Jeruk Nise Kak Bong Original Kelantan

Rodiah Amir
7

Akhirnya dapat merasa Jeruk Nise Kelate ni. Masa menaip ni pun kecur air liur terbayang kesedapan dia. Ya ampun asyik la lalu lalang video orang makan jeruk Nise tu terus beli ya.

Jeruk nise atau nama lain Jeruk Nisan (Gula Melaka) yang berwarna perang tu dijadikan kuah untuk merendam jeruk. 

Orang lain mungkin dah pernah makan Jeruk Nise lama dah agaknya tapi ini pertama kali Diah tahu tentang Jeruk Nise.

Jeruk Nise ni terkenal di Kelantan. Apa yang membezakan Jeruk Nise dengan jeruk buah-buahan ialah mereka menggunakan gula melaka atau dikenali gula 'nise' sebagai ramuan utama.


jeruk-nise-kelate




Jeruk Nise Kak Bong Original Kelantan


Selalu makan Jeruk Pak Ali je sebab dulu adik belajar di USM jadi dia selalu la beli. Sekarang ada pilihan kita cuba jeruk dari Pantai Timur pula. 

Sedapnya Jeruk Nise ni kuah dia boleh dihirup dan sedap sangat bila digandingkan dengan buah-buah yang segar. 

Biasanya buah-buahan yang masam dan rangup selalu dijadikan jeruk. Rasa manis gula nise tu kena dengan masam buah. Rasa masam, manis dan masin tu seimbang.


jeruk-buah-kakbong




Beli Jeruk Nise Kelate Secara Online


Diah beli dari seller nama dia Kak Bong. Dapat banyak review bagus jadi berani nak cuba. Beli terus tiga botol dan tak menyesal. 

Diah beli Jeruk Mangga, jeruk anggur dan jeruk Buah Bidara. Jeruk Mangga dah habis malam tadi. Dekat rumah ni, kami semua hantu jeruk kecuali anak nombor dua.


jeruk-mempelam



jeruk-anggur




Antara jeruk lain yang ada ialah asam jawa (celagi), sentul, anggur hijau, mangga, kedondon, cermai, bidara dan kundang. 

Ada dua versi; jeruk manis dan jeruk pedas. Memandangkan Diah tak tahan pedas jadi cuba yang manis. 

Next nak cuba Jeruk Asam Jawa. 



jeruk-nise-buah-bidara




Cara Penyediaan, Ketahanan Jeruk Nise Kak Bong 


Cara penyediaan jeruk Nise untuk rasa buah dan jeruk jadi lebih sedap, kena simpan terlebih dahulu di dalam peti ais. Sedap dimakan bila jeruk sejuk. 

Kalau tak sabar nak tunggu, boleh letak air batu sebelum makan. Kuah jeruk boleh di hirup. Memang sedap. 

Ketahanan Jeruk Nise Kak Bong agak lama. Boleh tahan sehingga tujuh hari pada suhu bilik. Kalau nak tahan lebih lama, kena simpan dalam peti sejuk selepas dibuka. Boleh tahan sehingga dua ke tiga bulan.



Review Jeruk Nise Kak Bong Original Kelantan


Review Jeruk Nise adalah mengikut selera anak tekak sendiri. Jadi minta baca dengan lapang dada. Yelah kan selera semua orang adalah berbeza. 

Apa yang Diah suka, Jeruk Nise Kak Bong Original Kelantan bebas Bahan Pengawet. Mereka tidak menggunakan ibu jeruk dalam resepi. 

Jadi selamat dimakan oleh orang yang ada Gastrik dan ibu mengandung. Kalau perasan, jeruk yang mengandungi ibu jeruk, kalau kita makan mesti ada rasa nak batuk. 

Buah-buahan yang digunakan segar dan rangup. Air gule nise tidak terlalu manis, kuah dia sedang elok. Ada pilihan nak versi pedas atau versi manis. 

Korang nak beli boleh cuba dengan seller ni – dekat Shopee 

Kalau ada akaun TikTok boleh follow dan beli dekat video Diah yang ni.



Catat Ulasan

7Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Jeruk anggur tu lamanya tak jumpa! Kecur aih 😋

    BalasPadam
  2. pertama kali dengar
    kecur air liur bila teringat jeruk ni

    BalasPadam
  3. betul tu kdg2 mkn jeruk mesti rasa nak terbatuk sbb mcm "tajammm"

    BalasPadam
  4. busyra tak pernah makan.. nampak sedap

    BalasPadam
Catat Ulasan