Sarapan Pagi Roti Titab, Kacang Pool Bukit Katil Melaka

Rancangan makan sarapan pagi Roti Titab di restoran KERSANI by Original Roaster Master yang terletak di Bukit Katil ini adalah bukan dalam perancangan kami waktu balik bercuti di Melaka baru-baru ni.

Selepas selesai urusan check-out dari homestay, kami keluar cari makan pagi dan nak elak makan berat. Cukuplah sekadar alas perut sebab dah rancang nak makan di Rumah Kopi Tangkak untuk makan tengahari.

Malangnya kedai makan yang suami nak pergi tutup dan rezeki sewaktu perjalanan mencari kedai makan lain ternampak kedai ni.


Sarapan Pagi Roti Titab, Kacang Pool Bukit Katil Melaka


Bagusnya sepanduk dia cukup besar untuk menarik perhatian kami walaupun masa tu kereta tengah bergerak. Kiranya berkesan lah teknik marketing dia.

Sepanduk nama kedai Kersani dan Kacang Phool sebelah menyebelah sahaja. Restoran ni tepi jalan jadi senang nak jumpa.


Sarapan-Pagi-Melaka


Makan Roti Titab, Kacang Pool 


Kalau nak tahu Roti Titab atau nama lain dia orang panggil roti goyang. Bila sampai pesanan dekat meja memang Diah teruja sebab bukan senang nak dapatkan telur separuh masak yang cantik kejadian dia macam tu.

Kalau Diah sendiri kena buat telur goyang macam tu alamatnya lambat lagi nak rasa. Buat yang tak pasti apa itu Roti Titab, ianya merupakan roti Hailam bakar yang disapu dengan mentega.

Kemudian dekat tengah-tengah roti ditambah telur separuh masak dan diletakkan seri kaya dibucu roti bakar tersebut.

Nak cari Roti Goyang boleh pergi tempat kami makan Roti Arang dekat KL. 


Sarapan-Pagi-Roti-Titab

Kiranya memang trademark dari dulu lagi, kalau pesan Roti Titab walaupun dekat mamak akan jumpa roti yang dihidangkan seperti itu.

Tak pastilah siapa pencipta dia. Awalnya ragu-ragu juga nak cuba. Macam tak kena je gandingan telur separuh masak makan dengan seri kaya yang manis tu.

Tapi lepas cuba Alhamdulillah masih boleh diterima tekak. Ada juga orang makan letak lada sulah nak bagi lebih berperisa. Terpulang la cara apa pun asalkan makan habis. Tak baik membazir.

Dekat sini ada dijual Kacang Pool juga. Sedap kuah kacang dia cukup rasa dan rempah. Kami makan kongsi ramai-ramai.


Sarapan-Pagi-Kacang-Phool



Review Makan Di Restoran KERSANI by Original Roaster Master

Suka konsep dekat sini, walaupun kedai dia tak besar sangat tapi cukup dan selesa untuk pelanggan yang datang. Grab and go.

Semua orang faham, bila dah siap makan boleh terus bangun dan beri pelanggan lain yang baru sampai nak makan pula.


breakfast-di-melaka


Overall pengalaman makan Roti Titab dan kacang pool dekat sini kami puas hati. Perasan dekat kain sepanduk dia promosi ‘western food’ tapi hanya di jual pada waktu malam.

InshaAllah mana tahu ada rezeki boleh datang lagi dan cuba western pula. Review dekat Google tidak mengecewakan katanya.

Untuk korang yang nak cuba makan Roti Titab boleh je waze “Kacang Phool Hajijie, Bukit Katil atau KERSANI by Original Roaster Master. Insha Allah sampai. Lokasi dia berdekatan dengan Dewan Tun Ali dan Rumah Melaka.  

Janganlah pening ya. Waktu pagi dia buka kedai hidangkan menu sarapan pagi kacang phool dan roti titab. Waktu malam pula dia hidangkan kambing golek, nasi goreng kambing, steak dan western food yang lain.  

Nak tahu promosi ikuti Facebook mereka. 

Rancangan kami diteruskan hari tu nak makan di Rumah Kopi Tangkak dan last but not least nak cari baju tema Pahlawan dan Fairy Tale untuk anak-anak.

