Hidup Tak Pernah Lepas Dari Masalah & Bukan Mudah

Rodiah Amir
6

Jangan hakimi seseorang kalau dia menangis meratapi hidup dia susah, mengadu masalah dia paling besar atau ujian dia paling teruk. Jangan sesekali kita bandingkan dia dengan sesiapa dan kutuk dia.

Yang sebenarnya dia sedang cuba untuk meluahkan, memberitahu diri sendiri dan minta diri supaya sedar yang dia dalam masalah, dengan harapan dia akan sedar dan cepat bangkit.

Menangis kerana hidup tak pernah lepas dari masalah.  Tersekat dalam hidup dan belum jumpa jalan keluar. Perasaan paling teruk kita bakal alami jika kita tak nampak siapa boleh tolong kita. 


Hidup Tak Pernah Lepas Dari Masalah & Bukan Mudah

Sedangkan sebenarnya orang paling layak tolong adalah diri sendiri. Kenapa? Hanya diri kita kenal kita sebenar-benarnya.

Manakala orang sekeliling pula kenal kita berdasarkan reaksi kita dengan mereka. Kalau kau layan aku dengan baik, semestinya aku akan balas dengan baik. Jadi terlihat kita berpesonaliti yang baik-baik. 

Begitu juga sebaliknya.

 

ujian-hidup-manusia

Kenyataan Hidup Tak Pernah Lepas Dari Masalah Dan Bukan Mudah

Kenyataan yang hidup ini tak pernah lepas dari masalah dan tidak mudah bukan perkara baru. Dunia ini memang tempat untuk berpenat, bersusah payah untuk kita pungut hasil di akhirat kelak.

Jadi kenapa masalah selalu mendatangi kita?

Masalah atau pun ujian yang Tuhan kirimkan untuk kita tak lain tak bukan untuk menguji sejauh mana kekuatan kita. Kepercayaan kita hidup mengharapkan Tuhan.

Ujian juga membantu kita untuk bertahan. Bertahan untuk terus hidup. Selagi mana masa kita belum sampai untuk menghadap kembali kepada Pencipta.

Ada orang bersilih ganti diberi ujian, tapi tak pernah gentar dan terus berjuang. Sentiasa mengharapkan peluang kedua untuk Allah berikan. 

 

Bersangka Baik Dengan Allah

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala perkara yang ada di langit mahu pun bumi. Allah menjadikan sesuatu dengan sebab. Allah pilih dan beri ujian kepada kita kerana kita adalah yang terpilih.

Bahagianya hidup kalau kita faham hikmah di sebalik ujian. Istimewanya kita.


hidup-tak-pernah-lepas-dari-masalah


Dari Abu hurairah Radhiallahu Anhu, ia berkata rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 

Allah berfirman: Aku akan berurusan dengan hamba-hambaku seperti mana apa yang mereka sangkakan kepadaku ‘’ ( HR Bukhori dan Muslim ).

Teringat kata-kata penyanyi lelaki popular Malaysia, Faizal Tahir didalam video yang dia muat naik di Instagram. Dia berkongsi berita tentang kelahiran anak mereka yang ketujuh.

Anak syurga yang diberi nama Maryam Tahirah. Nama gabungan yang di inspirasikan dari nama ibu Nabi Isa a.s. dan nama arwah ayah dia.

Maryam adalah anak yang Allah beri keistimewaan, sewaktu dalam kandungan lagi doktor dah beritahu yang Maryam adalah beberapa masalah kesihatan berkaitan perut dan jantung.

Doktor minta buat further check dan kemungkinan kalau ada dua kompilasi kemungkinan tinggi anak itu adalah anak Down Syndrome.

Begitu tenang mereka sekeluarga menerima berita bahkan teramat gembira kerana mereka termasuk dalam golongan yang terpilih. Allahuakbar.

Bertuah juga dia dikelilingi keluarga, sahabat, saudara mara yang sangat positif, bersangka baik malah mengucapkan tahniah dah dapat lesen untuk ke syurga.


قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ

Qadarullah wamaa syaa’a fa’al - “Ini adalah takdir Allāh, dan apa yang Dia kehendaki, Dia lakukan.”

 

Kesimpulan

Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah hidup perlu diteruskan. Hidup yang tak pernah lepas dari masalah menjadikan kita akan kekal kembali pada Pencipta. Kembali dan mengadu pada Dia yang berhak.

Allah Maha Tahu.

Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. masalah tu sebenarnya memberi kita kekuatan, pengalaman tuk lebih kuat di masa hadapan. yea menangis lah sepuas2nya, kekadang memang semua harus dilepaskan dgn tangisan. pastu lega kan, go back on track again. insyaallah

    BalasPadam
  2. salam nisfu syaaban dari wak yg jauh dimata.. 😅

    BalasPadam
  3. Setiap masalah atau ujian yang Allah berikan pada kita, ada hikmahnya. Dengan masalah atau ujian ni, kita jadi lebih kuat dan sabar...Percaya dengan Allah, ada kemanisan yang diberikan pada setiap ujian atau masalah yang kita hadapi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak, kena duduk fikir hikmah semua Allah aturkan

      Padam
Catat Ulasan