Cara Mudah Transfer Duit Guna Western Union

Sebelum aku explain lebih panjang, aku nak kongsikan dulu informasi perlu korang tahu tentang western Union. Perkhidmatan Western Union adalah untuk sesiapa sahaja yang perlu menghantar atau menerima wang dengan cepat. 

Daripada pelancong dan orang yang menanggung rakan atau saudara di luar negara, kepada ahli perniagaan yang perlu membuat pindahan antarabangsa yang lebih cepat dan tentunya selamat. 

Ada beribu ejen Western Union diseluruh dunia untuk korang guna untuk terima atau kirim duit bergantung kepada sesebuah negara. 

Sumber: Kirim Duit Ke Luar Negara

Cara Transfer Duit Ke Luar Negara Guna Western Union


4 Platform Transfer Duit Ke Luar Negara Guna Western Union

Terdapat empat platform untuk korang pilih apabila mahu transfer duit kalau guna perkhidmatan Western Union. Boleh pilih ikut kemudahan dan keselesaan korang. 

#1 Hantar Duit Melalui Secara Dalam Talian

Apa korang perlu buat hanyalah mendaftar dia laman website dan sahkan profil. Maksimum duit boleh transfer ialah RM3,000. Isi makluamat secara online dan transaksi pertama wajib walk in ke kaunter Western Union. Transaksi selepas itu tak perlu lagi walk in. 

#2 Kirim Duit Melalui Aplikasi Western Union

Tak pelru susah, muat turun je aplikasi Western Union di telefon bimbit. Kalau phone storage dah penuh nak download aplikasi WU, boleh lah transfer duit secara dalam talian di sini ikut cara di atas. Paling sikit korang boleh transfer ialah RM5.00. 

#3 Western Union 

Walk sahaja ke Western Union untuk guna perkhidmatan mereka. Untuk pertama kali nak transfer secara dalam talian atau melalui aplikasi kena bina profil kemudian kena walk in ke Western Union untuk buat transaksi. 

#4 Ejen-Ejen Terpilih 

Kalau dalam Malaysia sahaja terdapat lebih 2,500 lokasi ejen Western Union. Punya lah ramai, jadi tersangatlah mudah nak berurusan. 

Antara contoh ialah bank, pejabat pos, pasar raya, kedai runcit, juruwang cek, pusat khidmat penghantaran, kedai ubat, agensi pelancongan, depot, lapangan terbang, stesen kereta api dan bas, pejabat pertukaran mata wang dan peruncit lain.


Cara Transfer Duit Ke Luar Negara Guna Western Union


Cara Transfer Duit Ke Luar Negara Guna Western Union Di Pejabat Pos

Aku prefer untuk walk in ke Pejabat Pos untuk guna perkhidmatan Western Union. Bukan apa senang aku nak bertanya dengan staff jika ada kemusykilan. Ternyata semudah ABC. 

Apa perlu korang buat ialah minta borang Pengiriman Wang dan isikan segala maklumat yang diperlukan. Penting untuk pastikan maklumat penerima adalah tepat kalau tak mahu ada masalah masa pengeluaran nanti. 

Maklumat penerima yang diperlukan ialah: destinasi (Bandar / Negara), jumlah wang, nama penerima (depan, tengah, akhir), alamat lengkap beserta poskod dan no telefon. 

Maklumat pengirim yang diperlukan ialah: nama penerima (depan, tengah, akhir), alamat lengkap beserta poskod, no telefon, maklumat warganegara, tujuan transaksi, punca dana (punca perniagaan, gaji, hadiah), dan pekerjaan. 


Cara Transfer Duit Ke Luar Negara Guna Western Union


Kakitangan Pos Laju nasihatkan untuk letak “perbelanjaan” sebagai tujuan transaksi untuk situasi aku. Aku dan beberapa rakan kirimkan sedikit duit untuk kawan lama kami di Lebanon, dekat sana kan tengah tak stabil. Bagus kakitangan Pos Laju, dia ingatkan aku kena scam cinta jarak jauh. Lol. 

Siap isi segala maklumat, tunggu giliran dipanggil dan masa ini lah kena lampirkan MyKad untuk tujuan pengesahan. Setiap jumlah duit yang nak di transfer akan dikenakan service charge ya. Jadi kalau nak kirim kena standby asing duit caj tu. 

Untuk nilai RM500 caj yang dikenakan adalah sebanyak RM76. Makin tinggi nilai duit makin mahal servis caj. Bergantung juga nilai matawang kita sewaktu transaksi. Duit di transfer akan di tukar nilai USD. 

Setelah urusan, Pos Laju akan beri tax invoice. Dalam tu ada MTCN tracking number. Jadi kongsikan nombor ni dengan penerima supaya mudah dia nak keluarkan duit nanti. 


Cara Transfer Duit Ke Luar Negara Guna Western Union


Tak lama pun transaksi penghantaran duit tu. Dalam setengah jam dah boleh keluarkan duit, dan setelah penerima keluarkan duit dari Western Union, pengirim akan dapat notifikasi SMS menyatakan duit telah selamat diambil. 

Kesimpulan

Memang mudah sangat guna perkhidmatan Western Union untuk transfer duit, tak sampai setengah jam pun urusan semua selesai. Dari segi keselamatan, dekat borang Pos Laju dia ada nyatakan peringatan supaya pengirim tak terjerumus ke kancah scammer. 

Jumlah aku transfer tak cecah ribu ringgit tapi kakitangan Pos Laju masih ambil berat (bertanya) untuk pastikan aku tak jadi mangsa penipuan. 

1 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Perkongsian yang bagus diah. Pernah skli je guna WU masa nk cash out duit Google ads.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama