Tempat Menarik Di Jengka - Taman Tema Air Jengka Wonderland

Jika diikutkan Diah memang kurang berminat bercuti ke Taman Tema Air. Lebih berminat explore Safari, Zoo dan tempat yang tak melibatkan air.

Tak suka nak penatkan diri bersihkan diri, berhimpit dengan ramai orang di bilik persalinan. Selain tu, Diah tak pandai berenang dan Diah gayat nak cuba segala jenis gelongsor / permainan yang ada.

Pendek kata Diah sejenis manusia yang tak mencabar. Sadis bukan. Waktu belajar dulu pun berani naik Roller coaster je ya.

Kadang-kadang kasihan bila anak-anak request nak pergi taman tema air dan memang kena tunggu sepupu-sepupu lain pergi baru ikut sekali.

Baru berbaloi dan meriah. Sebab tu kami tak pernah ke Sunway Lagoon. Tapi pernah bawa anak-anak mandi di A’FamosaResort, Bangi Wonderland Theme Park & Resort dan Bukit Gambang Resort City kira okay lah kan.


bercuti-jengka-wonderland


Tempat Menarik Di Jengka -  Taman Tema Air Jengka Wonderland 

Cuti sekolah kali ni kami akhirnya sekali lagi tunaikan permintaan anak-anak ke Taman tema Air yang terletak di Negeri Pahang iaitu Jengka Wonderland.

Dah alang-alang sampai Bandar Jengka kena la pastikan ianya berbaloi.

Selepas penat bergambar dan tengok binatang di Mini Zoo Rabbitland kami teruskan perjalanan ke sejukkan badan di Jengka Wonderland pula.


tempat-menarik-di-jengka-wonderland

Anak-anak paling teruja. Antara tempat menarik di Jengka yang korang wajib singgah semestinya Jengka Wonderland.

Kalau bercuti di kawasan berhampiran, ada lagi satu pilihan taman tema air yang terletak di Temerloh iaitu Mini Waterpark Kubang Gajah.

Jengka Wonderland lebih besar kawasan dia. itu menurut emak Diah yang pernah pergi sebelum ini. Lokasi Mini Waterpark Kubang Gajah lebih dekat dengan rumah emak.


tempat-menarik-di-jengka


 

Harga Tiket & Waktu Operasi Jengka Wonderland

Harga tiket Jengka Wonderland

  • Dewasa: RM 18.00
  • Kanak kanak: RM 15.00
  • OKU/W.emas: RM 10.00

Kami sampai agak lewat. Memandangkan Jengka Wonderland ditutup pada pukul 7.30 malam jadi masih ada lebih kurang empat jam untuk kami berseronok.

Hari biasa dibuka pada jam 10.30 pagi sehingga 7.30 malam, manakala pada hari cuti umum, cuti sekolah, Sabtu dan Ahad dibuka lebih awal iaitu jam 9.00pagi.

Sebelum tu kami cari kedai makan tapi malangnya tak banyak kedai yang buka. Mungkin kami tak tahu tempat sepatutnya perlu pergi.

Sebelum tu boleh singgah makan dekat Temerloh - Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak

Selesai beli tiket masing-masing dah tak sabar nak mandi. Macam biasa bagi peluang anak-anak dan suami mandi terlebih dahulu.


harga-tiket-jengka-wonderland


Review Jengka Wonderland

Kali ni Diah bercuti bersama emak, kakak dan anak-anak buah di kampung. Cukup meriahkan suasana. Kami ambil giliran solat dan tukar baju.

Orang pun tak ramai jadi selesa sangat. Meja kerusi banyak disediakan di sepanjang kolam dan kemudahan di sini lengkap.

Tandas bersih dan terjaga, ada lokar untuk simpan barang-barang penting, surau bersih dan selesa, kedai menjual pakaian renang & barang-barang berkaitan serta hanya sebuah kedai makan dibuka.


jengka-wonderland

Kira okaylah dengan bilangan pengunjung yang datang. Kalau datang ke sini jangan bandingkan dengan Taman Tema Air dekat tempat lain ya.

Bagi Diah berbaloi dengan harga yang dibayar. Taman Tema Air mesra poket macam tu konsep dia. Lagi pun tempat dia terjaga, air jernih, kemudahan pun dalam keadaan baik.

Waktu kami mandi manda tu nampaklah petugas, penyelamat yang perhatikan pengunjung dekat kolam. Malang tidak berbau kan jadi kenalah senantiasa bersedia.

Maaf sangat-sangat Diah tak banyak ambil gambar dekat dalam sebab simpan telefon bimbit dalam loker jadi Diah ambil gambar dari FB Jengka Wonderland. 


Kesimpulan

Secara keseluruhan anak-anak memang seronok bercuti di Jengka Wonderland. Pilihan yang bijak untuk datang ke sini dan inshaAllah ada rezeki boleh datang lagi di masa hadapan.

 

Review Mechamato Movie Memang Syok Habis

Hari tu tunaikan permintaan anak-anak nak tengok wayang cerita Mechamato. Diah pun semangat nak tengok memandangkan banyak review bagus tentang movie ni.

Setelah sekian lama tak masuk panggung wayang, akhirnya tertunai juga. Ini pengalaman pertama Airis (si bongsu) tengok wayang.

Dia sangat teruja dan tak henti-henti mengomel cakap seronok. Suka sebab dapat tengok cerita dekat TV besar katanya.

 

Review-Mechamato-Movie


Review Mechamato Movie Memang Syok Habis

Alhamdulillah memang tak menyesal pilihan kami nak tengok Mechamato. Walaupun Diah tak pernah tengok siri Mechamato di Netflix tetap faham jalan cerita dia.

Kami hanya tahu Amato tu ayah BoBoiBoy. Kami satu keluarga peminat BoBoiBoy. Kalau BoBoiBoy hebat, ayah dia mesti lagi handal kan?

Suami dah mohon cuti awal lagi untuk bawa anak-anak berjalan. Memang kami elak nak tengok pada hari minggu, ditambah cuti sekolah lagi penuh panggung.

 

Beli Tiket Wayang GSC Secara Online

Diah beli tiket awal, secara online di aplikasi GSC. Kami pilih GSC Melawati Mall sebab agak dekat dengan rumah.

Kebetulan waktu tayangan pada hari Rabu hanya ada dua sahaja iaitu 10.30 pagi dan 1 petang macam tu. Mungkin di GSC lain banyak agaknya pilihan.

Kami pilih waktu tayangan paling awal sebab sebelah petang tu nak buat aktiviti lain pula. Okay sangat sebab cerita Mechamato ambil masa lebih kurang dua jam.

Alang-alang tu beli juga air dan popcorn (Family e-Combo B) buat kunyah-kunyah masa tengok wayang. 


GSC-time


Jadi sampai je terus ke kaunter untuk redeem. Dapat dua air mineral, dua Ice Lemon Tea, dua popcorn, satu nugget dan satu cocktail sausage.

Kenyang sangat, dah la waktu tu baru je lepas breakfast. Harga combo tu RM30.40. Not bad la. Tiket wayang RM9 (kanak-kanak) & RM12 (dewasa).


Movie-time


Dikenakan member Service dan booking Fees jadi harga keseluruhan perlu dibayar ialah RM85.50 untuk lima orang.

Fuh semua duit sekarang kan? Sekali sekala okay lah kita layankan. Baca review Movie Ejen Ali The Movie 2 - Misi Satria

 

Review Mechamato Movie

Review ini merupakan dari sudut pandangan Diah sahaja ya. Nak komen dari sudut teknikal dan kualiti bukanlah kepakaran Diah. Boleh cari review teknikal di Google/Facebook.

Boleh kami simpulkan cerita Mechamato bukan cerita kosong. Banyak nilai sejarah cuba diketengahkan. Bangga bila nama tempat bersejarah, khazanah negara ditonjolkan dengan baik.

Dalam ni ada silat, tanjak, Beca, Bandar Hilir, teknologi Sains yang canggih serta banyak lagi diperkenalkan dengan baik kepada target audience movie Mechamato iaitu kanak-kanak.

Lebih membanggakan Mechamato menang award dekat Jepun. Animasi pertama bukan keluaran Jepun yang berjaya mendapat #1 - Anime Fan Award di Tokyo. 

mechamato-menang-Anime-Fan-Award-Tokyo


Sebagai ibu bapa, kami sokong agar lebih banyak cerita macam ni ditayangkan. Lagi banyak cerita berkait sejarah lagi mudah nak pupuk semangat sayangkan negara dalam jiwa anak-anak.

