Resepi Churros Mudah Dan Sedap

Resepi Churros Mudah Dan Sedap | Assalamualaikum. Ini adalah kali kedua cubaan membuat Churros lepas kali pertama, Churros kelihatan amat sendu walhal guna resepi yang sama je. Beza nya untuk kali kedua lebih yakin dan tahap teringin nak makan benda manis menggunung tinggi. Masih menggunakan resepi yang sama tapi tak ingat pernah kongsi dalam blog atau tak. 

Apa pun menu Churros dipilih kerana kehabisan idea untuk hidangan minum petang. Kebetulan bahan-bahan pun memang dah ada. Baru la Diah mengerti kenapa lah kalau suri rumah non-stop memasak. Jawapannya ialah bila dah ada anak dan walaupun waktu tengahari memang menu dia ialah nasi dan bila waktu petang menjelma anak-anak akan mencari makanan. Anak-anak dah tak mahu nasi. 

Dah jadi mak nak atau tidak tak kan nak suruh anak makan biskut setiap hari? Tak logik kan? Pemalas sungguh kalau mak tahu. Sebab tu setiap saat kena ada makanan walaupun sikit je jumlah dia. Syarat dia asal ada. 
Mudah je buat Churros
Resepi Churros Mudah dan Sedap
Banyak pula melalut, teruskan kepada resepi Churros yang mudah di buat. Salah satu tips atau masalah orang buat Churros dia jadi gebu dan tak garing. Bukan tak sedap tapi kurang best je, dan bergantung kepada selera orang juga rasanya. Diah ok je asal boleh telan. Kalau nak garing kena kurangkan telur. Tu je. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan utnuk membuat Churros dan langkah mudah perlu anda ikut supaya Churros kelihatan menawan. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1 cawan tepung gandum
1 cawan Air 
50gram butter
Setengah sudu Gula
2 biji telur Gred C
Minyak untuk menggoreng
Gula kastor & serbuk kulit kayu manis untuk hiasan/tabur/bedak Churros  

Cara-caranya untuk membuat Churros adalah:

Masukkan air, butter dan gula ke dalam periuk dan kacau sehingga gula cair. Kecil kan api dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. 

Kacau menggunakan whisk atau senduk kayu ikut suka hati anda sehingga adunan tidak melekat pada periuk kemudian letak adunan ke dalam bekas lain dan sejuk kan seketika. 


Setelah adunan sejuk, masukkan telur satu persatu dan kacau adunan menggunakan mixer sehingga sebati dan berkilat. 
Blend Bahan supaya Sedap

Selepas itu, masukkan adunan dalam beg piping dan boleh la di goreng. Oleh sebab nozzle Diah hilang maka Diah guna acuan semperit. Pon boleh la asal jadi bentuk comel. 

Acuan Churros
Nozzle hilang kita guna apa yang ada 
Goreng sehingga keperangan angkat dan sejukkan. Kemudian campurkan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis dan tabur kan ke atas Churros tadi. 

Makan Churros sambil menikmati pemandangan memang layan

Siap untuk di hidang. 

Senang kan nak buat menu hidangan minum petang? Nak nampak hebat di mata anak-anak boleh la buat sos coklat untuk di celup, atau nak lagi mudah celup Nutella sahaja. Makan Churros lepas tu ada buah-buahan masam macam Strawberi memang sangat sesuai. Dia boleh potong rasa manis tu. Anak-anak pasti suka dan ibu gembira.

Selamat mencuba. 

Throwback Pengalaman Berniaga Di Hari Sukan Sekolah

Assalamualaikum, rasa macam nak throwback pengalaman berniaga di hari sukan sekolah sebab sejak dua tiga minggu lepas keyword ni asyik naik dekat dashboard je. 

Alhamdulillah bila ulang baca apa Diah kongsi dalam entry ni dulu. Rasa bangga pun ye juga. Bangga dapat pecahkan satu tembok penghalang dalam diri. 


In sha Allah kalau ada kesempatan di masa hadapan, jika dapat peluang berniaga lagi sekali akan dimanfaatkan sepenuhnya. 

Throwback Pengalaman Berniaga Di Hari Sukan Sekolah 

Kalau di ikutkan Diah berniaga masa bulan April tahun lepas masa hari sukan sekolah anak buah. Kebetulan pihak sekolah membuka peluang kepada orang luar untuk datang dan memeriahkan acara hari sukan sekolah mereka. 

Jadi bila adik tanyakan sama ada nak turut serta atau tidak memang bagai orang mengantuk yang disorongkan bantal la. 

Waktu tu semangat nak berniaga tinggi sehingga la sekarang. Suami pula beri sokongan sepenuhnya walaupun Raudah masa tu baru je berusia setahun. 

Persiapan Perlu Buat Sebelum Berniaga


Dalam entri pengalaman berniaga sebelum ni Diah ada kongsikan apa yang perlu di ambil tahu sebelum nak sertai aktiviti berniaga macam ni. 

Lepas tu Diah kongsikan serba sedikit idea barang dan makanan yang sesuai dijual pada hari tersebut. 
Rasanya memang berguna sebab banyak view dari pembaca dan entri kali ni Diah kupas lebih sikit supaya lebih faham. 

Kenapa Diah begitu galakkan untuk sertai aktiviti berniaga macam ni adalah sebab nak suruh korang rasai sendiri feel berniaga tu. Kena la turun padang kalau nak tahu pahit manis berniaga. 

Pengalaman tu yang mahal dan walau tak besar mana pun tapi kalau kita bijak ambil peluang banyak perkara boleh kita belajar. Lepas tu kalau berniaga tak boleh takut rugi. Memang kena pandai ambil kira untung rugi. 

Nak Berniaga? Mula dengan dropship. Baca Lebih Di sini


Berniaga Ice Cream Di Hari Sukan Sekolah


Imbas semula masa hari sukan sekolah tu Diah menjual Ice Cream sumi viral tu. Gigih buat dengan peti ais yang tak berapa nak besar tu. Masa tu tengah ice cream sumi tengah viral. Sana sini orang jual. 

Jadi ambil kesempatan jual benda yang memang tengah in trend. Kalau tanya Diah, apa yang Diah perolehi selain daripada untung menjual Ice Cream sumi yang viral tu, Diah belajar banyak benda antaranya:

Latih diri untuk bersiap sedia. 
Kita boleh rancang 101 rancangan sebelum hari sebenar berlangsung tapi saat penentu kejayaan 100% bergantung kepada kebolehan kita bertindak balas dengan persekitaran kita. 


Sebagai contoh kita dah siapkan plan berniaga untuk jual Ice Cream tapi jika hari tersebut hujan sepanjang hari, pasti jualan kita akan terganggu, jadi apa back up plan kita? 

Berniaga mengajar kita untuk berserah kepada Allah selepas kita berdoa dan berusaha. Kita dah cuba sebaik mungkin tunggu sahaja keizinan Allah berikan untuk kita mula menjual. 
Berniaga dapat latih diri kita bersabar, dapat jadikan kita lebih yakin dengan diri sendiri. Peluang berniaga secara fizikal macam ni lebih bagus berbanding berniaga secara online. 

Ini pendapat Diah la, sebab apa tau rejection dari customer tu lebih real, depan mata. Terpulang pada kita cara nak tangani. Sakit tapi puas. 




Kita belajar dari pengalaman. Kita belajar dari pesaing kita. Siapa pesaing masa hari sukan tu? Semestinya gerai sebelah yang jual gula-gula dia tabur dalam dulang. 

Jual ikut biji. 25 biji gula-gula RM2, itu contoh. Memang seronok la budak-budak nak beli. 



Penutup 

Banyak benda yang Diah belajar dari pengalaman tak seberapa. Lain perniagaan lain cabaran kan? Kalau boleh nak rasa semua sekali. Buat masa sekarang pengalaman jual makanan paling banyak Diah dapat. 

