Beg Sekolah SWAN Jenama Dipercayai Berkualiti

Rasa sedikit janggal bila mencari beg sekolah untuk Raudah waktu sekarang ni. Kalau sebelum ni, urusan membeli barang keperluan sekolah dilakukan pada hujung tahun tapi sekarang takwim sekolah dah berubah ya.

Penangan Covid 19 habis bertukar semua perkara. Apa pun lega sesi taklimat kemasukan murid Pra baru je selesai minggu lepas. Jadi dah boleh mula beli kelengkapan persekolahan anak-anak.


Beg Sekolah SWAN Jenama Dipercayai Berkualiti

Paling semangat semestinya Raudah sebab ini adalah pengalaman pertama dia ke sekolah. Hari-hari sibuk tanya bila nak belikan dia beg sekolah, nak beli buku, baju dan kasut.

Dia dah beritahu abah dia senarai barang perlu beli dan dah kongsi juga warna pilihan untuk bag sekolah.

beg-sekolah-swan-easy-pac


Beg Sekolah SWAN Easy Pac with Personalisation

Oleh sebab ini merupakan kali pertama dia ke sekolah secara rasmi jadi aku pun turut sama teruja nak bagi kejutan untuk dia dengan harapan dia akan sukakan sekolah.

Dah beritahu suami nak belikan dia beg sekolah SWAN Easy Pac with Personalisation. Perkara paling aku suka tentang beg sekolah SWAN ni sebab boleh personalise nama dekat beg.

Sekurang-kurangnya risiko beg tertukar tu dah tak perlu risau. Andai kata beg tertinggal dekat mana-mana pun, mudah nak dipulangkan semula kepada Raudah.

Maklumlah pertama kali nak lepaskan dia ke sekolah jadi kena bersedia dengan segala kemungkinan. Tak pasti lah ini perangai Asian Mom atau aku je yang over protective. ahaks.

Untuk abang dia darjah Lima aku belikan Beg Sekolah Troli SWAN Technolite Beroda

 

Beg-galas-swan


Beg Sekolah swan Jenama Dipercayai berkualiti

Jenama SWAN Malaysia memang diakui dan dipercayai serta menjadi pilihan ibu bapa apabila mencari beg sekolah berkualiti tinggi dan tahan lasak.

Rupa-rupanya SWAN Malaysia dah 70 tahun berada di pasaran dan sebab tu dia mampu hasilkan beg mengikut keperluan anak-anak ikut peringkat umur.

Macam SWAN bag Easy Pac with Personalisation, target dia adalah untuk anak-anak yang baru mula bersekolah.

Jadi reka bentuk, ciri-ciri beg lebih sesuai untuk anak-anak tadika dan murid sekolah rendah.  


beg-pra-sekolah


Review Beg Sekolah SWAN Easy Pac with Personalisation


1) Beg Untuk Murid PraSekolah

Suka dengan reka bentuk yang simple dan warna yang ceria. Saiz bag pun sedang molek sesuai & selesa untuk Raudah galas ke sekolah.

Berat beg hanya 600gram sahaja. Sesuai untuk jagaan harian dan murid prasekolah.

 

 

pilihan-design-bag-swan


2) 9 Pilihan Warna & Corak Menarik

Oleh sebab Raudah memang sukakan Unicorn sejak kecil lagi jadi aku dah tak pandang corak lain. Selain Unicorn, tersedia juga corak Bear, Love, Crab, Pink, Blue, Yellow, Dinasour dan Star.

Semua corak dan warna sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.

3) Beg diperbuat daripada fabrik berkualiti dan jahitan yang kemas serta straps bahu yang selesa dan tebal.

4) Rasa special sebab boleh tempah khas tulis nama dekat beg dan tak risau beg hilang atau pun tertukar dengan kawan satu kelas. Kalau tak mahu personalised nama pun boleh.

reflective-material-school-bag

5) Suka dengan ciri istimewa bag SWAN ni sebab ada ‘reflective material’ di bahagian straps yang berfungsi bila berada di persekitaran yang gelap.

