Review Joylee Olber Series Traveller Backpack

Review Joylee Olber Series Traveller Backpack | Assalamualaikum. Setiap kali keluar rumah, antara benda wajib kena bawa adalah barang-barang anak macam lampin pakai buang, air minuman, tisu basah dan termasuk lah baju spare. Semua letak dalam satu bag.  Baju spare tu penting sebab dah beberapa kali anak-anak berjaya comotkan baju masa makan. Stress mak bawa anak jalan tapi orang pandang-pandang sebab anak dah comot teruk. Suami selalu cakap, orang tengok mak ayah dia smart je, bila tengok anak nak mengucap panjang sebab selekeh lol.



Joylee Olber Series Traveller Backpack 1

Memang setiap kali keluar macam-macam benda aku bawa, bagi aku keselesaan tu penting. Bila nak guna lepas tu tak ada rasa macam looser sangat. Masa Raudah kecil dulu lagi la, dia kan eczema jadi segala krim dan ubat memang aku standby risau apa-apa jadi masa keluar tu. Suami faham sangat dah setiap kali nak keluar dah macam nak pindah sebab semua nak diangkut. Hahaha. 

Joylee Olber Series Traveller Backpack
Joylee Olber Series Traveller Backpack 2
 Joylee Olber Series Traveller Backpack Professional 

Baru-baru ni aku berpeluang untuk menggunakan Joylee Olber Series Traveller Backpack Professional. Dalam set ini ada Joylee Olber Series Traveller Backpack, Joylee Stroller Straps, Joylee Ultra-Light Flask, Joylee Multi Use Sponge Brush, dan Joylee Portable Baby Changing Pad. Memang aku suka sangat la sebab menepati keperluan dan kehendak aku sebagai ibu yang ada anak kecil. Oleh sebab design dia yang sangat praktikal adult yang tiada anak pun boleh guna Joylee Olber Series Traveller Backpack ni. 

Ciri-ciri Joylee Olber Series Traveller Backpack

Aku suka sangat dengan Joylee Olber Series Traveller Backpack sebab design dia yang nampak stylish, moden dan sophisticated. Tambahan pula, beg ni memenuhi keperluan ibu-ibu yang memerlukan ruang yang besar untuk letak kelengkapan anak-anak. Antara ciri-ciri beg Joylee Olber Series Traveller Backpack ialah:

 Joylee Olber Series Traveller Backpack

#1 Beg ni ada 20 poket termasuklah side insulated pocket, wet tissue pocket, multi-use pocket, food and drinks compartment, diapers & changing compartment, dan paling best ada anti -theft hidden pocket di bahagian belakang bag. 

#2 Beg ni juga amat mudah dibersihkan sebab ianya kalis air dan juga mudah nak jaga kerana diperbuat daripada shield coated fabric and scratch resistant. 

#3 Thick 3D breathable padded back & shoulder straps. Jadi tiada masalah kalau nak bawa beg ni dalam jangka masa yang lama. 

#4 Rekaan beg dan material yang melindungi tulang belakang. 

#5 Four ways to carry Joylee Olber Series Traveller Backpack adalah on luggage, digayut di strolley, hand carry, dan juga backpack. 


Review Joylee Olber Series Traveller Backpack oleh RodiahAmir

Sejujurnya aku terpikat dengan design dan juga beg ni banyak poket. Sangat mudah sebab boleh sumbat everything dalam satu bag design dia kukuh walau isi kandungan dia padat dengan barang-barang. Warna beg ni hitam jadi tak risau kalau terkena kotoran lagipun dia kalis air jadi lagu mudah kerja pembersihan. Pendek kata kalau bawa beg ni berjalan-jalan tak la segan sangat dan tak nampak macam beg mak-mak. 

 Joylee Olber Series Traveller Backpack

Joylee Olber Series Traveller Backpack

Selain Joylee Olber Series Traveller Backpack, aku suka dan memang berguna sangat Joylee Portable Baby Changing Pad. Kalau ke shopping mall, bukan semua baby room ada changing pad dan risau juga tentang tahap kebersihan. Memang sangat membantu la ada Joylee Portable Baby Changing Pad ni. 





Joylee Olber Series Traveller Backpack



Pembelian dan Pertanyaan


HARGA JOYLEE OLBER SERIES - TRAVELLER BACKPACK (BASIC)
RM168


HARGA JOYLEE OLBER SERIES - TRAVELLER BACKPACK (PROFESSIONAL)
RM258


Post a Comment

4 Comments

  1. ha'ah..tak nmpk cam beg mak2..simple tapi berguna sangat tu kat mak2 sbb byk poket..kalau akak pun, suka ni...

    ReplyDelete
  2. Menarik betul bag ni...berkenan plak akak untuk baby. Eh tiber!! Utk baby ke...hahaha

    ReplyDelete
  3. Lawaaaa ngat.. Warna hitam ni macam warna cliche tapi yang ni tetap nampak cool.. Best tu banyak poket siap ada fungsi anti theft 😍

    ReplyDelete
  4. weih, ni naik flight memang helok niii

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.