Publish Entri Blog Post Pendek

Kelemahan bila nak menulis dan update blog adalah Diah susah sangat-sangat nak tulis entri pendek. Dia rasa macam tak sempurna hidup.

Perasaan sendiri yang selalunya mendatangkan keburukkan bila jadual hidup terlalu padat. Aishhh kadang-kadang perangai macam ni yang jadikan blog bersawang.

Seterusnya akan beri kesan kepada target nak tulis banyak-banyak entri sebulan itu gagal. Menangis la di bucu katil hadap perangai sendiri.

 


Publish-Entri-Blog-Post-Pendek


Publish Entri Blog Post Pendek


Semuanya bermula dulu bila banyak baca tips dari blogger-blogger otai yang banyak kongsi tentang tip SEO. Dulu selalu dapat perkongsian SEO blog dari Saudara Hasrul Hassan.

Sekarang HH dah tak aktif menulis. Tak tahu nak follow siapa dah untuk tips SEO blog. Korang ada idea tak? drop dekat komen tau. 

Nak cantik kena buat entri yang panjang, minima 300 patah perkataan kalau tak silap. Bila dah tahu rasa rugi pula kalau tak praktik kan.

Untuk Diah pula, secara peribadi kalau menulis tu minima patah perkataan mesti nak kena buat lebih 350 patah perkataan. Terbiasa kot eh.

Bila mula menulis, otak ligat mencari tajuk untuk H1,H2,H3. Dekat situ je dah habis berapa banyak masa. Lepas tu nak kena cari gambar yang sesuai.


 

Entri-Blog-Post-Pendek



Entri Blog Panjang Tiada Siapa Baca Sampai Habis


Pernah je terfikir kalau tulis panjang lebar ada ke orang baca sampai habis. Silap hari bulan orang bosan dan tekan butang pangkah. Jadi apa ertinya menulis panjang lebar tapi orang scroll dan skip.

Ha gitu. Tapi nak sedapkan hati akan selalu fikir, menulis bukan untuk orang lain tapi keutamaan adalah untuk merawat hati.

Dari dulu lagi menulis adalah salah satu bentuk terapi untuk Diah. Menulis blog dah ada special place in my heart gitu.

Nak merentan dengan tekanan hidup lebih selesa bercerita di blog sebab boleh ulas panjang lebar. Berlainan sangat dengan status di media sosial lain.

 


Entri Pendek & Semangat Menulis


Untungnya kalau menulis entri pendek, semangat tu membuak-buak untuk menulis lagi dan lagi. Sebabnya bila berjaya diterbitkan dia rasa satu pencapaian. Lol.

Begitulah hidup seorang Rodiah ya. Benda simple macam ni pun jadi complicated dek perangai yang kadang-kadang sukar dijangka.

Nak menulis entri panjang perlukan semangat juang dan mood yang baik. Baru idea tu lancar je keluar. Jadi moving forward kita cuba minimakan perasaan bersalah kalau tulis entri pendek.

Macam entri sekarang ni, sambil mengetuk keyboard sambil tu menjeling jumlah perkataan di Word yang menghampiri 390 patah perkataan.

Korang ada masalah yang sama macam Diah? Atau tak penting pun entri panjang atau entri pendek.

 


Kesimpulan

Kita mampu merancang tapi Tuhan yang bagi keizinan. Publish entri blog post pendek tu sangat-sangat membantu di waktu kita kritikal dengan aktiviti hidup yang sibuk tapi masih perlu aktif di blog.

Doa Yang Tidak Ditolak Sepanjang Ramadan

Selamat berpuasa semua. Akhirnya bulan yang di nanti kini tiba. Macamana hari pertama puasa? Ada yang terlepas sahur? Kalau tahun sebelumnya rasa penat sangat nak prepare sahur tahun ni Diah rasa lebih relax.

Faktor usia kot kan? Lebih tenang dan siapkan awal. Minta suami support sebab rancangnya nak masak awal malam sebelum tidur dan sahur tu boleh panaskan. 

Atau boleh makan awal then sahur bangun untuk top up makan kurma dan minum air masak. Anak-anak pon bagi Kerjasama. Harap berkekalan sampai habis puasa ya. 


Ramadan-mubarak



Doa Yang Tidak Ditolak Sepanjang Ramadan


Sempena Ramadan ni jom lah kita sama-sama banyakkan berdoa memohon kepada Tuhan. Mana tahu ada doa kita yang Allah makbulkan. 

Antara amalan doa yang Diah tertarik nak kongsi yang mudah kita nak amalkan adalah doa yang dicadangkan oleh penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. 