6) SWAN Malaysia juga beri waranti kerosakan beg selama 6 bulan mengikut terma dan syarat. 

 

Jika berminat nak dapatkan Beg Sekolah SWAN Easy Pac, boleh dapatkan di Kedai Rasmi Shopee SWAN. 

 

Kesimpulan

Semestinya dengan adanya beg sekolah yang cantik, terpampang nama di beg, nampak mewah akan menaikkan lagi semangat anak-anak mahu ke sekolah.

Untuk ibu bapa yang mencari beg untuk anak-anak yang baru mula nak bersekolah, boleh hadiahkan SWAN Bag Easy Pac with Personalisation ni.


Mood Menulis Blog Down, Main Tarik Tali

Entah mana silapnya, mood menulis blog down, hilang entah kemana. Setakat dua bulan pertama di tahun 2022, hanya 13 entri sahaja yang berjaya di terbitkan.

Sibuk tak sepatutnya dijadikan alasan, itu aku sedar. Tapi setiap kali aku on laptop dan buka Word jari macam kaku nak menaip.

Setiap kali idea datang, aku cuba tulis tapi tak banyak. Siap satu perenggan dan aku berhenti. Sambung? Entah bila nak tunggu mood datang. 


Mood Menulis Blog Down, Main Tarik Tali

Jadi buat sementara waktu, aku akan anggap ini perkara normal berlaku kepada semua orang terutama content writer.

Harapnya tak berpanjangan dan aku boleh cepat move on.

 

Fokus Buat Content Instagram

Betul lah orang cakap, mana mungkin kita boleh fokus banyak perkara dalam satu masa. Sepanjang dua bulan pertama ni aku banyak habiskan masa buat content di Instagram. Fokus kongsi tips content marketing.

Berbeza dengan penulisan di blog, buat digital content terutama menggunakan aplikasi memerlukan idea kreatif dan fokus yang tinggi.

Silap diri sendiri, kelemahan aku adalah selalu kalah dengan sikap nak nampak sempurna dalam setiap perkara. Sempurna di mata aku semestinya.

Berbanding dengan penulisan blog, aku lebih banyak menggunakan daya imiginasi tinggi sebab nak selami perasaan menulis sesuatu perkara. 

Aku tak menyesal tapi aku rindu betul nak menulis dengan lancar.


jana-pendapatan-tulis-blog

 


Bukan Masalah Kesihatan Jadi penghalang

Alhamdulillah syukur aku masih sihat segar. Setakat ini kesihatan semuanya baik-baik sahaja, anak dan suami pun sama. Cuma agak risau tentang emak dan keluarga di kampung.

Emosi sedikit terusik bila emak dan abang sekeluarga kontak rapat pesakit COVID19. Oleh sebab emak berisiko tinggi jadi kami adik beradik putuskan nak bawa emak ke bandar dekat dengan kami.

Dengan tujuan lebih mudah nak pantau kesihatan emak dibandingkan kalau di kampung susah pula nak rujuk ke hospital kalau ada apa-apa masalah.

Dah bawa emak buat saringan COVID dan negatif. Jadi lega sangat. Cuma kena pantau risau kesihatan emak. Rindu kampung katanya. Kena la banyak sabar sehingga semua kembali sihat dulu.


Cara-Tukar-Template-Blog



Tukar template blog Sebab Blog Speed

Bulan lepas aku sekali lagi tukar aku template blog, atau lebih tepat guna kembali template blog lama yang aku beli dari saudara HH.

Tukar kembali guna template lama kerana ada sesetengah widget tak berfungsi dan kadar kelajuan blog amatlah mengecewakan.

Sudah cuba kecilkan imej, kurangkan widget tapi masih lambat kalau nak buka blog. Nak baiki tak pandai jadi aku ikut sajalah apa aku tahu.

Lega sebab lepas tukar template kelajuan blog dapat dibaiki. Tak banyak tapi boleh lah puas hati.

Selalu aku akan guna website GTMetrix untuk test blog speed sebab lebih mudah faham apa penerangan dia bagi. Selain tu aku kerap semak performance blog di laman web Website Grader 


Kesimpulan

Bersyukur sangat walaupun mood menulis blog down, asyik main tarik tali tapi aku masih diberikan nikmat sihat, boleh jalani kehidupan seperti biasa dan paling penting masih dikelilingi ahli keluarga tersayang dan sihat.

Jaga diri korang.

 

Food Review - K Fry Urban Korean KL East Mall

Setelah sekian lama simpan hasrat nak makan K Fry Cheesy Fried Chicken Bumbuk, finally tercapai juga hasrat makan di K Fry Urban Korean KL East Mall. 

Pertama kali datang dan tak perlu beratur lama. Memang rezeki sebab kami walk in sahaja pada hari itu. Saja cuba nasib sebenarnya. Kalau tak memang lambat lagi nak cuba. 


Kami sampai sekitar 11 pagi dan menunggu dalam 10 minit kemudian diberikan tempat duduk. Tak lama setengah jam selepas tu orang dah mula penuh dalam restoran dan ada yang beratur panjang dekat luar. 


Jadi kalau korang betul-betul nak makan dekat sini digalakkan untuk buat reservation di laman web K Fry okeh. Takut nanti walk in kena tunggu lama dan kecewa. 



Makan Di K Fry Urban Korean KL East Mall

Tujuan utama datang ke K Fry adalah sebab nak makan Cheesy Fried Chicken Bumbuk mereka yang popular tu. Terliur tengok ramai kongsi di media sosial, cheese yang meleleh dan ditarik panjang menyelaputi ayam goreng. 


Review-KFry-Urban-Korean-KL-East-Mall


Menu Kami Cuba - K Fry Urban Korean 

Restoran K Fry Urban Korean menjadi tumpuan peminat makanan Korea kerana menawarkan hidangan Korea dengan sentuhan moden sesuai dengan selera orang Malaysia. 


Antara menu yang ada yang korang boleh cuba seperti Korean Fried Chicken, K FRY Jjigae (Soup) & Tteokbokki, Myeon (Noodle), dan Rice (Fried Rice, Rice Ball, K Fry Dosirak Series & Jjajang Series) dan bingsoo. 


Banyak lagi sebenarnya. Boleh rujuk menu dekat website. Boleh cuba makan di Restoran Korean Nene Chicken Di Avenue K juga. 


KFry-Chicken-Bumbuk-Honey-Mustard



K Fry Chicken Bumbuk 

Inilah ayam goreng yang disalut cheese tu. Ada tiga pilihan perisa, K'razy Spicy Cheese, Original Cheese & Honey Mustard Cheese. 


Ada dua saiz hidangan, 12 ketul ayam atau boleh minta saiz mini, 6 ketul ayam. Kalau tak mahu makan Chicken Bumbuk boleh cuba Chicken Wings, Snow Cheese dan lain-lain perisa. 


Memandangkan anak-anak tak makan pedas jadi kami pilih Honey Mustard Cheesy Bumbuk. Sedap dan boleh diterima tekak bila makan dengan cheese. 


Pelayan akan bawa makanan beserta kelengkapan yang diperlukan. Dia akan minta permission untuk cairkan keju dan seterusnya salut ayam dengan cheese. 


Jadi silalah nikmati tayangan percuma sambil keluarkan phone untuk rakam. Teruja tengok cheese ditarik tinggi ke udara. 


Once dia dah siap balut sila makan ayam goreng cheese tu dengan segera, sebab kalau dah sejuk agak kurang sedap sebab keju akan keras kejung. 


Boleh minta dia balut ayam tu sikit dahulu dan selebihnya bila korang perlukan boleh panggil pelayan untuk hidangkan sekali lagi. 


ayam-cheese-KFry


Ham & Cheese Rice Ball

Untuk Rice ball, boleh pilih sama ada nak Ham & Cheese atau Anchovies & Tuna. Kalau tak mahu rice ball, boleh order nasi goreng lain. 


Serius tak menyesal pilih Ham & Cheese Rice Ball, kena dengan tekak aku. Next visit nak cuba Tuna pula. 


Oh ya, macam ayam cheese tadi, Rice ball juga akan dibuat dekat meja depan mata pelanggan. Diminta bersabar sebab pelayan akan cuba hancur dan satukan semua bahan dalam satu mangkuk. 


Dia akan kepalkan nasi menjadi bentuk bulat, dan boleh dapat sehingga 12 biji bebola nasi bergantung kepada saiz rice ball. 


Cheese-Ham-Rice-Ball-K Fry


Bulgogi NZ Beef Fries 

Namanya pun fries jadi rasa fries lah ya. Beza nya dekat sini dia upgrade fries tu dia letak bulgogi. Daging yang dimasak dengan kuah sos berwarna putih. 


Aku tak pasti apa tapi lemak berkrim dan sedap. Tapi makan sepinggan fries tu memang banyak lah. Kami order sebab anak-anak, ikut hati aku order side dish lain dah.  


Bulgogi-NZ-Beef-Fries



Premium Bingsoo

Sebelum ni, suami dah janji nak bawa makan bingsoo di Mykori tapi memandangkan dekat sini pun ada Bingsoo jadi senangkan kerja kami makan sebagai dessert of the day. 


Kami pilih Melon Bingsoo, ikut hati aku nak makan Mango. Tapi itulah kan pengorbanan ibu bapa. Selera anak didahulukan. 


Untuk air pula kami minum Apple Fruit tea dan ice water je. Tak tergoda nak cuba air lain. 


Melon-Bingsoo-K Fry-Urban Korean



Review K Fry Urban Korean KL East Mall


Serius dekat sini paling patut dipuji adalah keramahan pekerja-pekerja K Fry Urban Korean KL East Mall. Dari saat kau beratur sehinggalah habis makan, tak habis-habis tanya okay ke tidak. 


Check semua menu pelanggan dah terima atau belum, senyum yang tak lekang dari muka dan ringan tulang hulurkan bantuan contohnya ambilkan gambar. 


Waktu menunggu makanan siap pun tak lama. Premis bersih dan selesa. 


Dari segi rasa makanan Korea tu, berdasarkan menu aku cuba ianya menepati selera aku. Bagi tekak Melayu macam suami aku memang dia akan makan ayam goreng dan tak sentuh rice ball sebab ada rumpai laut dalam tu. 


Dari segi harga agak mahal tapi diterima akal disebabkan saiz hidangan yang boleh dikongsi dua ke tiga orang. Kalau risau terlajak belanja, boleh semak harga dalam menu sebelum makan. 


Boleh cuba makan Ayam Cheese dekat Chicken Plus pun sedap juga, murah sikit harga dia. 


Kesimpulan 

Dah boleh update senarai food hunting, tercapai hasrat nak makan K Fry Cheesy Chicken Bumbuk. Peminat makanan Korea boleh cuba. 


Tempat yang sesuai nak makan bersama kawan dan keluarga.  Sesekali gembirakan hati anak-anak dan sebagai reward untuk diri setelah penat bekerja. 

Tips Buat Video Marketing Perlu Tahu, Guna Handphone Je

Setuju tak yang zaman sekarang adalah zaman video marketing. Perasan tak dah ramai content creator, usahawan dan yang sama bidang menggunakan video sebagai salah strategi utama marketing mereka.

Kalau korang bersetuju dengan kenyataan dekat atas maksudnya korang sedar akan kepentingan dan faham kenapa bagusnya buat video marketing. Guna handphone je pun boleh. 


4 Tips Buat Video Marketing Perlu Tahu, Guna Handphone Je

Artikel kali ini aku nak kongsikan 4 tips atau pun langkah-langkah perlu korang tahu untuk buat video marketing tak kisah guna kamera mahupun handphone.

Tiada handphone atau kamera canggih bukan masalah utama. Kita guna je dahulu apa yang ada di tangan.

Tips buat video marketing usahawan perlu tahu


Cara-Cara Buat Video Konten Marketing Guna Handphone

Jika anda seorang usahawan, freelancer, content creator mahupun mereka yang terlibat dengan dunia online, penghasilan video marketing produk merupakan salah satu cabang kemahiran yang perlu dikuasai.

Selari dengan trend terkini, format video pendek semakin mendapat perhatian di platform media sosial seperti TikTok, Youtube, dan Instagram kerana ianya lebih menarik perhatian pengguna berbanding format media yang lain.

Cara Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas

Antara jenis video marketing yang selalu menjadi pilihan adalah: video produk review, video testimoni, vlog, video korporat, video perayaan / event, video edu-tainment.

Menurut kajian yang dilakukan oleh wyzowl 87% daripada pemasar video mengatakan video, secara umum, memberi mereka pulangan yang baik untuk pelaburan mereka.


Sesi brainstrom konsep video bersama team

 

Tips Video Online Konten Marketing Perlu tahu

Berikut merupakan asas dan juga 4 tips mudah untuk menghasilkan video marketing semua orang perlu tahu. Aku kongsikan ilmu yang aku dapat dari Saudara Azim Wahab iaitu seorang jurufoto professional (Jurufoto selebriti malaysia) yang dikenali kerana hasil kerja beliau yang memukau.

Azim berkongsi 4 tips video marketing yang perlu dititik beratkan sekiranya ingin menghasilkan video marketing yang bagus. Tapi kenapa nak hasilkan video?

Tak cukup ke kalau buat konten dalam bentuk gambar dan copywriting sahaja? Seperti aku tekankan sebelum ini, video marketing lebih memberi impak dan lebih mudah nak dapat kepercayaan daripada penonton.

 

1 Idea

Latih diri untuk menulis idea di atas sekeping kertas kemudian kembangkan jalan cerita menjadi story board.

Sebelum membuat video marketing, sebaiknya jelas tentang apa yang ingin dicapai supaya mesej berjaya disampaikan.

Kalau ada team, bagus bincang bersama-sama melalui sesi brainstorm supaya idea dapat difahami oleh semua, baru objektif tercapai.

2 Konsep

Kesilapan besar selalu dilakukan ialah terbiasa buat marketing hard selling. Sudahnya jadi video terlalu menjual dan terlalu memaksa pelanggan.

Kena ingat, yang kita kena sentiasa mengutamakan konten dan tetapkan konsep video yang mudah difahami.

Elakkan buat video ‘hard selling’ yang hanya fokus kepada produk atau servis tetapi sebaiknya lebihkan konten berbentuk ‘lifestyle’ / softselling supaya penonton rasa seronok untuk tonton video anda.  

 

3 Engagement

Secara asasnya, engagement merujuk kepada jumlah likes, komen, save, klik link url, dan DM. Untuk pastikan video kita ada engagement kena hasilkan konten berkualiti dan tidak terlalu panjang meleret.

Kalau panjang sangat potensi orang nak skip video tu amatlah tinggi. Like what? Siapa nak tengok video bosan kan?

Durasi maksima video yang dicadangkan adalah 15 minit. Cadangan durasi video bergantung kepada jenis video yang dihasilkan, contoh: IG Story (15 saat), Instagram Reels (30 Saat).  

Pastikan juga caption menarik dan menerangkan USP produk yang membezakan dengan pesaing kita.

 

4 Target Market

Kenali siapa targer market korang, siapa pembeli, apa perkara yang mereka suka, latar belakang, aktif di media sosial yang mana, dan lain-lain.

Secara logiknya kita sendiri akan kongsi video yang kita suka dengan orang lain, jadi hasilkan video yang orang suka. bukan syok sendiri. 


Kesimpulan

Video marketing memang bagus untuk orang business sebab emosi tu terus sampai ke hati prospek. Dah kira skill wajib ada untuk semua.

Tapi, bukan lah bermaksud marketing letak gambar tak bagus ya, okay je cuma kalau pilih untuk upload gambar digalakkan untuk buat carousel dan pastikan gambar dan tulisan clear serta mudah difahami.