku kepada Puan Siti.

Budaya cyber bully, kecam mengecam ni serius kena stop la wahai rakyat Malaysia. Tak baik judge orang sedangkan kita tak tahu kehidupan dia yang sebenar.

Pengalaman aku pula lebih kurang sama cuma tempoh aku sedar bayi tu bukan anak aku berlangsung dalam 10 – 15 minit macam tu.

Sekadar throwback, aku bersalin normal dan selesai urusan melahirkan anak kemudian aku dimasukkan ke wad. Memang suami tempah bilik seorang untuk keselesaan kami.

Waktu mendaftar masuk hospital, nurse dah minta baju, pampers & selimut bayi awal-awal supaya senang bila anak lahir je nurse akan pakaikan baju sebelum diserahkan kepada ibu bapa.

Aku ingat lagi baju yang aku siapkan dalam bag bersalin ialah baju belang Kuda Belang.

Apa yang berlaku pada kami ialah waktu nurse serahkan anak aku tengah berehat setelah penat meneran. Walaupun penat aku tak sabar nak jumpa dan susukan anak.



Nurse Mohon Maaf Tertukar Bayi

Dalam keadaan yang penat selepas bertarung nyawa memang kita harapkan dan letak kepercayaan sepenuhnya kepada pihak hospital.

Moment pegang anak kali pertama tu sangat-sangat berharga. Lepas nurse keluar bilik perkara pertama kami buat adalah cium dan belek anak.

Laju je ambil handphone nak rakam memori indah tu.

Waktu ni bayi kemas berbalut dan dibedung. Hanya nampak muka sahaja. Masa pegang bayi yang disangkakan anak sendiri waktu tu memang terasa lain sangat tapi cepat-cepat tepis perasaan tak sedap hati tu.

Hilang rasa sakit meneran waktu bersalin bila nampak anak depan mata. Perasaan sayang tu kalau boleh digambarkan macam seluas lautan lah.

Tapi masa ni kami dah mula pelik, hidung bayi tu mancung sedangkan hidung kami biasa-biasa je. Hidung Melayu. Ahaks.

Lagi satu bayi ni berkulit cerah dan banyak bulu pada jari dan bahagian muka. Perkara paling best dapat cium jari jemari baby. Terapi sungguh bau bayi baru lahir.

Sayang punya pasal, segala ‘kelainan’ pada bayi aku tolak tepi. Sambil peluk erat sambil tu mulut aku bercakap-cakap dengan bayi.

“hey awak anak siapa ye?” dalam nada berseloroh.

Elok kami tengah bercakap-cakap dengan anak, nurse masuk dan sampaikan berita tertukar bayi.

Mata aku automatik pandang baju yang nurse pakaikan pada bayi. Bukan baju Kuda Belang yang aku bekalkan tu. Nurse minta maaf atas kemalangan yang tidak disengajakan.

Mulut terus laju tanya mana anak aku?

Nasib lah waktu tu aku belum sempat susukan bayi tu lagi.

Dijadikan cerita rupa-rupanya bayi yang diserahkan pada kami tu emak dia masih belum sedarkan diri (mak dia bersalin caeser).

Reaksi kami masa tu kosong sangat, semestinya kami blur. Belum hilang penat terkejar-kejar uruskan hal bersalin tiba-tiba kejadian macam ni berlaku.  

Jadi aku faham sangat bila Puan Siti & keluarga lambat sedar tertukar anak. Lepas bersalin dalam otak hanya fikir nak balik dan berehat.

Nak pula bersalin di zaman Covid ni, prosedur dia lebih panjang berbanding waktu normal dahulu. Pasti lebih penat.

Untuk kes aku, kami decide tak ambil tindakan lanjut. Nurse pun banyak kali minta maaf, sebelum keluar hospital banyak kali aku minta nurse pastikan kami tak tersalah ambil anak orang.

Bagi kes Puan Siti khabarnya dia nak ambil tindakan undang-undang. Kalau itu pilihan dia terpulanglah kan. Sekurang-kurangnya ianya akan jadi iktibar kepada pihak hospital supaya lebih berhati-hati di masa hadapan.

 

Ini Cara Mudah Buat Duit Dengan TikTok

Jangan terperanjat sekiranya ada antara kawan anda yang mengatakan bahawa kita boleh menjana pendapatan melalui TikTok. Ianya adalah benar sama sekali. 

Sebenarnya dah ramai content creator yang mula terjebak menjana pendapatan di TikTok. Di dalam artikel kali ini aku akan terangkan tentang cara-cara buat duit di TikTok hanya dengan membuat video.


Ini Cara Mudah Buat Duit Dengan TikTok

Lepas ni kalau ada yang marah dan kata anda hanya buang masa di TikTok mungkin boleh kongsi dan suruh mereka baca artikel ini. 


Jom Kenal Dengan Aplikasi TikTok?

TikTok merupakan aplikasi yang dimiliki oleh syarikat ByteDance, iaitu syarikat yang berpangkalan di Beijing dan diasaskan oleh Zhang Yiming. 

Zhang Yiming merupakan usahawan internet jutawan China. Beliau telah menubuhkan ByteDance pada tahun 2012 dan melancarkan aplikasi TikTok pada tahun 2017. 


Pada asalnya, TikTok ni digunakan untuk buat lip sync, komedi, tarian & video pendek serta video bakat lain. 

Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini trend TikTok terutama di Malaysia sudah mula berubah. Kalau dulu memang orang kita terikut-ikut dengan budaya menari gelek, tetapi kini mula dipenuhi dengan video konten ilmiah atau nama lainnya edu content. 

Ini sebab kenapa orang bisnes kena ada akaun TikTok




Buat duit dengan TikTok Melalui Content Creator's Program

Itu yang cuba TikTok Malaysia promosikan iaitu melahirkan lebih banyak ‘content creator’ dan menawarkan bayaran kepada content creator yang ada potensi menghasilkan video yang ada konten berkualiti. 

Untuk menjadi "Selected Creators" yang dipilih oleh TikTok, anda mestilah consistent dalam menghasilkan video dan video anda kena ada value. Maksudnya video anda haruslah memberi manfaat kepada penonton serta kena kreatif.   

Jadi kalau korang ada ilmu tak kira ilmu memasak, kraftangan, tip sosial media, editing dan banyak lagi perkara yang korang boleh kongsi. 

Semakin ramai orang sukakan video anda semakin tinggi peluang anda untuk dipilih menyertai Content Creator's Program ni. 

Apa yang aku suka di TikTok, tak kisah siapa pun anda asalkan anda ada otak yang kreatif dan berbakat pasti anda akan berjaya. 

Cara lain untuk buat duit dengan TikTok ialah melalui sesi Live. Anda perlu mempunyai minimum 1000 orang pengikut di akaun TikTok barulah anda layak untuk buat live. 

Jika topik live anda menarik minat dan memberi manfaat kepada pengikut anda, anda berpeluang untuk terima 'gift' dari pengikut anda. 

Ada pelbagai nilai gift yang berbeza dan macam aku terangkan di atas, gift ini bukan paksaan tetapi hadiah daripada pengikut anda. 


                                            | Boleh juga buat duit dengan jadi TikTok Affiliate | 



Jenis-Jenis Content Di TikTok

Aku kongsikan jenis-jenis content yang anda boleh cuba untuk dijadikan niche sekiranya anda nak cuba buat video di TikTok:

  1. Education 
  2. Science 
  3. Teknologi
  4. Tip & Tutorial 
  5. DIY
  6. Lifehacks 
  7. Fitness & health 
  8. Art
  9. Motivation


Kelebihan menyertai TikTok Content Creator's Program

  • Layak menerima TikTok merchandise 
  • Terima jemputan eksklusif dari TikTok
  • Peluang mengembangkan konten dan juga audience sehingga ke peringkat antarabangsa
  • Hadiah wang Tunai


Bayangkan hanya dengan buat video sahaja kita dapat macam-macam faedah. Bila dah dikenali semestinya follower pun akan bertambah, waktu tu memnag mudahlah kalau content creator nak bekerjasama dengan brand-brand berjenama. 


Pesanan untuk Newbie di TikTok

Untuk yang baru berjinak-jinak di TikTok, anda kena ingat pesanan ini.

Jangan buang masa dan tenaga macam apa aku buat masa mula-mula join TikTok. 

>  Cari guru untuk belajar. Banyak je kelas-kelas yang ajar tentang TikTok. Kenapa aku nasihatkan belajar dulu sebelum mula ialah TikTok ni tak sama dengan platform sosial media yang lain. 

Antara guru Tiktok pernah aku belajar ialah Abang Naz - King of TikTok dan juga Chemell - Make It Fachun. 

>  Ada rules yang TikToker kena patuhi yang dipanggil Community Guidelines, contohnya TikTok melarang keras sebarang bentuk hard sell. Silap haribulan akaun anda akan di delete selamanya. Banyak lagi rules dia. 

>  Cari satu niche dan konsisten buat video tentang niche anda sebab anda cepat grow kalau fokus dengan satu niche berbanding buat random content. 

>  Hasilkan video yang bermanfaat, yang ada value dan kreatif tanpa melanggar hukum syarak terutama kaum muslimah. Jagalah aurat dan elak konten yang memudaratkan kita di dunia dan akhirat. 


Dapat sesuatu? 

Kalau dapat boleh komen dan share artikel ni dengan yang lain. 

Peraduan Syawal Bersama Unifi TM

Telekom Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Kempen Syawal Bersama Unifi (#syawalwithunifi) yang menawarkan hadiah lumayan berupa barangan elektrik bernilai lebih rm600 ribu khas untuk pelanggan Unifi. 

Peraduan #syawalwithunifi telah bermula sejak 15 April lalu dan tarikh akhir untuk pelanggan baru dan pelanggan sedia ada untuk turut serta dalam peraduan ialah pada 13 Julai 2021. 

Pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi “Smart TV 55”, Tablet Samsung serta barangan elektrik lain seperti Philips Pressure Cooker, Philips Air Fryer, Vivo V20 Smartphone dan banyak lagi.



Peraduan Syawal Bersama Unifi TM Tawarkan Barangan Elektrik Bernilai Lebih RM600 Ribu 

Pelanggan baru dan pelanggan sedia ada hanya perlu melanggan atau menaik taraf pakej Unifi Home (serendah RM89 sebulan) atau Unifi Mobile (serendah RM59 sebulan) dan Unifi Your World. 




Pengalaman Menjadi Pelanggan Pakej Unifi Home 

Macam aku pernah kongsi sebelum ini, aku stop melanggan Astro disebabkan keperluan anak aku perlukan Internet untuk sesi pembelajaran dari rumah. 

Baca di sini cara Tutup akaun Astro melalui panggilan Telefon  

Tahun lepas aku decide untuk subscribe pakej Unifi Home dan bayar RM94 termasuk caj perkhidmatan (cukai). Keperluan orang tak sama kan? Jadi fikir baik-baik yang mana menjadi keutamaan. 

Antara sebab utama aku melanggan Unifi adalah aku memang pengguna tegar Internet. Kerja sebagai penulis blog dan juga aktif di sosial media memerlukan Internet yang berkelajuan tinggi dan stabil. 

Tambahan pula di waktu PKP, sekolah banyak adakan sesi pembelajaran melalui Google Classroom dan belajar dengan menonton video di Youtube. 

Syukur sangat lokasi tempat tinggal aku ni coverage Unifi dia bagus. Ada lah beberapa kali berlaku gangguan perkhidmatan tapi boleh kira dengan jari. 

Hampir setahun jadi pengguna Unifi dan setakat ni aku berpuas hati.






Cara Sertai Peraduan Syawal Bersama Unifi

Langkah 1

Pilih mana-mana pakej Unifi Home dan / atau Unifi Mobile. Semakin banyak anda melanggan, semakin tinggi peluang anda untuk menang. 

Langkah 2

Daftar dan isikan maklumat lengkap secara dalam talian untuk memenangi RM100 Duit Raya (untuk 1,000 langganan terawal).

Langkah 3

Selesai pendaftaran, anda secara automatik tercalon untuk memenangi Hadiah Utama dan Hadiah Harian. 

Senarai pemenang akan diumumkan di laman web Unifi. 

Semua pemenang (Hadiah Harian dan Hadiah Utama) akan diberitahu melalui e-mel.




Senarai Hadiah Utama & Hadiah Harian 


Hadiah Utama 

  • TV Pintar LG 65”, bernilai RM4,499 (10 Pemenang)
  • Telefon Pintar VIVO x60, bernilai RM2,699 (20 Pemenang)
  • Phillip Cordless Vacuum bernila RM2,299 (20 Pemenang)
  • RM100 Duit Raya (Shopee Voucher)


Hadiah Harian

  • TV Pintar LG 65”, bernilai RM2,799
  • Telefon Pintar VIVO, bernilai RM1,299
  • Philips Pressure Cooker, bernilai RM799
  • Philips Air Fryer, bernilai RM499
  • RM100 Duit Raya (Shopee Voucher)


Untuk anda yang sedang mencari pakej internet boleh consider melanggan Unifi. Kebetulan pula peraduan ni tengah berlangsung jadi untung sangat dah. Tarikh akhir 13 Julai tau, mana tahu menang TV tak pun Pressure Cooker tu. 

Jangan Banyak Ketawa Buruk Padahnya

Waktu aku kecil dulu, emak selalu pesan, " jangan banyak ketawa nanti menangis, buruk padahnya". Ayat itulah emak selalu ulang bila kami selalu lupa daratan bila bermain. 

Akhirnya memang jadi kenyataan bila berlaku kecederaan. Main tidak ingat dunia memang mendapatlah. 

Baiklah, sebelum aku menulis lebih panjang, aku nak ingatkan diri sendiri dan yang sedang membaca bahawa aku tiada kepakaran nak kupas, 


Jangan Banyak Ketawa Buruk Padahnya

Hak nak kondem atau nak kutuk pihak yang terlibat dengan isu/ perkara yang sedang hangat diperkatakan di internet sekarang. 

Aku menulis di ruangan peribadi di blog aku sebab aku rasa banyak perkara aku belajar dari apa yang telah berlaku kepada pasangan Selebriti Media Sosial (lelaki Melayu yang berkahwin dengan orang Korea) dan isu bekas Pengerusi Prasana yang baru-baru ni dipecat. 

Satu perkara yang aku boleh relate dengan dua incident atas ni ialah tentang ketawa tak kena tempatnya dan juga pepatah lama orang Melayu iaitu: kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. 

Bagi yang tak sure isu apa, kau orang google jelah eh. Tidaklah juga niat aku nak ketawakan orang yang sedang diberi ujian. 




Teringat Pesan Mak Bila Asyik Ketawa

Perkara pertama yang aku boleh relate dengan apa yang terjadi ialah aku teringat pesanan mak aku selalu sebut bila kami banyak ketawa or ketawa tak kira masa. 

Mak pesan: “Jangan ketawa lebih sangat, karang mendapat sakit dia” 

Lebih kurang macam tu lah amaran mak. Selalu kami adik beradik bergurau tak kira masa. Paling seronok bergurau time nak masuk Maghrib. 

Ha waktu tu lah ada yang kepala benjol, mulut berdarah atau pun kepala terhantuk. 

Masa tu jugalah mak aku akan keluarkan kata-kata hikmat beliau. 

“kan aku dah cakap, kau orang degil. Main lagi, bergurau lagi waktu Maghrib. Syaitan banyak keluar. Kau orang pun sibuk nak jadi Syaitan” 

Perghh.. makan dalam. 

One thing yang aku ingat sampai sekarang ialah, makin banyak kau ketawa makin banyak juga lah kau bakal keluarkan air mata. 

Aku bukan nak judge sesiapa dalam entri kali ni, cuma aku nak ingatkan diri sendiri yang agama Islam tak melarang pun untuk berhibur, ketawa gembirakan diri tapi semuanya ada batasnya. 



Setiap Perkara Ada Had Termasuk Ketawa

Bergurau ke, buat lawak ke kena lah ada had dia. Cuma yang selalu jadi dalam hidup, bila selalu sangat bergelak ketawa, buat lawak kurang bijak tabiat tu melekat dalam diri. 

Mulut pun jadi automatik celupar. Kan orang kata, mulut lebih tajam dari pedang. Wah banyak peribahasa aku kongsi dalam entri kali ni. 

Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh. – Dewan Bahasa Pustaka

Nabi SAW bersabda, Maksudnya: 

Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samada dalam keadaan melawak atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba. (Hadis Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanad hasan). 

Sesungguhnya, Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar bacaan al-Quran. 

Firman Allah SWT dalam surah an-Najm, ayat 59-61, mafhumnya “Adakah kamu hai musyirikin rasa hairan dengan ayat-ayat suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengranya dan kamu dengar dengan keadaan lalai.” 

Allah telah berfiman dalam surah al-Hujurat mafhumnya, ayat 11, 

“Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik daripada orang yang menghina. 

Janganlah wanita menghina wanita lain, kemungkinan wanita yang dihina lebih baik daripada wanita yang menghina…”


Kesimpulan 

Apa yang berlaku semestinya ada hikmah. Marilah kita sama-sama ambil iktibar. Nasi sudah menjadi bubur, apa yang penting kita belajar sesuatu. Walaupun payah kita nak telan kebenaran dan bangkit semula (bagi yang diuji) tapi percayalah peluang tetap ada bagi mereka yang nak berubah.