Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah

Semalam dari pagi hingga jam satu petang berada di sekolah sebab bantu cikgu mewakili PIBG sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Tahun 2023.

Balik dari sekolah tu terus rasa nak demam. Penat sangat dan cuaca amatlah panas. Macamana cikgu-cikgu boleh bertahan ya?

Dengan cuaca, aktiviti sekolah yang padat, ragam anak-anak lagi. Tepat pilihan diri ini untuk tak teruskan cita-cita menjadi seorang guru.


Sambut-Hari-Kanak-Kanak-Di-Sekolah


 

Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah

Bila imbas semula, dulu waktu sekolah rendah pernah bercita-cita nak jadi cikgu sekolah. Entah itu atas sebab minat atau ikut kawan sebelah agaknya.

Doktor, Cikgu, dan Polis antara cita-cita pilihan waktu kecil dan paling banyak ditulis dalam karangan. Senang nak menulis sebab boleh bayangkan bidang kerja tu macamana.

Naik sekolah menengah, cita-cita Diah masih kabur. Tapi masa tu dah berangan nak kerja dalam pejabat jadi ada pendingin hawa dan jadi ketua.

Pengaruh drama dekat televisyen. Dalam drama Nampak gah kalau kerja dalam pejabat. Jadi, tercapai sudah cita-cita waktu kecil.

 


Tema Hari Kanak-Kanak - Cita-Cita

Berbalik kepada cerita sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah. Tema tahun ini adalah “Cita-Cita”. Cikgu galakkan anak-anak hadir dengan berpakaian mengikut tema.

Tidak ada paksaan, nak pakai baju sekolah pun boleh. Pakai baju biasa pun boleh asalkan sopan. Kasut pula kena pakai yang bertutup.

Untuk anak-anak siapkan awal kami beli costume Polis dari kedai mainan MRToy di AEON BiG Wangsa Maju. Cari apa yang ada supaya anak-anak rasa teruja cukuplah.


Sambutan-Hari-Kanak-Kanak-Di-Sekolah


Kadang-kadang terfikir juga untuk ibu bapa yang tidak berkemampuan, kesiankan anak-anak. Tapi Alhamdulillah sekolah sentiasa peka, setakat ini belum ada isu murid rasa terpinggir.

Sambutan meriah tapi perjalanan majlis agak padat. Ikutkan dalam tentatif program ada pemberian Anugerah Murid tapi terpaksa ditangguh sebab tak sempat.


tema-Hari-Kanak-Kanak-Sekolah


 

Sumbangan Hadiah Untuk Lucky Draw

Kisahnya seminggu sebelum majlis, sekolah ada minta sumbangan ibu bapa untuk hadiah ‘lucky draw’. Rezeki anak-anak banyak sangat sumbangan diterima.

Hadiah paling best semalam adalah dua buah skuter. Anak-anak PPKI yang bertuah dapat skuter tu. Paling banyak semestinya hamper dan juga set alat tulis.


kek-Hari-Kanak-Kanak


Lebih daripada separuh jumlah murid-murid yang bertuah mendapat hadiah. Ikhwan dapat Beach Towel, Raudah pula tiada rezeki.

Ikutkan Diah dan suami mana pernah bertuah bila ada Lucky Draw. Sedapkan hati selalu fikir yang masih ada orang yang lebih perlu dan layak dapat lucky draw.

Apa pun semua gembira dan tiada perkara tidak elok berlaku kecuali makanan sampai agak lewat. Perkara yang boleh dibaiki di masa hadapan.

Peringatan juga untuk diri pastikan anak-anak tidak kelaparan dan sarapan siap-siap dari rumah.

Acara paling seronok semalam adalah persembahan Clown dan juga gerai Aiskrim. Memang riuh rendah suara anak-anak terhibur.

 

anugerah-tokoh-Hari-Kanak-Kanak-Sekolah



Anugerah SUIT (Sahsiah Unggul Insan Terbilang)

Ikutkan sepatutnya ada juga acara penyampaian Anugerah SUIT. Pertama kali dengar dan pertama kali juga sekolah war-warkan.

Anugerah SUIT ada tiga; Kehadiran, Penampilan Bersih dan Sahsiah Terpuji. Kriteria dan pemilihan semua cikgu yang buat.

Semestinya berdasarkan pemerhatian oleh guru kelas. Ikutkan dah lama SUIT wujud, tapi sekolah baru je berjinak-jinak nak perkenalkan anugerah ni.

Nak baca tentang SUIT supaya lebih faham boleh rujuk sini - Apa itu SUIT

Raudah dan Ikhwan terpilih menerima Anugerah Penampilan Bersih untuk kelas masing-masing. Nak gelak pun ada.

