Makan Raw Oyster / Tiram Mentah

Ha terjebak makan raw Oyster ataupun Tiram mentah ni lepas tengok satu video viral dekat TikTok. Kebetulan kedai tu dekat je dengan rumah.

Tu yang lagi bersemangat nak cuba. Diah bukan peminat Oyster, tapi sebab sebelum ni dah pernah makan Mentarang jadi tertanya-tanya apa rasa dia.

Mentarang dengan Tiram kan satu keturunan, cuma tak pernah la pula dengar orang makan Mentarang mentah. Ahaks.

Tak jadi masalah nak cuba sebab setakat ni tekak memang suka Sushi dan Sashimi. Kiranya boleh telan kalau makan makanan mentah.

Oh kami makan Mentarang waktu ke Sungai Besar Sekinchan tahun lepas, makan di Restoran Mentarang Faridah. 


Makan-Raw-Oyster



Makan Raw Oyster / Tiram Mentah

Tiram selain dimakan mentah ada juga yang bakar, cicah dengan pelbagai sos dan tiram keju. Tak pasti la kombinasi Tiram dan keju tu sesuai atau tidak.

Minggu lepas selepas selesai urusan beli barang dapur ajak suami ke Pokku Dessert yang terletak di Wisma Rampai, Taman Sri Rampai.

Nanti Diah Kongsi lebih lagi tentang Pokku Dessert di lain entri. Syurga makanan dalam dan luar negara ada dijual dekat sini.

Waktu kami sampai menghampiri waktu Zohor. Sampai je terus mata melilau cari Oyster. Risau stok habis sebab Diah pergi hari cuti umum.

Alhamdulillah rezeki berjaya beli satu bekas.

 


Pertama Kali Makan Makan Raw Oyster / Tiram Mentah

Set Raw Oyster / Tiram Mentah diletakkan dalam bekas plastik ala Tupperware Bersama dengan dua jenis sos, daun apa tah tak kenal dan bawang goreng.

Satu set dijual pada harga RM15 dapat lebih kurang 12 ketul tiram segar. Dekat kedai tu Oyster diletak dalam bekas berisi ais untuk pastikan kesegaran dia.


set-Tiram-Mentah


Selesai cuci mata, buat bayaran dan terus balik rumah. Risau dibiarkan lama dekat luar nanti berlaku pencemaran pula.

Nak makan makanan mentah kena berhati-hati ya. Kalau perut jenis sensitif lebih baik elak. Saya ni sejenis suka mencuba.

Beli atau makan dari kedai yang dipercayai dan jaga kebersihan.


 

Cara Makan Raw Oyster / Tiram Mentah


Cara nak makan Tiram ni mudah je, nama pon mentah jadi penyediaan dia hanyalah toskan Tiram kemudian campurkan segala bahan yang ada.

Racik daun dan taburkan bawang goreng supaya bila makan ada rasa rangup. Kalau suka pedas campurkan semua sos.

Suapan pertama Diah tak rasa apa-apa kecuali pedas je. Rasa macam salah buat keputusan pon ada waktu tu.



Makan-Raw-Oyster-Tiram-Mentah




Agaknya Tiram tu saiz baby rasanya. Bila masuk mulut terasa lembut je, macam kunyah air pun ada.  Dia laju masuk tekak. Lepas makan beberapa ketul baru terasa Tiram tu.

Tak puas hati Diah tambah perahan lemon baru lah lebih ‘kick’. Berjaya habiskan sebekas kongsi dengan anak Bujang.


cara-Makan-Raw-Oyster-Tiram-Mentah


Suami memang awal-awal lagi menyerah. Dia memang tak boleh Binatang berbau hanyir ni.


Kesimpulan

Rasa gembira berjaya cuba rasa Raw Oyster / Tiram Mentah. Alhamdulillah tidak berlaku perkara yang menakutkan seperti muntah dan cirit birit. Korang yang nak cuba atas risiko sendiri tau.

Agak-agak jenis diri adalah sensitive, kuat alergi tak payah la cari penyakit.


Bawang Putih Bersalut Sira – TheNutz

Sukacita diumumkan saya dah jumpa makanan kegemaran saya, bawang putih bersalut sira yang paling sedap pernah saya makan.

Ya Allah perasaan gembira tu tak boleh nak digambarkan. Syukur terima kasih Ya Allah. Ni baru nikmat makanan di dunia.

Agaknya rasa sedap makanan di syurga tu berjuta-juta lemon kali ganda sedapnya kan. 

Semoga kita semua dapat masuk syurga tanpa hisab dan dapat makan makanan kegemaran kita.


TheNutz-Bersalut-Sira-Rangup


 

Bawang Putih Bersalut Sira – TheNutz


Bawang putih memang banyak khasiat dia. Bagus untuk sistem imuniti badan dan bantu mengurangkan selesema.


Bawang-Putih-Sira


Dulu waktu dalam pantang memang mencari bawang putih goreng. Pernah beli tapi dapat bawang putih yang pahit. Terus terbantut selera nak makan.

Waktu yang kita nak itulah yang tak dapat. Paling ramai jual sambal halia. Diah tak minat sangat halia. Tak boleh telan la pendek kata.


Bawang-Putih-Bersalut-Sira


Tapi bawang putih sira dari TheNutz memang sedap. Rangup dan manis. Sesuai untuk semua lapisan umur. 



Review TheNutz Bersalut Sira Rangup


Selain Bawang Putih Bersalut Sira, TheNutz juga menjual Bilis Bersalut sira dan Kacang Bilis Bersalut Sira. Taip ni sambil terbayang kerangupan produk sira mereka.


ikan-bilis-Sira


Selepas rasa sendiri produk dari D Nutz Empire dan suka dengan kualiti produk mereka rasa sayang sangat kalau tak beritahu dengan yang lain.


ikan-bilis-Bersalut-Sira



Dengan harapan lebih ramai tahu dan perniagaan bertambah maju. Siapa lagi nak sokong produk tempatan kan? Itulah tugas kita. Ayuh.

Oh, TheNutz ni merupakan produk Bumiputera, Muslim yang buat. Jadi semestinya Halal. Diproses dalam persekitaran yang bersih, dalam bengkel makanan dan diselia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Kacang-Bersalut-Sira





Apa yang bagusnya produk D Nutz Empire ianya tanpa pengawet dan jangka hayat produk ialah 6 Bulan. Macam tak percaya je boleh tahan lama tu sebab kacang dia sedap.

Dapat dekat suami Diah confirm tak sampai seminggu ya habis sebalang tu.


 

Kenapa TheNutz Jadi Pilihan?

 

  1. Produk Ready To Eat
  2. Boleh dijadikan kudapan
  3. Boleh dimakan dengan nasi, bihun, mee dan sebagainya mengikut kreativiti masing².
  4. Botol yang mudah dibawa
  5. Diposes mengikut prosedur penjagaan makanan
  6. Menggunakan Kacang & Bilis berkualiti tinggi
  7. Boleh dinikmati seisi keluarga
  8. Tidak Berminyak
  9. Sesuai untuk wanita berpantang (Bawang Putih Bersalut Sira)

 


Harga TheNutz Bersalut Sira Rangup

 

Setiap balang dijual pada harga seperti dibawah:

🔥 Bilis Bersalut sira (250g+) – RM18.90

🔥 Kacang Bilis Bersalut Sira (290g+) – RM17.90

🔥 Bawang Putih Bersalut Sira(200g+) – RM15.90

 

Kalau nak rasa ketiga-tiga produk boleh ambil pakej kombo tiga balang RM50 sahaja. Boleh beli (klik) di sini!

 



Selamat Datang Februari – Selamat Tinggal Januari

Sekejap je Januari melabuhkan tirai. Sudah masuk bulan kedua untuk tahun 2024. Masa terasa pantas sangat berlalu.

Paling terasa Januari sangat sibuk sebab Diah dan suami berganti-ganti kurang sihat. Dengan cuaca yang sangat panas jadi mudah sangat jatuh sakit.

Kalau perasaan kemarau teruk dekat tengah Kuala Lumpur terutama Kawasan rumah Diah. Bila telefon tanya khabar emak di Pahang, boleh dikatakan setiap hari hujan turun.

Dugaan betul. Kalah betul dengan cuaca panas sebab Diah cepat sakit kepala. Minum air masak berbotol-botol pun masih terasa tak cukup.  


Selamat-Datang-Februari



Selamat Datang Februari – Selamat Tinggal Januari


Dalam seminggu dua kali juga terbaring melepek disebabkan sakit kepala melampau. Sapu minyak angin dan minum air masak memang tak berkesan.

Sudahnya memang kena makan paracetamol. Tapi makan agak kerap juga merisaukan. Kalau boleh memang nak sihat secara semulajadi.

Biar badan tu tahu melawan penyakit. Tapi ada Ketika yang mememaksa diri untuk kekal sihat dan terus bekerja memang Diah telan je Panadol tanpa rasa bersalah.

Tahun ni juga teruskan memegang amanah jadi AJK PIBG sekolah. Macam biasa awal tahun ni banyak mesyuarat dan aktiviti. 


Welcome-february


 


Rumusan Bulan Januari – Bulan Pertama Tahun 2024

 

Alhamdulillah sebelum ni Diah ada kongsikan yang Diah menggunakan Google Calendar untuk pengurusan masa dan juga Planner untuk kehidupan seharian.

Bila dah buat catatan dapat lah tengok dan bandingkan apa kita target di awal bulan hari tu. Seronok bila setiap kolum terisi dengan aktiviti.

Tak penuh tapi nampak la apa saya buat sepanjang Januari. Penat ya bila baca semula. Banyak benda yang jadi.

Awal tahun sedikit sibuk dengan urusan sekolah anak-anak. Takwim persekolahan masih lagi tamat dam bermula di Bulan Mac.

Dari segi kerjaya pula semakin sibukkan diri buat konten untuk affiliate. Diah baru nak aktifkan diri jadi affiliate TikTok

Alang-alang tu upload terus di media sosial yang lain. Jadi nampak la sentiasa update. Rezeki juga menjadi tetamu untuk majlis perkahwinan kawan pejabat suami di Negeri Sembilan. 

Alang-alang dah sampai sana bawa anak ke Teluk Kemang merasa pijak pasir pantai. InshaAllah ada rezeki kita repeat untuk staycation pula. 


wedding-doorgift


 


Kenangan Pahit Manis Di Bulan Januari

Januari tahun ni mengajar erti lapang dada dan konsep rezeki. Sebelum ni Diah ada kongsikan tentang permohonan MRSM Ikhwan.

Tiada rezeki anak nak sertai MRSM Bentong untuk belajar kos Teknikal. Kalau dibandingkan rasa kecewa, tahap kecewa Diah lagi teruk berbanding anak.

Sedih anak tak terpilih tapi dalam masa yang sama gembira anak tak berjauhan dengan kami. Dilema emak ayah bila nak meningkat usia. Begitulah.

Bulan Januari juga mencatat seribu satu kenangan manis untuk kami sebagai ibu bapa. Penghargaan diberikan oleh sekolah bila Ikhwan terpilih menerima Anugerah Tokoh Sahsiah tahun 2023/2024.


anugerah-akademik




Satu-satunya murid lelaki aliran Perdana menerima Anugerah tersebut. Kami dijemput ke atas pentas bersama Ikhwan untuk terima anugerah.  

Syukur ke hadrat Ilahi. Tanpa izin-Nya, tak mungkin kami merasai manisnya kejayaan Ikhwan.

 

Rumusan 


Harapan untuk bulan seterusnya di tahun 2024 agar mudah segala urusan yang bakal kami lalui. Semoga Allah lapangkan dada kami dalam setiap urusan.

Bulan baru ni dijangka akan lebih sibuk. Persediaan Ikhwan ke sekolah Menengah. Nak latih anak yang paling kecil masuk ke Pra Sekolah.

Jadi kita senyum-senyum saja hadap apa Tuhan aturkan.

Double Cleansing Guna Deep Cleansing Oil Dherbs

Assalamualaikum. Siapa dekat sini yang setiap hari make up? Tak kisah lah ke tempat kerja, keluar rumah atau sekadar suka-suka?

Tak kisah make up yang nipis atau tebal. Kalau make up tu termasuklah pakai sunscreen, foundation, bedak compact dan lipstick kan? 

Kalau ya, biasanya korang akan cuci muka pakai pencuci muka yang mana?

