3 Langkah Mudah Pasang Facebook Page Di Blogspot

Rodiah Amir
0

3 Langkah Mudah Pasang Facebook Page Di Blogspot

Hari ni Diah nak kongsi 3 langkah mudah cara nak pasang Facebook Page di side bar blog. Ini khas untuk mereka yang menggunakan platform blogspot ya. Untuk Wordpress maaf Diah tak pasti. Mungkin dah ada yang tahu pun cara nak pasang Facebook Page ni.

Diah kongsi kat sini supaya mudah untuk rujuk di masa hadapan. Almaklumlah diri ini cepat lupa. Hanya 3 langkah mudah diperlukan kalau nak pasang Facebook Page. Diah letak pun sebab nak nampak blog ni meriah. Dekat mana nak letak Facebook Page ni terpulang tapi Diah suka letak di bahagian sidebar blog. Ikut selera masing-masing. Cara nak Pasang Facebook Page Di Side Bar Blogspot seperti berikut. 

Langkah #1: Hanya klik Facebook Page Plugin INI Page developers.facebook.com

Facebook Page Plugin
Page Plugin from Page Developers Facebook
Langkah #2: Dalam Page Plugin isikan maklumat berikut:

Facebook Page URL: Copy dan paste link facebook page anda di sini. 

Tabs: Boleh pilih option timeline ATAU message ATAU event. Pilih ikut kesukaan anda. Nak simple and short boleh pilih event atau message. 

Width: Isikan widget width (piksel) untuk fitkan saiz ke sidebar anda (jika perlu). Diah tak isi pun.

Height: Isikan widget height (piksel) mengikut kesesuaian sidebar anda (jika perlu). Diah tak isi pun.
Kalau nak small header, nak hide cover photo dan lain-lain boleh tick kotak mana yang perlu dan tengok preview. 

Lihat pada ruangan Preview untuk contoh paparan sebenar widget page plugin anda.
Kalau gembira dengan pilihan boleh lah, klik button Get Code. Copy Iframe code yang disediakan. 

Langkah #3: Log-in blogspot anda, di bahagian layout – sidebar – add a gadget pilih add HTML/JavaScriptAdd (Add third-party functionality or other code to your blog).  Paste code tadi dan tekan save.

Pasang Facebook Page di sidebar
copy dan paste IFrame code ke blogspot

Selesai. 

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)