Pihak sekolah adakan sambutan Hari Kanak-Kanak bertemakan Pahlawan untuk murid Tahap Dua dan Fairy Tale untuk murid Tahap Satu.

Ikut kan zaman Diah sekolah dulu mana merasa sambutan macam ni siap dengan tema. Merasa pergi Dinner pun waktu zaman belajar, Fakulti yang buat.

Lain sungguh ya zaman kita.

Kisah Eczema, Soalan Dari Pembaca Blog

Baru-baru ni Diah ada terima e-mail pertanyaan berkenaan artikel yang pernah Diah tulis berkenaan rawatan eczema pada hujung tahun 2016.

Ikutkan sekarang dah masuk tahun 2022 bermaksud hampir 6 tahun berlalu. Syukur sangat Diah banyak buat perkongsian di blog sebab ramai parent yang alami nasib sama gunakan artikel Diah sebagai rujukan.

Lebih khususnya Diah dapatkan rawatan eczema untuk anak nombor dua, Raudah. Doktor sahkan dia eczema waktu umur dia mencecah lima bulan.


Soalan-pembaca-blog


Kisah Eczema, Soalan Dari Pembaca Blog

Kami rujuk Klinik Pakar Wanita & Kanak-Kanak Desa Melawati. Doktor Dr Hasmawati yang mengesahkan Raudah ada eczema. Mestilah terperanjat sebab anak pertama tak kena pun.

Setiap saat sedih fikirkan kesakitan yang dia hadap. Bayangkan seawal lima bulan sampai umur setahun lebih perjalanan eczema dia macam roller coster.

Sebab apa tau, ada hari dia gatal-gatal dan luka tu sembuh tapi esoknya keluar pula gatal dan luka di tempat baru.

Beli ubat dan produk mandian tak usap cakaplah. Habis semua produk yang lalu lalang dekat wall socmed kita rasa nak cuba. Mahal ke murah ke semua cuba.

Sheabutter pun Diah cuba. Minyak TheMajlis pun pernah guna. Minyak Habatussauda pun sama. Asyik la ulang pusing benda yang sama cari yang serasi dengan kulit anak dan poket. 

Masa tu otak fokus nak sihatkan anak. jadi faham sangat bila reader ni mengadu tentang anak dia. tolong doakan anak dia kembali pulih ya.


lotioneczema-dermaveen


Paling penting sepanjang tempoh nak sihatkan anak ialah ketahanan jiwa, semangat dan sikap tak putus asa.

Banyak kali juga kami di uji Raudah sesak nafas, luka berdarah dan banyak sangat perkara tak boleh buat sebab risaukan dia.

Alhamdulillah, di usia enam tahun Raudah semakin elok. Eczema masih ada, seperti doktor Kevin terangkan eczema sentiasa ada.

Setiap orang ada Eczema. Ia akan bangkit bila terkejut sebab kulit kering. Jadi memang kena pastikan dia sentiasa tidur. Caranya pastikan kulit sentiasa lembap.

Eczema banyak jenis dan banyak level dia. Pergi dapatkan nasihat dari doktor.

 

Tolong Jangan Putus Asa, Dapatkan Bantuan

Tapi sebagai ibu bapa, tolonglah jangan putus asa dan down setiap masa. Boleh nak down tapi jangan lama sangat. Kita manusia bukan robot.

Anak kita perlukan kita. Kalau kita tak fight untuk dia, siapa lagi. Diah tak put blame atau nak tambahkan pressure untuk ibu bapa dekat luar sana. Kalau boleh cari support system yang betul.

Cari circle yang ada nasib yang sama, borak dan berbincanglah. Buat curhat – curahan hati. Supaya semangat tu sentiasa membara.

Untuk ibu bapa yang masih mencari ubat atau produk untuk anak eczema jangan putus asa. Ada produk yang berkesan untuk anak orang tapi bukan anak kita.


perkembangan-eczema-Raudah


Test Patch Skin Sebelum Cuba Produk

Faham sangat bila kita dengar produk A boleh rawat eczema dan ibu bapa teruja nak cuba. Tapi fahami risiko sebelum cuba pada anak ya. 

Buat test patch skin terlebih dahulu, cuba kawal pemakanan, kawal persekitaran anak dan elak benda yang boleh trigger eczema anak-anak.

Jangan lupa kesan emosi kepada anak juga. Anak jadi lebih sensitif, tak yakin, malu dan takut nak cuba semua benda. Itu normal bagi Diah.

Kalau semakin aggressive dapatkan pendapat doktor. Pergilah banyak klinik, dengar pendapat dan nilaikan sendiri.


Kesimpulan 

Boleh email Diah untuk soalan berkaitan eczema, tak banyak Diah boleh tolong. Sekadar pengalaman yang tak seberapa. 

Soalan tu sebenarnya bukan untuk mencari produk yang sesuai tapi untuk lebih faham keadaan anak. Harap membantu sangat ibu bapa yang tengah berjuang untuk anak-anak.

Redeem Birthday Cake ZUS Coffee

Sudah jadi aktiviti tahunan, setiap kali birthday ZUS Coffee akan wish birthday dan beri hadiah sebagai tanda menghargai pelanggan mereka.

Terutama pelanggan yang install aplikasi ZUS Coffee di telefon. Seperti tahun lepas, ZUS tak lupa nak hantar e-card ucapan Hari lahir dan berikan kek percuma sebagai hadiah.

Sempena hari lahir bulan lepas, Diah dapat satu slice kek percuma. Berbeza dengan tahun lepas, Diah dapat 1 slice kek percuma tanpa pembelian minima.

Tapi tahun ni pelanggan dapat redeem kek percuma dengan syarat kena beli satu slice kek baru lah layak dapat satu lagi kek. Macam beli satu percuma satu punya promosi.


Redeem-birthday-cake-zus-coffee


Redeem Birthday Cake ZUS Coffee

Kiranya bayar satu harga tapi dapat dua slice kek. Satu slice harga dia RM13.50. Okaylah sebab kek ZUS sedap. Kena sangat kalau minum bersama kopi panas CEO Latte. Rasa pahit kopi tu yang ngam.

Ada beberapa perisa kek boleh pilih diantaranya ialah Burnt Cheese Cake, Pandan Burnt Cheese Cake, Chocolate Fudge Cake, Onde Onde Cake dan Summer Berries Cheese Cake.

Pemilihan kek pula bergantung pada outlet mana yang kita pergi. Kadang-kadang ada dalam app tapi dekat outlet kek dah habis.

Outlet yang Diah pergi redeem hari tu ialah di ZUS Coffee KL East Mall. Kebetulan waktu tu bawa anak buah keluar makan dekat SuKiya.


zus-coffee


Pilihan Kek Di Outlet ZUS Coffee

Diah pilih Pandan Burnt Cheese Cake dan Summer Berries Cheese Cake. Taste wise sedaplah juga. Summer Berries tu rasa masam match dengan lemak cheese.


Pandan-Burnt-Cheese-Cake


Summer-Berries-Cheese-Cake


Kalau korang suka minum ZUS Coffee dicadangkan untuk install aplikasi di telefon. Selain dapat birthday wish & gift, boleh kumpul point dan banyak promosi ZUS suka buat.

Sambutan birthday tahun ni sangat ringkas. Faktor pertambahan usia agaknya, tak terfikir tentang hadiah langsung.

Cuma berdoa diri sentiasa sihat, terus kuat semangat dan bersyukur Tuhan masih beri peluang untuk terus hidup.

Korang doakan yang baik-baik dan doakan aku berjaya dunia akhirat ya. Terima kasih.

55 Restoran Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia Menurut ShopeeFood

Malaysia terkenal sebagai syurga makanan dan menjadi destinasi pilihan pelancong baik dalam mahupun luar negara. 

Ini kerana rakyat yang berbilang kaum dan agama menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan majmuk tetapi masih mengekalkan keamanan tinggal di bawah satu rumpun. 

Baru-baru ini pengguna ShopeeFood berkongsi tentang makanan kegemaran rakyat Malaysia yang terdapat di restoran-restoran terbaik seluruh Malaysia. 


55 Restoran Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia Menurut ShopeeFood

Dalam pelbagai cara, kepelbagaian budaya Malaysia telah mempengaruhi rasa dan ramuan kulinari kita yang unik. 

Menggabungkan rasa keenakan hidangan Cina, India, Melayu dan Borneo, selera kita sentiasa dihidangkan dengan kekayaan variasi yang mungkin tidak boleh didapati di tempat lain. 

Inilah yang mengilhamkan ShopeeFood untuk membuat tinjauan di bandar-bandar kita untuk melihat hidangan terbaik yang diberikan lima bintang oleh pengguna ShopeeFood. 



Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia - Hidangan Nasi Dan Ayam Goreng

Sepanjang tiga kempen besar baru-baru ini, seperti 9.9 Shopping Day, 10.10 Brand Sale dan 11.11 Big Sale, ShopeeFood mengumpulkan data tentang trend makanan untuk mengetahui apakah yang gemar dimakan oleh rakyat Malaysia. 

Melihat pada item yang paling kerap dipesan di aplikasi ShopeeFood, tinjauan itu membuktikan dua kegemaran yang jelas terserlah: hidangan berasaskan nasi dan ayam goreng.

Tidak dinafikan nasi merupakan nadi kehidupan seharian di negara ini. Selain dengan sawah padi yang luas terbentang di seluruh negara. 

Nasi adalah makanan ruji kita, yang turut diadun dalam makanan bayi, makanan ringan, pencuci mulut dan hampir setiap hidangan. 

Sama ada semangkuk nasi kukus ala Cina, nasi daun pisang India yang terkenal, dan tidak lupa Nasi Lemak Malaysia yang tercinta, nasi terus ‘hidup’ dalam DNA Malaysia dan rakyatnya.

Walaupun Roti Canai tetap memegang takhta dalam tinjauan lima makanan teratas ShopeeFood, hidangan berasaskan nasi dan ayam goreng yang pelbagai jenis banyak dipaparkan dalam trend makanan kami.

Tidak hairanlah, hidangan ayam terutamanya ayam goreng turut mendapat tempat teratas dalam makanan lima bintang terbaik di aplikasi ShopeeFood, digemari tak kira oleh yang tua dan muda.

Bagi sesetengah orang, ayam goreng adalah hidangan yang dinikmati semasa ‘makan besar’ bersama keluarga setiap hujung minggu, dibuat lauk makan tengah hari padahari bekerja, atau dijamah buat makan malam.

Menurut kaji selidik pada 2021, rakyat Malaysia adalah pengguna ketiga tertinggi di dunia untuk daging ayam, dengan hampir 50kilogram ayam dimakan setiap tahun, oleh setiap seorang. 

Walaupun ia tidak mencecah 82.3-kilogram beras yang dimakan rakyat Malaysia setiap tahun, jika kita melihat pada populasi kita yang hanya lebih 32 juta orang, kedudukan ketiga teratas ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia gemarkan ayam!

Tambahan lagi, kita langsung tidak pilih kasih! Sama ada Ayam Goreng Berempah atau ayam goreng ala Korea ‘viral’, rakyat Malaysia menggemari ayam mereka dalam pelbagai gaya. 

Malah hari ini, kita mempunyai beratus-ratus hidangan ayam yang berbeza hanya di hujung jari – sama ada di kedai makan atau online di ShopeeFood, pilihannya tidak berkesudahan.


Trend Pesanan Makanan ShopeeFood Kegemaran Rakyat Malaysia

Semasa pandemik Covid-19, rakyat Malaysia beralih kepada platform penghantaran untuk mendapatkan makanan mereka dengan selamat dan mudah. 

Memandangkan kemudahan dan pelbagai pilihan makanan ada tersedia di hujung jari mereka, rakyat Malaysia semakin memilih kaedah penghantaran makanan atas talian atau online. 

Terdapat lebih 2,000 hidangan untuk dipilih, terpulang pada mood dan citarasa anda untuk hari-hari tertentu.

“Orang ramai menjadi semakin bergantung dan selesa dengan perkhidmatan digital. Rakyat Malaysia telah menerima pakai penghantaran makanan kerana ia memberikan kemudahan, nilai dan kepelbagaian. 

Di ShopeeFood kami juga komited untuk membantu lebih ramai peniaga sama ada syarikat besar atau ‘hero’ tempatan untuk mendapat manfaat daripada rangkaian ekosistem Shopee yang luas, di samping mengamalkan cara baharu untuk berniaga dan mendapatkan pelanggan baharu,” kata Kwa Yin Leng, Ketua Operasi ShopeeFood Malaysia.

“Kami sangat teruja dengan tinjauan ini kerana ia menunjukkan apa yang kita paling gemari sebagai rakyat Malaysia, apabila bercakap tentang makanan. 

Semasa tempoh promosi kemuncak kami seperti 9.9, 10.10 dan 11.11, hidangan berasaskan nasi telah meningkat lebih kurang 3x ganda dari segi tempahan berbanding hari biasa. 

Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukan sahaja menikmati nasi sebagai makanan ruji, tetapi juga berpusu-pusu memanfaatkan tempoh promosi untuk merebut nilai terbaik untuk tempahan mereka,” tambahnya.

ShopeeFood telah ditubuhkan pada 2021 untuk membantu penggunanya mendapat manfaat daripada pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar, dengan menyediakan pelbagai pilihan kedai makan, daripada restoran popular hingga gerai jalanan, pada nilai terbaik. 

Membentuk sebahagian daripada ekosistem sedia ada Shopee yang merangkumi dompet mudah alih ShopeePay, ditambah dengan tawaran dan promosi yang menakjubkan sepanjang tahun, ShopeeFood turut menawarkan rakyat Malaysia dengan pilihan pembayaran yang mudah, selamat, serta memberi ganjaran.


Pilihan Restoran Lima Bintang Kegemaran Pengguna ShopeeFood

ShopeeFood meninjau pilihan penggunanya untuk mengetahui hidangan nasi dan ayam goreng terbaik di Kuala, Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Ipoh dan Kota Kinabalu. 

Walaupun Nasi Lemak, Bubur Ayam, Nasi Kukus dan ayam goreng tetap menjadi kegemaran sepanjang zaman - kami turut mendapati bahawa pengguna juga menggemari kepelbagaian hidangan daripada Timur Tengah, Korea, Antarabangsa dan Jepun.

Berikut adalah senarai lima restoran terbaik dari seluruh Malaysia yang dipilih oleh pengguna ShopeeFood, sebagai tempat terbaik jika anda teringin untuk menikmati hidangan nasi dan pelbagai jenis ayam goreng.



Kota Kinabalu, Sabah  – Restoran diberi lima bintang

Sama ada masakan Timur Tengah, Jepun dan tempatan – penduduk Sabah memang sukakan kepelbagaian dan pilihan kegemaran mereka akan membuatkan anda rambang mata!

Hidangan Nasi

  1. Restaurant Nasi Mandi @ Lorong Plaza Kingfisher
  2. Kopi Ping Cafe @ Gaya Streets
  3. Goku Mozza Chs Crndog Boba BrownSugar
  4. Recipes House Damai Plaza
  5. Miyabi Express (Funky Farm)

Hidangan ayam goreng 

  1. Restaurant Nasi Mandi @ Lorong Plaza Kingfisher 
  2. Goku Mozza Chs Crndog Boba Brown Sugar 
  3. Miyabi Express (Funky Farm) 
  4. Wo Yen Kee @ Jalan Damai 
  5. Yam Yam Cafe @ Penampang




Kuala Lumpur dan Putrajaya  – Restoran diberi lima bintang

Sama ada Nasi Campur atau masakan Cina, pengguna kami sudah tahu di mana untuk mendapatkan makanan yang enak. 

Hidangan Nasi

  1. Klasik Aroma Salai Desa Petaling
  2. Nasi Lemak @ Sunny Food Republic KL
  3. Lan Zhou Mee Tarik @ Bukit Bintang
  4. Warung DD
  5. Takoyaki Leleh Masok - Kg Baru

Hidangan ayam goreng 

  1. Krayz Kitchen Cheras 
  2. Restaurant Man Kee Kepong 
  3. Minang House @ Segambut Dalam 
  4. My Utara Burger Kuala Lumpur 
  5. Komo Cafe @ TTDI



Pulau Pinang  – Restoran diberi lima bintang

Nun di utara, di Pulau Pinang yang merupakan syurga makanan, selain hidangan Pulau Pinang yang unik, pengguna juga menggemari makanan Timur Tengah seperti Mandi Chicken dan burger ayam goreng yang empuk.

Hidangan Nasi 

  1. ZUS Coffee @ Jelutong
  2. Mr. Shawerma @ USM Plaza Ivory
  3. Familymart Jalan Burma Penang
  4. Tanduk Bihun Sup Utara Bayan Lepas
  5. Mr. Shawerma @ QueensBay Mall

Hidangan ayam goreng 

  1. Tanduk Bihun Sup Utara Bayan Lepas 
  2. The BRGR @Jln Nagor 
  3. Farmer's Market Promenade 
  4. Soft Soya Cafe Teras Jaya 
  5. Tunas Bistro Jalan Paya Terubong


Johor  – Restoran diberi lima bintang

Orang Johor menggemari ayam goreng tradisional mereka yang dhidang bersama nasi. Selain itu, rakyat Johor memilih sup 'hotpot' untuk dihidangkan bersama nasi mereka, ayam goreng dengan herba dan rempah ratus, serta kombo kari dan nasi yang membangkitkan selera.

Hidangan Nasi 

  1. Marrybrown @ Kluang Econsave
  2. Donkey Restoran Restoran Tyson
  3. Bubur Ayam Batu Pahat
  4. Embrace Hall Cafe @ Jalan Impian Emas
  5. Shu Da Xia Hotpot @ Taman Sutera Utama Skudai

Hidangan ayam goreng 

  1. Gang Shi Fei @ Taman Nusa Bestari 
  2. Bliss Cafe Danga Bay 
  3. Tea Garden Aeon Mall Kulai 
  4. DMR Segar Dim Sum Halal Sutera Mall 
  5. Nasi Kukus Station D Mawar Café


Ipoh, Perak  – Restoran diberi lima bintang

Terkenal dengan budaya Hakka, tokong bersejarah di dalam gua dan bandar lama kolonial, Ipoh sememangnya terkenal dengan makanannya. 

Selain hidangan warisannya yang pelbagai, nasi lemak, ayam goreng ‘chicken chop’ dan ayam goreng Korea juga berjaya merebut tempat dalam senarai kegemaran orang Ipoh.

Hidangan Nasi 

  1. Capati Warisan Pak Lang  PGA AZ Qifayah @ Batu 8 
  2. Mee Udang Ketam & Masakan Thai @Tmn Tnjg Perdana
  3. R Heritage Recipes @ Meru B2 Ipoh
  4. Alieya Cafe @ Taman Mas
  5. Restoran Nasi Kandar Bharkat @ Taman Cempaka 

Hidangan ayam goreng 

  1. Capati Warisan Pak Lang  PGA AZ Qifayah @ Batu 8 
  2. Cikgu Fuad Catering @ Kampung Jana Sambungan 
  3. R Heritage Recipes @ Meru B2 Ipoh 
  4. Chego Taiping 
  5. Restoran Anjung D' Puncak Chemor


Selangor – Restoran diberi lima bintang

Dan akhirnya, Asam Pedas bersama nasi mempunyai tempat yang istimewa di hati orang Selangor, tidak lupa juga ayam goreng Ayamas kegemaran sepanjang zaman, serta ayam goreng Korea.

Hidangan Nasi  

  1. Labbaik Ruzz Tent & Cafe @ Taman Melawar
  2. D Westurn Talam Jalan Iskandar
  3. DubuYo Mini Plaza Shah Alam
  4. Salai D'House WgsaMlawati
  5. D Lawang Asam Pedas Klang

Hidangan ayam goreng  

  1. Restoran Asmaas Nasi Kandar Kuala Selangor
  2. Kedai Ayamas Seksyen 9 
  3. K-Wing @ Taman Perindustrain Ehsan Jaya 
  4. Nasi Berlauk Abe @ Klang 
  5. Kafe An Nur's @ Denai Alam


Dah Lapar? Nikmati Promosi Jualan 12.12 Promo Istimewa Untuk Anda!

Kini, jualan akhir tahun 12.12 sudah pun tiba! Dapatkan tawaran eksklusif dari pelbagai restoran dan pesan semua makanan kegemaran anda dengan tawaran hebat ini:


Penghantaran Percuma dengan perbelanjaan min RM0.

Tawaran Super Deals sehingga 50% DISKAUN untuk peniaga terpilih seperti Thong Kee Cafe, Little KL Food Hall, Tea Can Tin, Pop Meals, Kee Nguyen - Vietnam Coffee, Nasi Lemak Saleha dan banyak lagi.

Shocking Sale RM12 bermula dari 6hb - 12hb Disember 2022


Rujukan: 

Statistic | Rice data