Ayam Cheese Restoran Chicken Plus Melawati Mall

Food Review: Restoran Chicken Plus Melawati Mall 

Kali ni makan ayam dekat Restoran Chicken Plus Melawati Mall sebab nak celebrate anak baik dari demam. Marathon tak sihat sejak Raya Haji, back to back adik dengan kakak. Pass baton je.

Plan asal nak window shopping je ambil angin. Tiba-tiba kaki terpacak depan Restoran Chicken Plus lepas dua tiga kali kami lalu. Sederet yang sama ada Sopong, NY Steakshake, Swetsens, Tony Romas, Manhanttan Fish Market dan banyak lagi tempat makan sedap.


Oleh sebab tekak laki nak makan ayam, dan dia yang bayar sudah semestinya kita sokong je. Sebelum ni makan ayam dengan Cheese Fall, kali ni cuba cheese powder pula.


Menu Kids Set Restoran Chicken Plus


Sebelum ni tak perasan ada kids set ni, jadi untuk anak-anak kami ambil kids set. Dalam tu ada tiga kepal nasi seaweed yang berbentuk telur Dinasour lonjong, fries, ayam goreng dua ketul.

AKU CUBA MAKAN NENE CHICKEN Di Avenue K

Untuk kami, ambil chicken boneless, sos manis pedas dan cheese apa benda tah. Lupa nama dia. tapi dia serbuk cheese. Rasa macam jajan perisa cheese.


Macam biasa, kalau makan ayam goreng Korea aku expect kena la ada rasa Korea kan? Walaupun tak pernah jejak kaki ke Korea. Chicken Plus tak menghampakan selera kami satu keluarga.

Total makan bawah RM60 untuk dua set ayam boneless medium size, set kids, air mineral dua, dengan Ice Lemon Tea. Mahal ke murah? Aku rasa setanding la dengan rasa.


Untuk korang yang nak cuba makan dekat Restoran Chicken Plus ni aku nasihatkan jangan pergi masa perut tengah lapar sangat sebab boleh tahan lama juga dia nak serve makanan. yelah nak kena goreng ayam tu panas-panas baru sedap kan.

Yang ada anak pastikan anak kecil ada aktiviti dia boleh buat sementara tunggu makanan sampai. Aku dah pernah kena masa restoran penuh dengan customer dengan yang sedang-sedang je pelanggan dia. masih juga lambat.

Kang kalau anak buat perang dunia ketiga mana aman nak makan. Jadi, please jadi ibubapa bijak. Jangan malukan anak-anak dapat ibubapa tak pandai tackle anak sendiri ok.

Selamat mencari dan mencuba.

Checklist Tukar Template Blogspot

Kali ini aku nak kongsikan senarai atau pun checklist (aku buat sendiri) yang aku akan rujuk apabila aku tukar template blogspot. Bila baca blog orang nampak kemas tersusun terus tengok blog sendiri. 

Rasa segan pon ada. Dah banyak kali aku tukar template blog, rasanya template kali ni paling lama aku guna. 

Bukan apa, kadang-kadang bila guna template percuma mesti ada perasaan kurang puas hati dan mula la nak tambah widget lain walaupun kadang-kadang tak perlu pun. 

Selepas ini kalau mahu tukar template blog sekali lagi, aku kena fikir lapan puluh juta kali sebab banyak juga penambahan yang aku buat. Kebetulan minggu lepas adalah minggu bosan nak menulis entri baharu. 

Tip: Checklist Tukar Template Blogspot 


Urusan review produk dan tugasan media sosial yang lain pun dah selesai. Jadi aku ambil masa untuk bertenang dan fokus untuk baiki template blog. 

Mood nak cantikkan blog tu datang jadi kena sambut dengan baik. 
Bukan apa pun, tidak banyak yang aku ubah. Cuma tambah tab button dan betulkan tag ataupun label bagi setiap entri. Susun supaya jadi kemas. 

Resepi dalam satu tab, food review tersusun satu tab, product review dan lain-lain. Dah susun baru nampak arah tuju nak tulis entri sebab lebih faham apa yang perlu ditulis. 


Checklist-tukar-template-blogspot


Checklist Tukar Template Blogspot


Kebiasaan aku akan google je template percuma yang ada. Nak beli aku rasa tak berbaloi sebab aku asyik la bertukar selera.

 Alhamdulillah so far aku buat ikut tutorial yang disediakan sahaja dan setakat ini tiada masalah besar. 
Template blogspot pula tak lari jauh. Setiap component seakan sama je. Aku lebih prefer template yang bersih, background cerah dan simple. Sedap masa memandang, cukuplah bagi aku. 

Paling penting template blog mestilah mesra SEO. Boleh cari ciri-ciri template dalam deskripsi template yang disediakan. 


#1 Widget

Selain widget yang disediakan, biasa aku akan tambah widget Instagram dan Facebook Group. Untuk wisget Instagram aku guna https://snapwidget.com manakala Widget Facebook aku ambil dari Facebook sendiri.


Widget pun aku tak letak banyak sangat dekat blog, kata otai blogger widget yang banyak buat blog jadi berat. Jadi pilih yang perlu sahaja. 


#2 Scroll Bar Blogger List

Nak letak semua list akan jadi meleret dan tak cantik, jadi aku selalu set kan berapa je boleh keluar dekat blog. 

Salah satu benda wajib aku buat. Kalau ikut template terkini, sepatutnya tiada masalah nak set jumlah senarai blogger list. 


#3 Bounce Rate 

Dulu aku ada masalah bounce rate terlalu tinggi which is aku baca tak berapa elok untuk blog. korang boleh baca tentang bounce rate dekat blog HH, dia banyak kongsi tip berguna. 

Aku pun selalu rujuk dia. Jadi setiap kali guna template baru aku akan pastikan masukan semula code untuk control bounce rate tu.



#4 Lazy Load Code

Aku sejenis suka letak banyak gambar dalam blog. Dari pemahaman aku elok letak gambar untuk tarik pembaca tapi kena pastikan gambar tak terlalu berat. 

Jadi selain dari kena resize gambar guna link aku akan letak code Lazy Load Code. Khas untuk blog yang ada terlalu banyak gambar dan lambat loading.


#5 Semak Performance Blog

Aku jadi ketagih untuk tengok dan jaga blog performance aku walaupun tak lah bagus mana. Lepas tu bila ada tak kena mula la macam ayam bertelur riuh sekampung cari penyelesaian. Ahaks. 

Antara tool aku guna Webmaster dan SEO Checker Dari Neilpatel.




Setakat ni, checklist ni yang aku akan buat bila bertukar template blogspot. Masih banyak lagi benda nak belajar kalau libatkan blog. 

Nak belajar pasal adsense yang masih belum khatam, nak utilize kan info dari Google Analytics, Search Google Console dan banyak lagi lah.

Korang kalau tukar template macamana? Mine sharing?

Pencipta Bendera Malaysia, Siapa Dia?

Sempena Bulan Kemerdekaan jom kita kenal sipakah yang telah berjasa mencipta bendera Negara Malaysia yang tercinta. Tak kenal makan tak cinta kan?

Setiap tahun sambut Merdeka duk hayun bendera tapi sejarah tentang bendera ni sejauh mana kita tahu? Sama la macam aku, nama je rakyat Malaysia tapi sejarah tentang pengetahuan sejarah Malaysia sangat lah kurang.

Siapa Pencipta Bendera Malaysia?

Dulu masa sekolah waktu pendidikan seni selalu cikgu suruh lukis bendera Malaysia. Lukis bintang selalu aku fail. Oleh sebab beberapa hari saja lagi kita nak sambut Kemerdekaan Malaysia jadi rasanya eloklah kita throwback sikit sejarah Malaysia. 


Asal usul pencipta bendera malaysia


Kenali Pencipta Bendera Malaysia


Pencipta Bendera Malaysia:  Mohamed Bin Hamzah

Beliau adalah Allahyarham Mohamed Bin Hamzah yang dilahirkan pada 05 March 1918 dan meninggal pada 19 Februari 1993, 14 hari sebelum usianya genap 75 tahun di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Semasa hayat beliau, Allahyarham tidak menerima sebarang pengiktirafan kerana beliau sendiri merahsiakan identiti beliau sebagai pencipta bendera bangsa. Betul-betul merendah diri. 

Pada tahun 2005 selepas 12 tahun pemergian beliau, barulah beliau diiktiraf sebagai Pencipta Jalur Gemilang oleh kerajaan Malaysia hasil tinjauan yang dilakukan oleh Harian Metro dan Arkib Negara.

Ketika beliau berusia 29 tahun, Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu menganjurkan pertandingan merekacipta bendera bagi Tanah Melayu.

Beliau merupakan seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Johor dan juga seorang yang berbakat dalam bidang seni lukis telah menyertai pertandingan tersebut.

Seramai 373 karyawan telah menyertai pertandingan tersebut dan rekabentuk yang dikemukakan oleh Allahyarham menjadi salah 1 daripada 3 rekabentuk yang terpilih. 

Pada 29 November 1949 The Malay Mail menunjukkan sebanyak 42% undian telah memilih rekabentuk Allahyarham dan ianya diperakui oleh Majlis Raja-Raja pada 23 Februari 1950.

Ha tak sangka kan, boleh pula beliau merahsiakan identiti sendiri. Sungguh merendah diri. Mesti berjiwa seni. Selalu orang seni ni banyak rahsia. Misteri je. Betul ke?


Resepi Spaghetti Carbonara Cheese Lemak Berkrim

Amboi tajuk resepi Spaghetti Carbonara Cheese Lemak Berkrim Disukai Ramai tu bagai minta ditampar pipi je rasanya. 

Aku dulu memang jarang sangat masak Carbonara dengan alasan suami aku loya makan sos kuah putih. So kampung. Ewwww  ahaks ok gurau. 


Resepi Spaghetti Carbonara Cheese Lemak Berkrim 

Tapi selepas anak kecil berderet yang tidak sukakan masakan pedas, terlalu masam atau terlalu unik rasa dia maka sekarang menu aku asyik la melantak Carbonara yang lemak berkrim. 

Tak cukup lemak lagi aku masukan pula cheese weh. Menangis lemak aku. Entri Popular dalam Blog aku resepi-pasta-prego-buddies-Carbonara-Cheese



Cara Masak Spaghetti Carbonara Cheese Lemak Berkrim


Aku terinspirasi untuk masak Spaghetti Carbonara Cheese Lemak Berkrim ni lepas tengok sorang mamat ni masak dekat YouTube. 

Senang sangat jadi buat la sendiri. Sebelum ni aku pernah cuba masukan sosej dan daging ayam dalam kuah Carbonara tu.

Tapi rasa dia tidak sesedap kuah Carbonara yang menggunakan Seafood seperti udang. Binatang lain aku belum pernah cuba ye tuan puan.

Jadi jomlah aku kongsikan Resepi Spaghetti Carbonara Cheese lemak berkrim disukai ramai yang semudah ABC.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

Spaghetti
Satu biji Bawang Holand, bawang lain tak sedap
10 ekor Udang, lagi gemuk udang lagi sedap
1 kotak Whipping Cream
10 Biji Cendawan Shintake
Lada Benggala Jika Mahu
3 keping cheese
Sedikit lada sulah
Garam


Cara-caranya ialah:

Rebuskan spaghetti sehingga el dente dan simpan air rebusan untuk dimasukan ke dalam kuah. Air rebusan juga digunakan untuk pekatkan kuah Carbonara.

Dalam kuali lain panaskan sedikit minyak dan tumis bawang yang dicincang sehingga naik bau dan cendawan Shintake.

Setelah separuh masak, masukan udang dan kacau sehingga udang bertukar warna. Kemudian, masukan Whipping Cream dan kacau sehingga mendidih.  

Lepas beberapa ketika masukan pula air rebusan pasta tadi dan kacau lagi sehingga mendidih.
Perasakan dengan garam dan juga lada sulah. Sebelum tutup api boleh masukan cheese tadi dan kacau sehingga sebati.

Kacau seketika dan kemudian siap. Tapi kalau korang nak lagi senang guan je serbuk instant Carbonara ni, serius sedap. Mudah sangat nak buat. Aku standby dekat rumah sebab buat bekal anak ke sekolah. 

Korang nak aku share link dekat sini - beli Shopee 


Sepatutnya kena masukan herba Oregano. Tapi aku tiada stok herba tapi masih sedap juga Spaghetti Carbonara Cheese aku tu. Anak-anak pun suka. Jangan lupa untuk cuba.

Walaupun resepi ni agak merbahaya untuk mereka yang sedang diet tapi memang tak rugi kalau korang cuba.