Chicken Tenders By Brek-Laju

Kali pertama aku cuba chicken tenders yang famous dekat Taman Tasik Permaisuri ni ialah tahun lepas. Chicken Tenders by Brek-Laju. Waktu dia tengah viral dulu memang gerai dia sentiasa beratur panjang. Walaupun viral, tapi tidaklah aku sanggup nak join beratur. Aku tunggu biar dia suam-suam kuku dulu baru aku nak cuba. Gitu.

Setiap kali hantar Ikhwan balik asrama memang aku perasan gerai ni. Panjang je orang beratur. Gerai dia betul-betul dekat pintu gate Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS). Jalan kaki je keluar pagar sebab kawasan tu memang banyak orang meniaga makanan.

restoran-Chicken-Tenders-Brek-Laju-Taman-Tasik-Permaisuri


Chicken Tenders Viral Dekat Taman Tasik Permaisuri

Kagum juga dengan semangat owner Brek-Laju ni meniaga. Sebelum dia buka restoran, dia pernah tukar tapak meniaga beberapa kali. Kalau korang tahu, dulu dia buka tapak betul-betul depan stadium bola Kuala Lumpur, dekat tapak bazar Ramadan depan Taman Tasik Permaisuri.

Lepas tu dia ubah tapak meniaga di depan SMSS. Kawasan ni memang jadi tumpuan sebab banyak gerai makanan viral lain juga ada dekat situ. Lokasi dia pula cuma seberang jalan je dengan tapak lama.

Apa yang aku suka, walaupun Chicken Tenders by Brek-Laju ni popular, diaorang tak kekwat. Waktu beli tu elok je layan pelanggan dan pergerakan beratur pun laju. Cuma satu je, chicken tenders dia memang cepat habis, terutamanya perisa habanero.

Chicken-Tenders-Brek-Laju-Taman-Tasik-Permaisuri


Kali Pertama Cuba Beli Dekat Gerai

Tahun lepas kebetulan waktu tu baru lepas hujan lebat. Orang beratur pun tak panjang dekat gerai. Memang rezeki aku, jadi ambil peluang untuk cuba.

Itu cerita waktu dia berniaga dekat gerai. Sekarang Brek-Laju dah buka restoran sendiri. Konsep dia lebih kurang macam fast food lain. Pilihan menu masih lagi terhad, fokus utama memang chicken tenders sahaja.

menu-Chicken-Tenders-Brek-Laju


Review Chicken Tenders Brek-Laju (Restoran)

Bila dapat tahu Brek-Laju dah buka restoran, semestinya kena singgah. Lokasi restoran dia tak jauh pun dari tapak gerai lama. Satu bangunan dengan Kedai Eco Shop. Nak senang, korang waze je dan parking dekat basement. Dekat luar tepi jalan memang tak boleh park.

Susun atur dalam restoran lebih kurang macam restoran segera lain. Bersih dan selesa untuk makan. Pujian memang patut diberikan sebab kualiti chicken tenders dia tak berubah. Masih kekal sedap. Rasa dia sama macam aku beli waktu dia jual dekat gerai dulu.

Review- Chicken-Tenders-Brek-Laju


Menu, Rasa & Pilihan Sos

Isi ayam dia tebal dan tak kering. Salutan pula garing dan digoreng elok. Ada beberapa pilihan perisa iaitu asli, pedas dan habanero. Untuk sos pencicah pula, boleh pilih antara cheese, sour garlic, spicy mayo dan sweet chili.

Selain chicken tenders, ada juga menu burger dan mac & cheese. Semua tu belum sempat aku cuba sebab aku datang semata-mata nak makan chicken tenders je.

Review- Chicken-Tenders


Kami pesan perisa habanero dan asli. Untuk sos, kami ambil sour garlic dan cheese. Makan sambil lap air mata sebab habanero tu pedas. Peminat makanan pedas mungkin rasa biasa saja, tapi bagi aku memang terasa pedas dia. Rasa habanero tu tak mengecewakan, ada sedikit manis dan masih kena dengan tekak aku.

harga-Chicken-Tenders-Brek-Laju


Kesimpulan

Brek-Laju memang akan jadi salah satu tempat yang kami akan repeat bila rindu nak makan chicken fritters. Kebiasaan kami, kalau dah kena dengan selera, memang akan ulang tempat yang sama je.

Catatan Awal Tahun 2026

Assalamualaikum.

Sudah masuk tahun 2026. Rasa macam baru je semalam celebrate birthday aku di bulan November. Entri ni pula elok je aku publishkan masa tengah bulan Januari. Hai baca pun terasa penat.

Setengah bulan berlalu begitu sahaja. Aktiviti memang non-stop especially berkaitan anak-anak. Memang busy nak siapkan barang-barang sekolah. Dari awal pagi sampai ke malam, ada saja benda nak diuruskan. Rutin biasa, tak susah pun tapi benda tu kena hadap sekaligus. Itu yang rasa “hoi banyaknya kerja”.

Awal Tahun Sibuk Dengan Urusan Sekolah

Si abang macam biasa balik awal sehari sebab MPM kena bantu guru sambut kawan-kawan. Dah besar anak sulung ni, dah boleh diharap. Tapi jauh di sudut hati, dia masih lagi anak kecil mama.

Alhamdulillah, balik asrama dengan baju seluar semua siap digosok. Baju untuk prep, t-shirt rumah dan uniform sekolah. Semua suruh dia gosok awal supaya tak kelam-kabut nanti. Aku lebih suka ajar siap awal daripada kelam-kabut di saat akhir. Penat sikit tak apa, asalkan tenang.

Ahad sehari sebelum buka sekolah, datang pula ke sekoah dia untuk urusan daftar tingkatan tiga. Masa uruskan ni, aku sedar masa memang bergerak laju. Rasa macam baru je hantar dia darjah satu dulu. Sekarang dah tingkatan tiga. Diam-diam, aku belajar melepaskan anak supaya dia belajar berdikari.

Bersederhana Dalam Persiapan Sekolah

Adik-adik dia macam biasa. Beli sepasang baju uniform baru je, kasut si adik je tukar. Jimatlah selagi boleh. Nanti nak puasa dan raya. Bersederhana macam tahun-tahun sudah.

Beg tahun lepas masih elok, tak perlu tukar. Anak-anak pun selesa guna apa yang ada. Selalu pesan dekat anak-anak, tak semua benda perlu baru, yang penting boleh guna.

Catatan-awal-tahun-2026


Kakak Jadi Pengawas - Tanggungjawab Baru

Cuma tahun ni ada sedikit kelainan. Kena invest untuk baju pengawas kakak. Alhamdulillah, terpilih jadi pengawas untuk tahun empat. Tahun sudah dia jadi Ketua Kelas.

Awalnya memang kami berat hati nak suruh dia galas tanggungjawab tu. Aku lebih prefer dia jadi Pembimbing Rakan Sebaya, ikut jejak langkah abang dia.

Tapi dia memang teruja nak jadi pengawas. Cara dia bercerita pun lain macam. Mata bercahaya waktu bercerita lepas tu memang penuh semangat siap gaya tangan. Punya lah nak yakinkan kami yang dia boleh buat. Jadi kami izinkan, dengan beberapa syarat. Bukan sebab jawatan tu, tapi sebab tanggungjawab yang baru. Harapnya smooth saja perjalanan hidup anak-anak. InshaAllah.

awal-tahun-sibuk-sekolah


Merentas Desa & Rutin Awal Tahun

Bila masuk minggu kedua sekolah, terus sekolah buat merentas desa. Semua nak buat cepat, kejar tarikh MSSD pula. Elok juga buat sebelum puasa. Harung sajalah anak-anak ya. Kali ni sedikit berbeza, sekolah buka kategori terbuka untuk ibu bapa.

Aku dah register, tapi dari awal memang rancang nak jalan-jalan saja dengan kawan-kawan. Nak brisk walk, keluar peluh sikit, borak-borak, enjoy-enjoy saja. Ajak kawan aku, dia jawab, “banyak lagi cara lain untuk mati.” Over kan. Ahaks. Tapi ayat tu yang buat kami gelak lama.

awal-tahun-masuk-asrama


Refleksi Ringkas Awal 2026

Kadang-kadang benda kecil macam ni yang buat hidup rasa ringan sikit. Tak semua perkara kena serius. Tak semua aktiviti kena kejar target. Ada masa kita buat sekadar untuk rasa hidup.

Awal tahun ni aku perasan satu benda aku tak pasang azam yang tinggi-tinggi. Tak ada senarai panjang. Tak ada janji besar. Cuma nak lalu hari-hari dengan baik, urus keluarga seadanya, dan jaga diri ikut kemampuan. Penat itu ada, tapi syukur pun ada.

Penutup Catatan Awal Tahun

Mungkin inilah versi 2026 untuk aku yang umur dah lebih 4 dekad. Perlahan sedikti berbanding tahun lepas, tapi masih bergerak. Tak kejar siapa-siapa, tak banding hidup sendiri dengan orang lain. Cukup anak-anak sihat, urusan dipermudahkan, hati tenang walaupun kadang-kadang letih. Korang punya cerita tahun baru macam mana?

Harap baik-baik saja semua.

Balik Kampung Cuti Sekolah

Seminggu bercuti di kampung memang seronok sangat. Awal-awal cuti sekolah hari tu dah rancang nak luangkan masa balik kampung. Alhamdulillah big boss beri keizinan bawa anak-anak pulang ke kampung.

Lebih kurang seminggu juga kami habiskan masa di kampung. Kali ni balik dengan anak-anak je sebab suami tak dapat cuti lama.

Balik Kampung Cuti Sekolah - Musim Rambutan

Kebetulan cuti sekolah kali ni dekat kampung tengah musim buah. Buah Rambutan dan manggis. Rezeki ya tahun ni. Cukup untuk kami adik beradik. Beza sungguh tahun lepas terpaksa berebut makan dengan monyet dan kalong. Aku baru tahu kalong tu kelawar yang makan buah.

balik-kampung


Cuti sekolah hujung tahun kali ni relax sikit. Seminggu sebelum tu asyik la hujan, air Sungai Pahang naik tapi tidak sampai banjir. Cuaca pun elok panas je. Dapatlah anak-anak main dengan senang hati.

Kalau balik kampung aktiviti memang tak dijangka sebab mak suka request macam-macam. Ada je benda mak nak ajak buat sama-sama. Jadinya kalau balik kampung tak akan sempat nak rasa bosan.

musim-buah


Percaya atau tak kami langsung tak tonton televisyen bila berada di kampung. TV tu jadi perhiasan je. Siang hari sibuk mengemas, berkebun, memasak dan bila malam masing-masing sibuk mengaji dan berborak.

panjat-pokok-kampung


Aktiviti Dekat Kampung – Main Masak-masak

Dulu masa kecik-kecik, kami adik beradik suka sangat main masak-masak guna kayu api. Lebih tepat masak mi segera. Perasaan seronok tu hanya Tuhan je yang tahu. Dapat masak dan makan sama-sama.

Bagus ya aktiviti tu sebab mengajar kami kemahiran hidup. Nak hidupkan api guna kayu api dan mancis tu perlukan kesabaran dan ilmu. Dulu-dulu emak akan gelakkan kami sebab berejam ya nak hidupkan api.

aktiviti-balik-kampung


Kali ni aku pula yang ajak anak main masak-masak. Aku faham sangat keterujaan tu. Bila giliran anak, aku duduk tepi nak tengok kreatif ke tidak mereka. Bantu mana yang patut je. Kalau dekat rumah sendiri mana ada jumpa benda-benda macam ni.

balik-kampung-cuti-sekolah


Pergi Pekan Sehari Chenor

Seminggu juga kami duduk di kampung. Sempat pergi Pekan Sehari Temerloh dan Pekan Sehari Chenor. Mak ajak pergi Chenor sebab terpengaruh nampak video di TikTok. Tujuan utama nak cari ulam yang rare. Ikan Patin aku dah beli masa pergi Pekan Sehari Temerloh. 

Kami ikut jalan dalam jadi ambil masa 45 minit untuk sampai. Sampai sekitar pukul lapan pagi itu pun dah penuh orang tapi kurang sesak berbanding Pekan Sehari Temerloh. Dari segi barang jualan, kepadatan, pilihan barangan, dan keselesaan memang Pekan Sehari Temerloh menang.