Disokong oleh hadith di bawah: 

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. — [Riwayat Ibn Majah (1753)]. 

Kita tahu kan yang istimewanya bulan Ramadan ni adalah waktu doa yang mustajab bagi mereka yang berpuasa. 


doa-mustajab-ramadan


Doa Mustajab Di Bulan Ramadan


Kiranya 10 minit sebelum berbuka merupakan waktu yang sesuai. Jadi ada 30 hari ni kita rebut peluang dan amalkan lah. 

Doa yang dimaksudkan oleh ustaz Don Daniyal ialah; "Ashadu an la ilaha illallah, Astaghfirullah, As'alukal jannah, Wa a'uzu bika minan naar, Allahumma inna ka afuwwun tuhibbul afwa fa'fu anni."

Maksudnya: "Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan ALLAH, aku memohon keampunan daripada ALLAH, aku memohon syurga dan perlindungan daripada api neraka. Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku." style="text-align: justify;">

doa-ramadan


Boleh amalkan Doa Harian - 30 Hari Ramadan



Selamat Berpuasa – Ramadan Mubarak Untuk Semua Pembaca


Excited Ramadan Mubarak kali ini sebab tahun ni banyak benda berubah. Anak yang sulung akan masuk asrama. Daftar minggu depan ni. Jadi tak pasti perancangan macamana lagi. 

Kita ikut apa saja Allah takdirkan. Cuma diri sendiri cuba nak maksimakan peluang kaut segala nikmat pahala bulan Ramadan. 

Anak-anak pun faham sangat. Semakin membesar jadi dah tahu apa yang nak dibuat. Cuma cabaran nak kejut bangun sahur dan ke sekolah tu mencabar ya. 

Ramadan kali ni bertukar sebab semua anak-anak dah sekolah. Si abang masuk tingkatan satu, kakak dah darjah dua dan yang kecil sekali belajar di Pra Sekolah. 


Kesimpulan 

Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untuk kita semua. Mari kita manfaatkan setiap masa untuk berdoa, berbuat baik, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 


Resepi Nuget Ayam Salut Tepung

Masa buat nugget ayam ni dah rancang nak jadikan stok waktu bulan puasa nanti. Nak makan waktu sahur sebab selalunya waktu sahur tu selera hilang, susah betul tekak nak telan nasi.

Kami sekeluarga memang jenis suka kudapan ringan macam nuget jadi bila buat tu laju je habis. Macam biasa akan libatkan anak-anak untuk tolong di dapur.

Selain ajar kemahiran memasak, turunkan juga ilmu survival hidup. Senang nanti kalau dah besar kita suruh je anak-anak pula yang buat. Emak boleh cuci tangan. InshaAllah.

Sebelum ni Diah pernah kongsi Resepi Nugget Homemade tapi berbeza sedikit bahan-bahan yang digunakan dan cara masak pun lain.

 

Nuget-Ayam-Salut-Tepung



Resepi Nuget Ayam Salut Tepung

 

Kalau Resepi Nugget Homemade yang asal Diah campurkan nasi dan isi ayam di kukus tapi kali ni isi ayam Diah hanya sejuk bekukan.

Nuget jadi lebih manis sebab jus daging ayam masih ada. Nuget pun jadi lebih lembut. Dua-dua resepi sedap dan diterima baik oleh semua.

Dulu, rajin ya saya buat dan kongsi dekat blog. Boleh rujuk resepi dekat bawah:


Resepi Nuget Ayam Homemade

Resepi Sosej Daging Homemade

Resepi Corn Dog Cheese Tarik

Resepi Meatball Bolognese Cheese Leleh


Resepi-Nuget-Ayam


Bahan-Bahan Nuget Ayam Salut Tepung


Macam biasa kita main agak-agak saja berat bahan yang digunakan.


1 mangkuk isi ayam

Bawang Putih 3 ulas

Tepung jagung 1 sudu besar

Tauhu Telur

Garam

Serbuk Perasa

Bancuhan Tepung bestari (salutan)


Nuget-Ayam



 

Cara Buat Nuget Ayam Salut Tepung


Blend bawang putih, tauhu telur dan isi ayam sehingga hancur. Kemudian masuk ke dalam mangkuk. Campurkan kesemua bahan kecuali bancuhan tepung Bestari.

Nak beli blender Dessini boleh cari dekat sini 

Adun sebati dan bentukkan menjadi bentuk nuget. Nak buat bentuk lain pun boleh ikut kreativiti masing-masing.


Resepi-Nuget-Ayam-Salut-Tepung

Susun di atas dulang dan masukkan ke dalam peti sejuk beku. Biarkan nuget menjadi keras. Boleh simpan dijadikan makanan sejuk beku.

Nak goreng nuget mudah je, hanya salutkan dengan bancuhan tepung Bestari (bancuh nipis je) dan goreng ke dalam minyak panas.

Goreng sehingga keperangan. Boleh lah dihidangkan.

 

Selamat mencuba korang!

 


Jeruk Nise Kak Bong Original Kelantan

Akhirnya dapat merasa Jeruk Nise Kelate ni. Masa menaip ni pun kecur air liur terbayang kesedapan dia. Ya ampun asyik la lalu lalang video orang makan jeruk Nise tu terus beli ya.

Jeruk nise atau nama lain Jeruk Nisan (Gula Melaka) yang berwarna perang tu dijadikan kuah untuk merendam jeruk. 

Orang lain mungkin dah pernah makan Jeruk Nise lama dah agaknya tapi ini pertama kali Diah tahu tentang Jeruk Nise.

Jeruk Nise ni terkenal di Kelantan. Apa yang membezakan Jeruk Nise dengan jeruk buah-buahan ialah mereka menggunakan gula melaka atau dikenali gula 'nise' sebagai ramuan utama.


jeruk-nise-kelate




Jeruk Nise Kak Bong Original Kelantan


Selalu makan Jeruk Pak Ali je sebab dulu adik belajar di USM jadi dia selalu la beli. Sekarang ada pilihan kita cuba jeruk dari Pantai Timur pula. 

Sedapnya Jeruk Nise ni kuah dia boleh dihirup dan sedap sangat bila digandingkan dengan buah-buah yang segar. 

Biasanya buah-buahan yang masam dan rangup selalu dijadikan jeruk. Rasa manis gula nise tu kena dengan masam buah. Rasa masam, manis dan masin tu seimbang.


jeruk-buah-kakbong




Beli Jeruk Nise Kelate Secara Online


Diah beli dari seller nama dia Kak Bong. Dapat banyak review bagus jadi berani nak cuba. Beli terus tiga botol dan tak menyesal. 

Diah beli Jeruk Mangga, jeruk anggur dan jeruk Buah Bidara. Jeruk Mangga dah habis malam tadi. Dekat rumah ni, kami semua hantu jeruk kecuali anak nombor dua.


jeruk-mempelam



jeruk-anggur




Antara jeruk lain yang ada ialah asam jawa (celagi), sentul, anggur hijau, mangga, kedondon, cermai, bidara dan kundang. 

Ada dua versi; jeruk manis dan jeruk pedas. Memandangkan Diah tak tahan pedas jadi cuba yang manis. 

Next nak cuba Jeruk Asam Jawa. 



jeruk-nise-buah-bidara




Cara Penyediaan, Ketahanan Jeruk Nise Kak Bong 


Cara penyediaan jeruk Nise untuk rasa buah dan jeruk jadi lebih sedap, kena simpan terlebih dahulu di dalam peti ais. Sedap dimakan bila jeruk sejuk. 

Kalau tak sabar nak tunggu, boleh letak air batu sebelum makan. Kuah jeruk boleh di hirup. Memang sedap. 

Ketahanan Jeruk Nise Kak Bong agak lama. Boleh tahan sehingga tujuh hari pada suhu bilik. Kalau nak tahan lebih lama, kena simpan dalam peti sejuk selepas dibuka. Boleh tahan sehingga dua ke tiga bulan.



Review Jeruk Nise Kak Bong Original Kelantan


Review Jeruk Nise adalah mengikut selera anak tekak sendiri. Jadi minta baca dengan lapang dada. Yelah kan selera semua orang adalah berbeza. 

Apa yang Diah suka, Jeruk Nise Kak Bong Original Kelantan bebas Bahan Pengawet. Mereka tidak menggunakan ibu jeruk dalam resepi. 

Jadi selamat dimakan oleh orang yang ada Gastrik dan ibu mengandung. Kalau perasan, jeruk yang mengandungi ibu jeruk, kalau kita makan mesti ada rasa nak batuk. 

Buah-buahan yang digunakan segar dan rangup. Air gule nise tidak terlalu manis, kuah dia sedang elok. Ada pilihan nak versi pedas atau versi manis. 

Korang nak beli boleh cuba dengan seller ni – dekat Shopee 

Kalau ada akaun TikTok boleh follow dan beli dekat video Diah yang ni.