Pembinaan Rumah Ronald McDonald Kedua Di Kelantan

Pembinaan Rumah Ronald McDonald Kedua Di Kelantan

Sebuah Rumah Ronald McDonald bakal di bina di dalam kawasan Hospital USM hasil kerjasama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities (RMHC) bersama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan. 

Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini merupakan yang kedua di Malaysia dan pembinaannya bertepatan dengan misi untuk meringankan beban keluarga pesakit pediatrik dengan memastikan mereka mempunyai tempat tinggal sementara yang dekat dengan anak mereka yang menjalani rawatan perubatan di hospital.

Rumah Ronald McDonald yang pertama telah dibina pada tahun 1999 di dalam kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Rumah Ronald McDonald di PPUKM merupakan yang pertama di Asia dan telah menjadi rumah persinggahan untuk lebih 850 keluarga pesakit pediatrik sehingga kini.


Rumah Ronald McDonald ke dua di Kelantan


Apabila siap dibina pada awal tahun 2019 kelak, Rumah Ronald McDonald di Hospital USM akan menjadi tempat tinggal sementara untuk keluarga kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital. Rumah ini bakal mempunyai 18 bilik yang boleh menempatkan antara 4 hingga 6 katil setiap bilik. Setiap bilik turut dilengkapi dengan bilik air sendiri.

Selain bilik keluarga, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini juga bakal menawarkan kemudahan seperti ruang makan, ruang TV dan istirahat, dapur, bilik mesin basuh dan juga taman permainan. Selain itu, Rumah ini turut menyediakan Bilik Sensori Ronald McDonald yang membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan bantuan peralatan multi-deria khas.

Hospital USM akan menyediakan satu ekar tanah di dalam kawasan hospital untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald manakala RMHC pula akan membina rumah ini yang siap dengan kelengkapan dan perkakasan yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM4 juta. Perbelanjaan mentadbir dan operasi akan ditanggung bersama oleh kedua-dua belah pihak.

Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM berkata, “USM menyambut baik kerjasama strategik bersama RMHC, sebuah badan kebajikan berdaftar dengan objektif membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dari aspek pendidikan, kesihatan dan juga sosial.”

tapak pembinaan Rumah Ronald McDonald


Pembinaan Rumah Ronald McDonald akan membantu memenuhi keperluan masyarakat, khususnya mereka dari kategori B40 yang merupakan 80% pesakit yang mendapat rawatan di Hospital USM. Sebagai contoh, dalam tempoh enam bulan pertama (Januari hingga Jun 2018), Hospital USM menerima sejumlah 3,015 pesakit di wad pediatrik, yang datang dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Kerjasama ini secara tidak langsung mampu melonjakkan lagi persepsi positif masyarakat khususnya keluarga pesakit, serta pihak-pihak yang berkepentingan dengan USM. 

Selain daripada itu, ianya turut memperkukuhkan jenama USM amnya dan Hospital USM khasnya sebagai hospital pakar serta menjadi rujukan dalam pelbagai disiplin perubatan dan kesihatan di Pantai Timur selain membuka pelbagai pintu kerjasama yang lebih luas dan strategik bagi kedua-dua belah pihak. Hal ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan untuk menjadikan USM sebagai Universiti Pilihan.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald yang baharu ini boleh berbuat demikian menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan lain-lain cara untuk membuat sumbangan, sila layari https://rmhc-malaysia.my

3 Pencuci Mulut Berasaskan Durian

3 Pencuci Mulut Berasaskan Durian 

Oleh sebab sekarang memang tengah musim orang menjual durian memang rajin la Diah suruh suami beli durian. Harga pun kategori masih boleh beli maka makan la puas-puas. Sementara tengah musim durian kena la ambil kesempatan. Nanti bosan kita berhenti la membeli dan makan. Tapi macam mustahil bosan. 

3 Resepi Berasaskan Durian

Bila dah selalu makan durian fresh Diah cuba pula resepi pencuci mulut yang berasaskan durian. Semua resepi ni dapat dari perkongsian di Facebook. Suka betul orang Malaysia makan termasuk lah Diah. Dalam banyak-banyak resepi, ice cream, serawa dan pengat bebola durian telah berjaya Diah buat. Anak dan suami suka kan nya. 

Ice Cream Durian D24
Ice Cream Durian D24

Terkejut Tengok Muzik Video Terbaru Hael Husaini

Terkejut Tengok Muzik Video Terbaru Hael Husaini | Hael Husaini antara penyanyi yang kami satu keluarga suka karaoke lagu dia dalam kereta. Bila keluar je di corong radio, masing-masing menyanyi macam sedap sangat suara. Memang di Jampi oleh Hael. Punya la minat. Tapi geleng kepala bila tengok muzik video terbaru dia, bertajuk Hajat. Terkejut. 

Kenapa Diah kata terkejut? Maaf kalau Diah merosakkan mood anda atau anda peminat tegar Hael ya, tapi ni sekadar pandangan peribadi Diah sahaja. Dalam muzik video Hajat, dia ada jemput Sajat. Eh silap bukan Sajat la, tapi seangkatan dengan Sajat. Lelaki dua alam. Ada faham?