Walaupun masing-masing langsung tak faham apa erti anugerah tu yang penting naik pentas terima sijil.


sijil-tokoh-Hari-Kanak-Kanak-Di-Sekolah


Kesimpulan

Sambutan Hari Kanak-Kanak tahun ini lebih bermakna sebab dapat cipta kenangan dengan anak-anak, dapat bantu cikgu dan sebagai ibu rasa bangga dengan pencapaian anak-anak.

 

Baiki Widget Blog – Configure Blog List

Ilmu blogging baru untuk hari ini berkaitan widget – configure blog list.  Widget ni tak wajib pun letak dekat blog tapi boleh jadi sebagai tanda sokongan kepada kawan blogger yang lain.

Lagi satu, memudahkan Diah nak blogwalking kawan-kawan yang ada dalam senarai. InshaAllah akan lebih kerap drop komen lepas ni.

Semoga cita-cita tercapai la hendaknya. Amin.


cara-baiki-widget-blog-list


 

Baiki Widget Blog – Configure Blog List

Teruja nak kongsikan sebab dapat belajar trick baru walaupun tidak faham sepenuhnya lagi. Rasa puas hati bila dapat kemaskan interface blog.

Macam entri sebelum ni Diah ada buat segmen “PencarianBloglist 2024 Rodiahamir.com”. Istimewa yang terpilih akan dimasukkan dalam blog list 2024.

Hari ni dah mula perlahan-lahan balas komen dan masukkan dalam senarai widget. Masih sempat lagi kalau  korang nak join sehingga 25 Disember ini sahaja tau.

 

Configure Blog List – Detail Tak Keluar

Waktu nak configure Blog List, Diah perasan yang result akhir tak mengikut apa yang Diah set kan. Jadi hodoh sudahnya. Sakit mata memandang walaupun kecil je kesalahan dia.

Di bahagian “Show blogs” kita boleh tentukan nak paparkan maklumat seperti “Title of most recent item, icon, Snippet of most recent item, Thumbnail of most recent item dan Date of last update”.


configure-blog-list


Walaupun dah set “on” tapi maklumat tu tak keluar. Jadi macam bawah ni. Entah la ini dikategorikan bug atau bergantung kepada template blog.





Cara Baiki Widget Blog – Configure Blog List

Lepas godek beberapa tempat dan buat carian rupanya baru jumpa jawapan. Ikutkan kalau kita add bloglist dari list blog yang kita follow, widget akan detect nama blog sahaja.





Untuk buat blog paparkan maklumat yang kita pilih, kena tambah url dari macam ni; http://www.rodiahamir.com/ jadi macam ni http://www.rodiahamir.com/feeds/posts/default




Selepas tambah url feeds post dia bahagian akhir url, baru la paparan jadi macam apa yang Diah set kan sebelum ini.


configure-blog-list


Bersyukur dan seronok dapat belajar benda baru. Harap kawan-kawan dapat manfaat dari perkongsian kali ini tentang cara baiki widget blog – configure blog list.

Selamat mencuba.

 


Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com

Assalamualaikum,

 

Buat julung-julung kalinya Diah mengadakan segmen Pencarian Bloglist untuk diletakkan dalam blog. Sepanjang aktif menulis ni blog, ini kali pertama buat segmen macam ni.

Nampak ramai kawan-kawan yang dah buat jadi kita buat juga. Sambil kemaskan template blog. Harap ada yang sudi sertai.

Syarat penyertaan adalah seperti di bawah:

 

  1. Wajib ada blog.
  2. Buat satu entri bertajuk "Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com". Guna banner dalam entri ini dan link kan URL dalam entri penyertaan.
  3. Wajib letak blog http://www.rodiahamir.com dalam bloglist korang juga.
  4. Untuk yang dah sertai, boleh tinggalkan komen nanti Diah akan blogwalking.
  5. Segmen berlangsung sehingga 25 Disember 2023.

 

Jom la join!

Pencarian-Bloglist-RodiahAmir


Review Soopong – Makanan Korea Aunthentic Mesti Cuba!

Siapa suka makanan Korea mesti boleh dapat beza rasa makanan yang restoran claim mereka guna resepi origin from Korea atau tidak. 

Apa yang best restoran Korea yang ada di Malaysia ni, sesetengahnya akan adjust bahan dalam resepi ikut selera orang Malaysia. 

Bukan lah tukar resepi terus, cuma menggantikan bahan yang seakan-akan sama dengan resepi asal. Sesuaikan ikut selera tempatan. 


makan-di-sopoong-melawati-mall



Review Soopong – Makanan Korea Aunthentic Mesti Cuba!

