Resepi Bubur Sumsum Guna Santan Kotak

Korang kenal kan bubur sumsum tu apa? Jangan jadi macam aku dah besar baru tahu apa itu sumsum. Bubur sumsum ni dimakan dengan kuah gula. 

Nasib mak mertua aku jenis tak suruh masak-masak dekat rumah. Dulu, bila aku tengok mak aku buat bubur sumsum selalu aku fikir apa yang sedap sangat kuih ni. 

Bila dah meningkat dewasa baru aku faham feeling teringin nak makan kuih-kuih lama ni. Aku banyak rujuk Youtube untuk tengok cara memasak. Ada video dan penerangan jadi lebih faham. 

Resepi bubur Sumsum Guna Santan Kotak 

Oleh sebab dah beberapa hari asyik duk teringat jadi beranikan mencuba buat sendiri. Jadi tak jadi belakang cerita. Jom aku kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk membuatnya.


Bahan-bahan Resepi Bubur Sumsum


1 cawan tepung beras
1 kotak santan Kara
700 ml air 
Sedikit garam

Cara-cara membuat bubur sumsum ialah campurkan kesemua bahan dalam periuk. Air tu agak-agak sehingga adunan menjadi cair dan tak melekat pada senduk. 

Kemudian masak atas dapur guna api perlahan. Kacau setiap masa sehingga adunan menjadi likat. Tanda bubur tu masak adalah dia tidak melekat pada dasar kuali. 

Tak lama pun tempoh nak kacau tu. Dalam sepuluh minit macam tu. 

Kemudian masuk kan bubur tadi ke dalam bekas dan ratakan. Kemudian biarkan sejuk. Untuk senang dipotong kena dibiarkan setengah hari. Baru elok bentuk dia. 


Cara membuat kuah gula versi gula melaka:

Tiga ketul gula Melaka dihancurkan dan dimasak bersama satu kotak santan kara dan 400ml air. Masuk kan juga beberapa helai daun pandan untuk bagi dia wangi. Masak sehingga mendidih. 

Kalau ikut resepi gula original, masak kuah gula guna gula putih. Resepi masih sama cuma tak letak santan sahaja. Terpulang selera masing-masing. 


Walaupun pertama kali mencuba buat bubur sumsum ni bagi aku tak la susah pun. Lepas tu bahan-bahan diperlukan pun senang nak cari. 

Bubur sumsum ni sedap makan sejuk-sejuk. Ada sesetengah orang suka makan suam-suam lagi sedap katanya. Korang cuba la sendiri ok. 
Selamat berpuasa dan selamat mencuba. 

Menu Berbuka Day 1, Ikan Keli Bakar

Menu Berbuka Day 1, Ikan Keli Bakar 

Selamat berpuasa kepada semua. Harap masih kuat berpuasa dan kuat juga menghalang diri dari melakukan perkara yang sia-sia. Baru lah puasa bermakna. Ye dak? Ini ucapan kepada diri sendiri ni hahaha. 

Sudah lebih seminggu kita puasa dan Alhamdulillah tahun ni kurang bebanan dari segi fikir nak masak juadah berbuka dan bersahur. Tahun ini lebih teratur berbanding tahun-tahun sebelumnya. 





Berbuka & Sahur Hari Pertama Berpuasa

Oleh sebab pemilihan menu berbuka & sahur ditentukan oleh aku maka setiap menu adalah mengikut selera makan aku lah. Tapi kebiasaan apa aku makan akan disukai suami dan anak-anak. Tahun ni aku masih lagi berpuasa sebagai seorang ibu yang menyusu anak. 

Sekarang anak baru setahun tiga bulan, masih panjang lagi nak tamatkan diploma penyusuan dua tahun. Korang doakan aku berjaya ya. Aamiin. 

Walaupun Sabtu Ahad minggu sebelum puasa tu jadual aku agak pack dengan event luar, tapi sempat juga kami selitkan aktiviti beli barang dapur. Macam biasa kalau beli lauk pauk dan sayuran suka beli dekat TT Fish Mart Taman Melawati. 

Aku suka beli dekat situ sebab harga masih lagi murah dan ada pelbgai jenis hidupan laut. Kelengkapan memasak semua ada dekat satu tempat la. TT Fish Mart ni berdekatan dengan tapak Pasar Tani Taman Melawati. 

Menu Berbuka dan Bersahur Hari Pertama

Menu berbuka kami simple je, aku masak ikan keli bakar cicah dengan sambal lada kicap. Untuk sayur aku masak Sup bebola campur cendawan. Ramadan kali ni aku ada semangat rajin lain macam mesti nak ada kuih sebagai pencuci mulut. 

Jadi aku buat bubur sumsum. Kali pertama dan aku buat dengan jayanya sebab anak repeat makan dan dia cakap sedap. Sebagai mak aku terpaksa percaya. Lol. 

Meh aku kongsikan resepi menu berbuka aku cara aku. 

Resepi Ikan Keli Bakar

Bahan-bahan yang diperlukan ialah; Ikan keli ikut berapa banyak korang nak. Kemudian selar ikan keli supaya bahan perapan meresap ke dalam isi. Lumurkan ikan keli dengan pes ikan bakar segera atau apa je pes yang korang ada. Kalau tiada pes boleh lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. 

Untuk kali ni aku lumurkan dengan serbuk perencah beriani. Saja nak cuba. sedap juga rasa dia. Aku pernah cuba serbuk perencah rendang dan serbuk kari. Semua sedap di tekak aku sebab aku suka makan. 

Perap ikan keli beberapa jam sebelum bakar. Lagi lama lagi serasi ikan dengan bahan perasa. Kemudian, bakar ikan dalam ketuhar pada suhu 160/170c selama 30 minit atau sehingga ikan masak. 
Tip cuci ikan keli jadi bersih. 

Nak hilangkan lendir yang ada pada badan ikan keli tu boleh cuci dengan buah limau. Aku nak senang aku hanya guna serbuk limau jenama Knorr. Memang hilang la lendir tu. 

Senang kerja. Memang standby serbuk limau Knorr untuk cuci ikan dan makanan basah lain. Aku tak suka guna tepung sebab kurang bersih dan melekat-lekat. 

Resepi Sambal Kicap

Sambal kicap aku simple je; 15 biji cili api, sedikit gula, kicap secukupnya, sedikit cuka, seulas bawang merah dan seulas bawang merah. Campurkan semua bahan dalam blender dan kisar sampai halus. Siap. Selalu aku akan buat lebih untuk jadi stok makan dengan bihun sup dll.

Alhamdulillah perjalanan hari pertama puasa, memasak dan bersahur berjaya. Semua berjaya menghabiskan puasa dan tak banyak sangat dugaan kecuali anak kecil merengek minta perhatian bila pukul lima petang ke atas. Semoga perjalanan puasa kita semua dipermudahkan Allah. Selamat berpuasa


Selamat Mencuba. 


Lagu Sesungguhnya2019 Trending Nombor Satu Di Youtube

Sesungguhnya 2019 Trending Nombor Satu Di Youtube 


Assalamualaikum. Korang dah dengar lagu yang tengah trending nombor satu dekat Youtube sekarang, Lagu Sesungguhnya2019 nyanyian Kumpulan Raihan dan Alif Satar. 

Weh menangis dengar. Sedap betul suara masing-masing. Kumpulan Raihan kan dah lama tak keluar dekat televisyen.

Bila duet dengan Alif Satar ni keluar jadi terubat la rindu nak dengar suara diaorang. Makin suka dengan Alif Satar, berbakat dan suara memang sedap.  




Lirik Lagu Sesungguhnya 2019


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga kutahu
Syukurku adalah milik Mu



Aku suka cara Alif Satar bawa lagu ni. Penghayatan dia terbaik ah. Kumpulan Raihan memang tak boleh la dipertikai, otai kumpulan nasyid. 

Ah benci nak nangis lagi sambil tengok Youtube ni. Terbayang betapa banyaknya dosa aku sebagai manusia. 

Tepat sangat lagu ni keluar masa bulan Ramadan. Atleast boleh la cuci jiwa. Syaitan pon kena ikat. Kalau tak rasa apa-apa bila dengar lagu ni, cuba la dengar masa tengah malam dalam gelap.





Selamat menghayati. Salam kemaafan dari aku si penulis blog www.rodiahamir.com

Jalan Jalan Japan Di M3 Mall Gombak, Harga Barang Mampu Milik

Assalamualaikum. Sabtu lepas aku ke Jalan Jalan Japan yang terletak di M3 Mall Gombak. Ini merupakan outlet mereka yang ke empat yang dibuka di Malaysia. 

Outlet Jalan Jalan Japan yang pertama telah dibuka di Level 1A, Sky Park, One City, USJ, yang kedua terletak di Level 3, Shamelin Mall, Cheras, KL, yang ketiga di Level 3, CenterPoint, Seremban dan paling terbaru ialah di Level 2, M3 Mall Gombak. 


Shopping Jalan Jalan Japan Di M3 Mall Gombak


Jalan Jalan Japan Di M3 Mall Gombak, Harga Barang Mampu Milik

Kalau nak tahu Jalan Jalan Japan ni menjual barang preloved dari Japan. Walaupun preloved tapi korang jangan risau sebab barang yang dijual masih dalam keadaan baik dan ada yang nampak macam baru ok.  

Sebelum ni aku agak ragu-ragu dengan khabar angin tentang harga giler yang ditawarkan di Jalan Jalan Japan ni tapi lepas masuk dan shopping dekat sini memang rambang mata weh. Ternyata kalau tak kuat iman memang ber troli-troli korang akan borong.





Outlet Ke Empat Jalan Jalan Japan Di M3 Mall Gombak


Semasa sesi pengenalan Jalan Jalan Japan oleh Mr Daichi Shuzui, Director BOK Marketing Sdn Bhd, dia terangkan yang recycle trend bermula di Jepun kerana mereka kekurangan tempat untuk menyimpan barang-barang. 

Jadi untuk mendapatkan barang yang baru mereka akan menjual barangan yang mereka ada di Kedai Preloved. 

Sejak itu konsep preloved telah menjadi budaya dan sebati dalam kehidupan masyarakat di Jepun. Syarikat Bookoff Corporation di Jepun telah membawa idea dan konsep preloved ini ke Malaysia. 






Semua Barang Ada Di Jalan Jalan Japan

Dekat Jalan Jalan Japan ni korang akan jumpa pelbagai barangan daripada baju untuk kanak-kanak dan dewasa sehinggalah pinggan mangkuk dan barang perhiasan rumah. 

Selain tu, korang boleh beli kasut, beg tangan, anak patung, aksesori rambut, koleksi mainan termasuk anime, barangan bayi, dan juga alatan sukan seperti golf dan surfing board. 





Seronoknya semua barangan dijual di Jalan Jalan Japan adalah pada harga mampu milik. Harga paling murah dijual adalah RM1. Memang shopping tak ingat dunia. 
Kalau korang yang berjimat dan mencari barang pada harga yang murah, Jalan Jalan Japan adalah tempatnya. 



 Pengalaman Shopping di Jalan Jalan Japan M3 Mall


Memang seronok sangat dapat membeli belah di Jalan Jalan Japan M3 Mall ni sebab staff dia yang mesra, setiap saat akan dengar staff dia greet pelanggan yang masuk dan mereka akan tawarkan bantuan sambil beri senyuman yang manis. 

Jangan risau dia tak lah ikut je korang ke mana korang pergi. Kawasan dalam outlet pun selesa untuk tarik troli, susunan barang mengikut jenis barangan dan jadi mudah nak mencari.  




Bak kata-kata Mr. Daichi, orang Jepun tidak menjual barang-barang mereka untuk mendapatkan wang tunai tetapi ia adalah cara untuk mereka menggantikan pakaian baru dalam almari mereka. 

Jepun kan memang terkenal dengan fesyen yang terkini, jadi kebarangkalian mereka membeli amatlah tinggi. Sebab tu semua barang yang dijual masih dalam keadaan baik. 



Siapa yang patut datang ke Jalan Jalan Japan? 

Jalan Jalan Japan adalah destinasi terbaik untuk mereka yang mencari barangan pelbagai yang dijual pada harga mampu milik setanding kualiti pada harga murah giler. 

Untuk korang yang berdekatan jangan lupa yang Jalan Jalan Japan M3 Mall bakal dibuka kepada orang ramai pada 18 Mei 2019 pada pukul 10 pagi. Jadi mark kalendar korang dan datang ok. 

Lokasi M3 Mall terletak berdekatan dengan LRT Taman Melati. kalau berjalan kaki ambil masa lima ke supuluh minit sahaja. Jadi mudahlah kalau nak datang. Nak drive sendiri pun tiada masalah. 


Jalan Jalan Japan
Level 2, M3 Mall
Jalan Madrasah, Jalan 1/22a,
Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur


Bergaya Di Pagi Raya Dengan Koleksi Baju Raya Jakel

Assalamualaikum. Moga korang sihat menjalani ibadah puasa. Kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku turun padang memeriahkan kempen Jakel Barulah Raya yang bertempat di Jakel Shah Alam.
 
Majlis berlangsung dengan meriahnya pada hari Ahad yang lepas. Memang setiap tahun Jakel akan mempromosikan koleksi baju raya terbaru kepada pelanggan mereka. 

Apa yang istimewanya, sewaktu kempen Jakel Barulah Raya berlangsung, semua Duta Jakel akan turun padang dan turut sama mempromosi serta menjual koleksi baju mereka pada harga runtuh. 


Bergaya Di Pagi Raya Dengan Koleksi Baju Raya Jakel 

Tahun ni, Jakel telah memperkenalkan Duta baru mereka iaitu Abam Bocey khas untuk pelanggan bersaiz besrar dan masih mengekalkan duta yang lain seperti Nabil Ahmad, Ayda Jebat, Dato Aaron Aziz, dan juga Upin Ipin. 

Majlis santai bersama duta Jakel turut dimeriahkan dengan acara lelong oleh Duta Jakel. Nabil Ahmad, Ayda Jebat, Dato Aaron Aziz, Abam Bocey yang memang sporting melayan peminat masing-masing.


Pilihan Baju Raya Hanya Di Jakel Barulah Raya

Memang berebut-rebut pelanggan mengambil peluang membeli baju pada harga yang murah. Masing-masing teruja dapat membeli dan selfie dengan artis kesayangan masing-masing. 



Jakel Shah Alam



Pada hari itu juga Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi lagi kempen jualan baju raya dengan memberikan baucar baju raya percuma kepada 100 pelanggan yang membeli Baju Melayu bernilai RM150. 






Bergaya Dengan Koleksi Baju Raya Jakel


Apa yang bagusnya dekat Jakel ni, koleksi baju raya yang ada bercirikan kekeluargaan. Jadi tiada masalah nak sedondon di pagi raya sebab ada design dan warna yang sama. Setiap Duta juga ada peminat mereka yang tersendiri. 

