Resepi Udang Galah Masak Sos Simple

Kisahnya semalam kami makan Udang Galah sebagai juadah berbuka jadi aku nak kongsikan pula dengan kau orang resepi mudah berasaskan udang. Aku memang peminat udang sejak dulu lagi.

Paling suka makan udang masak lemak cili api. Suka Juga Udang Masak Masak Lemak Ala Maharaja

Oleh sebab semalam suami teringin nak makan Udang Galah masak sos jadi kita layankan saja. Segala bahan memang dah ada tinggal nak masak je.

Perkara paling mencabar nak sediakan menu berasaskan udang ni adalah ketika kita nak siang dan bersihkan udang. Eh ada ke siang udang? Ahaks.

Setiap kali cuci udang memang aku pastikan yang usus udang dicuci bersih. Pernah aku makan di restoran dan tukang masak tak cuci dengan sempurna, akibatnya kulit aku gatal-gatal.

Keluar bintat / tompokan merah. Seksa kau menggaru.

 



Udang Galah Masak Sos Simple

Udang Galah ni suami beli di pasar mini berdekatan rumah. Satu peket kecil berharga RM20, anggaran udang yang ada dalam 10 ekor.

Isi Udang Galah masih fresh dan manis, saiz pun tidak lah terlalu kecil. Sedang elok.

Resepi asal udang masak sos simple aku rujuk dari Youtube tapi aku olah ikut selera aku masak. Bahan-bahan dan cara memasak Udang Galah masak sos adalah seperti berikut:

3 biji bawang merah (tumbuk)

3 biji bawang putih (tumbuk)

2 inci halia (hiris)

1 batang serai (ketuk)

Minyak masak

Sos Cili

Sos Tomato

Sos Tiram

Kicap manis

Daun limau purut

1 biji Tomato

1 biji telur

Sedikit air

Udang 20 ekor

 

Resepi Simple Udang Goreng kunyit


Cara masak:

Panaskan minyak dan masukkan serai dan halia, kemudian tumiskan bawang yang ditumbuk. Tumis hingga naik bau.

Kacau sekejap kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan juga sos tiram anggaran 2 sudu setiap sos. Nak kuah lebih letak lebih sos. Terpulang.

Biarkan menggelegak.

Kacau dan kemudian masukkan sedikit air. Pecahkan telur dan kacau lagi. Masukkan dua sudu kecil kicap manis.

Kacau lagi sehingga sebati. Masukkan udang dan gaul supaya sos menyaluti udang. Tambah air jika perlu.

Masukkan daun limau purut. Kacau lagi sehingga udang masak.

Siap. Makan dengan nasi putih panas tak payah lauk lain dah.

 



Cara Betul Siang Udang Galah

Aku nak kongsi juga cara bersihkan Udang Galah. Aku terjumpa video di Youtube which is aku rasa sangat-sangat membantu.

Cara siang Udang Galah mudah oleh HM KUKISS Resepi channel. Simple je sebenarnya sebab beberapa benda penting dan wajib kena buat.

  • Potong misai dan kaki Udang Galah. Jangan lupa potong bahagian sisi pipi dia. Sikit je.
  • Cungkil gigi dia, dah lah besar macam gigi geraham seram aku.
  • Jangan lupa buang kantung najis dia di bahagian kepala.
  • Last sekali potong bahagian ekor untuk keluarkan usus Udang Galah  tu.

Tengok video bawah untuk lebih faham. Harap membantu.

p/s: kalau tak buang kantung najis, usus semua tu bahaya tau. Risiko kena penyakit, alahan dan seangkatan dengannya.



3 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama