Modem Unifi Kena Sambar Petir - Perkara Perlu Buat

Pertama kali berdepan situasi modem unifi disambar petir baru-baru ni memang agak menakutkan. Sebelum tu memang cuaca agak buruk, suasana gelap macam nak masuk waktu Maghrib walaupun waktu tu baru sekitar 5.30 petang.

Angin bertiup kencang dan bunyi guruh dicampur kilat sabung menyabung. Aktiviti kami dekat rumah seperti biasa, anak-anak sibuk bermain dan aku sedang kemas rumah.

Sehinggalah satu ketika, petir menyambar betul-betul atas atap rumah aku. Perasaan takut tu Tuhan sahajalah yang tahu. Memandangkan rumah aku di tingkat atas sekali iaitu tingkat 7, bertambahlah perasaan gerun tu. 


Modem Unifi Kena Sambar Petir - Perkara Perlu Buat

Pertama kali berlaku kejadian petir menyambar paling kuat sepanjang enam tahun aku menetap di rumah sekarang.

Setiap kali hujan guruh bercampur petir memang aku akan berjaga-jaga memandangkan rumah aku paling atas sekali. 

Dah nak masuk dua tahun juga aku jadi pengguna Unifi, selepas ambil keputusan terminate ASTRO sebab asyik tayang cerita yang sama. 


ModemUnifi-disambar-petir


 

Modem Unifi Kena Sambar Petir Kena Contact Siapa?

Dipendekkan cerita, terus buat carian nombor yang patut dihubungi bila modem unifi kena sambar petir. Akhirnya terjumpa link perkhidmatan pelanggan unifi.

Kejadian berlaku pada pukul 6 petang hari Jumaat. Tanpa membuang masa memang aku terus chat secara dalam talian guna link https://livechat.tm.com.my/

Link atas tu merupakan talian chat perkhidmatan pelanggan unifi. Mereka beroperasi 24 jam seminggu jadi akan ada kakitangan perkhidmatan pelanggan yang akan membantu.

Jadi, aku diminta untuk beri no akaun unifi sebagai rujukan untuk kakitangan tu semak di dalam sistem. Mudah sangat proses dia.


live-chat-Unifi-customer-service


Selepas semakan berjaya dilakukan, kakitangan akan bantu buat laporan kepada bahagian teknikal untuk tindakan seterusnya.

Ikut penerangan, pelanggan akan dihubungi oleh juruteknik dalam tempoh 24 jam dari masa laporan dibuat.

Jika tidak dihubungi oleh juruteknik, pelanggan dinasihatkan sekali lagi untuk menghubungi perkhidmatan pelanggan guna link yang sama.

Untuk kes aku pula, aku dihubungi juruteknik yang bertugas pada jam 11 pagi hari Sabtu. Kepada juruteknik bernama Amirul, yang datang baiki dan buat gantian modem terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang yang anda lakukan.

Selain ramah dan berbudi bahasa, suka dengan sikap toleransi Amirul yang memahami situasi pelanggan. Kebetulan kami tiada di rumah kerana ada urusan di luar jadi aku minta dia datang sedikit lewat.

Walaupun dia kerja separuh hari pada hari Sabtu, tapi dia tetap bersabar dan mencadangkan apa perlu kami buat. Kami sangat hargai sikap tolak ansur dan dia tak kisah tunggu kami sampai ke rumah.

Proses nak gantikan modem pun tak ambil masa lama. Syukur lepas tu dah boleh guna Internet. 

 

modem-Unifi-terbakar



Terus Buat Laporan, Jangan Tangguh

Ikut pengalaman yang sudah, jika berlaku kejadian kecemasan berkaitan perkhidmatan pada hari Jumaat dan keesokkannya cuti hari minggu dinasihatkan supaya buat laporan pada pihak terbabit secepat mungkin.

Macam kes aku, kejadian modem disambar petir berlaku pada petang Jumaat. Kebetulan pengguna unifi di kawasan berhampiran juga mengalami masalah yang sama.

Ikut penerangan yang diberikan oleh juruteknik yang datang untuk ganti modem unifi rumah aku, stok modem gantian yang ada pada mereka tidak banyak sedangkan mereka menerima lebih dari 14 kes modem disambar petir pada hari yang sama.

Apa yang aku faham, mereka akan mengutamakan pelanggan yang buat laporan lebih awal. Konsep siapa cepat dia dapat. Pelanggan yang lain terpaksa la tunggu sehingga hari Isnin untuk dapat stok modem baru.


nombor-pusat-Perkhidmatan-pelanggan-unifi


Baru tiada talian internet sehari pun kami dah tak tentu arah, bayangkan kalau kena tunggu berhari-hari. 

Ilmu baru juga untuk kami apabila Juruteknik tu cadangkan kami untuk rujuk TM unifi di Setiawangsa untuk mohon menggantikan port unifi sekarang (Copper conductor) kepada yang baru (fiber conductor).

Salah satu sebab, kebanyakkan port copper paling mudah disambar petir. Jiran baru pindah sebelah rumah aku tak terkesan dek petir sebab port dia fiber.


Kesimpulan

Jika berlaku kejadian modem kena sambar petir boleh hubungi pusat perkhidmatan pelanggan unifi sebab mereka cepat bertindak. Paling penting tak kena bayar pun.

Perbezaan Ramadan Al-Kareem Dengan Ramadan Al-Mubarak

Kebiasaan apabila menghampiri bulan Ramadan ramai orang memberi ucapan seperti Ramadan Kareem dan Ramadan Mubarak. 

Kedua-dua ucapan ini sebagai tanda umat Islam mengalu-alukan kedatangan bulan mulia paling dinanti sepanjang tahun. 


Perbezaan Ramadan Al-Kareem Dengan Ramadan Al-Mubarak

Seperti yang diterangkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, memberi ucapan selamat bersempena dengan ketibaan bulan-bulan tertentu atau hari-hari tertentu. 

Contohnya ucapan menyambut Ramadan termasuk dalam perkara-perkara adat yang mana hukum asal bagi kesemuanya ini adalah harus selama mana tidak terdapatnya dalil yang melarang.


Ramadan-AlMubarak-1443H


Ramadan Al-Karim atau Ramadan Al-Mubarak?

Apa jua pilihan kalimat yang kita ucapkan, paling penting adalah semangat dalam diri menyambut Ramadan itulah yang paling utama. 

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang merupakan suatu bulan yang diberkati. Allah telah memfardhukan ke atas kamu untuk berpuasa di dalamnya. 

Pada bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dirantai syaitaan-syaitan yang jahat. Pada bulan ini terdapatnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. 

Sesiapa yang terhalang dari mendapatkan kebaikan malam itu sesungguhnya dia telah terhalang (dari rahmat Allah)."

Riwayat Al-Nasaie (2106)



Apa maksud Ramadhan Al-Kareem & Ramadhan Al-Mubarak?


Ramadan Mubarak

Diterjemahkan daripada perkataan Arab yang bermaksud 'diberkati' - frasa itu bermaksud 'Ramadan yang diberkati'. Kerap digunakan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada seseorang. 


Ramadan Kareem

Diterjemahkan sebagai 'Ramadan yang pemurah' dan jarang digunakan kerana terdapat perbahasan dan perbezaan pendapat berdasarkan maksudnya. 


Surah-AlBaqarah-Ramadan


Tiada ucapan khusus untuk menyambut kedatangan Ramadan dan tiada larangan selagi ucapan-ucapan tersebut tidak bercanggah dengan syarak. 

Rasulullah SAW pernah bersabda: 


“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa"


Timbul perbezaan pendapat yang mana ucapan Al-Kareem dianggap tidak sesuai diucapkan. Secara umumnya kareem bermaksud sesuatu yang hebat, mulia dan banyak.

Jadi apabila seseorang memberikan ucapan Ramadan karim dicadangkan dijawab dengan ucapan Allahu Akram (Sesungguhnya Allah yang memuliakannya).


Menurut perkongsian maklumat daripada Tuan Haji Salmi bin Shaimi, AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang berkenaan ucapan Ramadhan Kareem adalah seperti berikut: 

Ucapan Ramadhan karim boleh diertikan sebagai doa semoga bulan ini membawa berbagai kebaikan, kemuliaan dan keberkatan yang pastitinya kita yakini ianya dari anugerah Allah al Karim yang maha pemurah.

Justeru itu ia boleh diucapkan bersempena kedatangan bulan Ramadan seperti juga ucapan Ramadhan al Mubarak.

Ambil kesempatan dan gunakan peluang sepenuhnya yang Allah beri untuk kita. Boleh rancang amalan yang mana boleh kita buat dan istiqamah contohnya sedekah. 


Selamat-Menyambut-Bulan-Ramadan


Kesimpulan 


Tidak timbul isu dalam penggunaan ucapan sama ada Ramadan Al-Kareem atau Ramadan Al-Mubarak. Sama-samalah mengalu-alukan dan memeriahkan kedatangan bulan mulia bulan Ramadan. 

Ucaplah dan perdengarkanlah perkataan yang baik-baik. Moga terselit keberkatan dan pahala yang mengalir untuk kita semua. 


Dah bayar Fidyah Puasa, bayar online je!

Persiapan Anak Masuk Prasekolah Ibu bapa Perlu Tahu

Minggu ini adalah minggu kembalinya murid ke sekolah termasuk lah anak-anak Prasekolah.  Bermula sesi persekolahan secara rasmi untuk tahun 2022. 

Tahun yang agak mencabar bagi aku sebagai ibu kepada anak yang berusia 6 tahun, yang buat pertama kalinya ke sekolah. 


Persiapan Anak Masuk Prasekolah Ibu bapa Perlu Tahu

Tak kisah kalau korang pilih untuk hantar anak ke Tabika Kemas, Taski, PASTI, Prasekolah, mahupun homeschool. Itu semua adalah pilihan terbaik yang korang buat demi masa depan anak-anak. 

Waktu aku kecil dulu, pada usia 6 tahun aku baru kenal erti sekolah. Pengalaman pertama aku ke sekolah ialah Tabika Kemas dan guru kelas aku ialah Cikgu Jamilah. 


Pengalaman-Anak-Masuk-Pra Sekolah



Persiapan Anak Masuk Prasekolah Ibu bapa Perlu Tahu


Memandangkan negara kita masih lagi dalam proses menuju endemik jadi proses kemasukan ke sekolah sedikit berbeza protokolnya. 

Sesi taklimat Prasekolah dibuat secara atas talian, tiada lagi hari orentasi bersama ibu bapa secara berdepan dan kedatangan ibu bapa ke sekolah agak terbatas. 

Semestinya persiapan agak berbeza. Dua minggu sebelum sekolah dibuka, ibu bapa mendapat jemputan melalui whatsapp group sekolah untuk mendengar taklimat orentasi. 

Memang berbeza betul orentasi dan hari pertama Ikhwan ke sekolahPersiapan seperti memastikan barang kelengkapan seperti baju dan kasut sekolah sudah lama kami siapkan. 

Boleh rujuk panduan beli barang keperluan sekolah kali pertama

Jujurnya semangat nak ke sekolah tu memang tak rasa sangat. Ditambah pula ini pengalaman pertama Raudah, lagi lah aku sebagai ibu jadi takut. 

Risau kalau dia tak dapat biasakan diri dengan persekitaran, atau aku yang over sedangkan dia akan okay?  Hanya mampu berdoa semuanya baik-baik sahaja. 

Semoga kesediaan mental anak-anak berdepan dengan dunia luar terutama waktu sekarang baik-baik sahaja. 



Persediaan-Anak-Masuk-PraSekolah


Pengalaman Anak Masuk Pra Sekolah


Seminggu sebelum tarikh buka sekolah, cikgu dah minta ibu bapa datang untuk buat bayaran persekolahan dan ambil fail murid. 

Jumlah bayaran yuran prasekolah tahun 2020 ialah sebanyak RM150 termasuklah: 

  • Tag nama 3 set
  • Graduasi/ sukaneka/ program
  • 1set Buku Kalam Peralatan PDPC
  • Fotografi + Jubah

Cikgu dah terangkan mana-mana program yang dibatalkan, duit akan dipulangkan kembali kepada ibu bapa. 

Dalam fail murid ada beberapa borang perlu ibu bapa isi dan lampiran yang perlu dikembalikan kepada cikgu bila masuk sekolah kelak. 

Lampiran yang perlu diberikan semasa hari pertama persekolahan: 

  • Surat Penerimaan Tawaran Kemasukan ke kelas pendidikan Prasekolah 
  • Borang Maklumat Murid termasuklah salinan MyKid, kad pengenalan ibu bapa, rekod kesihatan perkembangan kanak-kanak (imunisasi), slip gaji terkini, gambar berukuran passport (4keping), surat nikah dan bil air/ elektrik. 
  • Borang Kebenaran Pelaksanaan Ujian Kendiri Covid
  • Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
  • Borang Pengakuan Pendapatan 


Hari-Orentasi-PraSekolah


Hari Orentasi Prasekolah Tahun 2022 

Pihak sekolah dan nyatakan yang hari Orentasi Prasekolah tahun 2022 sekolah anak aku bersamaan hari pertama persekolahan iaitu 21 Mac 2022. 

Sedikit kelemahan yang aku rasa cikgu/sekolah boleh baiki ialah dengan terangkan dengan lebih terperinci orentasi yang dimaksudkan dan lebih awal. 

Huru-hara dalam group whatsapp ibu bapa bertanya soalan berkaitan barang perlu dibawa, dan boleh atau tidak ibu bapa ke sekolah untuk bantu anak-anak pada hari pertama sekolah. 

Semestinya buat ibu bapa yang pertama kali anak ke sekolah perkara seperti ajar anak ke tandas adalah benda yang merunsingkan. 

Pengalaman aku pula, malam sebelum hari sekolah dibuka baru cikgu hantar penerangan berkaitan persekolahan. Apa aku dapat simpulkan ialah:

  1. Kena pastikan fail murid beserta lampiran yang diminta dipulangkan kepada pihak sekolah. 
  2. Pastikan pemakaian anak-anak mengikut undang-undang sekolah. Rambut harus dipastikan kemas & tudung kena masuk dalam baju.  Kasut dan stoking wajib dipakai. 
  3. Murid tak perlu bawa peralatan (alat tulis), botol air, atau bekalan makanan ke sekolah. TIDAK BOLEH bawa beg kecuali murid yang mempunyai masalah menguruskan diri ke tandas. 
  4. Kena pakai pelitup muka. 
  5. Hari pertama persekolahan, ibu bapa boleh menghantar dan mengambil anak di hadapan kelas Prasekolah dan terus beredar untuk pematuhan SOP sekolah. 
  6. Peringatan jika murid mempunyai gejala seperti demam, selesema atau batuk, tidak perlu hantar anak ke sekolah. Cuma perlu maklumkan pada guru untuk catatan. 

Raudah agak teruja untuk ke sekolah tapi dalam masa yang sama dia sedikit risau kalau dia tak dapat buat apa cikgu suruh. 

Apa entah dalam fikiran dia, jadi sebagai ibu bapa kami hanya mampu bantu pulihkan keyakinan dia dan tunjuk yang baik-baik sahaja. 

Semoga sesi persekolah anak-anak dipermudahkan untuk tahun ini. 


Perbezaan Tadika Swasta dan Prasekolah

Alhamdulillah kali ni aku berpeluang untuk tengok perbezaan (jika ada) tadika swasta dan Prasekolah. Terlalu awal untuk aku berikan pendapat jadi aku reserve comment. 

Beza raudah dengan abang dia untuk sesi persekolahan ialah, abang dia mula bersekolah pada usia 5 tahun di TASKI ABIM Sri Rampai.

Untuk Raudah pula, disebabkan zaman dia membesar adalah di kala Covid jadi keperluan untuk hantar ke sekolah pada usia muda aku tak rasa satu keperluan. 


Kesimpulan 

Secara asasnya persiapan anak masuk ke Prasekolah ibu bapa perlu tahu adalah memastikan persiapan bukan sahaja dari segi fizikal seperti penyediaan borang maklumat yang lengkap tetapi persiapan dari segi emosi anak juga perlu di titik beratkan. 


Hidup Tak Pernah Lepas Dari Masalah & Bukan Mudah

Jangan hakimi seseorang kalau dia menangis meratapi hidup dia susah, mengadu masalah dia paling besar atau ujian dia paling teruk. Jangan sesekali kita bandingkan dia dengan sesiapa dan kutuk dia.

Yang sebenarnya dia sedang cuba untuk meluahkan, memberitahu diri sendiri dan minta diri supaya sedar yang dia dalam masalah, dengan harapan dia akan sedar dan cepat bangkit.

Menangis kerana hidup tak pernah lepas dari masalah.  Tersekat dalam hidup dan belum jumpa jalan keluar. Perasaan paling teruk kita bakal alami jika kita tak nampak siapa boleh tolong kita. 


Hidup Tak Pernah Lepas Dari Masalah & Bukan Mudah

Sedangkan sebenarnya orang paling layak tolong adalah diri sendiri. Kenapa? Hanya diri kita kenal kita sebenar-benarnya.

Manakala orang sekeliling pula kenal kita berdasarkan reaksi kita dengan mereka. Kalau kau layan aku dengan baik, semestinya aku akan balas dengan baik. Jadi terlihat kita berpesonaliti yang baik-baik. 

Begitu juga sebaliknya.

 

ujian-hidup-manusia

Kenyataan Hidup Tak Pernah Lepas Dari Masalah Dan Bukan Mudah

Kenyataan yang hidup ini tak pernah lepas dari masalah dan tidak mudah bukan perkara baru. Dunia ini memang tempat untuk berpenat, bersusah payah untuk kita pungut hasil di akhirat kelak.

Jadi kenapa masalah selalu mendatangi kita?

Masalah atau pun ujian yang Tuhan kirimkan untuk kita tak lain tak bukan untuk menguji sejauh mana kekuatan kita. Kepercayaan kita hidup mengharapkan Tuhan.

Ujian juga membantu kita untuk bertahan. Bertahan untuk terus hidup. Selagi mana masa kita belum sampai untuk menghadap kembali kepada Pencipta.

Ada orang bersilih ganti diberi ujian, tapi tak pernah gentar dan terus berjuang. Sentiasa mengharapkan peluang kedua untuk Allah berikan. 

 

Bersangka Baik Dengan Allah

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala perkara yang ada di langit mahu pun bumi. Allah menjadikan sesuatu dengan sebab. Allah pilih dan beri ujian kepada kita kerana kita adalah yang terpilih.

Bahagianya hidup kalau kita faham hikmah di sebalik ujian. Istimewanya kita.


hidup-tak-pernah-lepas-dari-masalah


Dari Abu hurairah Radhiallahu Anhu, ia berkata rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 

Allah berfirman: Aku akan berurusan dengan hamba-hambaku seperti mana apa yang mereka sangkakan kepadaku ‘’ ( HR Bukhori dan Muslim ).

Teringat kata-kata penyanyi lelaki popular Malaysia, Faizal Tahir didalam video yang dia muat naik di Instagram. Dia berkongsi berita tentang kelahiran anak mereka yang ketujuh.

Anak syurga yang diberi nama Maryam Tahirah. Nama gabungan yang di inspirasikan dari nama ibu Nabi Isa a.s. dan nama arwah ayah dia.

Maryam adalah anak yang Allah beri keistimewaan, sewaktu dalam kandungan lagi doktor dah beritahu yang Maryam adalah beberapa masalah kesihatan berkaitan perut dan jantung.

Doktor minta buat further check dan kemungkinan kalau ada dua kompilasi kemungkinan tinggi anak itu adalah anak Down Syndrome.

Begitu tenang mereka sekeluarga menerima berita bahkan teramat gembira kerana mereka termasuk dalam golongan yang terpilih. Allahuakbar.

Bertuah juga dia dikelilingi keluarga, sahabat, saudara mara yang sangat positif, bersangka baik malah mengucapkan tahniah dah dapat lesen untuk ke syurga.


قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ

Qadarullah wamaa syaa’a fa’al - “Ini adalah takdir Allāh, dan apa yang Dia kehendaki, Dia lakukan.”

 

Kesimpulan

Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah hidup perlu diteruskan. Hidup yang tak pernah lepas dari masalah menjadikan kita akan kekal kembali pada Pencipta. Kembali dan mengadu pada Dia yang berhak.

Allah Maha Tahu.