Hi Tea Di Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur

Rodiah Amir
17

Bulan lepas aku ke Menara Kuala Lumpur sebab nak bawa emak Hi Tea di Restoran Berputar Atmosphere 360. 

Kebetulan emak ada temujanji bulanan dengan doktor di Hospital dekat KL. Memang dah jadi kebiasaan memandangkan waktu kerja aku yang flexible jadi aku lah jadi peneman setia emak setiap kali jumpa doktor. 

Idea asal nak bawa emak jalan-jalan sekitar KL dan kemudian adik aku yang bongsu cadangkan minum petang di Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur. 

Hi Tea di Hotel Istana Kuala Lumpur

hi-tea-Atmosphere-360-Menara-KualaLumpur


Hi Tea Di Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur 

Sengaja pilih KL Tower sebab nak bagi emak merasa makan di restoran berputar. Seperti dijangka kami yang excited. Emak cool seperti biasa tapi terpancar wajah kegembiraan emak. 

Memang niat kami adik beradik selagi ada masa, wang dan tenaga nak cipta kenangan dan balas jasa emak. Walau memang tak terbalas pon jasa emak melahirkan dan membesarkan kami. 

Ikutkan ini bukan pengalaman pertama aku makan di restoran Atmosphere 360 Menara ni. Aku dah pernah datang untuk lunch dan sambut anniversary perkahwinan dengan suami. 


Atmosphere-360-Menara-KualaLumpur


Makan malam pula dengan rakan sepejabat. Setiap kali datang sini memang aku teruja. Pemandangan dari atas adalah seluas mata memandang. Cantik SubhanAllah. 

Bagi mereka yang gayat mungkin kurang selesa, cuma jangan berdiri dekat cermin dan pandang ke bawah. Macam emak, nak dekat dengan dinding cermin tu pun seriau. Faktor umur barangkali. 


view-KL-Tower


Buffet Hi Tea Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur

Waktu untuk Hi Tea bermula pada pukul 3.30 sehingga 5.30 petang. Memandangkan urusan di hospital selesai pada pukul satu petang jadi kami cari makanan untuk alas perut. 

Rugi sangat kalau datang dengan perut yang penuh. Balik dulu ke rumah, segarkan diri dan solat Zuhur. 

Jalan pun kurang sesak memandangkan hari bekerja dan urusan nak parking pun mudah sangat. 

Oh ya, segala urusan tempahan adik aku yang buat. Tapi menurut dia, beli sahaja di laman web Klook senang je. 

Tak perlu print apa-apa dan boleh walk in terus ke kaunter. Hanya nyatakan nama dan nanti penjaga kaunter akan bantu. 


harga-buffet-Hi-Tea-Menara-KL


Harga dia boleh rujuk website Klook. Waktu untuk buffet adalah seperti dibawah. Setiap buffet makanan dia berbeza dan waktu dinner la makanan lebih banyak berbanding hi tea. 

Bayaran Hi tea tak termasuk pergi ke KL Tower observation deck ya. Aku dah pernah ke Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur. 

  • Lunch: 12:00pm - 2:30pm
  • Hi-Tea: 3:30 pm - 5:30 pm
  • Dinner: 7:00 pm - 10:00 pm


Menu Buffet Hi Tea Restoran Atmosphere 360 

Kalau ikut website, menu akan ada perubahan setiap hari. Dari segi rasa tidaklah mengecewakan. Makanan jadi sedap sebab makan sambil mata dijamu dengan pemandangan indah. 

Nak menu lengkap boleh rujuk website KL Tower. Aku senaraikan berdasarkan apa aku ingat. 



Appetizer: Pelbagai jenis salad, sandwich, rojak buah.

Snack station: Keropok lekor, spring roll, samosa, wedges. 

Dessert: Pelbagai jenis kek, bubur kacang, jeli, ice cream dan manisan lain. Oh emak paling suka scones dia. 


Noodle yang ada pada hari tu ialah Mi Kari. 

Main course: Nasi ayam, Nasi lemak, Bihun goreng, Roti Nan, Kari, sausage, fillet dan sejenis dengannya. 

Overall aku suka makan dekat sini sebab layanan staff dia semua baik je. 


hi-tea-restoran-berputar


Pening Tak Makan Dekat Restoran Berputar? 

Nama je restoran berputar tapi kita tak rasa pun dia tengah berputar. Kita boleh nampak bahagian tengah buffet bergerak lawan arah dengan bahagian meja makan. 

Jadi kalau dah dapat tempat duduk, pastikan ingat no meja. Apa yang jadi bila kita ambil makanan di meja buffet dekat tengah, selepas kita selesai kedudukan meja makan akan berubah. 


sambut-wedding-anniversary-KLTower


Sebab ianya bergerak dan ambil masa selama 45 minit untuk buat putaran lengkap 360 darjah. Kami makan dalam keadaan tenang dan walaupun hari bekerja restoran agak penuh dengan rakyat tempatan. 

Gambar atas ni adalah contoh setting ada couple datang nak sambut birthday dekat KL Tower. Cantik weh. Rate semua boleh tanya staff dekat kaunter. 

Secara keseluruhan, puas hati dapat bawa emak makan di Restoran Berputar Atmosphere 360. Kenangan manis yang dicipta aku harap dapat kami kenang sampai bila-bila. 

Syukur atas setiap rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah. Nak Hi Tea tapi nak tempat privacy boleh cuba Tim’s Tea House Café di Taman Melawati

Catat Ulasan

17Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. salam kenal. menarik food2 yg dihidangkan tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal Azian, terima kasih. Boleh tahan la food dia. View yang mahal

      Padam
  2. tak pernah makan kat sini..macam menarik juga pakej dia tu..boleh ajak husband...

    BalasPadam
  3. Sedap2 juga menunya ya. Harap dapat juga ke sini one day nanti insyaAllah. Thanks share

    BalasPadam
  4. Bestnya dan makanan pon kelihatan menarik..
    VM belom pernah makan dia sana..
    InsyaAllah ada rezeki boleh cuba nanti =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. View dekat atas ni memang layak dipuji la. Indah. Moga ada rezeki untuk datang sini okay

      Padam
  5. happy mak tu dpt hi tea kt restoran berputar..tkperh lg try mkn sini...aritu kwn2 pernh plan juga tp tk jd...ada rezeki bole cuba nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali sekala untuk kenangan tempat ni okay sangat

      Padam
  6. seronok emak dpt mkn.. nampak happy. tulah semoga murah rezeki dpt bahagiakan emak

    BalasPadam
  7. Hai kak nak tanya kalau saya drive sendiri ke sana nak parking mana ya? Boleh tak bg instruction Dari parking kereta ke restoran. Saya mak bawak cikgu2 otai celebrate Hari guru dkt sana. Dah booking cuma tak tau nak ke sana klau naik kenderaan sendiri 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Weekday parking dekat atas. Parking khas Menara KL tu ada InshaAllah tapi kalau risau boleh naik grab. stesen monorail - Raja Chulan, Dang Wangi - Kelana Jaya, stesen Bukit Bintang antara yang dah dekat dengan Menara KL

      Padam
  8. Salam puan.. boleh tak cerita kan flow Dari tempat parking sampai la ke restoran. saya dah booking cuma tak tau nak parking mana dkt sana and nak ke restoran tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pergi waktu hari bekerja jadi parking ada dan mudah je. Memang betul-betul depan entrance Menara KL. kalau tidak naik grab saja senang

      Padam
Catat Ulasan