Terima Critical Security Alert Google Email

Rodiah Amir
2

Baru-baru ni aku terima notifikasi e-mail dari pihak Google berkenaan Critical security alert. Alert atau amaran yang dimaksudkan ialah berkenaan keselamatan akaun yang berada pada tahap yang krtitikal.

Awalnya memang cuak, risau kalau akaun Gmail aku diceroboh atau lebih teruk di ambil alih oleh hackers. Menangis tak berlagu la jawabnya.

Google dapat kesan ada beberapa kata laluan (password) yang aku simpan ditemui dalam talian. Juga membawa maksud kata laluan aku terdedah. Itu apa aku faham.

 

Google-critical-security-alert

Terima Critical Security Alert Google Email

Dalam e-mail tersebut diterangkan bahawa terdapat beberapa kata laluan yang aku simpan ditemui dalam pelanggaran data (data breach).

Punca data breach adalah daripada website dan juga aplikasi yang aku pernah guna. Bersyukur sangat akaun google aku tidak terjejas.

Jadi untuk tujuan keselamatan, Google Password Manager sarankan untuk aku tukar kata laluan secepat mungkin.

Lepas sisasat rupanya kata laluan untuk website Pizza Hut yang terkesan. Jadi aku kena tukar kata laluan.

 

Data-breach-Pizza Hut

Notis Amaran Pencerobohan Kata Laluan Critical Security Alert

Macamana boleh berlaku pencerobohan kata laluan? Data breach?

Soalan atas ni agak teknikal jadi bukan kepakaran aku nak jawab. Apa boleh aku rumuskan, di sebalik kecanggihan teknologi pastinya ada juga sisi hitam dia.  

Biasanya kalau guna Chrome bila kita log masuk akaun atau aplikasi, kita masukkan kata laluan pasti ada notifikasi tawarkan untuk simpan kata laluan.

Dulu aku suka minta chrome untuk save supaya aku tak perlu hafal kata laluan setiap kali nak log masuk. Jenuh lah kan semua kata laluan nak ingat.

Tapi itu dulu la. Bila semakin banyak membaca, banyak pendedahan dan tahu sangat-sangat bahaya kalau kita simpan kata laluan dalam talian.

Banyak je ruang yang boleh scammer, hacker buat kerja. Ikutkan ini kes kedua melibatkan pencerobohan akaun atas talian.

Kali pertama kes duit hilangdalam akaun Bank Muamalat. Semenjak kes tu aku jadi paranoid dan kurang percaya dengan sistem sedia ada.

Kejadian yang berlaku betul-betul buka mata aku yang semua kita ada tak semestinya akan jadi milik kita.

 

Google Password Manager, Urus Kata Laluan

Google Password Manager ni merupakan ciri yang disediakan oleh Google untuk mengurus kata laluan dan menyenangkan pihak pengguna supaya tak payah susah nak hafal kata laluan.

Pada asasnya, ianya dianggap selamat untuk digunakan. Tetapi untuk memastikan kata laluan anda selamat, anda perlu cipta kata laluan yang kukuh.

Kukuh yang dimaksudkan adalah kombinasi nombor dan huruf, huruf besar, huruf kecil dan juga simbol.

Pernah baca juga sebaiknya kena tukar kata laluan setiap tiga bulan, dan aku rasa ada ramai je yang tukar kata laluan secara kerap. Tahniah.

 

Google-Password-Manager

Apa Perlu Buat Bila Terima Critical Security Alert

Log masuk ke google akaun. Kalau buka Chrome di bahagian atas kanan klik icon profile anda, kemudian pilih “Manage your Google Account”.

Klik Security, cari Signing in to Google – app password atau yang berkaitan. Anda boleh See, delete, edit, or export a password.

Boleh semak juga di tab AutoFill. 

Ada dua pilihan: nak terus simpan password dekat Chrome tapi tukar kata laluan atau padam terus dari Google Password Manager.

Lepas tukar kata laluan untuk wesite Pizza hut aku ambil keputusan untuk tidak lagi simpan password di Google Password Manager.

Kita kembali kepada cara yang lama, simpan dalam buku nota. Walaupun agak leceh tapi aku lebih selesa.

Macamana data aku boleh breach aku pun tak tahu. Cuma sebagai pengguna, yang ruginya adalah kita. Jadi jangan ambil mudah dan sentiasa berwas pada.

 

Warning-data-breach


Kesimpulan

Bagusnya Gmail sangat peka dan pantas bertindak hantar Critical security alert kepada pengguna. Google Password Manager merupakan tool yang effektif jika kita gunakan dengan betul. Selain daripada cipta kata laluan yang kukuh, turn on juga 2-step verification sebagai langkah keselamatan tambahan.

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. mama tak berapa suka kerap tukar password sebab nnti selalu lupa huhu tapi apakan daya demi security kan

    BalasPadam
  2. tulah kena tukar password cepat2 tulis dlm buku takut lupa. hehee

    BalasPadam
Catat Ulasan