Untuk yang dah berkeluarga boleh beli koleksi Schawalara dan Hanis Zalikha, yang masih bujang boleh beli baju kurung Ayda Jebat, dan Baju Melayu Nabil dan duta-duta lain. Mari aku kongsikan koleksi baju Raya yang ada di Jakel:

Baju Melayu Aaron Aziz

Untuk mereka yang pentingkan kekemasan dan keselesaan. Keistimewaan koleksi Baju Melayu Aaron Aziz adalah ia berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna. Sesuai untuk semua. 





Baju Melayu Nabil Ahmad

Direvolusikan dengan perincian zip di sisi dan pergelangan tangan dan lelaki yang suka potongan slim-fit. Berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada poket dan leher pada harga mampu milik. Kalau nak feeling muda dan ceria kena pakai koleksi Nabil Ahmad. 





Baju Melayu Awal Ashaari 

Koleksi baju Awal fokus kepada potongan, warna, dan kualiti fabrik untuk bantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan seperti Awal Ashaari. 

Baju Melayu Abam Bocey

Khas untuk mereka yang inginkan Baju Melayu plus size. Tersedia sehingga saiz 7 XL. Siap sampin dan butang Baju Melayu. 

Baju Melayu Hairul Azreen

Sebelum ni ada Kurta Hairul Azreen, tahun ni Jakel buat kelainan keluarkan Baju Melayu Hairul Azreen yang diperkemaskan lagi dengan jahitan tangan di bahagian kolar dan tersedia Baju Melayu potongan teluk belanga iaitu leher bulat. 

* Setiap pembelian Baju Melayu akan diberikan percuma kain samping dan butang Baju Melayu. 

Koleksi Baju Kurung 

Koleksi Baju kurung berkonsepkan moden untuk koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan juga Hanis Zalikha. Sesuai dengan citarasa terkini untuk wanita yang nak nampak ceria, moden, dan mesra Instagram. Sesuai untuk semua golongan wanita dari remaja sehingga dewasa. 




Koleksi Kurta

Koleksi kurta yang berkualiti dan mementingkan keselesaan bila dipakai dan menggunakan fabrik cotton bercorak di samping mempunyai kekemasan di potongan leher dan belakang bahu serta dilengkapi dengan poket. 

Koleksi kurta juga mesra wuduk dan boleh dilipat serta di butangkan pada bahagian sisi lengan. Tersedia lebh dari puluhan warna. Ada Koleksi Kurta Awal Ashaari, Hairul Azreen, Aaron Azin dan Nabil Ahmad. 

Koleksi Kanak-Kanak

Semestinya tarikan utama untuk koleksi kanak-kanak ialah Upin Ipin yang turut diberi sampin dan butang Baju Melayu. Tarikan lain yang menjadi kesukaan adalah Koleksi Lara Alana dan juga Yusof Iskandar. 




Lelong Besar Besaran Sehingga Malam Raya 

Pengarah Urussan Jakel Shah Alam, Tuan Haji Izani b. Mohamed mengumumkan bahawa Jakel memberikan tawaran HARGA RUNTUH dengan potongan sehingga 85% untuk koleksi baju raya. 

Tahun ini bermula pada bulan Ramadan sehingga malam raya demi menghargai pelanggan setia Jakel. Ini lah masanya untuk korang dapatkan baju raya pada harga murah dan berkualiti. 




Selain daripada baju raya, Jakel Shah Alam juga mengadakan jualan hebat di Khemah Besar Aidilfitri yang dipasang bersebelahan Petronas Seksyen 7 yang menjual pelbagai jenis karpet raya

Karpet pelbagai design berkualiti tinggi ditawarkan pada harga istimewa. Terbeliak mata aku bila tahu harga karpet dijual serendah RM4.80 sekeping

Ada juga yang buy one free one weh! Ini tak tipu tau ni betul ni. Jom jerit ramai-ramai, saya nak karpet murah. Hahahaha 



Kenapa Jakel Jadi Pilihan Destinasi Shopping Raya?


1. Harga Baju Melayu bermula serendah RM 99 dan PERCUMA kain sampin dan butang Baju Melayu. 

2. Baju kurung pula dijual dengan harga bermula RM 100 sepasang manakala baju raya kanak-kanak berjenama Lara Alana dan Yusof Iskandar bermula serendah RM 39 sahaja. 

3. Koleksi baju raya untuk lelaki dan perempuan yang mesra wuduk. 

4. Koleksi baju readymade direka khas oleh pereka-pereka dalaman Jakel sendiri jadi tak boleh di beli di tempat lain. 


5. Saiz Baju Melayu tersedia sehingga saiz 7XL. 

6. Karpet raya murah Rm4.80, lepas tu diskaun gila-gila sehingga 85%, buy one plus one, jadi siapa yang tak nak kan? 

7. Malas nak keluar rumah shopping online jelah di www.jakelstore.my

Lebih Mudah Beli Belah Di Jakelstore.my

Selalu kita bayangkan bila time ada sale akan berasak-asak dan tak semua orang boleh tahan dengan situasi yang merimaskan tu. 

Tapi sekarang korang patut senyum lebar sebab Jakel telah memperkenal platform terbaru mereka untuk pelanggan membeli belah secara dalam talian. 

Tak perlu risau masalah parking dan jem korang boleh shopping di hujung jari sahaja. Satu Malaysia boleh dapatkan baju Raya dari Jakel. 

