Lirik lagu Sebenarnya Pengantin Musim Salju

Rodiah Amir
1

Lirik lagu Sebenarnya (OST Klik! Pengantin Musim Salju) - Alif Satar Feat Siti Nordiana


Sedikit sinopsis tentang cerita Klik! Pengantin Musim Salju.

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Nak baca lebih boleh klik sini Sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju
Pengantin Musim Salju, Alif Satar, Siti Nordiana
Pengantin Musim Salju
Latest episod Kay dah nak kahwin dengan Adam Putra. Tak tahu la apa dugaan selepas ni. Tapi yang pastinya sweet sangat cerita ni. Tak over dah lakonan Nana dah semakin baik. Aliff satar memang dah pandai berlakon.

Lirik Lagu Sebenarnya (OST Klik! Pengantin Musim Salju) - Alif Satar Feat Siti Nordiana

Lirik Lagu OST Pengantin Musim Salju Sebenarnya - Alif Satar dan Siti Nordiana


Ku tau kita saling melukai
Walau telah berkali
Kau masih disini

Dan bila ku berjauhan
Membuat ku sedari
Dirimu terbaik buat aku

Apalah aku tanpa kasih dan sayangmu
Terimalah maafku oh sayangku

Sebenarnya telah lama
Ku jatuh hati padamu
Bagaimana harus aku
Nyatakan cinta padamu

Sebenarnya telah lama
Ku menantikan dirimu
Ku harap kau pun juga begitu

Hatiku tidak pernah meragui
Tak pernah pun sekali
Kerna ku masih menyayangi

Apalah aku tanpa kasih dan sayangmu
Terimalah diriku oh sayangku

Bagaikan bidadari
Kau beri hidup erti

Saat diri mencari cahaya
Kau disana menunggu diriku
Terus mencintaiku

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan