Semak Kelayakan Blog Untuk Iklan Matched Content Google Adsense

Rodiah Amir
0

Terbaca status kawan-kawan tentang iklan matched content di blog dan katanya blog dia tak layak untuk pasang iklan tu. 

Berdasarkan pembacaan, entri blog yang terpamer adalah entri yang relevan dengan carian di internet. Kiranya entri kita akan duduk sebaris dengan iklan dari adsense.

Macam gambar Diah share dekat bawah ni, yang Diah tandakan kotak tu salah satu ialah iklan dan satu lagi ialah entry Diah cerita tentang Hotel Best Melaka iaitu Hotel Estadia. 


Semak Kelayakan Blog Untuk Iklan Matched Content Google Adsense

semak blog
Semak Kelayakan Blog Untuk Iklan Matched Content Google Adsense

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Iklan Matched Content 


Mengikut kefahaman Diah, iklan matched content ni menggabungkan entry kita bersama dengan iklan dari Google Adsense. 

Kalau perasan iklan dan entry dari blog Diah berselang seli macam kat bawah ni. Sekali gus dapat promote entri blog kita, dan menjana trafik. 


Layak atau Tak Pasang Iklan Matched Content

Cara paling mudah nak tahu sama ada blog kita layak untuk dipasang iklan matched content atau tidak kita boleh semak di account adsense. 

Blog harus menepati jumlah minimum for traffic volume dan number of unique pages. Login account adsense, di bahagian settings, my sites dan jika “matched content” kelihatan bermaksud blog anda layak. 


Cara Pasang Iklan Matched Content

Iklan boleh dipasang di bahagian sidebar blog mahu pun dia bawah artikel. Dapatkan code dan paste seperti anda pasang widget yang lain. 

Untuk dapatkan code sila Login account adsense, di bahagian My ads, Ad Units pilih New Ad unit pilih matched content. Dapatkan code dan sila paste ke blog anda. 


Kesimpulan

Sekiranya blog anda masih belum layak untuk pasang iklan jenis matched content sila jangan putus asa. Rezeki kita tak tahu kan? 

Tingkatkan usaha sebab Diah pun masih gigih nak tambahkan ilmu nak maju dalam dunia blogging. 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)