Bermula 10 Mei 2019, kesemua produk Jakel kini korang boleh beli menerusi laman jualan online. Dah tak perlu risau.

website Jakel


Koleksi Baju Raya Jakel Pada Pandangan Aku

Bagi aku koleksi baju raya Jakel ni design dia semua nampak moden dan simple je tapi cantik. Memang tak dinafikan Jakel dah jadi trend setter setiap kali Hari Raya. 

Setiap tahun tanpa gagal pasti akan ada baju raya dengan trend terkini diperkenalkan kepada pelanggan Jakel. 

Aku sendiri ternanti-nanti sale dari Jakel. Koleksi baju raya dia ada aura yang buatkan kita nampak muda dan kemas. 

Baju Melayu Nabil aku paling suka dari segi design dan juga pilihan warna. Jadi untuk korang yang teringin nak pakai baju artis pakai dan nak rasa glamour memang Jakel la pilihan yang tepat. 


#JakelBarulahRaya
#JakelShahAlam
#Jakel

Review Joylee Olber Series Traveller Backpack

Review Joylee Olber Series Traveller Backpack 

Assalamualaikum. Setiap kali keluar rumah, antara benda wajib kena bawa adalah barang-barang anak macam lampin pakai buang, air minuman, tisu basah dan termasuk lah baju spare. Semua letak dalam satu bag.  

Baju spare tu penting sebab dah beberapa kali anak-anak berjaya comotkan baju masa makan. Stress mak bawa anak jalan tapi orang pandang-pandang sebab anak dah comot teruk. Suami selalu cakap, orang tengok mak ayah dia smart je, bila tengok anak nak mengucap panjang sebab selekeh lol.





Memang setiap kali keluar macam-macam benda aku bawa, bagi aku keselesaan tu penting. Bila nak guna lepas tu tak ada rasa macam looser sangat. Masa Raudah kecil dulu lagi la, dia kan eczema jadi segala krim dan ubat memang aku standby risau apa-apa jadi masa keluar tu. 

Suami faham sangat dah setiap kali nak keluar dah macam nak pindah sebab semua nak diangkut. Hahaha. 

Joylee Olber Series Traveller Backpack

 Joylee Olber Series Traveller Backpack Professional 


Baru-baru ni aku berpeluang untuk menggunakan Joylee Olber Series Traveller Backpack Professional. Dalam set ini ada Joylee Olber Series Traveller Backpack, Joylee Stroller Straps, Joylee Ultra-Light Flask, Joylee Multi Use Sponge Brush, dan Joylee Portable Baby Changing Pad. 

Memang aku suka sangat la sebab menepati keperluan dan kehendak aku sebagai ibu yang ada anak kecil. Oleh sebab design dia yang sangat praktikal adult yang tiada anak pun boleh guna Joylee Olber Series Traveller Backpack ni. 

Ciri-ciri Joylee Olber Series Traveller Backpack

Aku suka sangat dengan Joylee Olber Series Traveller Backpack sebab design dia yang nampak stylish, moden dan sophisticated. Tambahan pula, beg ni memenuhi keperluan ibu-ibu yang memerlukan ruang yang besar untuk letak kelengkapan anak-anak. Antara ciri-ciri beg Joylee Olber Series Traveller Backpack ialah:

Joylee Olber Series Traveller Backpack

#1 Beg ni ada 20 poket termasuklah side insulated pocket, wet tissue pocket, multi-use pocket, food and drinks compartment, diapers & changing compartment, dan paling best ada anti -theft hidden pocket di bahagian belakang bag. 

#2 Beg ni juga amat mudah dibersihkan sebab ianya kalis air dan juga mudah nak jaga kerana diperbuat daripada shield coated fabric and scratch resistant. 

#3 Thick 3D breathable padded back & shoulder straps. Jadi tiada masalah kalau nak bawa beg ni dalam jangka masa yang lama. 

#4 Rekaan beg dan material yang melindungi tulang belakang. 

#5 Four ways to carry Joylee Olber Series Traveller Backpack adalah on luggage, digayut di strolley, hand carry, dan juga backpack. 


Review Joylee Olber Series Traveller Backpack oleh RodiahAmir


Sejujurnya aku terpikat dengan design dan juga beg ni banyak poket. Sangat mudah sebab boleh sumbat everything dalam satu bag design dia kukuh walau isi kandungan dia padat dengan barang-barang. 

Warna beg ni hitam jadi tak risau kalau terkena kotoran lagipun dia kalis air jadi lagu mudah kerja pembersihan. Pendek kata kalau bawa beg ni berjalan-jalan tak la segan sangat dan tak nampak macam beg mak-mak. 


Joylee Olber Series Traveller Backpack

Selain Joylee Olber Series Traveller Backpack, aku suka dan memang berguna sangat Joylee Portable Baby Changing Pad. Kalau ke shopping mall, bukan semua baby room ada changing pad dan risau juga tentang tahap kebersihan. Memang sangat membantu la ada Joylee Portable Baby Changing Pad ni. 








