Baden Baden Bundle Taman Melawati

Peminat bundle / barang-barang terpakai mesti kenal dengan jenama Baden Baden Bundle. Dalam artikel kali ni Diah nak kongsikan pengalaman Diah ke cawangan Baden Baden Bundle yang terletak di Taman Melawati.

Seperti sedia maklum Baden Baden Bundle menjual pakaian dan perabut terpakai dari Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.

Taman Melawati merupakan cawangan terbaru Baden Baden Bundle yang dibuka kepada orang ramai. Lebih tepat lagi kedai dia betul-betul terletak dalam Wisma LJT Taman Melawati bersebelahan dengan restoran Elcantina Mexican Cuisine.


Baden-Baden-Bundle-Taman-Melawati


Baden Baden Bundle Taman Melawati

Berdepan dengan tapak Pasar Tani Taman Melawati, dekat sangat dengan Melawati Mall. Boleh jalan kaki je.

Baden Baden Bundle ni dah banyak cawangan dia buka. Ada di Lembah Klang (Setapak, Gombak, Subang, Shah Alam, Petaling Jaya).

Selain tu ada juga cawangan di Negeri Sembilan (Port Dickson, Teluk kemang), Perak (Tanjung Malim) & Melaka (Masjid Tanah).

Sebelum ni Diah pernah ke cawangan Baden Baden Bundle Port Dickson, waktu bercuti di Ancasa Residences. Lepas makan Char Kuetiau - King’s CKT Jalan Pantai yang popular tu kami singgah sekejap. Tapi masa tu tak beli apa pun, sekadar temankan suami. 

Kalau ikutkan antara Diah dan suami, minat terhadap bundle atau pakaian terpakai lebih digemari oleh suami.


Baden-Baden-Bundle


Lama kelamaan Diah pun jatuh suka juga disebabkan kepuasan membeli tu. Kalau bijak buat pilihan, ada je pakaian yang berjenama dapat dibeli pada harga yang murah.

Tapi sejujurnya Diah bukan hanya melihat pada jenama sahaja. Lebih kepada konsep asalkan pakaian tu masih elok, design pula kena dengan selera memang rugi kalau tak beli.



harga-Baden-Baden-Bundle-Taman-Melawati



Cuci Mata Di Baden Baden Bundle

Seronok cuci mata dekat Baden Baden Bundle sebab kedai dia agak luas dan banyak pilihan. Ada baju, seluar, kasut, bag dan aksesori untuk lelaki dan perempuan.

Baju kanak-kanak pun ada tapi tak banyak pilihan. Pilihan baju untuk muslimah juga terhad. Tak kisah bab tu sangat sebab tujuan asal ke sini Diah nak cari kasut boots.

Nak beli yang baru takut menyesal, tak berkenan dan risau pakai sekejap je. Jadi pilihan lain ialah cari boots bundle. Dengan harapan kalau tak selesa, kurang rasa menyesal beli dan tak membazir.

kedai-Bundle-Taman-Melawati


Waktu kami berada dalam kedai, ramai juga pelanggan yang berkunjung ke Baden Baden Bundle. Ada seorang pelanggan wanita tu beli lebih 10 helai blouse.

Ada juga yang datang bersama keluarga beli baju berbulu untuk musim sejuk. Nak melancong ke luar negara agaknya.

Seronok tengok mereka pilih baju. Selepas lama mencari akhirnya Diah berkenan dengan kasut boots berwarna hitam.

Suami pula mencari kasut basahan orang kata. Kasut kalau nak keluar pergi mall atau keluar santai-santai. Rezeki jumpa juga yang berkenan. 



kasut-Bundle


Beli Kasut Boots & Seluar Jeans Bundle

Memang rezeki sebab saiz sedang elok dengan kaki dan kasut boots tu masih dalam keadaan baik. Tapak dia tak ada kesan haus pun.

Diah juga beli dua helai seluar jeans cutting besar. Kain jeans agak tebal dan selesa bila dipakai. Keadaan masih elok dan macam seluar baru.


Boots-Baden-Baden-Bundle



Waktu nak buat pembayaran sempat juga kami berborak dengan adik yang jaga cashier. Saja ringan mulut tanya tentang kerja.

Berbudi bahasa orang kata sebab adik tu layan soalan kami dengan baik. Kerja pun nampak ikhlas, barang dia pegang elok susun letak dalam bag plastik.

Adik tu ada kongsikan yang setiap barang dalam kedai Baden Baden Bundle tu akan di label dengan kod khas merujuk kepada harga barang tersebut.

Ada bahagian tertentu mereka akan tandakan supaya staff dapat kenal pasti harga sebenar barang tersebut.

Pernah berlaku sebelum ni kes kecurian, yang mana pelanggan tukar tag harga barang murah dengan barang mahal.


topi-Bundle



Berani sungguh manusia kan? Sebab tu mereka buat tanda dekat barang, untuk elak kejadian macam tu lah. Terbayang penatnya nak label setiap satu barang yang ada dalam kedai.

Jadi untuk korang yang sukakan baju bundle, barangan rare atau suka kumpul barang berjenama boleh lah cuci mata dekat Baden Baden Bundle.

Cari cawangan yang berdekatan dan selamat shopping. Oh boleh follow Facebook Baden Baden Bundle Taman Melawati kalau nak tahu latest promotion mereka.




Baden-Baden-Bundle-Melawati

Makan Tengah Hari Di Temerloh – Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak

Kalau tak silap ini kali kedua Diah makan di Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak yang terletak di Temerloh.

Kali pertama adalah ketika restoran Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak masih beroperasi di lokasi lama bersebelahan stesen minyak, berdepan dengan lampu isyarat menuju bandar Temerloh.

Selama ni kalau balik kampung memang restoran ni sentiasa penuh dengan pelanggan ‘abang motor’ yang suka berkonvoi ke Pantai Timur.

Jadi tempat persinggahan mereka untuk isi perut dan berehat sebelum teruskan perjalanan. Kalau di tapak lama memang sedikit sengsara sebab berhimpit. Tempat dia sempit.



Go’Bang-Maju-Patin-Tempoyak



Makan Tengah Hari Di Temerloh – Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak


Tapi tak perlu risau sebab lokasi baru Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak lebih luas, parking pun banyak. Memang selesa lah.

Kebetulan balik bercuti tempoh hari bersama adik, jadi guna kesempatan untuk mencuba masakan restoran Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak.

Ni masa kami nak balik dah adik pick up depan pintu kedai. Baru sempat ambil gambar. 



Go’Bang-Maju-Tol-Patin-Tempoyak


Suka dengan konsep restoran layan diri yang diperkenalkan oleh Go’Bang Maju. Nama kedai pun Tol, jadi hiasan dalaman pun seakan menyerupai tol di lebuhraya.

Pelanggan perlu tolak troli dan guna dulang yang sediakan kemudian boleh ikut laluan khas untuk pilih makanan.



makan-di-Go’Bang-Maju-Tol-Patin-Tempoyak


Seakan-akan konsep layan diri di restoran IKEA. Bezanya di restoran Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak disediakan kaunter bayaran menyerupai tol di lebuhraya.

Ada Tol Gombak, Tol Bentong dan juga Tol Karak. Korang akan lalu semua tol ni kalau datang dari arah Kuala Lumpur.

Selesai buat bayaran boleh pilih meja nak duduk dekat mana. Rasa tenang sebab tempat dia tertutup dan kedai pasang rumput tiruan untuk keselesaan pelanggan.

Comel je. Anak-anak teruja nak tolak troli lalu di tol. Ibu bapa pula teruja nak pilih lauk pauk masakan kampung.


kaunter-tol-Go’Bang-Maju



Menu Makanan Makan Tengah Hari Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak


Dari segi menu, pilihan yang ada seperti Gulai Patin Tempoyak, Pais Patin tempoyak, Talapia Bakar, masak lemak pucuk ubi, ayam sambal, sup kaki ayam, Asam pedas. 

Ada juga kari Ikan Pari, Masak Lemak Daging Salai, Masak Lemak Itik Salai, Udang Galah dan pelbagai menu berasaskan ikan sungai.



lauk-kampung-Go’Bang-Maju


Dekat sini menu istimewa yang ada Diah rasa agak menarik nak cuba seperti Mee Udang Lubuk Buaya, Laksa Asam Udang, Laksa Lemak Udang, Mi Kari Udang dan Mi Udang.


menu-Go’Bang-Maju-Tol-Patin


Harga Patin Tempoyak untuk bahagian kepala, badan dan ekor dijual pada harga RM15.90 setiap mangkuk. Minta je pada pelayan tu nanti dia akan letak dalam mangkuk.


patin-tempoyak


Ada juga ulam-ulaman dan sambal tempoyak. Teringat masak Ikan Patin Tempoyak satu kuali besar untuk tetamu yang datang. 

Dah kenyang makan nasi boleh juga cuba aneka manisan yang ada seperti Cendol Gobang Tol, aneka Cheese cake, Puding Raja, dan kuih tradisional orang Pahang iaitu Kuih Pena, Kuih Dodol Kukus, Kuih Koleh kacang dan Kuih Badak Berendam.


puding-raja


Senang kedai dah pack kan kuih dalam bekas. Empat ketul dijual pada harga RM16.95. memang rambang mata.

Emak suka manisan Puding Raja, jadi belikan emak sebelum teruskan perjalanan. Dari segi harga tidak terlalu mahal walaupun menjadi tumpuan ramai.

Tahniah restoran Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak sebab mengutamakan keselesaan pelanggan. Tandas bersih, surau disediakan, sinki tempat basuh tangan pun banyak. 

Alang-alang dah sampai boleh berjalan ke Taman Tema Air di Jengka atau boleh tengok binatang di Petting Zoo - Rabitland Jengka



Pengalaman Makan Di Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak


Korang kena datang dan alami sendiri pengalaman makan di Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak. Agak tak sesuai untuk Diah komen tentang rasa Patin Tempoyak sebab cara memasak Patin Tempoyak sedikit lain dari cara emak selalu masak.

Lagipun lidah pun berbeza. Ikut tekak juga sebenarnya. Apa pun kalau nak makan Ikan Patin yang tak bau tanah, isi lembut dan fresh hanya boleh jumpa di Temerloh sahaja.


food-hunting-Go’Bang-Maju-Tol-Patin-Tempoyak


Selamat untuk beli kalau ikan Patin tu dari Sungai Pahang. Diah dah pernah terkena beli Ikan Patin di PasarTani Taman Melawati.

Ikan tu ada bau tanah. Walaupun dah basuh tapi masih hanyir bau tanah kuat sangat. Sudahnya memang buang je.

Ada ke yang pernah makan di Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak di Temerloh? Kalau ada cuba komen menu apa paling sedap sekali?


Beli Langsir Di Nilai 3 – Kedai Langsir Top Collection

Cuti Thaipusam lepas Diah balik kampung bawa emak beli langsir raya di Nilai 3. Gedung beli belah pilihan ramai kerana harga barang yang murah dan pilihan yang banyak.

Tahun ini sedikit teruja sebab emak betul-betul bersemangat nak sambut Raya. Dari awal dah ingatkan anak-anak supaya balik suruh cat rumah dan nak tukar langsir.

Merasa Raya awal tahun lepas - Raya Terperanjat sebab raya awal dari tarikh dalam kalendar.



beli-Langsir-raya



Beli Langsir Di Nilai 3 – Kedai Kain Langsir Top Collection


Setelah beberapa tahun tak dapat beraya macam biasa, dan semenjak itu juga lah langsir rumah emak tidak pernah ditukar. Jadi ini lah tahunnya kita tukar langsir baru.

Kami beli langsir raya di Kedai Kain Langsir Top Collection yang terletak di Nilai 3. Nak mudah waze saja nama kedai. Insha Allah jumpa. 


kedai-langsir-top-collection


Semakin menginjak usia ni, apa saja kemahuan emak mesti kami adik beradik berusaha sebaik mungkin nak tunaikan. Bila emak semangat, anak-anak pasti wajib lebih semangat.

Cepat betul waktu berlalu. Sedar-sedar dah tak lama nak puasa. Memang jadi kebiasaan keluarga Diah mesti akan buat persiapan awal nak sambut Ramadan dan juga Hari Raya.

Bukan apa kalau semua persiapan nak buat waktu bulan puasa alamatnya memang tak sempat siap la. Kalau boleh masa bulan Ramadan nak fokus pada ibadah je.

Risau badan penat, fokus tu lari.



Beli langsir raya Di Nilai 3 Murah & Cantik


Kami pilih untuk shopping langsir di Nilai 3 sebab boleh beli langsir siap jahit dan ikut pengalaman adik yang pernah pergi, ada juga kedai yang tawarkan servis jahit langsir siap dalam masa satu jam.

Memang fikir nak yang mudah je. Pilih corak dan warna langsir pilihan kemudian upah je kedai untuk jahitkan. Hilang satu beban. Kalau dulu memang emak akan jahit langsir sendiri.


pilihan-raya-langsir


Jahit asal boleh nama dia, asalkan boleh gantung. Agaknya kalau emak ada peluang belajar menjahit mesti emak jadi pereka fesyen dah sekarang,  

Dulu, waktu nak raya segala persiapan baik dari buat kuih, jahit baju kurung sehinggalah kain langsir semua emak buat. Rindu betul nak pakai baju kurung emak jahit.



Kedai Kain Langsir Top Collection


Plan asal nak ke Nilai pada hari Sabtu tapi kami batalkan hasrat dan pergi sehari awal. Risau bertembung dengan orang ramai.

Tepat pilihan kami sebab waktu kami sampai sekitar 11 pagi, Nilai tu lengang. Cuaca mendung dan selang seli dengan hujan gerimis.

Dari KL lagi Diah dah rancang nak jalan ke beberapa kedai dan buat perbandingan. Takut menyesal la kononnya. Tapi tak semua kita rancang tercapai kan?


shopping-langsir-raya



Begitu juga dengan kisah kami. Dengan keadaan kesihatan emak yang tak larat berjalan lama jadi kami pilih kedai yang tertentu sahaja untuk singgah.

Kedai pertama (Kedai Kain Langsir Top Collection) tulah yang kami terus beli. Lagipun pilihan langsir yang ada menepati selera emak. Pekerja yang layan kami tu ramah dan tauke langsir sehabis baik buat tawaran yang rasanya rugi kalau tak beli.



Tip Beli Langsir di Nilai 3


Langsir emak dapat lebih dari 50% diskaun memandangkan emak menjadi pelanggan pertama pada hari tu. Rezeki emak.  Dari harga RM78 semeter, kedai tawarkan diskaun menjadi RM35 semeter sahaja.

Jadi kalau nak dapat harga langsir murah memang salah satu tip dia ialah datang awal dan jadi pelanggan pertama.

Selain itu antara faktor lain yang menyumbang kepada harga langsir murah atau pun mahal ialah fabrik dan juga jenis cangkuk.

Untuk yang nak beli langsir, perkara wajib tahu adalah ukuran langsir rumah korang. Pastikan ukuran tepat. Boleh juga tunjukkan gambar tingkap ataupun pintu.

Lebih mudah sebab pekerja kedai akan beri anggaran langsir dan cadangkan yang terbaik untuk korang.

Untuk pilihan cangkuk pula ada dua. Harga juga berbeza setiap satunya. Cangkuk besi dan rod. Sebelum ni emak memang guna langsir cangkuk besi tapi tahun ni tukar selera nak pakai langsir rod pula.

Upah menjahit langsir cangkuk besi lebih murah berbanding dengan rod. Kalau guna rod, langsir akan dijahit dengan ring. Boleh guna rod besi ataupun kayu.



pasang-langsir-raya-rumah-emak



Jahit Langsir Siap Dalam Satu Jam


Lepas hampir dua jam ulang alik dalam kedai akhirnya urusan kami selesai pilih langsir idaman hati emak. Macam tak sangka pun ya sampai dua jam kami buat pilihan dan tawar menawar.

Selesai buat bayaran, kedai akan mula menjahit. Awal-awal lagi kedai dah ingatkan mereka perlukan sekurang-kurangnya tiga jam memandangkan tukang jahit akan berhenti solat Jumaat.

Kalau ikut dalam promosi kedai, sepatutnya langsir siap jahit dalam satu jam sahaja. Tapi kami faham la keadaan mereka.

Sekitar empat petang kami datang semula ke kedai dan waktu tu pekerja tengah pasang ring dan lipat langsir emak.

Alang-alang tu kami beli langsir rumah sendiri juga. Tahun ni kami elak buat persiapan raya last minute. 


langsir-siap-jahit



Lega sangat langsir dijahit elok dan kami puas hati dengan hasil kerja berkualiti. Berbaloi dengan harga yang dibayar.  

Kalau nak cari langsir murah memang Nilai 3 adalah pilihan yang tepat. Banyak kedai, banyak pilihan dan corak pun cantik dan terkini.



Beli-Langsir-Di-Nilai-3


langsir-raya



Apa pun beli ikut bajet masing-masing. Kalau cukup tenaga, buatlah perbandingan antara kedai. Jadi pelanggan yang bijak.

Bagi Diah pula, bukan setiap tahun emak akan beli langsir baru. jadi ada peluang ni saja layankan kehendak emak.

Kesimpulannya, berbaloi sangat beli langsir raya di Nilai 3. Jimat masa, tenaga dan wang ringgit. Kerja jadi mudah sebab boleh terus jahit langsir. Selamat membeli belah. 

Fokus Pada Diri Sendiri Bukan Hidup Orang

Kalau Diah diberi peluang untuk beri nasihat kepada diri sendiri waktu umur mencecah 30 an satu perkara yang Diah akan ingatkan diri supaya fokus kepada diri sendiri dan jangan asyik pandang hidup orang lain.

Perasan juga semakin lanjut umur semakin tinggi perasaan insecure dan kita keep comparing ourself dengan rakan sebaya, adik beradik. Pendek kata orang sekeliling.

Bahaya ya overthinking ni. Ingat ya, overthinking boleh rosakkan hidup anda. 

Lagi teruk kita banyak habiskan masa di media sosial. As we know medsoc ni dunia tipu-tipu. Orang akan kongsi perkara-perkara indah sahaja.

Kita pula mudah terperangkap dengan cerita indah. Bukan tiada perkara pahit tapi orang lebih selesa untuk simpan sendiri.

Fokus-pada-diri-sendiri


Fokus Pada Diri Sendiri Bukan Hidup Orang

Macam diri sendiri juga lah. Nak berkongsi kepayahan, jerit perih dan kelemahan diri sendiri tu kita akan fikir banyak kali.

Lama juga tabiat buruk, ‘fokus pada hidup hidup orang” melekat dalam diri. Semestinya beri kesan buruk sebab almost every day dia akan sedut positity dalam diri.

Selain tu banyak tenaga dihabiskan sebab ianya melibatkan emosi. Mental health lebih tepat. Jadi memang kena jaga.

Awalnya memang tak perasan, tapi lama kelamaan hidup jadi sedih, sendu dan rasa kosong. Tak rasa apa pun payah juga.

Mari Diah beri contoh perbuatan fokus pada hidup orang lain. Ini dari sudut pandangan peribadi Diah. Lain orang lain pendapat ya.


Fokus-pada-diri-sendiri-bukan-hidup-orang


Setiap hari kita tengok life yang kawan-kawan dalam circle kita kongsikan. Tak kisah dekat mana sekalipun. Kalau secara maya di Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, portal hiburan dan banyak lagilah.

Untuk yang bekerja, semestinya kawan-kawan di pejabat bercerita tentang kehidupan mereka. Sedikit sebanyak kita akan terkesan sebab kita mula membandingkan.


Jangan Fokus Pada Hidup Orang Lain

Diri cenderung untuk berfikir, “alangkah seronoknya hidup dia, kalau lah aku..” atau kita secara tak sengaja tolong fikirkan masalah yang kawan kita hadapi.

Walhal diri sendiri tiada kaitan pun. Selalu sangat nampak yang indah-indah dalam hidup orang padahal orang tu tak tunjuk pun kepayahan dia.

Kalau dalam jangka panjang tabiat ‘sibuk’ fikirkan kelebihan orang lain akan timbulkan rasa tidak bersyukur dalam diri. Sedihnya menjadi hamba yang tidak gembira dengan pemberian Tuhan.

Bahaya betul bila kita cepat fokus pada hidup orang lain. Kadang-kadang kita tak perasan pun kita tak sengaja fokus lebih pada hidup orang.

Pengalaman berkawan sewaktu bekerja dahulu. Diah dikenali kawan-kawan dengan orang yang selalu “di hadapan”. Semua perkara Diah kena ambil tahu disebabkan tuntutan kerja.


mental-health-issue

Sikap Ambil Tahu Semua Perkara

Sikap kena tahu semua benda walaupun tak tahu keseluruhan topik pun dah mencukupi waktu tu. Terbawa-bawa sifat tu dalam kehidupan peribadi.

Pernah kawan-kawan label Diah sebagai wartawan, sebab bila berborak semua perkara yang mereka bincangkan Diah tahu.

8 Ciri-Ciri Anda Seorang Perfectionist

Sama ada Diah pernah alami sendiri, pernah baca di portal, baca di surat khabar mahupun dengar pengalaman hidup orang lain.

Awalnya bila kawan label diri ni wartawan rasa macam biasa je tapi lama kelamaan perkataan tu buat Diah terluka dalam diam.

Adakah dia nak cakap Diah ni kepochi atau mulut tempayan atau sibuk tepi kain orang semua benda nak borak dan beri pendapat.

Kena ingat, hidup dalam dunia ni bukan semua orang akan suka kita.  Itu normal. Pergi kepada mereka yang terima kita. 


self-care-is-a-must


Ya bila berada dengan kawan-kawan rapat Diah akan jadi sangat ramah, suka buat lawak dan sebab rasa selesa Diah mudah terkeluar track perangai tu. 

Tapi begitulah hidup. Bukan semua orang akan suka dan selesa dengan kita. Lesson learn. Secara peribadi bagus sangat kalau kita cakna tentang isu semasa tapi kita kena pandai kawal dan gunakan maklumat kita tahu sebaiknya.

 

Kesimpulan

Latih diri supaya fokus pada diri sendiri bukan hidup orang. Ianya kemahiran yang setiap orang perlu kuasai dalam hidup. Sibukkan diri dengan fikir tentang diri sendiri. Put your life as priority not others.