Ayam Goreng Korea di Chicken Plus Melawati Mall

Assalamualaikum. Akhirnya dapat juga makan ayam goreng Korea yang orang duk sibuk viral tu. Hari tu Diah makan ayam goreng Korea di Restoren Chicken Plus dalam Melawati Mall.

Dah janji nak jumpa ex officemate terus la ajak makan dekat situ sambil berborak lepas rindu. Sekali lagi aku repeat lepas makan dekat sini. 

Ayam Goreng Korea di Chicken Plus Melawati Mall 

Kalau nak tahu Chicken Plus ni betul-betul bersebelahan dengan Restoren Mr.Dakgalbi. Nak cari Restoren Chicken Plus pun senang, dia berada di Level 4. 

Mudah nak cari sebab dia sebaris dengan restoran-restoran lain macam Chicken Rice Shop dan Pizza Hut dan lain-lain. 



Chicken Plus Melawati Mall ni merupakan cawangan kedua mereka di Malaysia. Yang pertama di Sunway Velocity, no tiga terletak di 3DamansaraMall (Tropicana City Mall) dan yang terbaru sekali mereka ada buka cawangan di Ekocheras Mall.

Diah sempat DM Facebook Page Restoren Chicken Plus tentang status Halal dan mereka explain mereka masih belum dapat sijil Halal Jakim tapi mereka beri jaminan yang supplier untuk bahan mereka adalah dari sumber yang halal. 


Chicken Plus Melawati Mall sedap


Menu Dan Cara Order


Kalau makan dekat sini nanti dia akan beri tisu basah, glove plastik, mangkuk / piring kecil dan juga bekas untuk buang tulang.

So far menu yang ada di sini ialah ayam, pizza, Tteok bboki, nasi dan juga fries. Cara nak order pun mudah je macam kat bawah ni. 
  • Pilih bahagian ayam sama Peha, kepak, atau bahagian tanpa tulang dan nak berapa ketul. Paling sikit 8 ketul.
  • Ada lima perisa anda boleh cuba. Ada yang manis, pedas, langsung tak pedas dan lain-lain. Boleh rujuk description atau tanya je staff dekat situ. 
  • Rugi kalau tak cuba makan ayam goreng tu dengan cheese. Cheese tu la sebenarnya yang menggoda. Boleh pilih cheese falls atau cheese fondue.
  • Pizza dan juga Tteok bboki adalah menu sampingan. Selain tu ada nasi dan juga fries. Terpulang kepada anda kalau nak cuba. 

Chicken Plus Melawati Mall




Masa first time Diah cuba dengan kawan tu kami cuba 8 ketul wings perisa Yang Nyuem. Masam manis rasa dia. Sedap. Lepas tu tambah Tteok bboki Carbonara.

Air pula tak ada yang special sama je dengan tempat lain. Cuma ada air yang biasa dijual dekat restoren Korea je la. Harga untuk dua orang makan termasuk tax lebih kurang Rm60 macam tu.

DAH TRY ~ Nene Chicken di Avenue K Makan dekat KFry pun sedap.


Tteok bboki Carbonara Chicken Plus


Kesimpulannya, Restoren Chicken Plus berjaya menambat hati Diah yang memang suka makanan Korea. Peminat ayam goreng mesti akan suka juga dengan Chicken Plus ni. Akan datang lagi semestinya untuk cuba menu lain pula. 

Baca ~ Makan Ayam Korea Pedas Menangis Dekat Marrybrown

Pengalaman Menginap Di M Boutique Hotel Ipoh

Pengalaman Menginap Di M Boutique Hotel Ipoh 

Masa bercuti ke Movie Animation Park Studio (MAPS) bulan lepas, kami telah memilih untuk menginap di M Boutique Hotel Ipoh. 

Banyak sebab kami pilih hotel ni tapi paling utama adalah berdasarkan review pelanggan yang pernah stay dekat sini.

Banyak sebab sebenarnya kami pilih Ipoh sebagai destinasi percutian kali ni. Misi utama adalah nak food hunting, nak makan dimsum. 

Hotel M Boutiqe juga termasuk dalam 10 best hotel dekat Ipoh oleh Tripadvisor. Memang sepatutnya kalau nak dekat dengan MAPS kena menginap di Hotel Casuarina. 

Tapi sebab tergoda dengan review dan juga gambar-gambar orang kongsi terus nekad nak book M Boutiqe Hotel. 


Hotel-Lobby-M-Boutiqe-Ipoh


Jalan-Jalan Cari Makan Edisi Ipoh 

Dua perkara nak buat masa cuti ke Ipoh adalah nak makan Halal Dimsum dekat Restoren Green Dimsum dan bawa anak-anak berhibur ke MAPS. 

Nak bergambar dengan Boboiboy dan pergi Café TokAba. Lokasi M Boutiqe Hotel sangat-sangat dekat dengan tempat yang dituju jadi memang seronoklah. 

Percutian ke MAPS Ipoh memang puas hati.

Lagi pun jarak dari M Boutiqe Hotel ke MAPS tak la jauh sangat. 30 minit kalau jalan sesak, 15 minit kalau jalan clear. Kira masih ok. 

Ini merupakan hotel boutique kedua kami pernah menginap. 
Sebelum ni masa tahun 2016 kami pernah stay di Hotel Boutiqe di Melaka. 

Kami menginap selama 3 hari dua malam dan book bilik Suite. Kenapa suite? Sebab itu antara bilik paling besar yang ada dan kami utamakan keselesaan. 

Harga boleh semak di Agoda dan website seangkatan sebab selalu berubah kan?  
Kami book bilik sekali dengan sarapan. Nak mudah sebab nak bergerak awal pagi dengan anak kecil memang mencabar. Pergi masa cuti bersambung bulan September. 


Staycation-M-Boutique-Hotel-Ipoh


Kenapa Perlu Pilih M Boutiqe Hotel


#1 Hiasan Dalaman Dan Dekorasi Cantik 

Jatuh cinta dengan hotel ni sebab hiasan dalaman dan dekorasi hotel ni lawa gila. Setiap sudut cantik kalau nak selfie. Ruang lobby dekat kaunter nak check in pun meriah hiasan dia. 

Meriah dengan sofa dan selesa. Pendek kata setiap inci hotel ni memang tersedia hiasan dan prop untuk bergambar. Tuala, cadar, mandian disediakan dan bersih, tidak berbau, dan paling penting tak berkarat. 



#2 Lokasi 

Bagi Diah yang tak berapa nak arif tentang lokasi ni rasanya kalau menginap di M Boutiqe Hotel ni kira bagus sebab dia kat tengah-tengah dengan tempat yang kami rancang nak pergi. 

Orang Ipoh sila betulkan kalau salah info ni. Dekat dengan Restoren Green Dimsum Halal, tak jauh sangat dari MAPS dan senang nak cari. 


#3 Kemudahan Dalam Hotel

Sempat jenguk gymnasium, ruang rehat untuk baca surat khabar dan majalah, Komputer disediakan untuk melayari internet, bilik iron baju dan juga mesin basuh untuk kegunaan pelanggan. 

Semua dalam keadaan masih elok dan bersih. Hotel ni tak ada kolam renang ya.


Bilik-M-Boutique-Hotel-Ipoh


#4 Kemudahan Parking

Antara kemudahan yang Diah paling utamakan adalah kemudahan untuk parking kereta sebab masih teringat pengalaman bercuti yang lepas. 

Serik betul sebab terpaksa parking kereta jauh dari hotel dan di saman oleh Majlis Perbandaran gara-gara parking hotel tiada. 

Pelanggan M Boutiqe hotel boleh tarik nafas lega sebab ada parking yang cukup dekat bahagian belakang hotel. 


decoration-M-Boutique-Hotel-Ipoh




#5 Sarapan Pagi

Untuk pilihan sarapan pagi, hotel ada sediakan dua pilihan iaitu Asian Style (Restoren Old Town White Café) atau Continental Style (IMYTH Eatery & Bar). 

Beza dia adalah Continental style memang English Breakfast Style so tak jumpa la nasi lemak. Diah suka Asian style sebab Old Town Coffee. 

Walaupun breakfast dia tak la semewah hotel-hotel lain tapi cukup la untuk alas perut. 



#6 Staff Mesra Pelanggan Dan Mesra Keluarga

Tiada masalah masa nak check in mahu pun check out. Bilik tersedia on time, sentiasa tersenyum dan pandai explain tempat menarik dekat Ipoh. 

Baik dari penyambut tetamu sampailah ke pelayan Coffee House. 

Dilema yang selalu Diah hadapi bila nak book hotel adalah nak yang kena dengan bajet, bersih dan selesa. Almaklumlah berjalan dengan anak kecil memang pilih hotel yang mesra keluarga. 
Tujuan utama ke Ipoh pun sebab nak enjoy dekat MAPS. 


Bila balik hotel nak berehat kena la cari hotel yang sedap mata memandang dan selesa. Jadi M Boutiqe ni memang sesuai sangat dengan apa yang Diah bayangkan. Selamat, bersih, selesa dan privacy terjaga. 


Selamat Bercuti!



Meatball Carbonara Sedap Rupanya

Meatball Carbonara Sedap Rupanya | Assalamualaikum. Hari tu pertama kali mencuba resepi meatball carbonara sebab adik bongsu teringin sangat nak makan katanya. Acah-acah akak solehah kena la layankan je permintaan dia. Tak menyesal sangat mencuba sebab memang sedap. Makan sambil senyum-senyum pejam mata. 

Sebelum masak macam biasa kita tengok la Youtube sebagai rujukan. Nak tahu cara masak dan rupa selepas masak so senang kerja sebab dah boleh bayangkan. Maafkan kesan hangus tak sekata tu sebab oven kecik tu hangus dekat situ je. 

Resepi Meatball Carbonara
Meatball Carbonara
Meatball Carbonara ni nak makan macam tu je pun boleh atau nak makan bersama roti garlic pun ok. Masakan ni jenis ber kuah dan lemak sebab ada letak susu cair dan keju. Sesuai sangat nak jamu orang tapi nak hidangkan menu yang light-light je. Kami masak untuk makan malam dan yang penting kenyang. Semua orang boleh makan sebab ia nya tak pedas. Orang tua boleh makan cicah sos ya. 

