Cara Menghilangkan Dark Spot Di Muka Dalam Masa Dua Minggu

Masalah Dark Spot di wajah berlaku kepada semua orang tak kira jantina, lelaki mahupun wanita. Dark spot merujuk kepada tompok hitam yang muncul di kulit. Dark Spot boleh disebabkan oleh sinar UV, tanda lahir, bekas treatment dengan laser, bekas jerawat yang dipicit, bekas luka, dan faktor genetik.

Ikut pengalaman aku sendiri, masalah dark spot menjadi semakin parah apabila malas buat basic skincare seperti pakai pencuci, toner dan juga tak pakai sunblock.

Aku bersyukur sangat, sejak remaja lagi aku tidak mengalami masalah kulit muka yang teruk. Jerawat pun hanya timbul bila datang bulan, lepas habis period jerawat pun hilang. Aku perasan semakin meningkat usia, dark spot semakin berleluasa.

Bila pandang muka dekat cermin tanpa pakai make up memang nampak kusam je. Tak berseri langsung. Secara tak langsung keyakinan diri tu drop.





Kawan Cadangkan Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum

Baru-baru ni aku telah mencuba satu produk yang diperkenalkan oleh kawan-kawan untuk menghilangkan dark spot di muka.   

Terjebak mencuba Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum sebab rata-rata bagi feedback yang bagus.

Awalnya aku agak ragu-ragu tapi sebab nak dapat kulit yang sekata dan hilangkan tompok-tompok di muka terutama di bahagian pipi aku pun cuba. Katanya dalam dua minggu dah boleh nampak result dia.

Weh tak sangka Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum banyak membantu. Aku sendiri kagum dengan keberkesanan serum ni berfungsi dengan baik dengan kulit aku. Tekstur dia mudah meresap dan bila pakai tak rasa berminyak langsung. Rasa ringan je dan paling penting kulit boleh bernafas.

Aku pernah pakai produk kosmetik yang bila sapu ke kulit, rasa rimas macam tak boleh bernafas terutama waktu kulit berpeluh. Seksa hoi. Disebabkan tahap kerajinan aku ni tak seberapa jadi aku cuba pakai serum ni sekali sehari je.





Cara Guna Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum

Paling penting kena tahu yang isi kandungan serum ni ada satu warna cream dan satu lagi warna jernih. Nama pun Double Booster Serum kan? Cara betul ialah kena tekan bahagian tengah penutup botol supaya kedua-dua serum ni keluar serentak.

Aku pernah baca review orang tak puas hati sebab dia kata serum tu tak keluar walhal dia tak tahu cara tekan yang betul.

Cara guna yang betul adalah untuk pakai serum sebelum sapu pelembap muka. Ada sesetengah orang rutin dia ialah cuci muka dengan pembersih, pakai toner, pakai pelembap atau cream siang. Ada orang skip pelembap dan terus pakai cream siang.

Rutin aku ialah, cuci muka, pakai toner dan kemudian aku sapukan Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ni. Malam baru aku pakai krim malam atau pelembap.


Nampak Perubahan Lepas Dua Minggu

Aku puas hati sangat bila nampak perubahan terutama dark spot di kawasan pipi tu semakin hari semakin pudar. Perasan yang kulit muka lebih sihat, segar dan nampak berseri. 

Baru dua minggu guna aku dah dapat perubahan yang positif jadi aku excited nak continue guna.

Bila baca isi kandungan Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ni mengandungi Hyaluron 4x lebih kecil dan Thiamidol yang terbukti secara klinikal mengurangkan bintik-bintik gelap tanpa perlukan rawatan laser.

Dinasihatkan untuk consistent guna Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum selama 4 minggu untuk dapatkan kulit mulus, berseri dan kulit menjadi lebih cerah tanpa darak spot.





Beli Dekat Mana?

Untuk yang nak cuba Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ni boleh beli Watson, Guardian atau pun boleh dapatkan secara online di platform Shopee. Aku suka beli time sale. 

Banyak juga dapat jimat. Jujur aku cakap, antara produk yang aku tak menyesal nak cuba sebab berfungsi dengan baik dekat kulit aku ialah Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ni.

Beli & dapat diskaun dekat sini -  Eucerin Ultrawhite SpotlessDouble Booster Serum Whitening (30ml) 

#MyEucerin #EucerinUltrawhiteSpotless #DoubleBoosterSerum #Thiamidol #Diminishdarkspots #Withoutlaser #1000SpotlessChallenge @eucerin_my


4 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Suka sangat Eucerin ni. Memang betul-betul berkesan.

    BalasPadam
  2. Sis pkai pelembap brand ucerin jugak ke sblum apply serum tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pakai pelembap yang ada dekat ruamh je.

      Padam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama