Resepi Udang Salted Egg Guna Tepung Bestari

Rodiah Amir
1

Tak pernah aku bayangkan rupanya mudah sangat nak masak udang salted egg atau nama lain dia udang masak telur masin. Serius sangat-sangat menjimatkan masa dan hasil dia kebabom. Puas hati.

Kalau sebelum ni nak makan udang telur masin, aku kena sediakan rebus telur masin kemudian dilenyek halus. Punya la leceh nak sediakan bahan-bahan tetapi disebabkan teringin makan jadi gigih buat semua dari awal.


Udang Salted Egg Guna Serbuk Telur Masin Bestari

Tapi sekarang semuanya mudah sangat. Hanya guna serbuk telur masin segera. Aku baru tahu tentang kewujudan serbuk telur masin jenama Bestari. 

Baca sini aku pernah masak sotong salted egg

Aku sorang je ke baru tahu benda ni wujud? Kalau korang macam aku, sila la baca entri kali ni sampai habis. Confirm tak akan menyesal.

Aku tahu tentang serbuk telur masin Bestari secara tak sengaja lepas terpilih sebagai pemenang giveaway di Instagram Kak Ana Jingga. Dapat la merasa sekotak serbuk telur masin tu. Alhamdulillah.



Prawn Salted Egg


Resepi Udang Salted Egg Mudah Dan Sedap

Oleh sebab pertama kali cuba jadi aku tak sukat dengan betul bahan-bahan yang dimasukkan. Aku pernah baca, kalau kita bake roti atau kek; pantang paling utama ialah kena sukat bahan-bahan yang digunakan.

Tapi kalau masak lauk-pauk terutama resepi lauk Melayu, sukatan bahan tu boleh kira cincai lah sebab ia masih sedap. Katanya.

Jom tengok bahan-bahannya:

  • 15 ekor udang saiz sederhana (buang usus dan cuci bersih)
  • 3 sudu besar tepung goreng pisang Adabi
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit air
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng udang
  • 3 sudu besar Serbuk Telur Masin Bestari
  • 2 sudu mentega
  • 5 biji cili (dihiris halus)
  • 2 biji bawang putih (dicincang halus)
  • Daun Kari


Prawn Salted Egg


Cara-caranya ialah:

Bancuh tepung goreng dan tepung gandum dengan sedikit air. Kacau sebati supaya tidak berketul. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Sedang-sedang je bancuhan dia. jangan lupa cubitkan sedikit garam.

Panaskan kuali. Salutkan udang dengan tepung yang dibancuh. Goreng separa masak kemudian toskan minyak.

Dalam kuali yang lain masuk dan cairkan mentega.  Setelah panas tumiskan daun kari dan bawang putih. Selepas naik bau tuangkan pula serbuk Telur Masin Bestari. Anggaran agak-agak.

Waktu ni, dah boleh nampak serbuk Telur Masin berbuih dan semakin pekat. Nak adjust kepekatan dia hanya tambahkan mentega. Bukan tambah air tau. Kang jahanam resepi.

Kemudian masukkan udang yang digoreng tadi dan gaul sebati. Jangan lupa taburkan cili yang dihiris. Siap untuk dihidang.


Udang Salted Egg


Serious talk tak perlu pandai masak gila babeng pun masih boleh sediakan menu lazat untuk keluarga. Anak dan suami pun kagum lah dengan presentation mahupun rasa dia. Untuk yang nak cuba boleh tiru je resepi di atas.

Boleh beli serbuk Telur MasinBestari dekat sini. 

Sekotak cukup untuk tiga ke empat hidangan. So berbaloi dengan harga.

Selamat mencuba korang.


Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. waduh sedapnya. mama nak masal lauk ni sampai sekarang kelaut haha udang aje keperut

    BalasPadam
Catat Ulasan