Berikut antara bahan-bahan dan cara nak buat Meatball Carbonara ni:

Bahan-bahan yang diperlukan
Bebola Daging Kesukaan – 15-20 ketul
Satu biji Bawang Holand yang dipotong dadu
Keju Parmesan sebanyak mana yang dimahukan
1 biji Lada benggala
1 tin susu cair
1 tin Cendawan 
Garam secukup rasa
1 botol sos Carbonara Jenama yang anda suka
Lada Hitam secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara nak buat meatball Carbonara ni ialah:

1. Goreng dahulu meatball separuh masak. Letak di tepi. Dalam kuali lain tumis bawang Holand dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan lada benggala dan cendawan yang telah dihiris. Tumis sehingga layu. 

Meatball Carbonara western food
Goreng dan taburkan meatball ke serata alam
2. Kemudian masukkan sos carbonara, lada hitam dan garam. Perasakan dengan garam. Biarkan sekejap dan angkat masukkan ke dalam bekas untuk di bakar. Masukkan meatball yang telah di goreng tadi dan lapiskan secara berturut atau kalau malas campak je semua dalam bekas tu. Lol. 

3. Last sekali taburkan keju parmesan di atas sekali dan bakar pada suhu 170c selama 10 minit atau sehingga keju cair. Boleh tambah perlbagai jenis keju kalau tak takut gemuk. 

Meatball Carbonara letak cheese
semakin banyak keju semakin sedap 
Dah siap pun Meatball Carbonara
Selamat mencuba membuat Meatball Carbonara ni. untuk yang malas nak masak tapi nak makan sedap dan yang dah bosan nak makan nasi resepi ni memang sesuai sangat. Dah cuba nanti kongsi la hasilnya. Okeh?

Wassalam 

Ada Apa Dengan Lagu Hikayat Benladin (Lirik Lagu)

Masa first time dengar lagu Hikayat Benladin ni masa dalam kereta. 

Masa tu dah terdetik, sedap juga lagu ni. Sebutan lirik dia jelas so tak la terpinga-pinga bila penyanyi Benladin ni rap. 

Nama penyanyi ni pun unik, ingat sekadar nama pena dalam industri hiburan je rupanya memang nama dia. 


Ada Apa Dengan Lagu Hikayat Benladin (Lirik Lagu) 


Terus la google, cari biodata dia. Rupa-rupanya Benladin pernah sertai rancangan realiti kanak-kanak suatu masa dulu. 

Patut la macam familiar muka dia. Khabarnya lagu ni ditulis oleh Malique. Patut la gempak. 


*Credit Google Image
Hikayat Benladin Lirik

 


Diah satu keluarga suka lagu ni, kalau dengar lagu ni automatik kami goyang-goyang ala budak hiphop baru nak up. eh! Walau tak faham sangat Bahasa kiasan dalam lagu ni asalkan tiada unsur mencarut kira ok la untuk jadi lagu favourite anak beranak. 


Biodata Benladin

Nama sebenar dia ialah Muhammad Benladin Munshi Shaihan dan berusia 17 tahun. Bakal menduduki SPM tahun ni. Benladin dilahirkam pada 11 September 2001. 

Video lirik rasmi lagu rap yang bertajuk Hikayat Benladin adalah merupakan ciptaan Malique dan Dedeq. Benladin pernah menyertai pertandingan nyanyian kanak-kanak “Idola Kecil musim kelima”. 

 

Lirik Hikayat Benladin 

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari di mana ada
Mencuba meneka di mana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng
Akulah Benladin, Hikayat Benladin

Suara dah bergema, suara sakti hamba
Dalam gelombang bawa aura ke udara
Separa manusia, separa luar biasa
Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga

Kalau main api, janganlah tambah gasolin
Mesti hati-hati janganlah seperti lilin
Jika mahu terang, biar terang dengan betul
Jangan jadi arang, jadi arang buat kotor

Kerna atas muka ada selendang suci
Maka hias ia biar terpampang seri
Akulah ilustrasi, definisi gergasi
terhasil dari eksperimentasi radiasi bunyi

Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan, kata bukan-bukan
Nenek tua sebongkok tiga, cubalah nenek cari cucu di mana ada

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari di mana ada
Mencuba meneka di mana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng
Akulah benladin, Hikayat Benladin

Masuk tempat orang, jadi kucing bukan singa
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiung
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiung

Setakat dua tangan janganlah nak berangan
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan
Pandai-pandailah tanggung binasa perbuatan
Pecut laju-laju sampai dia terpelanting
Bukan pekara bijak lari-lari bawa gunting
Diajak berteman rupanya musang berjanggut
Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut

Baik berpada-pada jahat jangan sekali
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi
Nama patik Benladin mengundurkan diri

Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari di mana ada
Mencuba meneka di mana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng
Akulah Benladin, Hikayat Benladin

Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata

Benladin