Hajat Lagu baru Hael Husaini
Hajat Muzik Video Terbaru Hael Husaini

Muzik Video Hajat ala Putera Impian 

Dalam muzik video Hajat pada awal lagu akan ada dua wanita yang cuba berebut untuk mendapatkan perhatian si jejaka di majlis tarian di raja. Kisah ala-ala kakak tiri Cinderella yang bergaduh sesama sendiri untuk kahwin dengan putera raja. Lepas tu baru munculnya Cinderella sebenar iaitu si Lelaki dua alam ni. 

Tak pasti la apa tujuan dia jemput lelaki dua alam masuk dalam muzik video dia. Diah tak cukup seni agaknya nak faham kisah penceritaan disebalik lagu Hajat ni. Atau hanya sekadar taktik marketing nak trending dan popularkan lagu kan? 

Lirik Lagu Hajat

Memang sah la Diah tak berjiwa seni. Baca banyak kali pun masih gagal nak fahami maksud lirik dia. Memang Hael ni kalau lagu dia sejenis tajuk memang seketul macam tu. Dulu Jampi, Haram then now Hajat. Lepas ni apa pula ya. 

Hajat oleh Hael Husaini

VERSE 1
Jika kau mahu sesuatu katakan padaku Jika kau mahu diriku ku sedia untukmu
Dan jika kau mahu kan jiwaku hambakan cintamu
Pasti hajat kamu kamu kamu akan ku tunaikan 

PRECHO
Jangan curiga
Harus percaya
Ikhlas hati ku berkata

CHORUS 2
Terseksa, untuk mencintanya
Mencinta, untuk diseksanya
Terpaksa atau rela, janji kau bersama
Bila tiba waktu kamu harus bercincinkan aku

VERSE 2
Jika kau mahu ku rindu ku bayangkan wajahmu
Jika masih ragu-ragu ku lagukan padamu
dan jika kau mahukan jiwaku hambakan cintamu
Pasti hajat kamu kamu kamu akan ku tunaikan

Sekilas pandang sebenarnya Hael Husaini dan syarikat muzik dia bijak ambil peluang dengan isu semasa yang tengah panas sekarang. Peluang untuk berjaya dan orang suka dengan apa dia buat atau peluang dia popular tapi terima kecaman sebab masyarakat tak dapat terima. Di penghujungnya orang masih akan bercakap tentang lagu ini sama ada suka atau tak. Kan publisiti tu. 
Nilai lah sendiri dan jadi pendengar bijak. 


Johan dan Zizan Menyakat Fesyen Neelofa di Rancangan Meletop

Johan dan Zizan Menyakat Fesyen Neelofa di Rancangan Meletop


Baru lepas tengok siaran ulangan Johan dan Zizan Razak yang di temubual dalam Program Meletop dekat Youtube. 

Johan dan Zizan dijemput untuk mempromosikan rancangan lama mereka “Jozan” yang kata nya akan diberi nafas baru. Jozan akan di tayangkan di Astro Warna pukul 10 malam selepas Program Meletop.


Program Meletop


Neelofa Jadi Bahan Lawak Jozan 


Sekali lagi Neelofa jadi bahan lawak dalam rancangan dia host sendiri. Dari awal temuramah lagi Johan dan Zizan dah mula menyakat Neelofa dan Nabil.

Seperti biasa untuk mereka yang boleh terima cara lawak Jozan akan gelak tak berhenti. Nabil pula jadi nasi tambah. Sudahnya Neelofa pula yang jadi bahan lawak mereka. 

Ada juga bahagian yang Diah rasa melampau lawak mereka. Jozan buat lawak tentang pakaian Neelofa malam tu bila dia pakai Pouch bag dengan dress. 

Memang di akui gaya fesyen Neelofa luar kebiasaan dan seolah minta di kecam tapi bayang kan kita di tempat Neelofa dan terus menerus di gelak kan secara face to face. Macamana ya? 



Budaya Menggelakkan Orang


Dalam tak sedar masyarakat secara halusnya di didik mentertawakan orang adalah tak salah. Menggelakkan penampilan orang dibolehkan atas tiket lawak. Komedi bagi mereka. 

Kita belum pernah dengar berita kan, mati di bunuh sebab dijadikan bahan lawak? Ke dah ada? Kita risau masyarakat kita semakin hilang adap tata susila. 

Kita selalu mengeluh anak generasi muda sudah hilang hormat pada yang lebih tua. Tapi kita lupa, kita sendiri mengajar mereka begitu. Ini lah akibatnya. 

Kita yang membenarkan benda-benda halus macam ni berleluasa. Jadi trend sekarang, bila di tegur katanya tidak berfikiran terbuka. Di cop ustaz ustazah jadian. Siap di kecam netizen. Sudahnya semua takut nak bersuara. 

Dalam rancangan ni juga Johan telah umumkan nama anak dia yang baru lahir tu. Anak sebelum ni nama dia Cantik kan ha yang ni dia ada letak nama Molek, tapi Johan kata senang dia nak panggil dua anak sekali gus. 

Cantik Molek. Kreatif dia dan isteri. 

Kesimpulannya, berhibur, bergelak ketawa tu boleh tapi ada batasnya. Bergurau senda jangan sampai ada yang terasa. 

Kan orang tua dah pesan terlajak perahu boleh di undur, kalau terlajak kata buruk lah padahnya. Dosa kita dengan Tuhan, kita boleh mohon Tuhan ampunkan, kalau dosa sesama manusia merangkaklah kita mencari nak mohon maaf. 

Larangan Lelaki Menyerupai Perempuan

Tertarik hati nak kongsi tentang budaya LGBT yang tengah rancak dekat Malaysia sekarang. Isu sensitif yang telah mendapat perhatian banyak pihak. 

Bila ada manusia yang mengaku Islam tetapi terang-terangan membuat perkara mungkar. Kenapa ramai yang mengecam terutama pendakwah dan ahli agama kerana yang melakukan itu adalah seorang muslim. 

Bila mana seorang lelaki atau wanita mahu bertukar dan menyerupai jantina berlawanan nya. 


Larangan Lelaki Menyerupai Perempuan 

Pencetus umah Amin antara pendakwah yang bangkit melawan budaya LGBT di kalangan umat Islam Malaysia. 

PU Amin juga telah di jemput di salah sebuah rancangan televisyen "Motif Viral" dan menerangkan kenapa dia begitu marah dan kenapa umat Islam Malaysia perlu bersuara. 



larangan lelaki menyerupai wanita



Kenapa masyarakat perlu ambil iktibar atas dugaan yang melanda.  


Maksud lelaki menyerupai perempuan ialah apabila secara fitrah nya dilahirkan sebagai lelaki tetapi dia cenderung meniru gaya orang perempuan. 

Baik dari segi pakaian, perhiasan seperti subang dan rantai, gaya bercakap dengan suara yang halus atau dari segi gaya berjalan seperti berlenggang-lenggok dan lain-lain yang menjadi kebiasaan orang perempuan.




Larangan Bagi Lelaki Dalam Islam


Perkara-perkara yang dilarang lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya adalah seperti berikut:

  • Mengubah Mengubah dengan apa cara sekalipun termasuk melakukan pembedahan ke atas bentuk fizikal termasuk penukaran jantina. 
  • Menukar dan mengikut gaya berjalan dan gerak badan seoarang perempuan yang berlenggang lenggok. 
  • Menukar percakapan dan suara menjadi lebih halus. 
  • Memakai perhiasan yang dipakai perempuan seperti rantai, subang dan lain-lain. 
  • Memakai pakaian wanita. 



Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan


Hukum bagi lelaki menyerupai atau mengubah diri menjadi perempuan adalah HARAM tidak kira dengan apa cara sekali pun, melalui pengambilan hormon atau pembedahan. 

Ini adalah di sebabkan ianya termasuk dalam perkara yang mengubah ciptaan Allah berdasarkan hadith:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ  بْنِ مَسْعُودٍ  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ،  قَالَ:  لَعَنَ  اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالْمُتَنَمِّصَاتِ  وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ، مَا لِي لاَ أَلْعَنُ مَنْ لَعَنَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَهُوَ فِي كِتَابِ اللَّهِ : (وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا) .


Yang bermaksud, Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a  katanya, “Allah mela‘nat perempuan yang membuat tatu, yang diminta membuatnya, yang mencabut bulu muka dan yang mengasah gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah. 

Kenapa pula aku tidak mencerca mereka yang dila‘nat oleh Rasulullah SAW sedangkan di dalam al-Qur’an Allah menyatakan firman-Nya yang bermaksud... 

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta ‘amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya…”




Hadith pengharaman perbuatan berlagak lelaki atau perempuan

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ وَقَالَ: أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُم.

Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”


Sumber Hukum dari muftins.gov dan olahan oleh Rodiah Amir


Burger Ayam Mexicana McDonald

Burger Ayam Mexicana McDonald

 McDonald’s Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan menu kedua sempena Kempen Discover the World iaitu Burger Ayam Mexicana selepas menu pertamanya iaitu Burger Rio yang diperkenalkan bulan lalu. Diah dah rasa burger Rio Daging, sedap tapi pedas sampai meleleh air mata. Sos dia serius unik rasa.

Kepingan ayam rangup bersaiz besar ini dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. 

Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan citarasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Kempen tahunan Discover the World seringkali mengetengahkan keunikan rasa dan budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.

Menu baru McDonald’s Mexicana Chicken Burger




Burger Ayam Mexicana boleh didapati dengan harga RM15.95 untuk set medium dan RM12.50 untuk ala carte.

Menerusi Kempen Discover the World McDonald’s Malaysia membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kempen Discover the World juga membolehkan McDonald’s memperkenalkan pelbagai citarasa antarabangsa ke restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara,”

Tidak kira menu sedia ada atau baharu, McDonald’s amat mementingkan kualiti penyediaan makanan dari awal hingga akhir – bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggalah ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan. 

McDonald’s percaya bahawa makanan yang baik bukan pada rasanya sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai semasa memakan hidangan McDonald’s, pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian Halal dan standard kebersihan makanan yang ketat.

Selain Burger Ayam Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama kalinya hidangan pencuci mulut dengan dua jenis inti – Pai Kastard Strawberi (Strawberry Custard Pie), pai rangup berinti strawberi dan kastard berkrim. Pai Kastad Strawberi (Strawberry Custard Pie) ini boleh didapati dengan harga RM3.30.

menu baru McDonald’s Strawberry Custard Pie
McDonald’s Strawberry Custard Pie 


Selain itu, McDonald’s juga membawakan kembali hidangan pencuci mulut Strawberry Cone. Ia boleh dinikmati oleh semua penggemar aiskrim sundae strawberi dan juga mereka yang ingin merasai perisa aiskrim sundae selain vanilla dan coklat. Pai Kastard Strawberry (Strawberry Custard Pie) dan Strawberry Cone pastinya memberi kepuasan kepada penggemar hidangan pencuci mulut yang inginkan kelainan.


McDonald's Strawberry Fiesta
Pendek kata McDonald’s menawarkan hidangan menarik selera dan juga mata rakyat Malaysia. Pilihan bijak bila McDonald’s ni selalu tukar-tukar menu dan perisa untuk ice cream cone dia. Tak sabar nak rasa Strawberry Custard Pie tu. Untuk kaki makan memang kena cuba la. Apa pun jaga pengambilan gula. Nanti banyak kan minum air masak dan bersenam ok? 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Discover the World oleh McDonald’s Malaysia, sila layari Website McDonald Malaysia. 



Wow, bestnya Hotel Concorde!

Wow, bestnya Hotel Concorde!

Korang terfikir nak merancang percutian menarik dalam negara?. Bagi yang nak rasa ala-ala eksotik dan yang gemar gaya mewah, pilih je Concorde Hotel kat Shah Alam, Selangor. 

Hotel ni sudah memenangi banyak anugerah dan terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam, Hotel Perniagaan yang berkelas antarabangsa lagi mewah gitu berdekatan pulak dengan bandaraya yang bersistematik. 

Jom ke Hotel Concorde Shah Alam



Bagi majoriti yang beragama Islam, tak perlu risau dan pening-pening sangat nak tempat untuk menunaikan ibadah yang tak jauh dari Masjid Biru yang telah tersedia dan berdekatan dengan 4 lapangan golf bertaraf dunia tau, jadi kalau nak beriadah dan bersukan kat area itu pun sesuailah. 

Lokasi Hotel Concorde

Perjalanan 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Concorde Hotel Shah Alam mempunyai 381 bilik dengan suite.

Setiap biliknya pula dihias dengan elegan menawarkan pelbagai kemudahan moden untuk memastikan pengunjungnya menginap secara santai, termasuk penghawa dingin penuh dan akses Wi-Fi percuma. 


Masjid Biru dekat dengan Hotel Concorde


Untuk keseronokan makan pulak, nikmati aroma dan perisa masakan yang berbeza dari lima kedai makanan dan minuman yang unik dan sedap. 

Concorde Hotel Shah Alam adalah satu-satunya hotel di bandaraya dengan bangganya memperoleh tiga sijil HALAL untuk dapurnya (Pastry, Melting Pot Café & Main Kitchen). Pasti pengalaman penginapan percutian tidak akan dapat dilupakan. Ingat bercuti Ingat Concorde eh.

Sikit lagi berkenaan Concorde Hotel Shah Alam, hotel ini menyediakan penginapan yang luas dan selesa di Selangor, dalam jarak 10 minit drive dari Sunway Lagoon Theme Park. Untuk sesiapa yang minat atau cintakan membeli-belah yang kerap kali ada sale, tempatnya adalah kat Sunway Pyramid.

Tak menang tangan dan kaki koranglah kalau bershopping kat pasaraya terbesar di Malaysia tu. 


Shopping di Sunway Pyramid Mall


Tarikan Hotel Concorde

Dengan menawarkan 6 restoran (Pavilion Terrace, Xin Cuisine, Raku Japanese dan lain-lain) yang terbaik selain beroperasi 24 jam, kolam renang terbuka dan perkhidmatan ulang-alik kenderaan secara percuma ke beberapa pusat membeli-belah. 

Tambahan tempat letak kenderaan bawah tanah dan lobi disediakan dengan berbayar mengikut masa. Bilik-bilik kat Hotel Concorde ini pulak dilengkapi dengan pemandangan ke Blue Mosque atau Tab kolam hotel. 

Setiap bilik juga turut tersedia dengan TV, peti deposit keselamatan dan bar mini. Wifi berkelajuan tinggi juga boleh dinikmati dengan bayaran. 

Bila perut dah berbunyi kelaparan, lagi sekali korang tak perlulah risau pening-pening stress berfikir sebabnya Melting Pot Café ada menawarkan hidangan bufet dengan kepakaran tempatan mahupun Barat. 

Restoran-restoran lain menyajikan makanan citarasa Asia, Cina dan Jepun. Banyak pilihan kan? 
Korang juga boleh layan Muzik secara langsung setiap malam kat Crossroads Bar yang tersedia ye. 

Kepada brother-brother dan kakak-kakak yang berbadan sado ataupun fit lah orang kata yang suka dan nak bersenam tu, jangan risau dan sedih sebab kat hotel ini ada jugak Pusat Kecergasan Sukan yang serba lengkap dan terbaik, tambahan pula kelas latihan yoga, litar larian, serta bilik sauna dengan wapnya sekali di sediakan. Fuhh merecik habis.  

Meja tempahan penginapan serta urusan, perkhidmatan concierge dan limusin disediakan untuk kemudahan tambahan kepada pelanggan. 

Concorde Hotel Shah Alam ni jarak anggaran masanya akan memakan masa 45 minit kalau korang driving dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 
30 minit pulak kalau korang driving dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Lembah Klang Utara.

Cerita balik Hotel berkelas perniagaan yang mewah ini, kedudukan strategik kat tengah-tengah bandar di seberang Masjid Biru Shah Alam. Traveller macam korang akan dapat akses mudah untuk pergi ke Taman Tema Sunway Lagoon dan beriadah kat Resort Golf Sultan Abdul Aziz Shah jugak. 

Concorde Hotel Shah Alam ini, sediakan jugak pengangkutan percuma secara berjadual ke beberapa lokasi setiap hari, menjadikannya mudah untuk dikunjungilah, memang berbaloi-baloi. 

Kalau nak bergerak ke Petaling Jaya atau ke Kuala Lumpur memang senang dari hotel ini. Makanan di hotel ini adalah yang terbaik yang korang akan rasakan, standard level dia lebih daripada lima restoran, korang boleh makan dan rasa pelbagai makanan. 

Concorde Hotel Shah Alam ini jugak tempat yang sesuai bagi sesiapa yang mahukan persekitaran yang glamor, suasana damai, dan lokasi yang strategik. 

Apa lagi, jom book hotel murah di Traveloka sekarang and selamat bercuti dan travel ye, beb!


*Credit gambar - Website Hotel Concorde Shah Alam
Google Image 

Cara Buat Keropok Lekor Menggunakan Mee Segera

Memang kalau makan tu dah jadi hobi maka kalau terjumpa resepi yang mudah dan sedap memang harus la Diah mencuba. 

Kali ni Diah cuba resepi keropok lekor yang dibuat dengan menggunakan mee segera. Amat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan yang digunakan pun memang dah ada di dapur. 

Dari segi bentuk, kekenyalan memang menyerupai keropok lekor tapi rasa ikan memang tiada sebab tidak melibatkan mana-mana ikan. 


Cara Buat Keropok Lekor Perisa Ayam Guna Mi Segera  

Resepi asal menggunakan perencah mee segera tu, tapi resepi Diah cuba ni Diah masukkan serbuk pati ayam knorr. 

Jadi terhasil lah keropok lekor perisa ayam. Di cicah dengan sos keropok lekor yang dibeli masa berjalan ke Terengganu dulu, memang terasa macam makan keropok lekor Terengganu. 


Keropok Lekor Mee Segera




Resepi keropok Lekor Perisa Ayam

Untuk resepi ni boleh dapat dalam sepinggan besar keropok dan boleh dimakan oleh tiga orang. Kalau tak cukup boleh ganda kan bahan-bahan. 

Bahan utama adalah satu paket mee segera tak kisah apa jenama, ikut selera tekak masing-masing, sebiji telur, tepung ubi dan tepung gandum. 

Diah gantikan serbuk perasa dengan serbuk ayam knorr dan tambah sedikit garam. 


Resepi Keropok Lekor Menggunakan Mee Segera


Masak mee segera sehingga lembut dan toskan. Masukkan mee segera, telur, bahan perasa dan kisar sehingga hancur. 

Tuang ke dalam mangkuk dan masuk kan 8 sudu tepung ubi dan 3 sudu tepung gandum. Masuk kan sedikit demi sedikit sehingga adunan berjaya di uli menjadi doh. 

Tambah kedua-dua tepung jika perlu. Bentukkan mengikut kesukaan dan rebus dalam air yang mendidih. Biarkan seketika sehingga doh tadi timbul. 

Angkat dan tos dan biarkan sehingga sejuk. Potong doh menjadi ketulan kecil dan goreng sehingga keperangan. Keropok yang siap di uli.



Keropok lekor


Keropok lekor ni sesuai di makan pada waktu petang atau pun sarapan pagi. Makan masa panas-panas memang tak sedar habis sepinggan. 

Suami dan anak-anak suka kan nya. Boleh jadi hidangan bila malas nak masak. Selamat mencuba. 

Resepi Kerabu Tomato Sardin dari Puan Zeeda Aziz

Terjumpa resepi kerabu tomato sardin yang dikongsi oleh Puan Zeeda Aziz di Facebook. Memang kena betul la dengan tekak Diah. 

Ada sardin, sayur-sayuran, dan rasa masam-masam pedas macam tu. Membangkitkan selera. Bayangkan kerabu tomato sardin ni pun dah kecur air liur. 

Sebelum ni pernah jumpa kerabu perut dan kerabu kaki ayam je, ini sardin pula di jadikan kerabu, memang lain dari kebiasaan. 


Resepi Kerabu Tomato Sardin dari Puan Zeeda Aziz

Nak buat pun senang kerabu tomato sardin ni. Jom lah cuba. Berikut antara bahan-bahan dan cara nak buat Kerabu Tomato Sardin dari Puan Zeeda Aziz. 

Kerabu Tomato Sardin


Kerabu Tomato Sardin

Bahan-bahan:

Sardin dalam tin (ambil ikan sahaja tanpa sos. Seketul ikan mencukupi. Tumis jika kamu ada alahan pada sardin belum masak)
2 biji tomato besar
6 biji tomato ceri
Bawang besar
Cili burung
Limau Nipis
Daun Selom
Bunga Kantan 
Gula
Garam

Sardin dilecek dan digaul dulu dengan asam limau. Gabungkan semua bahan. Hidang.
Kalau ada kacang panjang, daun ulam-ulaman lain, boleh gaulkan sekali.
Sedap dimakan dengan nasi panas. 

Masa artikel ni di tulis berita tentang sardin mengandungi cacing masih belum terbongkar. Masa tu masih selamat nak makan sardin. 

Lepas kecoh berita 6 jenama sardin yang ada cacing tu terus berhenti sekejap niat nak makan sardin. Kali ni selera tu datang semula. Cuma nak kena cari jenama sardin yang bebas cacing atau buat sardin sendiri la lepas ni. 

Selamat mencuba!

6 Ciri Hebat Shapee Disposable Nursing Pad

Hari ni Diah nak kongsi tentang satu produk yang dapat membantu para ibu yang menyusukan anak supaya sentiasa tampil yakin dan selesa. 

Produk yang dimaksudkan ialah Shapee Disposable Nursing Pad. 

Orang yang memerlukan Nursing Pad ialah ibu yang menyusukan anak, tak kira ibu itu suri rumah mahupun ibu yang keluar bekerja. 


6 Ciri Hebat Shapee Disposable Nursing Pad 

Bagi Diah sendiri yang dah lalui tiga kali pengalaman berpantang dan menyusukan anak. 

Pemakaian nursing pad amatlah membantu memberi keselesaan kepada ibu yang menyusu pada setiap masa terutama apabila berada di luar.


review Shapee Disposable Nursing Pad


Antara salah satu masalah yang selalu terjadi kepada para ibu yang masih menyusukan bayi adalah masalah kebocoran susu badan. 

Nampak remeh je tapi boleh memudaratkan terutama penampilan dan gangguan emosi bagi kaum ibu. Masih ingat lagi nursing pad adalah benda wajib masa tempoh berpantang sebab susu badan keluar dengan meriahnya. 


Shapee Disposable Nursing Pad

Baru-baru ni berpeluang mencuba Disposable Nursing Pad dari Shapee Walaupun ini kali pertama Diah mencuba Shapee Disposable Nursing Pad tetapi Diah amat berpuas hati dengan material yang digunakan. 

Amatlah selesa. 

Berbanding dengan nursing pad yang dijual di pasaran dan yang pernah Diah sendiri guna, Shapee Disposable Nursing Pad berjaya menawan hati dengan reka bentuk, material dan teknologi yang digunakan serta keupayaan Shapee Disposable Nursing Pad menyerap air. Memang terbaik. 

Nak tahu kenapa Diah bagi markah tinggi untuk Shapee Disposable Nursing Pad ni, mari baca lebih lanjut:

Ciri-Ciri Hebat Shapee Disposable Nursing Pad


#1 Ultra-Thin Design - 1mm thickness for extra comfort

Ini fakta dan bukan auta ya para ibu. Memang ketebalan Shapee Disposable Nursing Pad hanyalah 1mm. Direka khas untuk memberi keselesaan kepada si pemakai. 

Memang selesa sehingga tak sedar kehadirannya. Keselesaan para ibu yang menyusu kan anak memang mereka utamakan. 


Ultra Thin design Disposable Nursing pad


 
#2 Ultra-water absorbent

Jangan tak percaya yang Shapee Disposable Nursing Pad boleh menyerap air susu sehingga 55ml, memang padu. Banyak tu. 


#3 Leak proof coverage

Dengan Shapee Disposable Nursing Pad tak akan berlaku masalah kebocoran lagi. 


#4 Soft and breathable material

Paling penting payudara dapat bernafas dan material Shapee Disposable Nursing Pad lembut dan selesa. 

Sepanjang Diah gunakan Shapee Disposable Nursing Pad ni tak ada masalah kulit tak selesa atau gatal. 


#5 Double anti slip adhesive strips

Fungsi anti slip berganda ni memang penting untuk pastikan pad tu berada kekal pada baju dalam. Kita bergerak lasak macamana pun pad tak tertanggal. 

Pernah cuba pad yang hanya ada satu strips tu memang agak sadis sebab dia asyik bergerak. Shapee Disposable Nursing Pad ni gam dia kuat jadi tak risau. Penting ya. 



Shapee Disposable Nursing Pad
Double anti slip adhesive strips

#6 3D shape design

Reka bentuk Shapee Disposable Nursing Pad yang comel dan bila tengok sepintas lalu macam bentuk panty liner. Kagum ok kagum. 

Berita baik untuk yang nak mencuba dan beli Shapee Disposable Nursing Pad ni, harga nya hanyalah RM18.90 untuk 30 pieces. 

(introductory price: RM13.90) dan untuk pembaca blog Diah boleh guna discount code: 10dnpblogger06 untuk dapatkan 10% discount. Untung kan?


Where to buy? Shapee Disposable Nursing Pad boleh dibeli di laman web Shapee brand store (www.theshapee.com) atau pun di cawangan kedai barangan bayi terpilih Shapee
Shapee Seamless Nursing Bra

Shapee Seamless Nursing Bra juga merupakan salah satu top selling produk di Shapee. Material nya adalah nylon dan spandex yang memberi keselesaan kepada pemakai. 

Tapi serius memang selesa sangat bila dipakai. Rasa macam melekat dan jadi sebahagian anggota badan. Kemas dan terasa dipeluk. Berbaloi untuk wang yang anda laburkan. 
  • Reka Bentuk 3D 
  • Sokongan Nyaman 360 °
  • Tali Bukan Slip yang diperbaiki untuk sokongan maksimum
  • Reka bentuk klip inovatif dan fleksibiliti
  • Keterbalasan yang lebih besar untuk serba boleh
  • Pad Bra yang boleh ditanggalkan 
  • Reka Bentuk cup yang penuh agar selesa bila di pakai. 

Sekali lagi Diah tekankan yang keselesaan amat penting dalam membentuk emosi dan persekitaran yang positif semasa proses penyusuan. 

Bila ibu positif dan selesa, anak-anak pasti gembira. Tak rugi pun kalau berbelanja untuk keselesaan kita. Pandangan ikhlas dari ibu anak tiga.

Sambutan Hari Raya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak

Sambutan Hari Raya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak

Bulan Syawal lepas berpeluang bersama adik-adik dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak sempena sambutan Hari Raya yang telah di adakan di Kem alang sedayu batu 12 Gombak, Selangor anjuran Fashion of Love bersama dua lagi rumah kebajikan dari kawasan sekitar. 

Peluang bertemu adik-adik dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak ni memang diah nanti-nanti kan kerana dari mula ber blog lagi teringin sangat nak menyertai acara kebajikan dan menyumbang kepada masyarakat. Akhirnya tercapai juga hasrat nak membantu.  

Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak

Kerja sama antara Fashion of Love dan Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak


Diah dihubungi oleh Ivlyn Tan, individu yang bertanggung jawab mengumpulkan dana dan juga para sukarelawan untuk membantu projek sambutan Hari Raya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak. 

Ivlyn mewakili Fashion of Love telah menjemput anak-anak yatim berbilang bangsa atas semangat Kami Anak Malaysia untuk mengeratkan jalinan persaudaraan dan perpaduan antara kaum. 

Usaha murni Fashion of Love menganjurkan aktiviti seperti ini wajar dicontohi dan menunjukkan indahnya ikatan muhibah rakyat Malaysia yang terkenal dengan masyarakat majmuk berbilang bangsa, budaya dan agama. 

Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak dan Fashion of love


Majlis Hari Raya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak

Sambutan Hari Raya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak dimulakan dengan perarakan masuk anak-anak dari semua pertubuhan, di iringi paluan kompang dan juga gong oleh The Colours of Sound. 

Memang meriah. Sepanjang majlis berlangsung, para sukarelawan dihiburkan dengan persembahan dari anak-anak dari semua pertubuhan dan dihidangkan dengan juadah raya yang menyelerakan. 

Detik menyentuh perasaan bagi diah sendiri ialah bila salah seorang anak dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak, iaitu adik Daniel telah membuat persembahan yang berjaya membuat kan para tetamu mengalirkan air mata. 

Daniel telah membacakan sajak tentang “Kasih Sayang Ibu” yang telah dikarang oleh nya sendiri. Pesan adik Daniel, “Kasih ibu membawa ke syurga, amarah ibu membawa ke neraka”. Memang istimewa dan berbakat sungguh anak-anak ini. 

Latar belakang Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak


Menurut Puan Reena yang merupakan pengasas Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak, tahun 2018 merupakan tahun ke tiga Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak ini beroperasi. 

Setelah mengharungi pelbagai dugaan dan banyak kali berpindah tempat akhirnya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak berjaya memulakan operasi mereka di tempat yang baru. 

Hasil usaha dan juga sumbangan pelbagai pihak Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak kini beroperasi di kediaman baru mereka di Kem alang sedayu batu 12, Gombak Selangor. 

Tertarik hati dengan perkongsian dari Puan Reena yang beliau mencurahkan sepenuh kasih sayang tetapi juga tegas dalam mendidik anak-anak Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak kerana mahu mereka berdikari dan mampu bersaing dengan anak-anak di luar sana. Miskin dan tiada ibu atau bapa bukan kelemahan yang boleh menghalang anak-anak ini untuk berjaya. 

Tapak Perkhemahan untuk di Sewa 

Tidak mahu hanya menunggu bantuan, Puan Reena tampil dengan usaha menawarkan tapak untuk di sewa untuk melakukan aktiviti luar seperti perkhemahan dan juga latihan untuk organisasi sesuai dengan lokasi yang terkenal dengan air terjun dan juga aktiviti lasak iaitu berbasikal dan perkhemahan. 

Puan Reena menekankan yang dia mahu mengubah tanggapan masyarakat terhadap pertubuhan kebajikan yang biasanya hanya diberi bantuan dan di raikan ketika bulan Ramadhan atau Syawal sahaja. 

Puan Reena mengalu-alukan semua pihak yang mencari tapak untuk aktiviti yang di sebutkan di atas di adakan di tapak yang mereka miliki. Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak dan juga organisasi lain kini giat dalam melakukankan promosi untuk memperkenalkan tempat mereka kepada orang awam. 

Untuk yang berminat boleh lah menghubungi Puan Reena di talian 011 – 21244978 atau 013 – 3251544 


Bantuan dan sumbangan kewangan diperlukan 

Pihak pengurusan Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nur Jannah amat mengalu-alukan bantuan dan sumbangan kewangan dari orang ramai bagi menguruskan anak-anak Islam miskin yang terdiri daripada anak-anak yatim miskin, anak-anak miskin asnaf, anak-anak saudara baru (Orang Asli Semenanjung), anak-anak tak sah taraf dan lain-lain. 

Sumbangan digunakan untuk menampung pembiayaan kos pendidikan & akademik, kerohanian & Ko-kurikulum, kos kebajikan & kesihatan, Pengangkutan, Bil-bil utility, makanan serta kos-kos lain yang mencecah sebanyak RM 25,000 sebulan. 

Pihak pengurusan juga berbesar hati menerima jemputan, tajaan program pengisian ilmu & kem motivasi, bantuan & sumbangan lain seperti makanan, sabun basuh, barang-barangan atau pakaian terpakai juga diterima. Kenderaan sperti Van baru/terpakai (masih dalam keadaan baik) amatlah diperlukan memandang kan van sedia ada sekarang telah uzur. 

Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui cek di atas nama pertubuhan iaitu: 

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN RAUDHATUL NURR JANNAH

Atau akaun pertubuhan 

CIMB ISLAMIC: 8602458847

BANK SIMPANAN NASIONAL: 14008-41-00002187-1

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata orang ramai di luar sana untuk menghulurkan bantuan untuk anak-anak Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah. Semoga niat dan ke prihatinan kita di balas dengan seribu satu kebaikan di masa hadapan. 

Semak Kelayakan Blog Untuk Iklan Matched Content Google Adsense

Terbaca status kawan-kawan tentang iklan matched content di blog dan katanya blog dia tak layak untuk pasang iklan tu. 

Berdasarkan pembacaan, entri blog yang terpamer adalah entri yang relevan dengan carian di internet. Kiranya entri kita akan duduk sebaris dengan iklan dari adsense.

Macam gambar Diah share dekat bawah ni, yang Diah tandakan kotak tu salah satu ialah iklan dan satu lagi ialah entry Diah cerita tentang Hotel Best Melaka iaitu Hotel Estadia. 


Semak Kelayakan Blog Untuk Iklan Matched Content Google Adsense

semak blog
Semak Kelayakan Blog Untuk Iklan Matched Content Google Adsense

Syok habis Lagu Bunga dari Altimet

Dah dengar lagu Altimet yang tajuk Bunga tu? Memang syok habis. Tu bagi pendengaran Diah la. Mula-mula baca tajuk ingatkan lagu tentang Bunga atau perempuan jadi terbayang lagu yang tangkap leleh. 

Rupanya tidak ok. Jauh panggang dari api. Lagu Bunga oleh Altimet ni mengisahkan tentang orang yang tak ada duit tapi nak bergaya macam orang ada duit. 

Dah tak ada duit jadi minta duit dekat bank la jawabnya. Memang ramai orang buat macam ni. Biar papa asalkan bergaya katanya. 



Syok habis Lagu Bunga dari Altimet 


Bunga yang dimaksudkan adalah kadar interest atau riba yang dikenakan oleh bank bila pelanggan buat pinjaman. Haram hukum nya ya terlibat dengan riba. 

Diah dengar lagu ni dengan anak-anak masa tengah kemas rumah. Catchy dan trendy sangat lagu dia jadi anak-anak pun suka. 

Asyik ulang bahagian korus, Bagai bulan jatuh ke riba, nak duit nak duit, dapat sekali riba.  



lirik lagu Bunga Altimet






Lirik Lagu Bunga - Altimet


[Intro]
Haa!

[Verse 1]
Pening kepala, takde duit belanja
Kecewa kerana orang lain shopping selamba
Nak merasa, nak join sekali bersama
Mereka-mereka yang viral trending semasa
Nak apa yang dia ada
Aku nak orang berkata:
"Ada gaya Subang Jaya, hari-hari hari raya ahh"
Tak sanggup tunggu lama
Takde duit, takde masa
Aku jumpa satu brader
Tanya cam mana, dia berkata

[Pre-Chorus]
Hey, isi ini borang
Keluar wang berkoyan
Korang jangan goyang (bayar kemudian, ooh)
Mohon terus lulus
Tandatangan terus
Siapa taknak berlambak fulus

[Chorus]
Bagai bulan jatuh ke riba
Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga
Jatuh bulan kan ada riba
Nah duit, nah duit, sertakan bunga
Jangan sampai kena sita
Takde duit untuk bayar bunga
Sampai boleh naik gila
Rumah takde taman, masih ada bunga

[Verse 2]
Yeahhh man!
Serba satu, semua serba baru
Kalau tak, tak laku, mereka semua cerca aku
Ramai kawan baru, that's my instantfam
Semua laju, post pasal baju kat Instagram
Beemer 3 liter, kopi mahal, kafe hipster
Bukan penglipurlara, tapi tiada gebang bila cerita (woo)
Putih mata, lupakan kisah lama
Kalau nak lagi jumpa itu brader dia berkata

[Pre-Chorus]
Hey, isi ini borang
Keluar wang berkoyan
Korang jangan goyang (bayar kemudian, ooh)
Mohon terus lulus
Tandatangan terus
Siapa taknak berlambak fulus
Pinjam je lagi!

[Chorus]
Bagai bulan jatuh ke riba
Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga
Jatuh bulan kan ada riba
Nah duit, nah duit, sertakan bunga
Jangan sampai kena sita
Takde duit untuk bayar bunga
Sampai boleh naik gila
Rumah takde taman, masih ada bunga

[Bridge]
Hehehehehehe
Bayaran tak cantik tolong bagi balik
Tanya baik-baik sebelum ditarik
Bulan ni dah lambat, tolong bagi cepat
Engkau dah terjerat, terikat ketat (hah)
Mana mahu lari, jangan kecik hati
Janji tetap janji, perempuan atau laki
Tunggak punya tunggak, pokok dan baki
Bunga tanam sekali, hutang sampai mati

[Chorus]
Bagai bulan jatuh ke riba
Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga
Jatuh bulan kan ada riba
Nah duit, nah duit, sertakan bunga
Jangan sampai kena sita
Takde duit untuk bayar bunga (takde)
Sampai boleh naik gila
Rumah takde taman, masih ada bunga

[Outro]
Hehehehehehe


Image sumber google 
Video dari Youtube Warner Music