Kelakar dan comel perkenalan Amato dengan MechaBot. MechaBot ni ialah Power Sphera dengan kuasa Mechanize. Banyak dialog pendek dan boleh tahan kelakar.

Selain Mechamato (gabungan MechaBot dan Amato) satu lagi watak Hero ialah Maskmana. Tak sangka ada kejutan untuk Maskmana.

Kisah dia berkisar kepada musuh mereka, Grakakus yang nak tangkap MechaBot. Jadi perbalahan dan bahayakan bumi. Jadi Maskmana masuk campur.

Banyak adegan mencuit hati serta menyentuh perasaan. Bila tanya Ikhwan, dia kata babak buat dia terharu adalah ketika MechaBot dan Amato perlu dipisahkan.

Hampir gugur air mata jantan dia. Dua jam tu terisi dengan baik. Anak-anak pun enjoy dan behave jadi boleh lah rancang tengok cerita lain pula.


Mechamato-Movie


Hilangkan Rindu Main Bowling 

Lepas habis tengok wayang suami ajak main Bowling. Bagai orang mengantuk disarungkan bantal semestinya Diah ikutkan saja.

Lama betul tak pegang bola bowling. Skill pon dah berkarat. Baru tahu rupanya sistem bowling dah berubah ya.

Oh kami main bowling di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall. Sekarang dah tiada sistem bayaran ikut pusingan tapi bayar ikut tempoh (jam) kita bermain.

Ada dua pilihan iaitu main non-stop selama setengah jam atau satu jam. Sewa kasut masih RM3 caj untuk satu jam ialah RM30. Harga ni adalah harga weekday cuti sekolah.

Jadi kalau nak maksimakan setiap minit kena la baling laju-laju supaya boleh main banyak kali pusingan. Kami sempat habiskan dua setengah pusingan.

Jadilah buat rasa-rasa lepas gian nak baling bola. Prestasi masih terkawal tak banyak bola masuk longkang. Target kali ni nak improve cara balingan. Apa pun kami enjoy sebab dapat habiskan masa sama-sama.

Aktiviti kami hari tu tamat bila masing-masing dah habis tenaga. Hari kami dihabiskan dengan bermakna dan berkualiti.

Maka, nikmat Tuhan kami yang manakah yang kami hendak dustakan. Mana yang belum tengok cerita Mechamato pergi lah sokong karya tempatan kita. Selamat menonton.

Breakfast Roti Bakar Arang, Serasa Garden Taman Melawati

Kembali lagi dengan episod food hunting bersama Diah iaitu breakfast makan Roti Bakar Arang di restoran Serasa Garden yang terletak di Taman Melawati.

Siapa yang familiar dengan Taman melawati, Serasa garden ni merupakan restoran yang di rebranding ataupun melakukan penjenamaan semula.

Nama asal dia ialah Sakura Kristal dan sekarang dan telah di tukar menjadi restoran Serasa Garden, kopitiam X ikanbakar. Tak pastilah pemilik yang sama atau sudah bertukar tangan.

Lokasi restoran terletak di tepi jalan berhadapan dengan restoran Kari Kepala Ikan Melawati. Mudah je nak cari.

 

Breakfast-roti-bakar-arang


Breakfast Roti Bakar Arang, Serasa Garden Taman Melawati

Pagi tu kami keluar awal sekitar jam Sembilan pagi. Rancangan awal nak makan roti Canai di restoran Kari Kepala Ikan Melawati tapi belum dibuka. Baru tahu waktu operasi mereka bermula jam 9.30 pagi.

Malas nak pergi cari makan jauh-jauh sebab pukul 10.30 pagi kami nak tengok wayang, Mechamato Movie di Melawati Mall. 

Jadi bila nampak restoran Serasa Garden dibuka dan ramai orang kami pun teringin nak cuba.

Pertama kali sampai dan suka dengan susun atur dalam restoran. Nampak kemas, sesuai untuk keluarga dan santai je. 

Pernah dulu ajak suami nak cuba makan di Sakura Kristal, tangguh punya tangguh sampai tutup dah restoran.

Konsep baru untuk restoran Serasa Garden mereka ketengahkan kedai makan kopitiam dan sebelah petang mereka menjual ikan bakar.

Ada rezeki kita cuba ikan bakar pula.


sarapan-pagi


Sedap Ke Roti Bakar Arang?

Roti arang ni simple je sebenarnya. Roti yang dibakar menggunakan arang kemudian di sapu dengan butter dan juga kaya.

Nampak lagi unik, mereka guna roti berwarna hitam. Lagi real la pengalaman makan roti bakar arang. Roti dia rangup dan ada rasa sedikit pahit. Orang tua mesti suka.


roti-bakar-arang


Teruja bila kami pesan Teh tarik dan di hidang menggunakan cawan Kopitiam. Ala cawan tradisi Baba Nyonya tu. Teh Tarik dia pun padu. Terpaling feel la bila minum.



Selain roti ada je Nasi Lemak dan menu breakfast lain. Dekat sini ada lempeng juga tau. Dihidangkan dengan sambal ikan bilis.


roti-goyang


Bila makan Roti Goyang teringat Roti Titab, Kacang Pool Bukit Katil Melaka

Harga Menu Sarapan Restoran Serasa Garden Taman Melawati

Dari segi harga agak mahal bagi Diah. Jumlah kami makan berlima pagi tu ialah RM58.40 termasuk service charge.

  • Roti Goyang RM8.90
  • Roti Bakar Arang RM6.90
  • Scramble Egg on toast RM7.90
  • Classic lempeng with sambal RM5.90
  • Iced Milo RM7
  • Teh O RM4
  • Teh Tarik RM5
  • Warm water Rm0.60

Tak sangka air milo dia caj semahal itu. Boleh dapat satu kotak air susu Chocolate Dutch Lady saiz besar tu weh. Standard restoran besar agaknya. 

Sedapnya breakfast egg benedict dan Smoked Salmon di Restaurant Sixty9 Islamic Steakhouse. 

Setiap kali kami berbelanja dan terfikir mahalnya sesuatu harga dekat tempat tu otak akan terus fikir yang kami bukan target pelanggan mereka.

Dalam bahasa kasarnya, bukan benda tu yang mahal tapi kau yang tiada duit. Aduh pedih. Jangan marah tau tapi ayat itu la jadi pendorong Diah kerja keras sebab nak makan dekat tempat sedap.

Jadi terpulang kepada pelanggan. Ikut poket sendiri. Untuk Diah pula, sekali sekala boleh la tapi 2023 tahun untuk Diah berjimat cermat.

Jadi kita kawal lah mana yang boleh.

Mini Zoo Rabbitland Jengka Pahang

Antara Mini / Petting Zoo yang berbaloi untuk dilawati semestinya Rabbitland Jengka yang terletak di Jengka 14, Pahang. Ini kali pertama kami jejakkan kaki.

Ternyata berbaloi bawa anak-anak datang ke sini. Katanya ada lebih 60 jenis spesis haiwan yang ada dan harga tiket pun tidak terlalu mahal. 

Disebabkan kekangan waktu, kami agak rushing nak habiskan tengok semua binatang dalam tu. mungkin kena datang lagi sekali di masa hadapan.

Rancangan awal nak tengok haiwan di mini zoo Rabbitland Jengka kemudian bawa anak mandi manda di Taman Tema Air - Jengka Wonderland.

 

Mini-Zoo-Rabbitland-Jengka-Pahang

Mini Zoo Rabbitland Jengka Pahang

Oleh sebab kasihankan anak-anak tiada aktiviti nak buat di waktu cuti sekolah dan rancangan nak check in hotel terbantut disebabkan cuaca tak menentu sekarang ni.

Jadi ambil kesempatan bawa anak-anak tengok binatang waktu balik kampung minggu lepas. Jarak rumah emak dengan Rabbitland Jengka ambil masa hampir dua jam ya.

Isi perut dulu makan dekat Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak di Temerloh

Walaupun berada dalam satu negeri, boleh tahan terasa jauh dia. Pahang ni luas weh. Perjalanan lancar je tiada tol.

Bila kembali ke Jengka terus teringat kenangan lama waktu belajar. Dulu Diah belajar di UiTM Pahang cawangan Jengka. Ambil Diploma in Banking dari 2003 hingga 2006.

Kemudian baru sambung UiTM Shah Alam ambil Degree Islamic Banking. Seronok sungguh bila kenangkan waktu belajar.

Memang berbeza la Bandar Jengka dulu dengan sekarang.


Petting zoo Rabbitland Jengka


Harga Tiket & Waktu Operasi Mini Zoo Rabbitland

Datang Rabbitland digalakkan pada waktu pagi baru la tak panas dan berpeluh. Masa kami sampai dah masuk waktu Zohor.

Matahari betul-betul atas kepala tapi dalam tu redup je. Macam Petting Zoo yang lain haiwan dekat sini jinak dan dilepaskan dalam kandang yang besar.

Jadi bebas dan selesa la binatang tu. Anak-anak pasti seronok sebab boleh pegang haiwan-haiwan yang ada.

Waktu operasi sepanjang cuti sekolah, Rabbitland Jengka dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang.

Harga tiket pula seperti berikut:

  • Dewasa: RM 10.00
  • Kanak kanak: RM 8.00
  • Oku/w.emas: RM 5.00

Dekat tiket ada peringatan ditulis, “pergerakkan haiwan sukar dikenalpasti, sila jaga anak anda. Keselamatan diri dan keluarga menjadi tanggungjawab anda.

Ha gitu. Pendek kata apa sahaja risiko awak tanggung sendiri ya.

Antara haiwan yang ada seperti unta, kuda, itik, angsa, kambing, rusa, burung, pelbagai jenis reptilia dan banyak lagi lah. 

Harimau, buaya, gajah semua tu tiada tau. Nak tengok Gajah, Harimau, Singa kena pergi Zoo Negara ya. Kalau nak tengok Dinasour kena pergi Zoo Melaka. 

Walaupun agak limit binatang dia tapi puas hati sebab ada banyak jenis. Contoh Angsa Malaysia dan Angsa Perancis. Kambing pun banyak jenis.

Kalau nak bezakan Petting Zoo di Selangor - Farm In The City masing-masing ada kelebihan dia. Rabbitland Jengka lebih menarik berbanding Port Dickson pula Petting Zoo -  Windmill PD Farm mengikut pandangan Diah.

Tempat dia elok terjaga dan bersih dari sampah sarap. Ada banyak kakitangan yang buat kerja bersihkan kandang.

Maaflah gambar tak banyak sangat sebab sibuk menikmati masa bersama anak-anak dan keluarga. 


Mini Zoo Rabbitland


Tarikan Mini Zoo Rabbitland

Selain binatang yang jadi tarikan, dekat sini korang boleh cuba naik jambatan gantung, karpet terbang, basikal gantung, buaian tergantung dan kerusi hayun.

Oleh sebab gayat dan sedar diri seberat anak gajah jadi kami malas nak cuba. Weh seram. Faktor usia agaknya.

Tidak la tinggi mana tapi perasaan takut tu melebihi segalanya. Kesian juga pada pekerja dia nak tarik kami yang berat ni.


Tarikan-Mini-Zoo-Rabbitland-Jengka-Pahang


Dekat sini banyak disediakan tempat untuk pengunjung ambil gambar. Boleh OOTD di Fairy Garden, replika rumah Felda (GALERI PENEROKA) yang menggamit memori, replika kapal layar, replika bulan sabit, buaian sarang burung tempua.


Rumah Felda Mini Zoo Rabbitland


Dekat dalam tu ada disediakan surau, tandas dan juga café. InshaAllah selesa. Overall pengalaman menyeronokkan bagi kami sekeluarga.


map Mini Zoo Rabbitland Jengka


Boleh rujuk Facebook Mini Zoo Rabbitland untuk dapatkan promosi terkini. 

 

Tentang Mini Zoo Rabbitland Jengka Pahang

Rabbitland merupakan sebuah zoo mini yang pertama di Jengka, Pahang yang menggunakan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga pengunjung dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.

Rabbitland yang berkeluasan 50 hektar terletak 6 kilometer dari Bandar Pusat Jengka ini mempunyai lebih 60 jenis haiwan yang dipamerkan kepada pengunjung.

Mini zoo ini mula ditubuhkan di Mercu View Resort, Bandar Jengka sebelum ditukarkan ke lokasi baru yang lebih besar di Jengka 14 dan mula beroperasi pada 1 Mac 2020. Sumber - Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)