Pembelian dan Pertanyaan


HARGA JOYLEE OLBER SERIES - TRAVELLER BACKPACK (BASIC)
RM168


HARGA JOYLEE OLBER SERIES - TRAVELLER BACKPACK (PROFESSIONAL)
RM258


Nak Diet Tapi Nak Makan Nasi

Nak Diet Tapi Nak Makan Nasi

Assalamualaikum. Pernah dengar tak kata-kata kecaman dari orang sekeliling bila kau kata nak diet lepas tu kena sound sebab makan nasi. Ha kalau ada elok korang suruh dia mengucap dan cuba baca entri aku pasal diet dan nasi ni. Oleh kerana makanan ruji orang Malaysia ni adalah nasi maka memang agak payah la nak diet tanpa nasi kan? 

Seronoknya Raya Bersama Jakel Shah Alam

Seronoknya Raya Bersama Jakel Shah Alam 

Pagi ni di Jakel Shah Alam untuk sesi Meet & Greet Bersama Duta Raya Jakel 2019. Tahun ni Jakel perkenalkan duta baru iaitu Abam Bocey. Jakel sentiasa menjadi destinasi gedung untuk membeli belah baju raya kerana menyediakan baju Raya untuk seisi keluarga. 

Orang Shah Alam, Klang, dan kawasan berdekatan kena datang ke Jakel Shah Alam sebab 100 orang pelanggan terawal berpeluang untuk mendapat Baju Raya secara percuma. Tidak ketinggalan sambil membeli belah boleh bertemu duta-duta Jakel dan turut serta dalam sesi lelongan "Happy Hour" duta-duta Jakel. 
Jakel Shah Alam


Tahun ni Jakel memperkenalkan duta terbaru mereka iaitu Abam Bocey. Selain itu duta-duta terdahulu yang turun padang untuk mempromosikan Jakel ialah seperti Nabil Ahmad, Dato Aaron Aziz, Ayda Jebat dan Upin&Ipin. 

Jakel Shah Alam


Jakel Shah Alam



Jadi jangan lupa datang awal ke Jakel Shah Alam untuk membeli belah kelengkapan persalinan berhari Raya. Ingat raya mestilah ingat Jakel. Jumpa di sana. 

Resepi Air Yang Viral Untuk Berbuka Puasa

Resepi Air Yang Viral Untuk Berbuka Puasa 

Assalamualaikum. Minggu depan dan start puasa in sya Allah. Orang pun dah mula  mencari resepi makanan dan minuman untuk berbuka masa bulan puasa nanti. Sebulan berpuasa maksudnya ada 30 jenis resepi air kena ready dalam simpanan. Buat atau tak belakang cerita la kan?

Aku pun tak ketinggalan mencatat nama-nama air wajib buat untuk berbuka. Untuk aku sendiri air paling favourite untuk berbuka ialah Teh Ais Pyior campur cincau tu. Memang terbaik kalau minum sejuk-sejuk. Kalau korang pulak, apa air kegemaran waktu berbuka?


Tiga Resepi Air untuk Berbuka Puasa


Kalau tahun lepas aku pernah kongsi tiga resepi air yang pernah viral untuk berbuka dekat entri ni Resepi Air Viral Patut Cuba Tahun ni air apa pula yang akan viral agaknya ya. Aku dah siapkan senarai air untuk dicuba. Jadi aku kongsikan resepi air yang aku rasa sedap untuk korang juga cuba. oh ya, kebanyakan resepi yang aku jumpa banyak aku rujuk dari lama website RASA. 

Pepermint Lemonade

2 tangkai Daun Pudina
2 biji Lemon
Gula secukupnya
500ml air masak
Secubit garam

Cara membuatnya:

Perah lemon untuk mendapatkan jusnya. Masukan gula, garam, daun pudina, air dan kacau sehingga larut. Masukan jus lemon dan tambahkan ais secukupnya.



Jus Mangga Pudina
2 biji mangga
2 sudu besar yogurt
2 gelas air
1 biji limau kasturi
Beberapa helai daun pudina

Cara membuatnya:

Kisar mangga bersama yogurt bersama dua gelas air. Tuang jus ke dalam gelas. Hiriskan limau kasturi dan masukan ke dalam gelas. Masukkan ais dan juga daun pudina. Tambahkan gula jika perlu.
 

Air Kelaut

2 sudu makan gula
2 gelas air
1 sudu teh pewarna biru
50gram tembikai merah
Setengah biji epal hijau
Setengah biji belimbing
Setengah biji oren
2 keping nenas
1 biji selasih yang direndam
Ais secukupnya

Cara membuatnya:

Masukan air, gula dan pewarna biru dan kacau sehingga gula larut. Masukan semua buah dan selasih dan kacau sebati. masukan ais dan sedia untuk diminum.

Dalam banyak-banyak resepi air yang pernah aku cuba, resepi air kelaut yang paling kelakar pernah aku jumpa. Belum sempat mencuba lagi. Kot tahun ni aku teringin nak buat. Apa pun makan minum tu beringat la ye. Lagi bagus minum jus buah-buahan tanpa gula tambahan. lagi elok. Sekian saja untuk perkongsian kali ni. Jadi selamat mencuba.