Tak beli banyak barang pun, datang nak cuci mata dan tunaikan hajat emak. Aku beli kuih Tepung Bungkus dan Sate Padang tapi sayangnya kuih terlebih manis. Dua-dua kurang kena dengan tekak.

Sekurang-kurangnya lepas ni kalau ada yang borak tentang Pekan Sehari Chenor aku dah tahu nak borak apa. Ada rezeki aku share dalam entri lain pasal Pekan Sehari Chenor. 


Kesimpulan balik kampung kali ini terasa amat pendek dan sangat-sangat seronok. Bersyukur sangat dapat tunaikan permintaan emak, dapat kemas rumah, dapat panjat pokok rambutan dan manggis. Dapat berkumpul dengan adik beradik walaupun tak semua dapat balik.

 

Quick Update Disember - Sibuk Tanpa Disangka

Ya ampun, dah separuh bulan Disember rupanya. Punya sibuk sampai blog langsung tak ter-update. Hari tu konon bersemangat nak selalu aktif menulis, tapi biasala, janji tinggal janji. Jadi kali ni aku kembali dengan quick update saja. Tulis benda penting, ringkas tapi senang nak rujuk in future.

Banyak kali jadi, bila alami perkara lebih kurang pernah kami hadap kena korek semula dari A sampai Z sebab lupa. Eh penat ya kalau nak recall banyak kali.


Quick Update Disember - Sibuk Tanpa Disangka

Bulan November hari tu aku memang sibuk dengan urusan rumah. Masuk pula Disember, ingatkan boleh tarik nafas sikit rupanya tinggal angan-angan. Ini bulan terakhir persekolahan sebelum masuk takwim baru, jadi aktiviti sekolah memang padat.

Antara yang terlibat: Dialog Kemenjadian Murid, Hari Anugerah Prestasi, Sambutan kanak-kanak, Jamuan kelas. Dan paling hujung, bantu sekolah untuk persediaan pengoperasian sesi 2026

Semua dibuat lebih awal sebab cuti sekolah kali ni pendek sangat. Takwim pun dah berubah, kembali macam dulu-dulu. Sekolah akan mula bulan Januari dan tamat Disember. Kalau ikut perancangan pihak sekolah, lebih baik siapkan awal. Lagipun nanti ibu bapa nak bercuti, jadi buat awal memang lebih senang.

quick-update-december


Plan Sambut 2026

Masuk tahun 2026 nanti, Ikhwan dah Tingkatan Tiga, Raudah pula naik Darjah Empat, dan si adik Airis masuk Darjah Dua. Fasa umur 40 ni buat aku makin sedar, masa memang tak tunggu siapa-siapa.

benda aku belajar untuk perlahankan langkah, pilih yang perlu sahaja, dan belajar jaga tenaga sendiri. Cepat betul masa berlalu. Persediaan sekolah aku dah mula sikit-sikit, beli mana yang penting dulu.

Tahun depan Raudah jadi pengawas. Dah kena sediakan uniform, vest, tali leher, tshirt dan semestinya kos akan bertambah dekat situ. Nanti nak kongsi lebih tentang ni.

update-december


Ikut kalendar 2026 juga, bulan Februari dah masuk Ramadan. Di umur ni, keutamaan aku makin jelas nak hidup lebih berpada-pada, kurang kejar benda luaran, dan lebih fokus pada apa yang beri tenang.

Sedaya upaya menjaga circle. Selagi namanya berurusan dengan manusia, memang tak lari dengan perangai toksik tu. Jadi kita tidak dapat kawal orang, maka kita kawal diri sendiri dari diracun.

Masa puasa nanti pergerakan memang akan lebih terbatas, jadi awal-awal ni aku nak susun supaya boleh fokus ibadah sebaiknya. Bulan Mac pula raya, jadi memang kena rancang perbelanjaan dari awal tahun.

Doakan semoga baki bulan Disember ni kita semua dapat lalui dengan tenang dan lancar. Banyak benda nak kena buat juga, pindahkan gambar dan video, susun semula dokumen penting. Awal cuti nanti, insya-Allah nak balik kampung, bercuti dan luangkan masa dengan emak.

Jaga diri semua.