Review Sambal Ready To Eat Tempoyak Petai

Kalau dah namanya suka makan, memang kalau lalu je video makanan mesti hati meronta-ronta nak beli. Dasar nafsu makan payah nak kawal.

Sama la kisahnya dengan Sambal Ready To Eat Tempoyak Petai by Pakar Pes yang Diah beli dari TikTok Shop.

Dulu dah pernah beli Sambal Nyet Berapi - Khairul Aming tapi malangnya rasa dia tak menepati sangat dengan selera Diah.

Review Sambal Nyet Berapi - Khairul Aming


Sambal-petai-telur-mata


Review Sambal Ready To Eat Tempoyak Petai

Ingatkan insaf la tak mahu beli lagi sambal di TikTok tapi tidak ya. Terjebak lagi. Sampai dua jenis Diah beli. 

Nak jimat postage dan rebut voucher. Sebab tu beli dua botol terus. Sambal Hijo Petai dan Sambal Tempoyak Petai.

Terpengaruh sebab Diah memang hantu petai dan tempoyak. Sebelum beli dah terbayang sedapnya kalau makan dengan nasi putih panas.


Sambal-Hijo-Petai


Terpengaruh lepas tengok Live TikTok, penjual dia Perempuan Melayu gigih timbang sambal sambil jawab segala pertanyaan penonton.

Suka beli sambal ready to eat macam ni sebab in case malas nak masak memang goreng ayam, dan makan dengan ulam je. Senang hidup.


sambal-tempoyak-petai


Memandangkan sambal dari Pakar Pes dapat banyak review yang bagus lagi la semangat nak cuba. Pakar Pes ada jual sambal Hijo dan sambal Merah.

Tahap kepedasan pula, ada yang kurang pedas dan betul-betul pedas. Kalau sambal warna merah dia panggil Sambal Ketagih.

Jadi seronok sebab banyak pilihan untuk pembeli. Nak tambah tempoyak, atau tanpa petai, nak yang pedas atau kurang pedas semua boleh.

 

Review Sambal Tempoyak Petai & Sambal Hijo Petai

Untuk cubaan kali pertama Diah beli Sambal Hijo Kurang Pedas. Eh dah tua tak sanggup / tak tahan makan benda pedas.

Berat 150gram berharga RM19.90. Diah pilih sambal yang ada petai jadi sedikit mahal lah. Beli juga Sambal Tempoyak Petai, 150gram berharga RM20.90.

Perkara utama perlu dipuji adalah cara pembungkusan oleh penjual. Dia guna Inflatable Air Bubble Wrap jadi botol selamat dari tekanan.


sambal-pakar-pes


Botol elok tak pecah weh. Minyak pon tak terkeluar dari penutup botol. Diah bagi 5 bintang untuk pembungkusan dan botol.

Sambal Hijo tu Diah makan dengan nasi putih panas. Makan juga bersama telur mata. Cukup rasa semua. Masin dan pedas.


sambal-hijo


Petai dia pun besar. Tak lembik dan masih rasa crunchy tapi tak fresh macam petai segar. Faham jadi boleh diterima.

Untuk Sambal Tempoyak Petai pula, Diah suka kena dengan tekak cuma masa awal-awal makan tu rasa pelik sikit.


sambal-tempoyak


Selama ni makan tempoyak fresh, bila dapat yang dah jadi sambal dia macam terperanjat sikit. But overall suka je. Serius berbaloi beli sebab selalu jadi penyelamat bila tak tahu nak masak apa.

 

Nak beli Sambal Ready To Eat Dekat mana?

Untuk yang nak mudah beli sahaja di Shopee.

Boleh guna link ni ya – Sambal Hijo Petai Tempoyak 

 

Secara Keseluruhan, kalau korang sejenis suka kan sambal ready to eat dan terbuka nak cuba pelbagai jenis sambal boleh lah consider Sambal dari Pakar Pes.

Aktiviti Awal Muharram – AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre

Semalam merupakan cuti umum sempena Awal Muharram. Beruntungnya tinggal di Malaysia yang banyak hari cuti.

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1445H kepada semua pembaca blog dan yang mengenali Diah.

Jadi semalam kami ke AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre. Ramai orang tapi masih selesa nak bergerak bebas.

Cuti -Awal-Muharram


Tujuan utama nak ambil Topvalu PR Gift. Sebelum tu dah whatsapp PIC (Person In Charge) dan dia suruh ke bahagian Customer Service.


AEON Topvalu PR Gift



Aktiviti Awal Muharram – AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre

Ini merupakan pertama kali anak-anak dan suami datang AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre. Diah pula kali kedua. Weh kagum datang sini.

Ingat tak Diah pernah kongsi, Diah ada sertai AEON Content Gempak Search 2023 Competition. Ha dekat sini lah tempat pitching session tu berlaku. 

Tapi waktu tu tiada kesempatan nak pusing dalam AEON Mall ni. Semalam bila pusing-pusing memang terasa besar sangat mall ni.

Pendek kata semua barang ada dan banyak pilhan. Suka datang sini sebab banyak pilihan kasut, baju kerja yang cantik. Rekaan baju dan perabot terkini dan moden.


Jalan-Jalan AEON Mall Taman Maluri

Selain tu banyak tempat makan. Semalam siap pakej sesat ya. Bila dah jalan tu baru tahu AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre ni banyak tempat makan.

Food court dia besar dan ada di beberapa level. Ada juga food court khas untuk orang Cina. Jadi kalau datang sini memang tiada masalah nak cari makanan.

Purata harga makanan pun masih di tahap yang mampu bayar. Memang selesa. Patutlah ramai kawan-kawan dan saudara suka datang sini.

Kalau datang AEON, memang kena makan D'Laksa. Setakat ni tak boleh lawan lagi dekat AEON WangsaMaju. Susah nak terangkan tapi dekat situ lebih kena dengan tekak. 


dlaksa



Suami dah cakap akan datang lagi di masa depan. Kumpul duit dulu baru seronok nak membeli belah. Anak-anak macam biasa, keluar rumah pun dah gembira.

Semalam aktiviti kami cuma keluar ambil barang, makan dan kemudian balik rumah. Itu pun terasa penat sangat.




Dengan cuaca yang tak menentu memang cepat jatuh sakit. Siang tu Diah okay je masih boleh keluar dan bergembira.

Elok masuk je waktu Isyak terus badan rasa tak selesa. Hidung berair dan asyik lah terbersin. Badan terasa seram sejuk dan malam tu tidur pakai stoking sampai ke pagi.

Alhamdulillah pagi ini beransur sihat. Anak-anak pula cuma suhu badan agak naik tapi lepas berehat, suhu jadi stabil. Waktu sekarang memang kena jaga sangat pemakanan dan kesihatan.

 

Tekak Craving Nak Makan Sushi King

Hari tu lepaskan hajat tekak craving nak makan Sushi King. Rasa macam lama sangat dah tak makan dan paling terliur bila teringat Raw Norwegian Salmon Sushi King.  

Perah lemon dan cicah pula dengan Nitsume (kicap manis). Adoi sedapnya. Diah tak minat sangat Wasabi sebab tak suka rasa pijar wasabi tu. 

Kebetulan hari tu ada urusan dekat luar, terus ajak anak ke Sushi King untuk lunch. Kiranya Sushi King date dengan anak bongsu. Setakat ni semua anak-anak mewarisi perangai suka Sushi. Suami memang tak makan.


Makan-Sushi-King


Tekak Craving Nak Makan Sushi King

Suami tak boleh telan / bau rasa seewed tu. Hilang satu nikmat dunia. Walaupun dia tak makan tapi dia pernah je teman kami anak beranak makan.

Suami akan pesan Tempura. Anak-anak pula lebih suka pilih Sushi dari Sushi belt. Dulu waktu masih bekerja, Diah ada geng makan Sushi.

Pantang ada Bonanza pasti kami akan pergi makan sama-sama. Dulu seronok je makan Sushi King Sunway Pyramid.

Masak Takoyaki dekat Sushi King

Tapi perasan tak sekarang Sushi King dah tak seronok macam dulu. Dari segi kualiti makanan dan servis memang hauk ya.


Dine In Di Sushi King Setapak Central 

Tak boleh expect much. Macam branch yang Diah makan ni di Setapak Central. Restoran buka pukul 11 pagi, tapi dah buka pun tak boleh masuk. Katanya 12.15 atau 12.30 tengahari baru boleh dine in.

Sedikit hampa tapi sebab dah janji dengan anak jadi kita turutkan saja. Servis, kualiti makan bagi Diah sedang-sedang saja.

Nasib crew dia ok ramah. Senyum je melayan permintaan kita. 

Dessert Mochi Sushi King


Menu Sushi King 

Banyak juga kami pesan. Ambil Rice Combo dalam tu ada nasi, miso sup dan chawanmushi. Sebenarnya makan ni je pon dah kenyang.


Rice-Combo-Sushi-King


Miso sup tak menepati tekak. Memang betul la, lain branch lain rasa Miso sup. Chawanmushi tu telur kukus. Dalam tu dia letak crab stick dengan isi ikan. Sedap makan dengan kicap. 


chawanmushi-sushi-king


Diah pesan juga Spicy Norwegian Salmon Carpaccio. Hirisan Raw Norwegian salmon, spicy mayonnaise, Japanese spicy flakes and vegetables with wafu dressing.


spicy-Norwegian-Salmon-Carpaccio


Perah lemon dan makan dengan hirisan timun. Rasa masam, lemak, manis meletus dalam mulut. Tidak terlalu pedas. Tapi makan macam ni tak rasa sangat Salmon tu. Salmon pun tak fresh sangat.


spicy-Norwegian-Salmon-Carpaccio-sushi-king


Elok ambil Salmon Sashimi kalau suka Salmon. Airis macam biasa akan makan Ebiko. Makan juga Golden Ball. Patutnya tak ambil sebab bila makan rasa muak sangat.

Telur rebus yang disalut dengan bread crumb dan digoreng. Kemudian topping dia adalah crabstick yang dihancurkan bersama mayonis.


Golden-Ball


Ambil juga Salmon Rose. Entah tak tahu apa nama dia. Memang padu. Gabungan mayonis dengan Salmon tu kena. Oh ye, dari segi tekstur dan rasa mayonis untuk Sushi berbeza dengan mayonis letak dalam burger tu.  


Salmon-Rose-Sushi-King


Waktu kami makan tu kami berdua je dalam restoran. Tiada orang sebab masih terlalu awal dan kami pergi tu hari bekerja. Aman tapi rasa tak seronok sangat sebab Salmon tak memenuhi kehendak.

Korang yang sellau makan Sushi King kalau area Klang Valley selalu makan dekat mana? Atau kat mana nak makan Sushi sedap tolong beritahu ya.

 

Telur Sotong & Strawberry Milkshake - Pasar Tani Taman Melawati

Setiap kali hujung minggu, hari Sabtu adalah hari paling dinanti sebab nak pergi Pasar Tani Taman Melawati.

Tempat kami beli bahan mentah termasuklah seafood, ulam-ulaman, buah dan sayuran kampung. Juga jadi tempat kami beli Ikan Patin Sangkar Sungai Temerloh.

Makan Ikan Patin dekat Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak


pasar-tani-taman-melawati

Macam-macam ada sampai rambang matalah nak beli apa. Nampak orang jual Belangkas yang tak mungkin kami beli, sebab tak pandai masak. 

Ikutkan harga barang jika dibandingkan dengan Pasar Pudu memang jauh bezanya. Tetapi sebab selesa dan jarak lebih dekat dengan rumah, jadi kita pejam mata sajalah.


belangkas


Telur Sotong & Strawberry Milkshake - Pasar Tani Taman Melawati

Jika ke Pasar Tani, sebolehnya Diah akan bawa anak-anak. Semestinya tujuan utama nak beri pendedahan awal.

Pasar tani ni ibarat kamus sebenar untuk anak-anak. Seronok tengok keletah bila masing-masing teruja nampak hasil laut yang selama ni nampak dalam televisyen sahaja.

Biasakan juga untuk anak-anak kenal sayur dan ikan supaya mudah nanti boleh mama berehat je dekat rumah. Anak-anak la tolong belikan. Ini berangan ya. 


Araska-Cameron-Highlands


Strawberry Milkshake Araska Cameron Highlands

Kalau korang peminat minuman Milkshake atau susu kocak, korang patut cuba Strawberry Milkshake dari Araska Cameron Highlands.

Memang padu. Puas hati sangat. Setiap kali Diah ke Pasar Tani Taman Melawati memang tak sah kalau tak beli.

Rasa milkshake dia seimbang. Tak terlalu manis dan rasa susu dia pun cukup. Oleh sebab milkshake Strawberry dia gred A jadi memang ketagih.


Milkshake-Strawberry


Dijual pada harga RM5 satu cup. Dalam tu dia letak ketulan buah Strawberry fresh dan ada juga isi  yang dilenyek macam jem. 

Susah pula nak explain tapi gabungan masam Strawberry dengan lemak manis susu tu yang jadikan Milkshake tu sedap. 

Milkshake atau susu kocak ni sejenis minuman manis dan sejuk yang diperbuat daripada susu, aiskrim dan perasa atau pemanis seperti sirap buah atau sirap coklat.

Biasa di jual dekat restoran fast food. Pernah cuba dekat kedai lain tapi gagal nak habiskan sebab terlalu manis.


Milkshake-Araska-cameron-highlands


Selain milkshake, dekat gerai dia jual produk popular dari Cameraon seperti buah Strawberry, jagung susu, Sambal Strawberry Ikan Masin, serta manisan berasaskan Strawberry.

Tertarik nak cuba Susu Jagung tu. Next time kita cuba. Entah bila lah nak repeat petik Strawberry dekat Genting. 


jagung-susu-cameron-highlands


Oh kalau info dekat Facebook mereka aktif buka booth sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Follow je Facebook Araska Cameron Highlands 


Cari Telur Sotong Katak

Pernah makan Telur Sotong Masak Kari dekat Restoran Kari Kepala Ikan Taman Melawati dan sampai sekarang teringat-ingat kesedapan dia.

Tekstur Telur Sotong tu berbiji-biji macam Telur Ikan tu. Berbeza dengan tekstur Pekasam telur yang pernah Diah makan.

Sejak dari tu memang mencari lah Telur Sotong tu. Tapi tak jumpa weh. Rezeki bila pergi hari ni, telur sotong tu ada.

 

Telur-Sotong-Goreng

Sebelum ni kerap juga Diah beli Telur Sotong yang tekstur dia lembut, warna putih tu. Kami suka goreng kunyit dengan kaun Kari.

Weh mula-mula tak cam itu telur sotong sebab warna dia merah. Dalam otak fikir mesti telur ikan. Bila tanya penjual rupanya itu telur sotong katak.  

Tengoklah gambar dia berbiji. 

Telur Sotong Katak

Pertama kali cuba jadi Diah buat goreng kunyit campurkan dengan rempah apa yang ada dekat dapur kemudian salut dengan tepung bestari. 

Salut nipis tanpa campur air. Biar goreng tak meletup dalam kuali. Menjadi teknik tak meletup tu dan yang penting sedap.


Hasil tangkapan Pasar tani; kami beli ketam permintaan anak bongsu, beli juga petai. Rasanya musim petai berbuah agaknya. ramai jual petai.

Suami teringin nak makan pucuk paku goreng belacan jadi beli juga dua ikat. Nampak Bayam Brazil beli juga.


Bayam-Brazil


Niat nanti nak tanam dekat rumah. Ikut apa emak ajar, Bayam Brazil ni mudah nak hidup. Cucuk je batang dia InshaAllah kalau selalu siram hidup la dia.

Memang seronok ke Pasar Tani cuma kena selalu beringat. Memang boleh habis beratus ye datang sini. Nak pula harga barang sekarang semua mahal.