Pengasas Jamumall.com Usahawan OKU Berjaya

Pengasas Jamumall.com Usahawan OKU Berjaya 

Rasa bersemangat dan teruja sebab baru lepas tengok perkongsian dari usahawan OKU yang telah berjaya menjadi jutawan di usia mencecah 30 an. Walaupun berlainan keupayaan tapi ianya bukan menjadi penghalang untuk Nizam berjaya seperti orang lain. 

Kisah hidup Khairul Nizam pernah dikongsi dalam rancangan Nona dan juga Wanita Hari Ini pada tahun lepas di TV3. Kejayaan Khairul Nizam membuktikan siapa sahaja boleh berjaya asalkan ada kemahuan dan kehendak untuk mengubah kehidupan. Hanya mampu gerakkan tiga jari tapi dia berjaya capai apa dia mahu.

Alergik Dan Malu Berjumpa Doktor

Bermula dua minggu yang lepas, tangan aku to be exact siku bahagian dalam telah diserang penyakit gatal-gatal. Sejenis gatal merenyam yang kalau garu sampai luka melecet pun tak heran. 

Penyakit yang misteri tu rupanya kulit aku alergik. Terhadap apa? Lupa nak tanya doktor. Aku syak kulit aku terkena debu kupu-kupu yang terbang merayap ke dalam rumah. 

Alergik Dan Malu Berjumpa Doktor 

Begitulah sensitifnya kulit bak puteri tapi hakikatnya hanya dayang istana. Terseksa tapi aku malu nak berjumpa doktor. Aku jumpa doktor yang sama merawat ekzema Raudah 

Sebelum ni pernah jadi tapi lepas aku sapu minyak dan letak losyen boleh hilang tapi kali ni sedikit berbeza. Setiap malam, semasa tidur dan bangun pagi kulit tu jadi gatal yang tak boleh dikawal. 

Memang teruk kulit aku melecet dan membengkak sebab aku tonyoh sambil garu. Tak cukup dengan kuku, aku gosok dengan tuala kesat.




Puas hati. Kulit aku membentuk lapisan melecur kemerah-merah, Bengkak Bagai Dibotox Dan Kulit Jadi Suam-Suam Air Suam Buat Susu Anak. Aku Merepek Lagi. 


Takut Nak Jumpa Doktor Dan Takut Menerima Kenyataan


Berbalik kepada takut dengan doktor tadi sebenarnya aku lebih takutkan Allah (cliché) tapi memang betul kan mesti suara hati korang said the same thing. Takut tu lebih kepada seram. 

Seram kalau penyakit aku ni dah masuk ke tahap yang teruk dan tak boleh rawat atau seram lain ialah seram doktor nak cucuk. Dan mimpi ngeri menjadi kenyataan weh. 

Habis segala selawat, doa Nabi Yunus aku lupe ok, gelabah punya pasal. Macam aku bersalin aritu la. asyik la suh laki ulang doa Nabi Yunus sebab aku sakit sangat. Mimpi ngeri bila doktor kata, saya cucuk awak ye. 

Aku bagi alasan macam-macam dan sanggup telan ubat. Satu ayat aku kalah dengan doktor, dia kata kalau cucuk cepat hilang gatal. Don’t worry tak sakit pun. kita cucuk ya. 

Lagak doktor pujuk budak tadika nak cabut gigi. Kemain over. Dengan yakin aku tunjuk bahu yang nak dicucuk. Doktor kata bukan bahu, dekat bontot ye puan. 

Takut Suntikan, aku je ke?


Siot betul. Dah berjaya beranikan diri minta di cucuk sekali nak cucuk kat bontot pula. Terus roboh keberanian aku. Walhal tak sampai 30 saat pun weh cucuk tu. Sekali je sakit macam kerengga gigit. 

Tapi sebab penakut tu, dia jadi over. Lepas habis je usaha bersiap sedia maka aku tadah je la. tak kan nak menangis. Malu la dekat anak-anak. Lepas selesai keluar bilik doktor dengan muka sebu. Lenguh. 

Doktor sempat pesan ubat ni akibatkan mengantuk dan memang ye. Lepas cucuk aku mamai. Dua jam lepas terima suntikan aku jadi zombie tak sedar aku makan ke aku tengah terlena. Sebelum doktor aku sempat tanya apa yang sebabkan gatal dekat tangan dan kaki. 

Aku syak kulat, tapi sebenarnya bukan. Aku mula kena sebab tahun ni cuaca panas melampau. Doktor kata aku alergik to SEAFOOD. Dia minta kurangkan. 

Entahlah kan betul ke tidak. dia tengok dan cucuk je. kalau tahu aku dah jadi doktor dah. *bukan Doktor Kevin yang cucuk kebetulan, dia tukar shift dengan doktor perempuan. Lega. 

Sebelum balik aku dapat tiga jenis ubat gatal, alergik, lagi satu lupa dan Vitamin B Complex. Tak cukup nutrient pun ye agaknya. Semua termasuk suntikan adalah RM225. 

Rasa seram sejuk suami nak bayar. Demi kasih sayang dan nak sihat mesti lah kata taka pa. duit boleh di cari. Alhamdulillah so far so good. Gatal masih ada tapi bukan yang teruk macam previously. 

