Setelah banyak kali Diah guna dan berpuas hati dengan hasil dia, baru berani nak kongsi di blog dan tulis review tentang mini waffle maker ni.
Waffle merupakan antara makanan
Diah suka makan sebagai alas perut sementara tunggu suami dekat train dan balik
sama-sama.
Dulu setiap kali balik kerja
memang suka beli di kiosk Waffle dalam LRT Wangsamaju. Dah bertahun lamanya,
akak yang jual tu masih setia kerja dan buat waffle.
Perisa kegemaran Diah adalah
butter dan coklat. Selalu minta versi waffle coklat butter kurang manis dan
paling penting kena garing. Baru sedap makan.
Teringat makan waffle dengan Aiskrim dekat Gula Cakery. Sedapnya!
Review Mugen Mini Waffle Maker 3 in 1
Diah beli waffle maker ni beberapa bulan yang sudah. Itu pun lepas terpengaruh tengok orang buat Mini Croffle guna waflle maker.
Memang viral dekat TikTok. Nak buat Croffle pun mudah je. Mugen Mini Waffle Maker 3 in 1 antara top item yang laris.
Diah dah buat dengan anak-anak dan memang jadi. Jadi untuk korang yang berminat dengan Mini Waffle Maker 3 in 1 kena baca entri ni sampai habis.
Mugen Mini Waffle Maker 3 in 1
Untungnya kalau beli Mugen Mini
Waffle Maker 3 in 1 ni korang akan dapat bukan satu tapi tiga plate berlainan
iaitu Donut, grill dan juga waffle.
Boleh buat bentuk waffle, donut
dan juga kalau nak buat resepi nak letak telur, sosej atau pepperoni boleh guna
plate grill tu.
Jadi tidak lah bosan dan ada
pilihan. Lebih menguntungkan beli 3 in 1 sebab beli pada satu harga je. dapat
jimat ruang dekat dapur juga.
Saiz waffle maker ni sama besar
dengan roti keping Gardenia putih yang orang selalu buat sandwhich tu. Kalau
plate donut boleh buat empat biji donut pada satu masa.
Nak guna pon mudah hanya ada
butang on / off. Anak-anak pun boleh buat sarapan sendiri lepas ni.
Dari segi nak mencuci memang jadi
lebih mudah sebab plate tu boleh ditanggalkan. Kalau waffle maker yang jenis
lama tu kan plate dia melekat sekali jadi hanya boleh lap dengan tisu basah.
Antara kelebihan lain ialah dia
boleh hasilkan waffle yang garing sebab ada rod besi dia kedua-dua bahagian. Atas
dan juga bawah.
Jadi waffle masak lebih sekata. Plug
dia plug mata tiga, sesuai untuk kegunaan orang Malaysia.
Resepi Mini Croffle Guna Puff Pastry
Hanya perlukan Puff Pastry, Gula
Perang dan Waffle maker. Puff pastry boleh guna saiz yang kecil dan dibahagi
kepada dua bahagian.
Potong kepada bentuk tiga segi
dan kemudian gulungkan. Taburkan gula dan masak guna waffle maker.
Boleh buat sos coklat atau sedap makan macam tu je pun dah cukup. Sesuai dijadikan snek makan petang atau bekal untuk anak ke sekolah.
Diah ada kongsi resepi lengkap cara Buat Croffle Guna Puff Pastry
Beli Dekat Mana?
Untuk korang yang ada akaun TikTok boleh beli guna link ini. Dekat Shopee pun ada
Ikut la mana yang mudah. Nak jimat beli waktu ada Sale dan voucher. Baru berbaloi-baloi.
Mirip-mirip dengan cetakan roti panggang,soalnya saya punya yg cetakan roti panggang ,tapi pasti beda penggunaan nya
BalasPadamdatang singgah and follow sini sat dari http://www.thefox.my/ ^^
BalasPadamNaah kalo platenya bisa dilepas enak bersihinnya ya kak. Lebih gampang. Saya punya, tapi bukan yg mini. Dan sampe sekarang belum pernah dipakai 🤣🤣. Belum sempat beli adonannya. Kalo nak bikin adonan sendiri memang tak jadi 🤣
BalasPadam