Untuk korang yang rindu nak makan makanan Korea yang authentic, boleh ke restoran Soopong. Serius, ikut anak tekak Diah memang terasa makan makanan Korea yang asli. 

Dari segi pilihan menu Korea pun banyak sangat. Memang puas hati. Rancangan asal sebenarnya nak makan desserts, Bingsu. Ais kisar Korea lepas tu dia letak macam-macam topping dekat atas. 

Bayangkan pun dah terasa sedapnya. Nak pergi Mykori Desserts CafĂ© tapi buka pukul 2.30 petang pula. 

Restoran Sopoong ada Halal Certification.


sopoong-halal-status




Lunch di Restoran Soopong Melawati Mall

Jadi terus ajak emak dan adik ke Soopong. Kami datang pada waktu lunch hari bekerja jadi tidak la ramai sangat orang. 

Kami ke Restoran Soopong di Melawati Mall, paling dekat dengan rumah. Seronok makan kali ini sebab emak layan je selera kami. 

Bukan mudah ya nak memenuhi selera emak. Antara menu yang kami pesan: 


Jokkumi Bokkeum – Stir Fried Baby Octopus (RM24.90)

Baby octopus dia potong kecil dan tumis dengan Sos pedas (serbuk cili pedas dan bawang putih cincang). Dalam tu ada sayur (kobis, lobak, bawang). 

Set ni dapat nasi. Sedap pedas tapi Baby Octopus tu liat. Sos dia sedap, jadi ketagih nak habiskan. 


Jokkumi-Bokkeum-sopoong


Gimbap - (RM14.90)

Antara gimbap Diah suka adalah dekat Soopong. Pickled radish dalam dia yang berbeza dengan kami selalu makan dekat Dubuyo. 


Gimbap-sopoong


Japchae - Stir Fried Glass Noodles with Vegetables (RM18.90)

Suhun goreng dengan sayur, ditaburi dengan telur dadar hiris. Diterima akal rasa dia, emak yang makan dan emak suka. 

Sesuai untuk anak-anak sebab rasa manis tak pedas langsung. 


Japchae-Sopoong



Cheese Topokki – (RM21.90)

Penuh cheese, tapi kena makan cepat atau cheese akan keras. Adik yang makan, rasa okay tapi Diah tak minat Topokki sebab dia kenyal. 

Penat nak habiskan. Lenguh pipi mengunyah. 


Cheese-Topokki-sopoong



Strawberry Bingsu – (RM26.90)

Menu bingsu tidak ada setiap hari. Sedap berbaloi dengan harga. Tidak terlalu manis dan berlemak susu. Buah strawberry pun banyak. 

Dalam ais kisar ada letak mochi. Recommended. 


Strawberry-Bingsu-sopoong



Untuk minuman bagi Diah agak mahal. Air Kiwi RM10.90 (emak punya), jadi minum jelah ice water RM0.80 segelas besar. 

Ini pula side dish yang diberikan: 


banchan-sopoong



Sedap Ke Makanan Dekat Soopong? 

Sedap atau tidak sebenarnya adalah subjektif. Bergantung pada selera masing-masing. Tapi, kalau korang jenis yang suka mencuba dan sukakan Korea mesti boleh terima rasa Soopong. 


Ikut pengalaman, Diah pernah cuba beberapa restoran Korea: 

EID Korean 

Makan Di MrDakgalbi

Ayam Goreng Korea di Chicken Plus

Makan di Nene Chicken Avenue K

K Fry Urban Korean

Dubuyo


Sopoong ditubuhkan pada 2011. Sopoong bermaksud berkelah dalam bahasa Korea, kalau ikut budaya mereka memang mereka selalunya pergi berkelah. 

Kalau ada scene berkelah dalam kdrama memang teruja tengok, sebab diaorangs etting lawa sangat. Makanan pun banyak diaorang bawa dan cantik. 



Review Sopoong Aunthentic Korean Food

Pendapat adalah berdasarkan pengalaman peribadi Diah makan di Soopong Melawati Mall. Kelebihan utama mereka adalah kepelbagaian menu makanan Korea yang ditawarkan. 

Boleh bandingkan menu Soopong dengan restaurant Korea yang lain yang lebih terhad. Jadi yang nak cuba makanan Korea halal boleh cuba di sini. 

Kalau bandingkan Bingsu di Dubuyo dan di Soopong memang lebih sedap. Harga semestinya lebih mahal tapi sebab sedap jadi boleh diterima. 

Portion makanan pun banyak, jadi boleh berkongsi untuk dua orang untuk satu menu. Setakat ni setiap kali Diah pesan makanan berkuah mesti akan tapau bawa balik.