Kalau nak tahu untuk sakit berkaitan gemuk, berat badan, kulit dan kecantikan aku cadangkan korang ke klini Mediveron ni. Consultation terbaik masih dari Dr Kevin, semalam Doktor Kevin tak ada. 

Sebab emergency aku hadap juga la. Anak no dua aku kena eczema dan kami banyak belajar pasal sakit tu dan anak aku dah ok dari hari ke hari bila belajar dengan Doktor Kevin. Such a nice person. Yang mana ada masalah kulit tak mahu penggunaan steroid boleh consult dengan Doktor kevin ya. 

Boleh call mereka seperti no di bawah. Pendek kata servis mesra pelanggan, harga setanding ubat dan layanan diberikan. Aku tak dibayar untuk review ni tau.aku berkongsi dengan semua sebab aku tahu seksa kalau sakit melibatkan kulit dan gatal-gatal ni. Selamat mencuba. 

Dr Kevin Menezes
Klinik Mediviron Wangsa Delima
No 5, Kedai D Wangsa, Block 1C
Jalan Wangsa Delima 12
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-41428640
Fax: 03-41428634

Consultation hours:

Monday - Friday : 9am-10pm 
Saturday : 9am-9pm
Sunday : 2pm-10pm

Tips Jimat Premium Insurans / Takaful Motor

Assalamualaikum. Hai korang. Diah nak kongsikan MTV terbaru kak Adibah. Kelakar betul tengok tabiat-tabiat pemandu di Malaysia.

Sememangnya kita semua perlu mainkan peranan masing-masing. Kalau perasan setiap tahun lebih-lebih lagi bila cuti sekolah atau musim perayaan je makin tinggi kadar kemalangan jalanraya berlaku. 

Tips Jimat Premium Insurans / Takaful Motor 

Seram tau sebab nombor ni meningkat setiap tahun. Sikap pemandu yang tak berhemah ni la antara penyumbang utama kadar kemalangan bertambah setiap saat. 

Paling Diah tak suka bila ada pemandu yang salah guna lorong kecemasan. Memang mereka ni pentingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain.


Tonton Malaysia Road Safety MTV


Tip Jimat Premium Insurans


Bercakap tentang pemandu berhemah ni, sebenarnya ia ada kaitan dengan tips bagi menikmati lebih penjimatan untuk premium insurans / takaful motor.

1) Kurangkan risiko kemalangan. Selain menikmati diskaun NCD maksima (sebanyak 55%), anda juga dikenakan premium yang lebih rendah berbanding yang berisiko tinggi.

2) Selenggara kenderaan anda mengikut jadual.

3) Buat perbandingan antara syarikat / jenama insurans atau takaful sebab premium mereka tidak lagi ditarifkan oleh Bank Negara Malaysia.

4) Ketahui produk-produk baru yang ditawarkan di pasaran (piam.org.my atau malaysiantakaful.com.my, laman ‘Motor Product Selector’). Bolehlah customize ikut keperluan anda.

Liberalisasi Insurans / Takaful Motor


Kalau dulu dalam persekitaran tarif, semua premium motor dikawal dan penanggung insurans (syarikat insurans / takaful) perlu mengikuti harga yang ditetapkan. 

Kiraan caj premium insurans / takaful ditentukan  berdasarkan 2 kriteria utama iaitu kapasiti enjin dan jumlah yang diinsuranskan (nilai kereta). 

Manakala dalam persekitaran liberalisasi pula, pemandu yang berhemah tidak perlu lagi menanggung kos untuk pemandu yang cuai. 

Premium insurans motor akan dinilai menggunakan kaedah penilaian risiko. Ini bermakna pemandu dengan risiko yang lebih rendah akan membayar premium yang lebih rendah berbanding pemandu berisiko tinggi.


Kenali Pemandu Berisiko Tinggi

Adakah korang tergolong dalam kategori pemandu berisiko tinggi atau korang memang seorang pemandu yang berhemah? 

Kalau ikut ciri-ciri yang telah dinasihatkan oleh PIAM macam kat bawah ni korang akan tahu korang jenis pemandu yang mana kerana secara umumnya, ia adalah berdasarkan:

1. Gaya Pemanduan – pemandu yang bertindak melulu dan tidak sabar lebih terdedah kepada kemalangan

2. Tabiat Memandu – pemandu dengan saman trafik yang tinggi akan terdedah kepada lebih banyak kemalangan.

3. Kecenderungan Kemalangan – jika anda kerap membuat tuntutan insurans untuk pembaikan kereta, anda dianggap pemandu yang tidak bertanggungjawab.

Tip Jimat PremiumTakaful Motor
Tabiat ni harus dielakkan sama sekali! (Lakon Semula)

Orang tua selalu ingatkan jadilah pemandu berhemah. Selain dapat menyelamatkan nyawa yang tersayang juga dapat menyelamatkan poket anda. 

Sikap toleransi dan bertimbang rasa di antara pengguna juga penting supaya semua selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Nak tahu lebih lanjut tentang Liberalisasi Dan Tarif Insurans / Takaful Motor boleh rujuk di sini

PIAM

MTA