Rumusan Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP

Lepas dengar pengumuman PM tadi mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bakal dilaksanakan bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 rata-rata rakyat Malaysia semua melahirkan perasaan syukur. Semestinya gembira setelah sekian lama berjuang menentang COVID akhirnya membuahkan hasil bila kes-kes semakin berkurangan.

Jadi trending di media sosial tanda pangkah #balikkampung sebab rentas negeri sudah pun dibenarkan. Aku dah dapat bayangkan lebuhraya Pantai Timur confirm sesak hujung minggu ni. Tengok keadaan dulu macamana baru rancang balik kampung.

Dalam sibuk kita meraikan kebebasan yang sementara di beri oleh PM ni minta semua berhati-hati. Kita dah ada norma baharu. Amalkan dan sentiasa jaga kebersihan. Mana boleh elak kita elak sebelum timbul kes lain.

Ingat, jika ibu bapa kita adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan. Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan.



Senarai Perkara Yang Dibenarkan Sepanjang PKPP

Sayu hati bila fikir kita dah berjaya harungi PKP, PKPB dan sekarang PKPP. Harapnya apa sahaja perintah pergerakan di masa hadapan akan memudahkan urusan semua pihak. Perdana Menteri Malaysia dah pun umumkan, mulai 10 Jun perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).



Selain itu antara perkara lain yang turut dibenarkan dan diberi kelonggaran sepanjang PKPP ialah seperti berikut:

1. Rentas negeri dibenarkan. Sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.

2. Perkhidmatan gunting rambut dan salun akan dibenarkan.

3. Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga akan dibenarkan.

4. Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan. Termasuk dalam senarai yang dibenarkan juga ialah lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem.

5.Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.

6. Beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP. Ini termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan.  Antara contoh sukan yang dibenarkan ialah seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain.

7. Yang masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam, dan sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bola keranjang dan hoki.

8. Aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan. Teringin nak repeat bercuti ke IPOH 

9. Sempadan negara masih ditutup.

10. Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.

11. Solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi.

12. Sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan. Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman terperinci mengenainya sedikit masa lagi.

13. Waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu yang melibatkan premis & pelanggan. Rindu nak makan Makanan Korea Halal

14. Pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP.masih belum dibenarkan.


Untuk pengetahuan, kerajaan akan melaksanakan PKPP dengan berteraskan 7 Strategi iaitu:
  • Pengukuhan Kesihatan Awam;
  • Perundangan dan Penguatkuasaan;
  • Pengukuhan Kawalan Sempadan;
  • Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi;
  • Pembudayaan Kebiasaan Baharu;
  • Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti; dan
  • Perlindungan Golongan Berisiko.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut senarai aktiviti atau sektor yang dibenarakan dan yang tidak dibenarkan, saudara-saudari bolehlah layari laman web Majlis Keselamatan Negara. 

Apa pun tahniah semua rakyat Malaysia. Kita buktikan kita mampu kawal dan ubah. Terima pembaharuan walaupun agak payah pada awalnya. Banyak betul perkara kita belajar sejak PKP dilaksanakan.

Secara peribadi PKP banyak ajar aku tentang konsep syukur dan sikap menghargai. In sha Allah sentiasa percaya dengan apa yang berlaku pada hari ini pasti ada hikmahnya yang Tuhan dah tetapkan.


(PKPD)
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang

2 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Alhamdulillah dah boleh rentas negeri.
    Bolehlah anak cucu balik kampung minggu depan

    BalasPadam
  2. Semoga ekonomi kita kembalik pulih, dan semoga semua rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati, follow s.o.p sampai virus ni lenyap dr Malaysia

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama