Beli Barang Sukan Murah Di Decathlon

Hujung minggu sudah, kami ke Decathlon yang terletak di Bandar Sri Damansara. Rancangan awal nak singgah Decathlon dalam KL East Mall je, tapi mall penuh dengan orang awam dan kena berebut parking.

Malas buang masa terus waze dan pecut ke Decathlon Bandar Sri Damansara. Keputusan yang tepat sebab pengalaman membeli belah di sana lebih selesa dan banyak pilihan.


raket-badminton


Beli Barang Sukan Murah Di Decathlon

Tujuan asal ke sini nak tunaikan permintaan anak-anak nak beli baju renang dan Diah nak cuci mata tengok dumbbell. Hobi baru sekarang nak tambah alatan senaman dekat rumah.

Sebelum tu kami ke kedai DIY nak beli dumbbell tapi rasa macam tak berbaloi dengan pilihan dan kualiti dumbbell dekat sana.

Pendek kata kalau nak cari barangan rumah boleh pergi IKEA, kalau nak cari barangan sukan pergilah Decathlon.

Berjaya jumpa baju renang yang kami nak. Suka dengan material dia. Sesuai dengan harga. Baju ni kalau basah tak berat dan kulit boleh bernafas. 


swimming-suit-Decathlon

Bahagian dalam dia tu kain baldu. Lembut dan selesa bila anak-anak pakai. Baju renang ni jenama Nabaiji. 


Baju-renang-Decathlon


Decathlon Syurga Dunia Barangan Sukan

Siapa yang pernah sampai sini tahulah keluasan tempat ni. Decathlon Bandar Sri Damansara ni umpama ‘syurga’ dunia barang-barang sukan.

Besar ya tempat dia, ada dua tingkat dan hampir semua peralatan sukan ada dekat sini. Diah tak sempat tawaf jadi singgah di bahagian tertentu sahaja.

Dari segi kemudahan parking pon banyak. Boleh parking di valet parking atau dalam bangunan (basement). Sediakan kad Touch N Go je.

Apa yang seronok dekat sini adalah range harga alatan sukan bermula dari harga mampu milik sehingga harga kayangan untuk jenama yang popular.

Selain tu, sebelum nak beli pelanggan boleh pegang dan cuba display yang disediakan. Konsep dia memang kena sentuh dan cuba baru dapat buat keputusan yang tepat nak pilih alatan sukan yang sesuai.


kettle-bell


Niat Cuci Mata Tapi Teracun Akhirnya

Waktu melangkah masuk ke Decathlon masih yakin tak akan teracun barang sukan yang lain. Ingatkan suami juga supaya tegur kalau Diah hilang kawalan.

Pesanan untuk yang lain juga, kalau masuk sini, hati-hati ya takut hilang ingatan tujuan asal nak beli barang sukan apa.

Betul sangkaan suami, akhirnya Diah tergoda dengan banyak benda. Rancangan awal nak beli Dumbbell. 

Sampai je sini tukar terus ye. Berjaya beli Kettle Bell seberat 6KG berjaya dibeli dan juga Boxing set (Gloves & pad).


boxing-start-Decathlon


Set-boxing-Decathlon


Anak-anak pula minta raket badminton. Masing-masing pujuk abah dia untuk beli dengan alasan guna duit raya masing-masing.

Harga pun tidak mahal mana, RM19 satu raket badminton beginner. Kira okay lah. Dekat sini korang boleh customize / baiki net raket badminton.

Kebetulan waktu Diah pilih raket nampak staff Decathlon sedang layan pelanggan dan guna mesin khas untuk baiki jaring raket.

Staff dekat sini pun mesra alam. Tak lokek senyuman dan tak kekwat. Ada soalan atau tak jumpa alatan sukan yang dicari tanya saja mereka. Puas hati dapat datang ke sini.

Jadi korang yang nak beli basikal, skate board, roller blade, Alatan Golf, badminton, pelbagai jenis bola dan pakaian sukat dari hujung rambut hingga hujung kaki semua ada di sini.

Lagi satu cara pembayaran adalah layan diri menggunakan debit / kredit kad dan dah maju ya. Hanya masukkan barang ke dalam tempat yang disediakan dan automatik mesin akan detect harga barang tu. 

Jadi memang laju la masing-masing dan tak perlu beratur. 


Barang-Sukan-Murah-Di-Decathlon


Nak datang sini waze sahaja alamat di bawah.

 

M2-G-01, 8Trium, Jalan Cempaka SD12/5,

Persiaran Kenanga, Bandar Sri Damansara, 

52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Website: www.decathlon.my

Facebook: Decathlon Malaysia

 

Turkish Delight Manisan Terkenal Dari Turkiye

Selain dari Baklava, Turkish Delight merupakan antara manisan yang popular di Timur Tengah. Turkish delight pula ada banyak jenis. Kebiasaan yang orang jual adalah jeli berbentuk segi empat. Diperbuat daripada jeli dan gula.

Ada juga Turkish Nougat. Makanan tradisi, resipi tradisional Turki. Rasa dia memang manis boleh potong kaki. Kalau dekat Malaysia, kita ada dodol dan wajik yang sama level manis dia. Kunafa juga tak ketinggalan dan jadi favourite kami sekeluarga. 

Kalau siapa pernah ke Aeon Big Wangsamaju, ada satu kawasan khas menjual manisan Turkiye di pintu masuk utama. Dulu kemain payah nak jumpa, sekarang dah banyak kedai Arab yang jual.

Makan Nasi Arab Sedap - Paradise Reyan


Turkish-Delight


Turkish Delight Manisan Terkenal Dari Turkiye

Setiap kali lalu pasti akan terpegun melihat manisan yang tersusun kemas dalam bekas kaca. Cantik sangat. Harga dia kalau tak silap RM12 untuk 100gram.

Oh manisan yang Diah cuba kali ini ialah Turkish Nougat. Diperbuat daripada kekacang, telur putih, gula, dan juga buah kering.

Hari tu kami adik beradik berkumpul di rumah abang yang sulung. Buat makan-makan sempena menyambut dia pulang dengan selamat selepas hampir sebulan lebih bertugas di Turkiye.

Makan Nasi Arab di Qasar Balqis

Dia la berikan Turkish Delight sebagai buah tangan dari sana. 


Turkish-Delight-turkish-Nougat


 

Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Turkiye 2023

Masih ingat lagi bencana alam gempa bumi yang melanda Turkiye beberapa bulan yang lepas? Malaysia antara negara yang turut sama turun padang dalam menghulurkan bantuan kepada Negara Turkiye.

Abang Diah adalah antara anggota Tentera Malaysia yang terpilih untuk menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Turkiye 2023.

Waktu dia beritahu dia terlibat awalnya perasaan kami bercampur baur. Berat hati nak merelakan, ibarat menghantar abang ke medan perang lah kiranya.

Isteri dan anak-anak dia lagi lah sedih. Tetapi demi tugas dan demi tanggungjawab dia pergi juga. Tambahan pula dia graduate dari Universiti di Turkiye.

Lama dia belajar di sana. Jadi kira macam membalas jasa, pulang semula tempat dia kenal erti hidup. Kawan-kawan dia pun ramai dekat sana.


Pistachio-Turkish-Nougat


Rasa Sebenar Turkish Nougat

Kalau nak tahu, rasa Turkish Nougat ni manis berlemak. Lapisan luar dia disalut dengan gula dan juga aneka topping seperti Kacang badam, Pistachio, coklat, kacang tanah, buah delima, Oreo dan banyak lagi.


red-velvet-Turkish-Nougat


Katanya topping paling terkenal ialah kelopak bunga Mawar, tapi bukan semua orang boleh terima bau bunga Mawar sebagai Manisan.


oreo-Turkish-Nougat


Isi dia pula nougat yang dicampur dengan kacang Pistachio. Tak boleh makan banyak-banyak sekali gus. Kira ngam la rasa lemak, manis dan rangup kacang.

Makan Turkish Nougat ni boleh jadi ketagih sebab isi dia kenyal dan rangup Pistachio meletus dalam mulut. Jadi asyik sangat.


Review Sambal Ready To Eat Tempoyak Petai

Kalau dah namanya suka makan, memang kalau lalu je video makanan mesti hati meronta-ronta nak beli. Dasar nafsu makan payah nak kawal.

Sama la kisahnya dengan Sambal Ready To Eat Tempoyak Petai by Pakar Pes yang Diah beli dari TikTok Shop.

Dulu dah pernah beli Sambal Nyet Berapi - Khairul Aming tapi malangnya rasa dia tak menepati sangat dengan selera Diah.

Review Sambal Nyet Berapi - Khairul Aming


Sambal-petai-telur-mata


Review Sambal Ready To Eat Tempoyak Petai

Ingatkan insaf la tak mahu beli lagi sambal di TikTok tapi tidak ya. Terjebak lagi. Sampai dua jenis Diah beli. 

Nak jimat postage dan rebut voucher. Sebab tu beli dua botol terus. Sambal Hijo Petai dan Sambal Tempoyak Petai.

Terpengaruh sebab Diah memang hantu petai dan tempoyak. Sebelum beli dah terbayang sedapnya kalau makan dengan nasi putih panas.


Sambal-Hijo-Petai


Terpengaruh lepas tengok Live TikTok, penjual dia Perempuan Melayu gigih timbang sambal sambil jawab segala pertanyaan penonton.

Suka beli sambal ready to eat macam ni sebab in case malas nak masak memang goreng ayam, dan makan dengan ulam je. Senang hidup.


sambal-tempoyak-petai


Memandangkan sambal dari Pakar Pes dapat banyak review yang bagus lagi la semangat nak cuba. Pakar Pes ada jual sambal Hijo dan sambal Merah.

Tahap kepedasan pula, ada yang kurang pedas dan betul-betul pedas. Kalau sambal warna merah dia panggil Sambal Ketagih.

Jadi seronok sebab banyak pilihan untuk pembeli. Nak tambah tempoyak, atau tanpa petai, nak yang pedas atau kurang pedas semua boleh.

 

Review Sambal Tempoyak Petai & Sambal Hijo Petai

Untuk cubaan kali pertama Diah beli Sambal Hijo Kurang Pedas. Eh dah tua tak sanggup / tak tahan makan benda pedas.

Berat 150gram berharga RM19.90. Diah pilih sambal yang ada petai jadi sedikit mahal lah. Beli juga Sambal Tempoyak Petai, 150gram berharga RM20.90.

Perkara utama perlu dipuji adalah cara pembungkusan oleh penjual. Dia guna Inflatable Air Bubble Wrap jadi botol selamat dari tekanan.


sambal-pakar-pes


Botol elok tak pecah weh. Minyak pon tak terkeluar dari penutup botol. Diah bagi 5 bintang untuk pembungkusan dan botol.

Sambal Hijo tu Diah makan dengan nasi putih panas. Makan juga bersama telur mata. Cukup rasa semua. Masin dan pedas.


sambal-hijo


Petai dia pun besar. Tak lembik dan masih rasa crunchy tapi tak fresh macam petai segar. Faham jadi boleh diterima.

Untuk Sambal Tempoyak Petai pula, Diah suka kena dengan tekak cuma masa awal-awal makan tu rasa pelik sikit.


sambal-tempoyak


Selama ni makan tempoyak fresh, bila dapat yang dah jadi sambal dia macam terperanjat sikit. But overall suka je. Serius berbaloi beli sebab selalu jadi penyelamat bila tak tahu nak masak apa.

 

Nak beli Sambal Ready To Eat Dekat mana?

Untuk yang nak mudah beli sahaja di Shopee.

Boleh guna link ni ya – Sambal Hijo Petai Tempoyak 

 

Secara Keseluruhan, kalau korang sejenis suka kan sambal ready to eat dan terbuka nak cuba pelbagai jenis sambal boleh lah consider Sambal dari Pakar Pes.

Aktiviti Awal Muharram – AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre

Semalam merupakan cuti umum sempena Awal Muharram. Beruntungnya tinggal di Malaysia yang banyak hari cuti.

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1445H kepada semua pembaca blog dan yang mengenali Diah.

Jadi semalam kami ke AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre. Ramai orang tapi masih selesa nak bergerak bebas.

Cuti -Awal-Muharram


Tujuan utama nak ambil Topvalu PR Gift. Sebelum tu dah whatsapp PIC (Person In Charge) dan dia suruh ke bahagian Customer Service.


AEON Topvalu PR Gift



Aktiviti Awal Muharram – AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre

Ini merupakan pertama kali anak-anak dan suami datang AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre. Diah pula kali kedua. Weh kagum datang sini.

Ingat tak Diah pernah kongsi, Diah ada sertai AEON Content Gempak Search 2023 Competition. Ha dekat sini lah tempat pitching session tu berlaku. 

Tapi waktu tu tiada kesempatan nak pusing dalam AEON Mall ni. Semalam bila pusing-pusing memang terasa besar sangat mall ni.

Pendek kata semua barang ada dan banyak pilhan. Suka datang sini sebab banyak pilihan kasut, baju kerja yang cantik. Rekaan baju dan perabot terkini dan moden.


Jalan-Jalan AEON Mall Taman Maluri

Selain tu banyak tempat makan. Semalam siap pakej sesat ya. Bila dah jalan tu baru tahu AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre ni banyak tempat makan.

Food court dia besar dan ada di beberapa level. Ada juga food court khas untuk orang Cina. Jadi kalau datang sini memang tiada masalah nak cari makanan.

Purata harga makanan pun masih di tahap yang mampu bayar. Memang selesa. Patutlah ramai kawan-kawan dan saudara suka datang sini.

Kalau datang AEON, memang kena makan D'Laksa. Setakat ni tak boleh lawan lagi dekat AEON WangsaMaju. Susah nak terangkan tapi dekat situ lebih kena dengan tekak. 


dlaksa



Suami dah cakap akan datang lagi di masa depan. Kumpul duit dulu baru seronok nak membeli belah. Anak-anak macam biasa, keluar rumah pun dah gembira.

Semalam aktiviti kami cuma keluar ambil barang, makan dan kemudian balik rumah. Itu pun terasa penat sangat.




Dengan cuaca yang tak menentu memang cepat jatuh sakit. Siang tu Diah okay je masih boleh keluar dan bergembira.

Elok masuk je waktu Isyak terus badan rasa tak selesa. Hidung berair dan asyik lah terbersin. Badan terasa seram sejuk dan malam tu tidur pakai stoking sampai ke pagi.

Alhamdulillah pagi ini beransur sihat. Anak-anak pula cuma suhu badan agak naik tapi lepas berehat, suhu jadi stabil. Waktu sekarang memang kena jaga sangat pemakanan dan kesihatan.