Jual makanan ni untung dia kecik tapi kalau sedap orang akan beli selalu. Macam orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

ok setakat itu perkongsian. Harap penulisan tak seberapa macam ni memberi sedikit idea untuk anda baiki dan guna pakai. Awak ada pengalaman meniaga juga? Kalau ada share la juga. Teringin nak baca. 

Best Burger in Kuala Lumpur – Fuel Shack

Pencarian makanan sedap diteruskan lagi. Hari cuti yang lepas sempena hari gantung kuali suami ajak makan burger di Fuel Shack cawangan Aeon Big Wangsamaju. 

Sebenarnya nak tunaikan hajat Diah yang dah lama sangat teringin nak makan burger di Fuel Shack. Pertama kali nak cuba dan teruja sebab burger dia nampak sedap. 

Makan dekat Jombali pun best. 

Best Burger in Kuala Lumpur – Fuel Shack 


Untuk selera Diah, Fuel Shack layak dinobatkan antara best burger in Kuala Lumpur. Big Clap! 

Tapi, Fuel Shack Halal ke?

Ramai juga yang bertanya tentang status Halal Fuel Shack ni dan melalui pembacaan Diah, bahan-bahan yang digunakan ada sijil Halal dan dapat pengiktarafan Halal Jakim. 

Korang boleh tengok sendiri sijil Halal ada mereka kongsikan dekat page Facebook Fuel Shack. In sha Allah diyakini halal dan Fuel Shack ni merupakan restoren di bawah Syarikat Shalimar Teahouse Sdn Bhd. 

Fuel Shack Best Burger in Kuala Lumpur

Kalau di ajak sekali lagi makan di Fuel Shack sudah semestinya Diah akan ikut. Dasar kuat makan. korang kena cuba atleast sekali seumur hidup. 

Amboi kuat kempen. Ok put a side la bab joke tu, tapi serius berbaloi kalau makan burger dekat sini. Bagi Diah, daging burger dia memang terbaik. Rupanya mereka menggunakan 100% pure Australian Grown Beef. Fresh, manis dan tak jumpa lemak pun dalam pati dia. 

Menu di Fuel Shack


Ada macam-macam pilihan burger dekat sini, Lamb burger, Chicken Burger, Cheese Burger dan signature burger mereka. Selain tu ada juga Hot Dawgs, pasta, wrap, chicken, fries, dan juga milkshake. Untuk anak-anak kami pesan set Crispy Chicken dan Butter Rice. 


Menu Fuel Shack

 
Hari tu Diah order set Mini Tower yang berharga RM24.50 ala carte dan tambah RM4 untuk dapat set kentang goreng dan air minuman. Mini Tower dapat dua keping daging dan keju. 

Set Mini Tower ni boleh di kongsi dua orang. Diah tak dapat habiskan dan bungkus sambung makan dekat rumah.


Mini Tower Fuel Shack


Selain daripada burger yang sedap, hiasan dalaman restoren Fuel Shack ni simple je. Dengan tema warna merah menyala dan ada hiasan yang simple dan sedap mata memandang. 

Fuel Shack juga mengalu kan pelanggan untuk buat event company, meeting, family function atau pun apa jua celebration lah. Jika ada rezeki, burger seterusnya yang Diah nak cuba semestinya Blue Cheese Burger. Selalu tengok dekat Astro (channel AFC) chef memasak guna Blue Cheese. 

Satu lagi tempat makan burger yang guna real patty ialah di Menate Cuba sendiri ok. 

Fuel Shack Concept Decoration


Dah banyak cawangan Fuel Shack ni di buka. Boleh semak kat mana cawangan terdekat dengan korang dekat website dia supaya senang korang nak serang. 

Website - http://www.fuelshack.com.my/
Facebook - https://www.facebook.com/officialfuelshack/ 

Keseluruhan nya untuk sesiapa yang macam Diah, yang selalu ada ketagihan terhadap fast food terutama nya nak makan burger kena makan burger Fuel Shack. 

Mesti akan terubat segala kerinduan terhadap burger dan tak cari yang lain dah. Yang dah pernah cuba makan dekat Fuel Shack ni, apa burger kesukaan awak? Meh la kongsi. Boleh Diah cuba pula nanti. 

Dettol Proskin Dan Dettol Profresh Pakar Perlindungan Kuman No 1 Dunia

Assalamualaikum semua. Dettol Malaysia jenama perlindungan kuman No 1 Dunia yang memang dipercayai oleh semua terutama para ibu. 

Kini melancarkan semula rangkaian produk pembersihan diri mereka untuk melindungi 1.97 juta isi rumah Malaysia daripada 100 kuman berbahaya. 

Memang sejak bujang lagi Diah adalah antara berjuta pengguna Dettol di dunia, dan memilih Dettol sebab dah tertanam dalam otak kalau nak bunuh kuman kena guna sabun yang power macam Dettol. Bau pun wangi. 


Dettol Proskin Dan Dettol Profresh Pakar Perlindungan Kuman No 1 Dunia 

Bila dah berkahwin dan ada anak, tanggungjawab nak jaga kebersihan rumah dan kesihatan ahli keluarga automatik jadi tanggungjawab si ibu. 

Tugas berat tu tapi dengan adanya Dettol, para ibu dah tak perlu risau lagi apabila anak- mereka mula menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan risiko pendedahan kepada pelbagai jenis kuman.


Dettol Malaysia Melancarkan Semula Dettol Proskin Dan Dettol Profresh Pakar Perlindungan Kuman No 1 Dunia


Prihatin tau Dettol selalu tanya “awak ibu yang mana?” ala macam dalam iklan dia tu. Diah selalu jawab bila iklan tu keluar kat tv, macam sewel je bercakap dengan tv. 

Sudah semestinya saya ibu Dettol. 

Itu versi pendek, kalau versi Diah pula, “saya ibu yang nak anak dia aktif cuba semua benda tapi nak jauh dari bahaya, kuman tak hinggap dan bersih sentiasa. Oh ya baju pun tak mahu kotor.” Ha begitu. 


Dettol Malaysia


Dettol Malaysia Melancarkan Semula Dettol Proskin Dan Dettol Profresh Pakar Perlindungan Kuman No 1 Dunia

Baru-baru ini Dettol Malaysia telah melancarkan semula rangkaian pembersihan diri bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. 

Dettol ‘ProFresh’ dirumuskan untuk memberi ‘perlindungan daripada bau badan selama 12 jam’ bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. 

Dettol ‘ProSkin’ menyediakan ‘kelembapan selama 8 jam’ untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan.

Rupa-rupanya Dettol telah dilancarkan lebih 80 tahun dahulu dan Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing.

Tidak hairanlah jenama ini mendapat kepercayaan daripada para ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga mereka mengekalkan kebersihan diri dan seterusnya kesihatan mereka.


Dettol pembasmi kuman


Perlindungan Bau dan Perlindungan Kulit oleh Dettol


Untuk memastikan keluarga di Malaysia dilindungi daripada kuman, Dettol telah mengenal pasti keperluan yang berbeza bagi produk pembersihan diri. 

Dua keperluan utama tersebut adalah ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.

Kita mandi untuk membersihkan dan membebaskan badan kita dari bau yang busuk. Bila kita aktif badan akan mula berpeluh dan kita rasa tak selesa sebab badan mula berbau. 

Ramai yang salah faham tentang peluh. Kesian peluh. Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman lah yang bersalah dalam hal ini. 

Bagi keluarga Malaysia, mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan.” 

Pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit.  Itu lah antara punca badan berbau. 

Pelancaran semula Dettol


Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. 

‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. 

Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga - Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.



Dr. Steven Chow yang merupakan Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan. “Peluh sebenarnya tidak berbau. 

Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. 

Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi.

Mari lah kita sama-sama kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat! Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare. 

Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.