Karangkraf MegaSale 12.12 Tawaran Beli 12 Buah Buku RM12

Karangkraf MegaSale 12.12 Tawaran Beli 12 Buah Buku RM12

Assalamualaikum, akhirnya terjebak juga beli buku di Karangkraf Online. Sempena tarikh cantik 12.12.2018 memang banyak la Sale berlangsung. Dekat Karangkraf online pula tawaran buku serendah RM1 untuk satu buku dengan syarat kena beli 12 buah buku. Kalau kurang dari tu harga akan jadi RM5 untuk satu buku. Maka dengan senang hati pilih lah buku yang ada dalam senarai Megasale 12.12 tu. Bila checkout jumlah bayaran keseluruhan hanya RM24 sahaja. Masih murah kan. 

Tawaran 12.12.2018 ni hanya sah untuk tempoh sehari je tau. Jadi kena cepat-cepat rebut peluang. Kaki novel memang akan gembira dengan tawaran ni sebab dalam senarai Megasale 12.12 banyak pilihan Novel. Diah dah kurang sikit minat membaca novel, jadi Diah pilih buku genre motivasi dan juga buku kraftangan. 

Karangkraf MegaSale
12.12 Megasale KarangkrafOnline

Asmak Baby Care Set Produk Natural Bagus Untuk Bayi

Assalamualaikum. Kali ni Diah nak berkongsi dengan korang semua satu produk penjagaan bayi iaitu Asmak Baby Care. 

Kalau sebut minyak herba Asmak rasanya ramai ibu bapa yang dah tahu tentang khasiatnya yang terkenal sebagai penawar asma dan batuk. 

Tapi kali ni diah bukan nak cerita tentang minyak herba Asmak tapi masih lagi produk di bawah jenama Asmak iaitu Asmak Baby Care.  

Diah dah pun cuba guna Asmak Baby Care untuk anak-anak Diah dan berpuas hati dengan result dia.

Asmak Baby Care Set Produk Natural Bagus Untuk Bayi   

Bagusnya produk Asmak ni, ianya selamat untuk anak-anak kita dan bebas bahan Kimia yang berbahaya, dan produk Asmak memang terkenal dengan kelebihan dia membantu para ibu menjaga kesihatan anak-anak. 

Asmak Baby Care bukan sahaja sesuai digunakan untuk bayi sahaja malah boleh digunakan oleh kanak-kanak tau. 

Asmak Baby Care Set



Tambahan lagi, Asmak Baby Care ni adalah merupakan set produk bayi natural yang diperbuat daripada herba dan bahan semulajadi. Ianya bebas dari bahan kimia yang berbahaya dan diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, suci dan selamat untuk digunakan oleh bayi korang. 


Jangan risau juga sebab Asmak Baby Care telah pun berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sentiasa dipantau kualitinya dari masa ke semasa. 

Set Asmak Baby Care


Dalam set Asmak Baby Care (ABC) yang diah guna ni ada Asmak Baby Care Baby Wash Top to Toe, Asmak Baby Care Lotion, Asmak Baby Care Powder dan juga Asmak Baby Care Essential Oil. 

Setiap satu produknya mempunyai khasiat yang bagus untuk bayi, lengkap untuk penjagaan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. 

Review Asmak Baby Care Set Produk Penjagaan Bayi

Diah memang mencari produk yang natural dan menggunakan bahan semulajadi untuk anak-anak sebab keadaan kulit mereka yang agak sensitif. Memang normal la kan sebagai ibu memang risau kalau nak mencuba sesuatu yang baru. 

Pengalaman anak disahkan ekzema pun masih terasa lagi. Jadi Diah agak berhati-hati dalam pemilihan produk. Asmak menepati keperluan yang Diah nak. Lega. 

Baca tentang pengalaman Diah tentang anak ekzema dekat sini:

Rawatan Ekzema


Segala review yang Diah kongsikan di sini adalah merupakan kesan dan perubahan yang Diah perhatikan pada anak-anak bila dipakaikan produk Asmak ni. 

Kesan setiap orang mungkin berbeza. Ada yang berkesan dan mungkin ada yang tak serasi untuk korang. Tapi tak salah mencuba. 

Asmak Baby Care Essential Oil

Anak diah yang no dua tu sangat suka dengan Asmak Baby Care Essential Oil ni sebab bau dia yang wangi dan menenangkan. Memang dia akan minta nak pakai setiap kali selepas mandi. 

Diah akan pakaikan anak-anak Diah Essential Oil selepas mandi dan sebelum tidur supaya mereka dapat tidur dengan nyenyak. Hanya sapukan dekat leher dan tengkok. 

Bahagian lain yang dicadangkan untuk sapu seperti di kening, hidung, belakang telinga, pelipat lengan dan pelipat kaki. 

Empat jenis minyak yang ada di dalam Asmak Baby Care Essential Oil dan khasiatnya adalah seperti di bawah:
  1. Clove Oil – Sumber antioksidan menjadikan kulit lembut dan menghilangkan bekas-bekas parut.
  2. Nutmeg Oil – Melegakan kesakitan otot dan menjadikan tidur lebih lena
  3. Peppermint Oil – Mengurangkan gatal pada kulit, menyembuhkan sakit kepala dan terapi sendi serta meringankan alergi. 
  4. Sweet Almond Oil – Melembapkan kulit, mencegah keradangan kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan halus serta melindungi kulit dari sinaran UV berbahaya. 
Asmak Baby Care Set


Asmak Baby Care Powder


Bedak bayi Asmak ni berbau herba dan segar je lepas pakai. Dalam bedak ni ada Kaolin untuk melegakan keradangan kulit, ekstrak Portulaka untuk mencegah bakteria, Papaya ekstrak untuk buat kulit cerah dan jadi lembut, serta ada lavender essential oil untuk mengurangkan kegatalan kulit serta banyak lagi khasiat lain. 

Asmak Baby Care Powder bebas dari Parabens, Synthetic colours, Talc, dan Phthalates. 

Asmak Baby Care Losyen Bayi 

Rutin selepas mandi memang Diah akan sapukan minyak, bedak dan juga losyen untuk anak-anak. Sejak bayi lagi rutin tu di amalkan. Kalau travel pun memang wajib buat sebab nak elak mereka tak selesa bila keluar berjalan. Losyen ni bebas dari Parabens dan Sulfate. 

Diah suka Losyen Bayi Asmak ni sebab dia berjaya hilangkan rasa miang dan gatal-gatal akibat di gigit serangga untuk bayi Diah. Kalau balik kampung memang tak sah kalau nyamuk tak gigit, lepas tu mesti menggaru. Sapu je losyen tu, Alhamdulillah kurang la dia menggaru kesan gigitan nyamuk. 


Asmak Baby Care Baby Wash (Top to Toe) 

Baby Wash Asmak ni harum bau dia, bebas dari Parabens, Sulfate dan juga SLS. Membantu kulit kepala bayi yang ada kerak dan mengatasi kelumumur. Banyak lagi manfaat Baby Wash ni macam Diah kongsi dekat bawah ni:
  1. Aqua – menjadikan rambut rambut lebih halus, lembut dan lebih ringan. 
  2. Minyak kayu putih – Berguna untuk mengurangkan kulit kepala gatal dan masalah kutu pada rambut. 
  3. Chamomile flower – mengatasi kerak pada kepala bayi dan merawat ekzema. 
  4. Rose flower – memberi kelembapan pada kulit kepala dan rambut. 
  5. Vit E – Menyinarkan rambut, mengurangkan rambut kusut dan bercabang dan menguatkan rambut. 
  6. Jojoba & Apricot Oil – Melembap dan Melembutkan rambut, serta meningkatkan pertumbuhan rambut. 

Kegunaan Asmak Baby Care Set

Kenapa Diah Cadangkan Produk Asmak Baby Care?

  • Walaupun khas untuk bayi tapi ianya sesuai untuk semua peringkat umur terutama kanak-kanak yang ada masalah kulit. 
  • Bebas bahan kimia yang berbahaya. 
  • Diperbuat daripada herba dan bahan semulajadi. 
  • Produk yang berdaftar dengan KKM dan sentiasa dipantau kualitinya.  
  • Berkesan merawat kegatalan dan serasi dengan kulit anak-anak Diah. 



Kalau korang berminat nak cuba Produk Asmak, boleh leh hubungi Puan Rabiahtun Basariah. Puan Rabiahtun merupakan seorang guru yang suka berkongsi tips kesihatan dan membantu orang mendapatkan produk sihat dan selamat. 

Puan Rabiahtun Basariah
No Telefon : 013 -5819100



Ayah Meninggal Sehari Sebelum Majlis Akad Nikah

Ayah Meninggal Sehari Sebelum Majlis Akad Nikah 

Assalamualaikum. Sebelum Diah bercerita lebih panjang, minta pembaca sedekah kan AlFatihah buat arwah Pakcik Diah yang telah kembali ke rahmatullah pada Khamis lepas 29 November 2018. 

Arwah meninggal akibat serangan jantung. Kehilangan yang amat mengejutkan semua terutama kaum keluarga dan sahabat terdekat. 

Perit kan kalau kita di uji dengan ujian kehilangan. Kehilangan orang tersayang pula tu. Memang kita sedar yang mati itu pasti berlaku dan ia nya janji Tuhan kepada umatNya. 

Lumrah setiap yang hidup pasti akan mati dan kembali bertemu Penciptanya. Baru-baru ni sepupu Diah telah kehilangan ayahnya, tempat dia bergantung atau lebih tepat lagi Pakcik Diah, adik arwah abah paling bongsu telah menghembuskan nafas pada usia 55 tahun.

Lepas 10 Tahun Baru Aku Kuat Cerita tentang Abah meninggal - Baca Sini



Gambar dari Facebook Sepupu

Meninggal Sebab Serangan Jantung

Arwah disahkan terkena serangan jantung ketika bersukan pada petang Khamis tu. Menurut cerita kawan-kawan yang ada bersama arwah, dia kepenatan selepas bersukan dan bersandar pada dinding untuk berehat. 

Arwah minta air, dan tak lama selepas tu dia dipanggil menghadap Ilahi. Sungguh mudah pemergian arwah. Sekelip mata. 

Perkhabaran sedih kami terima di dalam group Whatsapp keluarga. Pendek je mesej dari anak arwah yang sulong. “abah dah tiada” dan semua seakan tidak percaya. 

Masing-masing rasanya masih baru berjumpa arwah sebelum dia meninggalkan kami. Masa mesej dihantar waktu tu Maghrib dan jenazah masih berada di hospital. 

Tambah memilukan arwah meninggal sehari sebelum anak sulongnya di ijab kabulkan. Anak perempuan pula tu. Berat sungguh dugaan. Segala persiapan telah dibuat, semua tetamu dah habis di undang hanya tinggal majlis akad nikah dan kenduri sahaja. 

Majlis akad nikah masih diteruskan tapi cuma kenduri kahwin sahaja dibatalkan dan diganti kan dengan kenduri tahlil. 

Diah sempat menziarah makcik sekeluarga. Memang lembik lutut dia. Hanya diam duduk di satu sudut, menerima tetamu yang melawat untuk sampaikan salam takziah. Makcik menerima tamparan paling besar. 

Dia dimasukkan ke wad kerana serangan darah tinggi dan kerap pengsan. Masih terkejut dengan kehilangan. Yelah pasangan sendiri. Kalau kita di tempat dia. Entah bagaimana pula. 

Menurut makcik arwah seorang yang berdisiplin dalam menjaga kesihatan. Aktif bersukan, menjaga pengambilan ubat-ubatan dan tidak merokok. Mungkin faktor kerja yang membuatkan arwah tertekan. Apa pun itu hanyalah asbab kepada kematian. Ajal dan maut memang telah ditetapkan. 

Keluarga ambil keputusan untuk teruskan majlis akad nikah pada Jumaat malam, dan di ikuti dengan majlis tahlil untuk pakcik. Majlis kenduri yang sepatutnya dilangsungkan pada hari Sabtu dibatalkan. 

Keluarga hanya sempat war-warkan pada yang terdekat sahaja. Dewan, katering dan seangkatan dengannya turut dibatalkan. 

Ketabahan Pengantin

Tabah betul bakal pengantin. Setitik air mata pun Diah tak nampak masa kami datang menziarah. Cekal hati dia. Mungkin dia kena kuat untuk emak dan adik-adik yang lain. Tugas anak sulong begitulah. Nak menangis pun bila orang tiada. Kita nampak dia ok, tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu. 

Dugaan sebesar ini pasti akan dikenang sampai bila-bila. Tarikh pemergian insan tersayang dan juga tarikh permulaan kehidupan yang baru. 

Takdir Allah, tarikh pemergian pakcik adalah 29 November 2018 manakala arwah abah pada 29 Disember 2010. Tarikh awal yang sama di bulan dan tahun yang berbeza. 

Masih teringat saat Diah sendiri yang terima berita pemergian arwah abah di telefon. Panggilan dari kakak yang kebetulan balik bercuti di kampung. 

Waktu tu hampir pukul 1 pagi dan kakak beritahu selepas mendapat pengesahan dari Klinik Kesihatan di kampung. Suami yang ada di sebelah hanya mampu genggam tangan dan minta bersabar. Sungguh, masih terkesan dengan detik kehilangan tu. 

Semoga arwah abah dan pakcik ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman, dikasihi Allah, golongan yang mendapat syafaat dari Rasulullah dan ditempatkan ke dalam syurga. 

Satu hari kami semua pasti akan dipanggil jua. Hanya belum tahu bila dan ketikanya. Tenanglah kamu di sana. 

Alfatihah. 

Bayaran Balik PTPTN & Rebut Diskaun 20%

Assalamualaikum. Hi. Kali ni Diah nak kongsi berita baik dengan peminjam PTPTN di seluruh Malaysia. Siapa yang pinjam dan dah pun mula buat bayaran balik PTPTN kita memang geng. 

Tahniah di ucapkan sebab korang melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar hutang. Bukan apa untuk kesenangan generasi akan datang juga kan dan paling utama hutang itu WAJIB dibayar. 

Berita baiknya ialah kalau korang adalah peminjam PTPTN yang sudah bekerja dan sudah pun mula buat pembayaran semula pinjaman, korang berpeluang untuk rebut diskaun sebanyak 20%. 

Korang layak jika korang buat penyelesaian penuh hutang pinjaman tu sekarang. ya betul dalam tempoh yang ditetapkan. 


Bayaran Balik PTPTN & Rebut Diskaun 20% 

Tambahan lagi, kalau agak-agak nak buat pembayaran penuh tu bukan kemampuan korang, jangan risau sebab kalau nak buat penyelesaian separuh hutang pun korang masih layak rebut 10% diskaun. 

Pembayaran penuh boleh, pembayaran separuh pun boleh. 

Ikut kemampuan masing-masing. Diah ni kalau ada duit lebih mesti dah buat sebab suami sendiri dah lama selesaikan hutang PTPTN dia. 


REBUT DISKAUN 20% PTPTN!!!


Ada dua cara untuk korang buat bayaran dan rebut tawaran diskaun tu. 

Pertama ialah kalau korang memang ada lebihan tunai di tangan lepas lama menabung boleh la gunakan duit tersebut dan menuju ke PTPTN untuk buat bayaran. 

Boleh baca jenis-jenis saluran pembayaran semula PTPTN. Cara kedua ialah dengan menggunakan duit KWSP korang. 

Korang boleh buat pengeluaran Akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Mudah kan? 


Bayaran Balik Pinjaman PTPTN


Diah banyak buat study pasal bayaran balik pinjaman PTPTN semasa mohon penukaran pinjaman konvensional kepada Ujrah dulu. Ala yang tukar kadar pinjaman dari 3% kepada 1% sahaja. 

Apabila pihak PTPTN buat pengiraan semula, pinjaman semasa Diploma dan Ijazah telah pun digabungkan menjadi satu pinjaman sahaja. 

Pengiraan bayaran balik termasuklah kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.


Peringatan kepada peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN. 

Pesanan dari pihak PTPTN, bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. 

Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. 

Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.

Jadi untuk semua penggelar pinjaman, jom kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai penghutang. Lagi pun memang dalam Agama Islam dah didik umatnya, hutang hukumnya wajib dibayar. Selamat membayar.