Macam Diah, sebelum ni Diah akan tanggalkan make up menggunakan make up remover kemudian cuci dengan krim pencuci muka.

Walaupun dah tonyoh pad ke seluruh muka, rupa-rupanya masih ada sisa kotoran yang tertinggal. Lama-lama dia buat pori muka tersumbat dan jerawat pon tumbuh.

Kalau korang jenis pakai sunscreen sahaja pun masih kena bersihkan muka dengan betul tau sebab ianya juga boleh sebabkan pori muka tersumbat.



Cleansing-Oil-Dherbs


 

 

Double Cleansing Guna Deep Cleansing Oil Dherbs

 

Untuk entri kali ini, Diah nak kongsikan pengalaman Diah selepas menggunakan Deep Cleansing Oil dari D’Herbs.

Review ini tidak ditaja. Lebih kepada pengalaman peribadi dan rasa rugi sangat kalau tak kongsi dengan yang lain.

Suka dengan konten TikTok Datin Shahida bila dia tunjuk cara untuk buat double cleansing dan puas hati sangat hasil selepas dia cuci muka dengan Deep Cleansing Oil D’Herbs.

Harus lah tidak ketinggalan untuk cuba juga. Seumur hidup ini kali pertama Diah buat double cleansing. Ada je yang ajar guna cleansing balm tapi hati ini tidak terbuka nak cuba.


Deep-Cleansing-Oil-Dherbs



Bila dah semakin berusia dan keadaan kulit pun macam kusam je jadi lembut la hati nak cantik kan kulit muka semula.

Double cleansing maksudnya cuci muka dua kali. Pertama dengan oil cleanser untuk buang lapisan make up dan kedua cuci dengan pencuci muka biasa.

Lepas cuci muka boleh sapu toner dan jangan lupa guna Eucerin Double Booster Serum untuk hilangkan dark spot di muka.

 

 

Kebaikan Deep Cleansing Oil Untuk Wajah

 

  • Menyingkirkan kesan make up secara menyeluruh.
  • Menghasilkan kulit yang lembut, lembap dan menyegarkan.
  • Pembersihan yang cepat dan mudah bagi semua jenis solekan dan pelindung matahari.
  • Kulit berasa licin dan lembut.
  • Mencegah pertumbuhan jerawat.
  • Sesuai digunakan dengan semua jenis pencuci muka untuk pembersihan berganda.

 

 

Review Deep Cleansing Oil Dari D’Herbs

 

Pertama kali guna cleansing oil D’Herbs memang sangat berpuas hati. Minyak dia wangi sangat. Jadi bila guna tu hati memang berbunga-bunga ceria.

Puas hati waktu cuci muka sebab habis semua kotoran keluar. Lancar sangat. Kulit muka jadi lembut weh.

Waktu sapu minyak ke muka anak-anak macam biasa akan teman dekat sebelah. Tengok sambil belajar dari mama mereka.

Anak Perempuan begitulah sifat dia. Kalau tengok saja tak apa tapi banyak betul soalan nak kena jawab. Anak-anak pun mengakui bau face oil ni wangi.


cara-guna-Deep-Cleansing-Oil-Dherbs


Kiranya kalau cuci muka dalam surau agaknya orang sebelah mesti tanya pakai minyak apa. Ahaks.

Harga satu botol, 50ml tak sampai RM20. 

Korang nak dapatkan Cleansing Oil Dari D’Herbs – boleh beli dekat sini

 

 

Cara Guna Deep Cleansing Oil D’Herbs

 

Pam cleansing oil pada tapak tangan. Pastikan tapak tangan dan kulit muka kering ya. Fungsi supaya minyak dapat mencairkan solekan dengan lebih efektif.

Air mana boleh campur dengan minyak kan? Sapu dan urut lembut pada seluruh wajah.

Basahkan sedikit tangan dan sambung urut wajah. Waktu ni akan perasan cleansing oil dan campuran air jadi keruh.

Agak-agak puas hati boleh lah bilas dengan air bersih. Lepas tu baru korang cuci muka guna pencuci yang biasa korang guna seharian.



Deep-Cleansing-Oil-Dherbs



Paling best, effect paling cepat ialah kulit muka terasa lembut je. Jadi addictive nak cuci muka lepas guna Deep Cleansing Oil D'Herbs ni.